19
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"ASSALAMUALAIKUM." Salam diberi, lalu dia menolak sedikit pintu rumah dan memboloskan diri ke dalamnya. Mata meliar memerhati sekeliling rumah. Tiba-tiba keningnya bertaut. Pelik.
Sunyi semacam pula hari ini. Sudahlah kelasnya pada pagi ini dibatalkan. Adania pula pergi keluar dating dengan 'abang tunang kesayangan' dia. Mahu melepaskan rindu sebelum pulang ke rumah orang tualah katakan. Qaisara pula hanya dibiarkan sendu seorang diri.
Langkah Qaisara dibawa pula ke arah ruang tamu. Sekali lagi keningnya bertaut.
Selalunya, Laura akan berada di depan televisyen ketika waktu begini. Maklumlah, sejak Laura tinggal sebumbung dengan Qaisara dan Adania ini, mereka tidak habis-habis menghasut Laura agar terjebak sekali dalam menonton k-drama bersama mereka. Akhirnya, Laura sekali terjebak dengan k-drama sekarang ini.
Kelihatan, bayang-bayang seseorang di dapur. Qaisara sudah tersenyum lebar. Tiba-tiba idea mahu mengejutkan Laura bermain di kepala. Perlahan-lahan gadis itu menghampiri dapur. Baru sahaja dia mahu memulakan kiraan sebelum mengejutkan Laura, niatnya terbantut setelah mendapati bahawa Laura sedang bercakap dengan seseorang melalui panggilan telefon.
"Ya, ya. Awak letakkan saja barang-barang itu di situ. Kejap lagi saya datang. Saya nak keluar sekejap lagi, nanti saya singgah," kata Laura kepada orang dipanggilan sana sebelum dia meletakkan panggilan.
Qaisara hanya memandang pelik ke arah Laura. Kenapa sibuk sangat wanita dihadapannya ini? Ada sesuatu yang dia tidak tahukah?
Laura yang baru perasan akan pandangan pelik dan penuh tanda tanya Qaisara itu menolehkan kepalanya lalu satu senyuman dihadiahkan.
"Kenapa Qaisara pandang kakak macam tu?" soal Laura sambil tergelak kecil dihujung ayat. Laura mencapai gelas kaca lalu air sejuk dituangkan.
"Bukan apa... Qaisara pelik la dengan kakak ni. Kenapa kakak nampak sibuk sangat ni? Semalam pun Qaisara perasan kakak tidur lewat tahu? Ha... ada apa-apa yang kakak rahsiakan daripada Qaisara eh?" Qaisara cuba menebak. Matanya dipincangkan sedikit.
Laura menggeleng. Sah, budak ini memang tidak tahu apa-apa tentang apa yang terjadi sekarang ini.
"Ni, mesti Aryan tak bagitahu, kan? Kakak dah suruh dia bagitahu Qaisara dah. Hai la... lupa juga pak cik tua tu eh?" Laura menggeleng. Sempat lagi dia mengutyk Aryan. Ini, kalau Aryan tahu... fuh, habis Laura kena luku dengan Aryan.
"Abang tu memang, kak! Entah apa yang dia ingat pun Qaisara tak tahu. So... apa yang Qaisara terlepas ni? Ada sesuatu yang berlaku antara kak Emilia dengan abang ke? " soal Qaisara sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Satu senyuman lebar terukir. Tiba-tiba pula dia excited lebih. Mana tahu tak lama lagi dia boleh rasa nasi minyak?
"Tersengih-sengih ni mesti fikir benda lain, kan? Gatal eh Qaisara ni. Dalam mimpi la, Qaisara. Tak ada kena mengena dengan apa yang Qaisara fikir pun. Actually... kakak tengah usaha nak buka cawangan butik kakak dekat Malaysia ni. Ya la... sebelum ini tak kesampaian impian kakak tu sebab kakak kahwin dengan Mikael. Ni, dah ada peluang ni... boleh la kakak usahakan sehabis baik," jelas Laura panjang lebar.
Mata Qaisara sudah membulat. Teruja.
"Kakak pernah ada butik ke sebelum ni? Wah, gempaklah! Apa nama brand fashion akak?"
"De Layra Design. Pernah dengar tak? Hahaha. Tak ada la famous sangat brand tu. "
Sekali lagi mata Qaisara membulat. Tubuh Laura terus digoncangnya berkali-kali.
"Kakak kata brand tu tak famous? Seriuslah akak ni? Brand tu famous gila kot dekat Dubai! Tapi tu la... dekat Malaysia tak ada pula. Sudahlah Qaisara suka gila dengan brand tu. Design baju dia semua tutup aurat dan cantik-cantik!" puji Qaisara dengan riak wajah teruja.
"Patutlah... selama ni Qaisara perhati saja baju yang kak Emilia pakai masa family dinner tu. Baju tu nampak familiar tahu! Rupa-rupanya baju dari De Layra Design," seloroh Qaisara lagi. Siapa sangka? Founder jenama baju terkenal ada di hadapan matanya.
Laura tergelak kecil. Hai la budak ini... teruja betul eh?
"By the way... kakak nak keluar pergi mana ni?"
"Oh, kakak nak balik rumah parents kakak kejap. Ada beberapa barang penting yang kakak tinggalkan dekat sana. Kakak pergi sana dengan Aryan. So... jangan risau eh?" ujar Laura lalu bahu Qaisara digosok sedikit. Tahu sangat yang gadis di hadapannya itu risau akan keadaannya. Buktinya? Sebut saja rumah parents Laura tadi, terus berubah muram wajah Qaisara.
"Okey la. Kakak janji jangan buat benda gila, eh? Bukan Qaisara tak tahu perangai kakak ni macam mana? Sudah... pergi bersiap cepat. Nanti terlambat, tak pasal-pasal kena perli dengan abang," kata Qaisara lalu tubuh Laura ditolak sedikit.
"Baik bos!"
"NAK aku teman?" soal Aryan bagi mendapatkan kepastian. Dia ini pun spesies Qaisara juga. Risau terlebih akan keselamatan Laura itu.
Laura sekadar menggeleng perlahan sambil mengukirkan senyuman nipis.
"Tak perlu. Aku okeylah. Setakat mama dengan kakak sendiri, sekali aku tiup melayang dia orang tahu?" kata Laura dengan penuh bangga. Aryan mencebik. Sempat lagi Laura ini bergurau, ya?
"Jangan lama-lama tahu! Aku bagi limit masa 10 minit," tegas Aryan.
"Weh, agak-agaklah..." Laura membuat muka tidak puas hati. Sekejap betul mamat ni bagi masa dekat aku!
"No excuse, dear. Sebelum aku teman kau, baik kau pergi sekarang. Lebih 10 minit, aku tak teragak-agak nak pecah masuk rumah orang. Marks my word, okey? "
Laura hanya berdecit. Apalah nasib. Mahu tidak mahu, dia tetap perlu menurut. Ini pun, demi kebaikannya juga.
Laura membuka pintu kereta lalu dia keluar dari perut kereta itu. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus. Fuh, nak masuk rumah sendiri pun nervous bukan main, eh?
Langkahnya diatur dengan penuu berhati-hati ke arah pintu pagar. Kelihatan, seorang pengawal keselamatan sedang menjaga pintu pagar itu. Laura menghampiri pintu pagar lalu memberi salam. Pengawal itu menjawab salamnya lalu menghampiri Laura. Matanya dikecilkan sedikit bagi melihat wajah wanita disebalik pagar.
"Eh, cik Laura? Cik Laura buat apa dekat sini? Cik Laura sihat? Lamanya Pak Abu tak nampak cik Laura," luah lelaki tua itu. Jujur, dia rindu akan kewujudan Laura di rumah ini. Lauralah yang selalu menceriakan suasana di rumah itu. Ada saja Laura di rumah, terus riuh setaman!
"Hehehe. Rindu juga Pak Abu dekat Laura, kan? Ha, Pak Abu. Boleh tak bukakan pintu pagar ni? Laura nak masuk dalam kejap nak ambil barang," kata Laura sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Dengan harapan, Pak Abu akan jatuh kasihan terhadapnya. Bukannya Laura tidak tahu bahawa 'mama kesayangan' yang sedang bermaharajalela di rumah itu melarang Pak Abu ini daripada membenarkan dia masuk.
"Tak boleh la cik Laura... nanti Datin Aira marah Pak Abu. Pak Abu minta maaf sangat-sangat cik. Pak Abu betul-betul tak boleh tolong," luah Pak Abu dengan perasaan kesal. Kalau diikutkan hati, memang dia mahu menolong Laura. Namun, dia tidak berdaya. Kalau dia berbuat demikian, kemungkinan besar dia akan dipecat. Sudahlah ini merupakan satu-satunya pekerjaan yang mampu menampung hidupnya sekeluarga.
Laura membuat muka sedih. Apalah nasib kau Laura. Nak kena panjat tembok juga ke kalau nak masuk rumah sendiri pun?
"Tak apa la kalau macam tu Pak Abu... Laura nak panjat tembok dulu. Nanti kita jumpa kat dalam,eh? Bye!"
Terlopong terus Pak Abu setelah mendengar kata-kata Laura tadi. Terus dia memanggil nama wanita itu semula.
"Eh, cik Laura! Pak Abu tarik balik. Masuk la. Tapi, tolong jangan buat bising tahu? Kalau tidak, habislah Pak Abu kena hentam dengan Datin Aira kejap lagi."
Langkah Laura terhenti lalu dia menoleh ke belakang. Senyuman lebar diukir.
"Terima kasih Pak Abu! Macam ni la Laura sayang!" Pak Abu terus membuka sedikit pintu pagar itu lalu Laura menjejakkan kaki ke dalam kawan rumah. Sempat lagi dia menghadiahkan flying kiss sebagai tanda terima kasihnya terhadap Pak Abu. Pak Abu, akan kukenang jasamu itu!
KREAK...
Laura mengerutkan wajahnya lalu dia meletakkan jari telunjuk pada bibir seperti gaya menyuruh orang lain supaya senyap. Walhal, tiada sesiapa pun di situ melainkan dirinya.
Segenap ruang rumah diperhatinya sekilas. Nice, line clear! Tiada tanda-tanda dua orang manusia itu bakal memunculkan diri. Bolehlah aku relax dan melepaskan rindu sekejap dekat rumah ini!
Laura dengan senang hatinya terus mendekati anak tangga untuk menuju ke tingkat atas. Sekali lagi segenap ruang atas itu diperhatinya. Setelah memastikan semuanya selamat, terus dia beelari menuju ke arah biliknya.
"Oh my baby! I miss you so damn much!"
Bum!
Badannya direbahkan terus di atas katil yang empuk itu. Terbatuk-batuk terus Laura sebaik sahaja hidungnya menyedut habuk yang berterbangan di udara. Mak ai... banyaknya habuk!
Sesekali dia menggolekkan badannya di atas katil itu. Matanya ligat memerhatikan segenap ruang biliknya. Rindu. Itu yang dia rasakan ketika ini. Tiba-tiba fikirannya disapa oleh memori-memori yang dilakar bersama kedua orang tuanya. Haih... andai masa itu boleh berputar kembali, dia ingin kembalikan masa bahagianya bersama mama dan papanya itu.
Pandangannya ditoleh ke arah sisi katil yang menempatkan meja soleknya. Tiba-tiba pula hatinya terdetak untuk menyelongkar barang-barangnya di situ. Seingatnya, kotak itu masih ada di situ.
Laura bangun dari baringannya lalu meja solek itu dituju. Laci meja solek itu dibukanya lalu dia mencari kotak yang disimpan olehnya satu ketika dahulu.
"Ha, jumpa pun!"
Segala habuk yang berada di kotak baldu itu ditepuk dan ditiup sedikit. Perlahan-lahan, kotak baldu itu dibukanya. Kotak baldu yang terkandung barang kemas bertatahkan batu permata Emerald itu merupakan hadiah terakhir daripada arwah ibunya.
Jarinya mengusap sedikit barang kemas itu. Sepasang anting-anting, seutas gelang dan... Tiba-tiba tangannya terhenti pada ruangan kosong yang dikhaskan buat seutas rantai.
Senyuman nipis terukir. Fikirannya kembali mengimbas kenangannya bersama seorang lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya tanpa sengaja. Ya, agak pelik kerana dia jatuh cinta kepada orang yang dia sendiri tidak tahu nama dan rupa parasnya. Entah mengapa, dia sendiri pun tidak tahu.
"Hey, Mr Alone. Agak-agak... aku akan bertemu dengan kau lagi tak selepas ini? Apa khabar rantai yang aku berikan pada kau dulu? Masih ada di tangan kau... atau sudah lenyap?"
TBC
Short update for today😆saya nak ⭐ boleh?🥺 lagi banyak ⭐ saya dapat, lagi bersemangat tahu saya nak update!😆btw, enjoy this chapter and sorry kalau hambar!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro