Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"BARU balik, Ariesya? Pergi mana malam tadi sampai tengahari baru nampak batang hidung?" Teguran daripada Datin Aira itu serta-merta menghentikan pergerakan Ariesya yang baru menjejakkan kaki ke dalam rumah. Ariesya menoleh ke belakang, melihat mamanya yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke arahnya.

"Ma... Ariesya pergi cari duit la. Takkan la mama tak tahu? Mama ni macam tak biasa pula. Lagipun, mama yang suruh Ariesya cari duit, kan? Kalau Ariesya tak cari, mama juga yang bising," jawab Ariesya acuh tak acuh.

Datin Aira hanya mendiamkan diri. Betul juga kata anaknya itu. Kalau Ariesya tidak mencari duit, siapa lagi?

"Lelaki mana pula yang kau goda semalam?" soal Datin Aira, sengaja ingin tahu.

Ariesya sudah tersengih menampakkan gigi. Tiba-tiba pula dia teringatkan kejadian hangat pagi tadi. Pantas tubuh Datin Aira diterpanya.

"Mama nak tahu tak... Ariesya ada cerita hangat nak kongsi ni!" kata Ariesya dengan riak wajah teruja. Tangan Datin Aira ditariknya lalu duduk di atas sofa.

"Wah, cerita apa yang hangat sangat tu? Kau dapat duit banyak ke semalam? Ha, kalau macam tu boleh la bawa mama pergi shopping," cadang Datin Aira. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kaki di pusat membeli belah itu. Rindu!

"Eh, mama ni. Bukan la! Cerita lain."

"Lah... habistu?"

Ariesya menjongketkan keningnya berkali-kali sambil tersengih.

"Mikael dan Laura..." Ariesya biarkan ayatnya tergantung. Datin Aira sudah berdecit.

"Kenapa dengan dia orang?"

Ariesya hanya tersenyum sinis lalu mengarahkan agar Datin Aira menundukkan sedikit wajahnya. Mulut Ariesya pula menghampiri telinga mamanya.

"Sudah bercerai pagi tadi," bisik Ariesya. Mata Datin Aira terus terbuntang luas. Terkejut dengan cerita yang baru keluar dari mulut anaknya itu. Ariesya sekadar mengukirkan senyuman sinis

"Seriuslah?" soal Datin Aira dengan wajah tidak percaya.

"Ya, ma. Pagi tadi, Ariesya yang jadi saksi tahu! Berani betul dia tu minta cerai, kan? Dia tak terfikir ke lepas dia cerai ni nak duduk mana? Dasar pemikiran cetek la perempuan tu. Bodoh!" kutuk Ariesya tanpa rasa bersalah.

"Eh, entah-entah dia ada lelaki lain? Sebab itu dia minta cerai dekat Mikael?"

"Oh, cakap fasal tu... tadi Ariesya ada nampak dia balik dengan seorang lelaki. Dari pemerhatian Ariesya la, lelaki tu nampak macam anak orang kaya. Maklumlah... lelaki tu pakai kereta BMW i8," seloroh Ariesya.

"Cis, dasar perempuan mata duitan! Bila jumpa lelaki yang lebih kaya, beria dia minta cerai dengan Mikael ya. Memang tak kenang budi betul! Eh, kau kata kau jadi saksi pagi tadi. Kiranya..." Datin Aira memandang wajah anaknya. Ariesya sudah tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

"Ariesya tidur dengan Mikael semalam. Dah dia kata isteri dia tak ada... apa lagi, Ariesya ambil peluanglah. Dapat juga duit," kata Ariesya dengan wajah selamba.

"Pandai anak mama ni. Macam ni la mama sayang. Bukan macam perempuan tak guna tu! Sudahlah ibunya pun tak guna. Anaknya pula yang ikut jejak langkah si ibu tu. Huh!" kutuk Datin Aira. Kalau ibu pun dah bodoh, mesti la anak pun bodoh juga!

Ariesya sekadar ketawa kecil apabila mendengar cemuhan mamanya.

"Okey la ma. Ariesya penat, nak naik atas. Malam ni mana tahu ada rezeki lagi? Jadi, Ariesya nak rehat puas-puas la sekarang," pamit Ariesya.

"Pergi la Ariesya. Malam ni, sambung cari duit banyak-banyak, eh. Boleh bawa mama pergi shopping nanti."










TOK! TOK!

Kreak...

"Qaisara mama kata... eh?"

Mata Qaisara dan Laura masing-masing tertumpu ke arah figura lelaki yang membuka pintu bilik Qaisara.

"Argh!" Terjerit Laura setelah perasan akan kepalanya yang tidak dilindung oleh sebarang kain. Pantas Laura mencapai selimut berhampiran lalu menutup rambutnya yang terdedah. Malu!

"Ya Allah, sorry!" Aryan yang baru sedar akan hal itu pantas meminta maaf lalu pintu itu ditutupnya, pantas. Aryan meraup wajahnya. Perasaan kesal dan bersalah sudah menerpa diri. Macam mana la dia boleh terlupa bahawa Laura tidur sebilik dengan Qaisara?

Kreak...

Bunyi engsel pintu menarik perhatian Aryan. Pantas dia menolehkan wajahnya. Kalau manusia di sebalik pintu itu ialah Laura, dia mahu memohon maaf sekali lagi. Sungguh, dia betul-betul terlupa dan tidak sengaja!

"Ehem, amboi abang... gatal eh? Tahu la kak Emilia tu lawa. Tapi, tak payah la main terpa bilik orang macam tu. Qaisara report dekat mummy nanti..." usik Qaisara sambil tersengih dan menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Ish, kau ni! Aku tak sengaja la. Aku betul-betul terlupa kot. Ya la, Emilia tu baru 3 hari tidur dekat sini. Aku pun bukannya selalu datang sini. Sebab itu la aku lupa. Kau jangan macam-macam eh... Aku cubit pipi tu kang! Pipi pau tak sedar diri! Gemuk!" ejek Aryan dengan selamba. Padan muka kau! Kan dah kena label gemuk dengan aku.

"Aduh!" Satu cubitan yang agak berbisa berjaya mendarat di pinggang Aryan. Kata dekat orang gemuk sangat, kan? Ha, rasakan!

"Sakit la Qaisara!"

"Oh, ya? Qaisara tak tahu pulak?" bidas Qaisara sambil menyilangkan tangannya ke dada. Aryan sekadar menjeling adiknya sekilas. Kalau bergaduh dengan adik kesayangannya yang seorang ini, memang tak akan habis!

"Oh, tadi abang nak bagitahu sesuatu, kan? Nak bagitahu apa?" soal Qaisara.

"Mummy call tadi. Dia ajak kita dinner dekat rumah malam ni. So, kau bersiap la. Lepas maghrib nanti aku ambil kau," ujar Aryan. Qaisara sudah tersenyum lebar. Tiba-tiba idea bernas hadir di dalam kepalanya.

"Kalau bawa kak Emilia sekali, boleh tak?" Baru sahaja Aryan mahu melangkah turun ke bawah, tiba-tiba langkahnya terhenti setelah mendengar soalan Qaisara tadi. Pantas dia menoleh dan memandang wajah adiknya. Aku tak salah dengar, kan?

"Kau biar betul? Kalau mummy tanya macam-macam pasal Emilia, macam mana? Tak segan ke Emilia nanti? Ya la... mummy kan dia jenis ramah sikit. Dia suka tanya macam-macam dekat orang. Tambah-tambah lagi kalau orang tu, perempuan. Lagi la dia suka," jelas Aryan.

"Lah... tak apa la. Mummy tanya je, bukannya mummy nak telan pun buah hati abang tu. Kenapa? Abang takut kalau mummy tak terima kak Emilia sebagai bakal peneman hidup abang, ke?" soal Qaisara sambil tersengih. Alahai, bang. Takut mummy tak terima calon pilihan abang, ke?

"Shh... tak payah la cakap kuat-kuat! Kau ni. Merapu saja. Sejak bila pula Emilia tu buah hati aku? Itu la kau. Banyak sangat tengok drama, sampai otak pun tak betul!"

Qaisara terkekeh-kekeh ketawa apabila melihat wajah abangnya yang sudah berubah merah. Malu la tu! Dia ingat orang tak tahu ke yang dia tu minat dekat kak Emilia? Hey, ini Qaisara la! Pakar dalam bab-bab cinta, tahu? Adania dengan tunang dia pun Qaisara yang kenenkan, inikan pula si abang kesayangan. Simple!

"Tak payah nak menipu! So... Qaisara ajak kak Emilia eh? Tiada bantahan! Okey, bye abang Ayid kesayangan Qaisara!Jumpa malam ni! Muah!" Sempat lagi Qaisara menghadiahkan flying kiss sebelum meloloskan diri ke dalam bilik.

"Eh, Qaisara!"

Bum!

Qaisara sudah masuk ke dalam biliknya. Terus terdiam Aryan dibuatnya. Ya Allah budak ni kan...






"QAISARA..." panggil Laura, perlahan.

"Ya, kak? Kak Emilia nak apa? Tertinggal barang dalam kereta ke?" Qaisara menghentikan langkahnya, lalu menoleh belakang dan mendapatkan Laura yang masih kaku tidak bergerak di tepi kereta BMW i8 milik abangnya.

"Ish, bukan la. Kalau kakak tak join dinner ni, tak boleh ke? Segan la. Kakak ni siapa je. Tiba-tiba pula menyibuk dalam family dinner  orang," jelas Laura. Dia betul-betul segan sekarang ini. Tambahan pula setelah melihat rumah keluarga Qaisara dan Aryan. Fuh, bertambah segan. Macam mana la aku boleh terlepas kawan dengan dua orang manusia yang kaya ni? Rumah ke istana dekat depan mata aku sekarang ni?

Qaisara menggelengkan kepalanya berkali-kali. Hai la kak Emilia... segan apanya?

"No means no. Okey, dear? Sekarang ni, jom masuk dalam! Qaisara dah lapar la, kak. Nanti Qaisara kebulur sangat... Qaisara boleh bertukar jadi Hulk tahu! Ha, kak Emilia nak tengok ke Qaisara jadi hijau macam tu?" ugut Qaisara, sengaja mahu takutkan Laura. Pantas Laura menggeleng.

"Good, then... jom masuk," ajak Qaisara lalu menarik tangan Laura itu.

Aryan sekadar menggelengkan kepalanya ketika melihat telatah adiknya itu. Nasib kau la Laura kena melayan budak tu.

Aryan menapak menghampiri pintu masuk.   Belum sempat Aryan memulas tombol pintu, pintu itu teelebih dahulu dikuak dari dalam. Serentak tiga pasang mata itu memandang ke arah pintu.

"Ayid anak mummy!" Sebaik sahaja wajah tampan Aryan memenuhi iris mata Tengku Amanda, terus tubuh sasa itu dipeluknya dengan erat. Wajah Aryan juga dikucupnya. Rindu!

"Mummy... jangan la buat macam ni. Malu la Ayid. Sudah la ada orang lain juga dekat sini," adu Aryan. Malu la kalau Laura tengok! Jatuh saham!

Tengku Amanda memanjangkan sedikit lehernya bagi melihat 'orang lain' yang di maksudkan oleh Aryan tadi. Kelihatan, seorang wanita yang mengenakan kemeja putih dengan skirt labuh bewarna bitu lembut berdiri di sebelah Qaisara. Dari pandangan Tengku Amanda, dia cukup suka dengan penampilan Laura pada malam itu. Pakaiannya menutup aurat dan tidak menjolok mata. Solekan yang dikenakan juga nipis saja. Sejuk mata memandang.

"Mana mummy tahu kau orang bawa kawan sekali. Ha, apa lagi? Jomlah kita masuk. Kesian dekat kawan kamu tu dari tafi berdiri depan pintu. Meh, masuk," ajak Tengku Amanda dengan wajah yang ceria.

Ketika Laura mahu ke dalam rumah, sempat lagi dia memberi salam dan mengucup tangan Tengku Amanda. Lagi bertambah sejuklah hati Tengku Amanda sekarang ini. Sopan saja kawan mereka ini. Kawan Qaisarakah? Kalau kawan, kenapa dia tidak pernah nampak sebelum ini?

"Eh, Qaisara." Tengku Amanda menarik tangan Qaisara yang berura-ura mahu ke arah dapur. Lama tak balik rumah. Agak-agak ada apa ya di dalam peti ais tu?

"Ada apa mummy?" soal Qaisara, bingung. Tiba-tiba saja mummy tarik tangan. Terkejut Qaisara tahu?

"Siapa nama kawan Qaisara tu? Mummy berkenan la dengan dia. Sopan saja. Cantik pun, ya," puji Tengku Amanda. Senyuman lebar sudah terukir di bibir Tengku Amanda itu. Kalau kawan Qaisara itu belum berpunya, dia mahu jodohkan Aryan dengan perempuan itu. Nampak secocok saja! Bagai pinang dibelah dua!

Qaisara sudah tersenyum lebar. See? Mummy tak akan reject kak Emilia punya. Abang Ayid saja yang cuak lebih.

"Nama dia kak Emilia. Dia bukan kawan Qaisara la. Dia tu, buah hati abang Ayid tahu!" Beria Qaisara cerita. Dengan pakej senyuman lebar dia.

Mata Tengku Amanda sudah terbuntang. Betulkah apa yang dia dengar ini?

"Seriuslah Qaisara? Patutlah selama ini abang tak pernah pandang pun perempuan pilihan mummy. Rupanya sudah ada perempuan yang lebih cantik dan baik yang bertakhta di hati," kata Tengku Amanda.

"Eh, tapi macam mana abang boleh jumpa dia? Bukan abang kata dia tak tahu nama perempuan tu, ke? Rupa pun dia tak pernah nampak, kan?" soal Tengku Amanda. Tiba-tiba pula dia teringat akan peristiwa di mana Aryan menceritakan tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya. Walaupun tidak tahu nama dan rupa paras, Aryan tetap terjatuh suka pada perempuan itu.

"Oh, yang tu... jangan tanya Qaisara. Qaisara pun tak tahu sangat pasal abang ni. Abang kan jenis kedekut sikit nak cerita pasal diri dia? Sudah la mummy, jom pergi makan. Perut Qaisara dah bernyanyi rancak dah ni. Lapar sangat..." adu Qaisara sambil membuat muka minta simpati.

Tengku Amanda tergelak kecil. Alahai Qaisara... perangai manja tu masih ada kan walaupun umur dah 23 tahun?

"Dah, jom makan."








"EMILIA tak nak tambah lagi, ke? Banyak lagi makanan ni. Janganlah segan-segan. Meh, sini pinggan tu... mummy tolong cedokkan nasi," pelawa Tengku Amanda dengan ramah.

"Eh, tak perlu la susah-susah mummy. Emilia dah kenyang pun. Sedap sangat mummy masak. Banyak juga Emilia makan ni," tolak Laura dengan sopan. Walaupun pada hakikatnya, agak kekok apabila dia menggunakan panggilan 'mummy' pada Tengku Amanda. Ini semua kerana Tengku Amanda sendiri yang menyuruh Laura menggunakan panggilan itu pada dirinya dan suaminya.

"Ayid dengan Emilia... bila nak kahwin? Benda yang baik macam ni lebih baik dipercepatkan. Mummy dengan daddy pun dah lama sangat mengidam nak dukung cucu. Kan, abang?" Tengku Amanda mencuit sedikit siku si suami yang berada disebelah.

Prang!

Aryan yang sedang membawa segelas jus oren itu terus terlepas pegangannya. Terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut mummynya tadi. Apa yang mummy merepek ni?

"Encik Aryan, alihkan kaki encik sedikit. Saya nak kemas serpihan kaca yang dekat dengan kaki encik ni. Kalau encik tak hati-hati nanti, kaki encik boleh terluka," kata Mak Piah, pembantu rumah keluarga Aryan. Aryan yang tersedar terus mengalihkan kakinya.

"Maafkan saya, Mak Piah. Saya tak sengaja jatuhkan gelas ni," ucap Aryan. Dia betul-betul tidak sengaja. Kalau dia tidak terkejut dengan kata-kata mummy tadi, pasti Mak Piah tidak perlu susah-susah mengemas lantai itu.

"Eh, tak apa encik. Memang tugas Mak Piah. Dah, encik pergi la sambung makan. Kejap lagi Mak Piah bawakan gelas yang lain," kata Mak Piah sambil tersenyum lalu meneruskan kerjanya. Sekali lagi, Aryan memohon maaf lalu terus menuju ke arah meja makan.

"Hai, abang. Apa yang terkejut sangat sampai terlepaskan gelas tu? Muka pun merah semacam saja Qaisara tengok," usik Qaisara. Sengaja mahu menaikkan kemarahan Aryan.

"Diam la kau. Ni mesti kerja kau ni. Merepek saja. Tak pasal-pasal mummy cakap macam tu. Nanti apa pula yang Emilia fikir?" cantas Aryan. Bukan niatnya mahu memarahi Qaisara. Cuma, dia takut Laura berasa tidak selesa. Ya la, baru pagi tadi saja lafaz talak dijatuhkan ke atasnya. Sekarang ini boleh pula tiba-tiba bincang bab kahwin?

"Ayid... mummy bergurau saja. Tak payah la emo sangat. Emilia pun tak cakap apa. Kan sayang?" soal Tengku Amanda bagi mendapat jawapan Laura. Laura sekadar mengangguk. Jujur, dia turut terhibur ketika melihat wajah Aryan yang berubah merah akibat malu. Comel!

"Ya la." Aryan hanya membalas sepatah. Sudu dan garfu kembali dicapainya bagi menyambung sesi menjamu selera.

Tengku Amanda dan Qaisara yang memandang sesama sendiri sudah tergelak kecil. Mereka memang suka mengusik Aryan begini. Tambahan pula selepas melihat wajah Aryan yang berubah merah tadi. Lagi suka diusik mereka!

"Tapi, memang betul kan Ayid suka Emilia?" soal Tengku Amanda lagi. Sengaja.

Sekali lagi wajah Aryan berubah merah.

"Mummy!"

"Hahaha. Okey, mummy tak cakap, dah."








"LAURA," panggil Aryan, perlahan. Laura yang baru melangkah ke arah anak tangga, teehenti. Pandangannya dikalihkan bagi melihat wajah Aryan.

"Ya?"

"Aku... nak minta maaf kalau layanan mummy tadi buat kau rasa tak selesa. Sorry, again," ucap Aryan, ikhlas.

Laura sekadar tersenyum nipis.

"Kau tak payah risau la. Aku okey je. Lagipun, aku suka bila mummy layan aku macam tu. Rasa disayangi. Sudah lama aku tak merasakan suasana keluarga macam tu.  So, thanks. Sebab ajak aku dinner  sekali dengan keluarga kau," ujar Laura sambil tersenyum lebar. Aryan yang melihat senyuman itu terpempan seketika. Lama dia perhatikan wajah wanita dihadapannya ini.

"Ehem, okey then. Aku rasa... aku perlu balik sekarang. See you next time. Bye!" kata Aryan sambil menggosok belakang lehernya lalu pergi dari situ.

Why... I kept falling in love with you everytime I see you, Emilia?








TBC
Ehem, sorry bab ni hambar gila. Btw, kita happy-happy dulu... hohoho jangan gembira sangat. Mikael masih wujud dalam cerita ni ya😆hehe enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro