17
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
A/N
Bab kali ni, author akan ceritakan pasal kisah silam Aryan, jadi... jangan pening eh😂
"ABANG... anak saya, bang," rintih Tengku Amanda. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Tangannya memegang perut yang terasa sakit. Dalam hati tidak putus-putus berdoa agar kedua-dua anak di dalam kandungannya itu berada dalam keadaan selamat.
"Sayang, banyakkan bersabar, ya. Insha Allah, anak kita akan selamat," ujar Tengku Shahrizal, lembut. Sebelah tangan isterinya digenggam erat bagi menyalurkan kekuatan pada wanita itu.
Terkejut benar Tengku Shahrizal setelah mendapat berita bahawa isterinya diragut tadi. Terkopoh-kopoh Tengku Shahrizal keluar dari mesyuarat lalu memecut laju ke hospital yang menempatkan isterinya. Mujurlah ada seseorang yang baik hati untuk menghubungi pihak hospital bagi meminta bantuan.
Boleh tahan teruk juga kecederaan Tengku Amanda. Sebelah tangannya patah akibat hentakan kuat antara tangan isterinya dengan jalan tar. Kepala wanita itu juga terhantuk pada kereta menyebabkan pendarahan kecil di bahagian kepala. Tetapi, yang lebih merisaukan Tengku Shahrizal ketika ini ialah kedua-dua anak di dalam kandungan isterinya.
Menurut wanita yang menelefon pihak hospital tadi, perut Tengku Amanda yang berlanggar dengan jalan tar dahulu. Disebabkan itu, isterinya mengalami pendarahan yang agak teruk. Sudahlah kandungan isterinya itu berusia lima bulan. Harap-harapnya, kedua anak dan isterinya berada dalam keadaan selamat.
"Maaf, encik. Sampai sini saja encik boleh mengiringi isteri encik. Apa-apa yang berlaku nanti saya akan maklumkan pada encik, ya," kata jururawat perempuan itu lalu terus menarik katil Tengku Amanda ke dalam bilik persalinan itu.
Tengku Shahrizal hanya mengangguk. Walaupun agak berat hatinya untuk meninggalkan isterinya sendirian, namun dia terpaksa. Sekarang ini, hanya doa yang menjadi penenang hatinya. Semoga semuanya baik-baik saja.
Kreak...
Selepas lama Tengku Shahrizal menunggu, akhirnya kelibat doktor wanita kelihatan. Doktor itu menghampiri Tengku Shahrizal dengan riak wajah yang sehabis tenang agar Tengku Shahrizal tidak berasa risau.
"Doktor, anak dan isteri saya selamat ke?" soal Tengku Shahrizal dengan pandangan yang berharap. Berharap agar kedua-duanya selamat.
Doktor wanita itu menunduk sekilas lalu kembali memandang wajah Tengku Sharizal di hadapannya.
"Maafkan saya encik, saya dah cuba sedaya upaya. Tetapi, anak dalam kandungan encik tidak dapat di selamatkan. Sekali lagi saya minta maaf. Encik boleh melawat isteri encik di dalam, ya. Saya minta diri dulu," kata doktor itu lalu pergi dari situ.
Tengku Shahrizal kaku. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Kedua-dua anaknya... pergi meninggalkan dia dan isteri begitu sahaja. Tanpa sempat mereka melihat kedua-dua anak mereka itu mencelikkan mata melihat dunia, mereka sudah pergi meninggalkan dunia ini.
Tengku Shahrizal menolak pintu bilik itu perlahan-lahan. Kornea matanya disapa dengan sekujur tubuh si isteri yang terbaring di atas katil. Sebak dia melihat keadaan isterinya ketika ini. Mesti isterinya lebih terkesan dengan pemergian kedua-dua anak mereka itu. Sudahlah itu merupakan anak pertama mereka.
"Anak saya dah tak ada, kan abang?" soal Tengku Amanda, sebak. Pandangan wanita itu dilemparkan ke arah luar tingkap. Sedaya upaya dia menahan diri daripada menghamburkan tangisan. Namun, dirinya tidak kuat. Dia betul-betul terkesan dengan pemergian kedua-dua anaknya itu.
Tengku Shahrizal terus mendekati isterinya lalu tubuh itu didakapnya. Erat. Ubun-ubun wanita itu diciumnya lalu tubuh isterinya itu digosok perlahan. Cuba menenangkan si isteri.
Tengku Amanda mencengkam sedikit tangan suaminya lalu melepaskan tangisan sepuas hati. Kalau inilah takdir buat mereka, dia reda. Semoga kedua-dua anaknya tenang di alam sana.
"SAYANG, kita dah sampai," ujar Tengku Shahrizal sambil menggosok tangan isterinya dengan lembut. Tengku Shahrizal sendiri perasan bahawa perangai isterinya sedikit berubah. Tidak seceria dahulu. Walaupun begitu, Tengku Sahrizal sedikit pun tidak menegur. Mungkin isterinya masih perlukan sedikit masa.
"Okey."
"Tuan! Puan!" Baru sahaja pasangan suami isteri itu keluar dari perut kereta, tiba-tiba satu suara garau menyapa halwa telinga. Serentak dengan itu pandangan mereka beralih kepada Pak Halim, yang merupakan pengawal keselamatan keluarga mereka.
"Kenapa ni Halim? Apa yang kecoh sangat ni? Cuba bertenang dulu," tegur Tengku Shahrizal. Terkejut juga dia apabila melihat keadaan Pak Halim yang tercungap-cungap selepas berlari ke arahnya.
"Macam mana saya nak bertenang, tuan? Saya ada sesuatu yang saya nak tunjukkan pada tuan dan puan ni. Cepat, ikut saya," ajak Pak Halim. Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda berpandangan sesama sendiri dahulu, lalu mengikut jejak langkah lelaki di hadapannya.
"Tengok ni, ada orang tinggalkan budak ni petang tadi. Pak Halim ada juga cari siapa yang tinggalkan budak ini dekat sini. Tapi Pak Halim tak jumpa," terang Pak Halim sambil menunjukkan kotak itu.
Tengku Amanda pantas saja melihat isi di dalam kotak itu. Ya Allah, siapa la yang sanggup tinggalkan budak secomel ini? Hati Tengku Amanda dilanda perasaan sebak. Badannya ditundukkan bagi melihat wajah bayi lelaki yang nyenyak tidur di dalam kotak itu.
"Abang... saya nak jaga dia abang. Boleh, kan?" Tengku Amanda memandang suaminya. Dengan harapan, suaminya akan bersetuju dengan permintaannya.
Tengku Shahrizal mengangguk sambil mengukirkan senyuman nipis. Maka, terus terpancul senyuman lebar pada wajah wanita itu. Pantas Tengku Amanda mengendong bayi tersebut. Pipi tembam bayi itu dikucup lama. Bayi itu tersenyum sedikit.
Tengku Amanda dan Tengku Shahrizal memandang sesama sendiri sebelum mereka turut tersenyum.
"Mulai hari ini, Tengku Qayeed Aryan akan jadi anak mummy dan daddy," kata Tengku Amanda sambil melihat wajah bayi itu.
Tengku Shahrizal memandang isterinya sekilas.
"Sayang... letak nama baby ni, nama yang kita pilih untuk baby kita dulu ke?" soal Tengku Shahrizal tidak percaya. Ya, Tengku Qayeed Aryan dan Tengku Qayyum Arfan merupakan nama bagi anak kembar mereka yang bakal lahir dahulu.
Tengku Amanda memandang suaminya lalu mengukirkan senyuman.
"Tak salahkan kita namakan baby ni dengan nama tu?"
Tengku Shahrizal menggeleng lalu tubuh isterinya itu didakap erat. Ubun-ubun wanita itu dikucup lama. Akhirnya, senyuman manis wanita yang dicintainya sudah kembali.
SELANG beberapa tahun kemudian, kehadiran puteri Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda, iaitu Tengku Qaisara Inara lagi menambahkan keceriaan dan kebahagian di dalam keluarga kecil itu.
Qaisara dan Aryan juga sangat rapat. Walaupun Qaisara sendiri sudah maklum bahawa Aryan bukan abang kandungnya. Selalu Tengku Amanda berpesan bahawa, jika satu hari nanti abangnya terpaksa berpisah dengan mereka, mereka perlulah terima dengan hati terbuka. Walaupun hakikatnya agak perit meninggalkan orang yang kita sayang.
Qaisara sendiri tidak sangka, bahawa apa yang mummynya katakan itu, bakal terjadi dengan betul.
Ting! Tong!
Bertalu-talu loceng rumah itu ditekan seseorang seperti tiada hari esok. Sudahlah pada waktu malam begini. Siapalah yang mengacau mereka sekeluarga ketika waktu ini?
Tengku Shahrizal dan Tengku Amanda keluar bagi melihat gerangan yang menekan loceng rumah mereka. Kelihatan, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30an sedang berdiri tegak dihadapan pagar rumah mereka.
"Ya, cik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Tengku Shahrizal. Tengku Amanda yang setia berada di belakang suaminya sudah berasa tidak sedap hati. Namun, perasaan itu ditepis laju.
"Aku nak anak aku balik. 10 tahun dulu, aku ada tinggalkan budak tu dekat sini. Mana budak tu sekarang?" soal wanita itu, straight to the point.
Dengar sahaja niat wanita itu ke sini, serta-merta jantung Tengku Amanda berdegup laju. Tak akanlah... wanita ini mahu mengambil Aryan darinya?
Tengku Amanda mencengkam sedikit baju suaminya. Suaminya yang perasaan akan tindak balas isterinya, pantas mengenggam tangan isterinya agar isterinya dapat bertenang.
"Boleh saya tahu, kenapa sekarang baru awak nak balik anak tu?" soal Tengku Shahrizal lagi. Ya, kalau ikutkan hati, dia juga tidak mahu melepaskan Aryan. Dia sayangkan budak itu, walaupun pada hakikatnya Aryan bukan anak kandung mereka.
"Ikut suka hati aku la aku nak anak tu bila! Apa masalah kau nak persoalkan aku? Aku ibu dia! Aku ada hak nak ambil budak tu balik! Sekarang, bagi balik anak aku!" herdik wanita itu.
Mutiara jernih sudah keluar dari tubir mata Tengku Amanda. Hatinya terasa berat. Betul-betul berat untuk melepaskan satu-satunya anak lelaki yang dia ada.
"Okey, awak boleh tunggu dekat situ dulu. Saya nak kemaskan barang-barang dia dulu," jelas Tengku Sharizal. Wanita tadi sekadar mengangguk lalu melabuhkan punggungnya pada bangku yang disediakan.
"Abang... betul ke abang nak lepaskan Aryan pada perempuan tu?" soal Tengku Amanda dengan mata yang berkaca. Melihat dari segi percakapan wanita itu sahaja, dia sudah ragu-ragu untuk melepaskan Aryan. Risau jika ada sesuatu yang buruk akan berlaku pada budak itu.
"Sayang..." panggil Tengku Shahrizal. Tangan isterinya dicapai lalu dielus lembut. Dagu isterinya didongakkan sedikit agar anak mata mereka bertentangan.
"Walaupun kita tak nak lepaskan dia, tapi kita kena ingat, Aryan bukan anak kandung kita. Aryan ada ibunya sendiri. Ada bagusnya juga kalau kita lepaskan dia ke tangan ibu sendiri. Awak jangan risau, nanti kita mintalah izin ibu Aryan untuk berjumpa dengan dia setiap hujung minggu. Okey? Awak jangan risau, ya? Kita doakan baik-baik saja buat dia," balas Tengku Shahrizal, lembut. Tengku Amanda mendiamkan diri sebelum mengangguk perlahan.
"Okey, sekarang ni awak pergi kemaskan baju budak tu. Saya nak tengok Qaisara kejap. Risau kalau dia terjaga," kata Tengku Shahrizal lalu pergi dari situ.
"MUMMY? " tegur Aryan setelah mendapati bahawa Tengku Amanda mendiamkan diri termenung ke arah bajunya.
"Y... ya, sayang? Ayid nak apa-apa ke?" soal Tengku Amanda. Wajah anak kecil itu ditilik. Tiba-tiba air matanya bertakung. Cepat-cepat diseka.
"Mummy menangis ke? Kenapa? Mummy sakit ke?" soal Aryan prihatin. Walaupun Aryan baru berusia 10 tahun, namun dia sudah peka dengan keadaan sekeliling dan boleh berfikir dengan agak matang.
"Eh, tak ada la. Mana ada mummy menangis. Ada-ada je Ayid ni."
"Mummy, kita nak pergi mana ni? Kenapa mummy kemas baju Ayid?" soal Aryan dengan wajah polos. Sekali lagi Tengku Amanda dilanda sebak. Ya Tuhan... dia tidak sanggup melepaskan Aryan pada orang lain.
"Ayid, dengar cakap mummy elok-elok. Tadi, ibu Ayid datang. Dia kata dia nak bawa balik Ayid. Jadi, mummy kemas la baju Ayid. Ayid janji dengan mummy, nanti jangan nakal-nakal tau! Kesian ibu nanti. Okey? Lagi satu, jangan lupakan mummy, daddy dengan Qaisara. Okey?" kata Tengku Amanda sambil memandang dalam ke arah anak mata budak lelaki itu.
"Okey, mummy! Ayid janji!" balas kanak-kanak itu dengan senyuman. Lega sedikit Tengku Amanda setelah melihat wajah anak itu.
HAMPIR sebulan berlalu sejak Aryan terpisah dengan keluarga angkatnya. Sedikit pun dia tidak gembira ketika dia berada di sini, bersama ibu dan ayah kandungnya. Hampir setiap hari Aryan mendengar pertengkaran antara ibu dan ayahnya.
Dia sudah penat. Serabut. Itu yang dirasakan setiap kali melihat ayahnya yang pulang lewat malam dalam keadaan yang mabuk. Dia juga sudah tidak tahan lagi melihat ibunya yang membawa masuk lelaki lain di dalam rumah. Bukan itu saja, kadang-kadang mereka membawa Aryan ke pusat pelacuran. Kata mereka, itu sesuatu yang dia perlu pelajari dari kecil. Sudah banyak kali Aryan menolak ajakan ibu ayahnya. Namun, dia asyik dipukul setiap kali cuba melawan. Beginikah sesebuah keluarga itu akan bahagia? Dengan cara ini kah?
"Bila kau nak jual budak tu? Kau tahu kan duit kita dah berkurang? Penat la aku macam ni. Menyusahkan saja budak tu!" kata Malik, ayah kandung Aryan lalu melabuhkan punggunya di atas sofa.
"You sabar kejap tak boleh ke? I tahu la apa yang I buat! Tunggu dia besar sikit, I nak hantar dia dekat pusat pelacuran. Biar dia jadi pelacur berbayar dekat situ. Lepastu budak tu boleh la jadi sumber pendapatan kita. Jadi, kita kena la bersabar sedikit. You ingat senang ke nak cari budak tu? I punya la berharap budak tu masih hidup. Ingatkan sudah kena makan dengan anjing masa I tinggalkan dia dalam kotak 10 tahun lepas," sinis Firdani. Sedikit pun tidak kesal dengan perbuatannya dahulu.
Aryan yang terdengar perbualan antara ibu dan ayahnya sudah menelan liur. Mereka...mahu menjual aku? Tak boleh! Mummy kata, itu perbuatan orang jahat. Jadi, sekarang ni... patut ke aku larikan diri?
Aryan berfikir sejenak. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki menuju ke arahnya. Pantas dia menyembunyikan diri. Aku... perlu lari dari sini!
"FIRDANI!" panggil Malik, lantang.
"Apa!" Firdani dengan malasnya menuju ke arah Malik.
"You nak apa pagi-pagi buta ni? Memekak saja!" Firdani menggaru kepalanya yang terasa gatal. Pagi-pagi buta dah memekak. Ganggu aku tidur saja la mamat ni!
"Hey, mana budak tak guna tu? Dia tak ada dalam bilik!"
Mendengar saja ayat yang keluar dari mulut Malik, terus terbuntang luas mata Firdani. Tangannya dikepal. Marah. Budak ni pergi mana! Kalau tak menyusahkan aku memang tak sah,kan!
"I nak keluar cari dia. You cuba cari dekat sekitar kawasan ni," kata Firdani lalu terus mencapai kunci keretanya.
Enjin dihidupkan lalu dia terus memecut laju. Kau pergi mana! Menyusahkan!
Sampai sahaja di taman permainan, tiba-tiba Firdani ternampak satu figura kanak-kanak lelaki di situ. Pantas dia keluar dari kereta lalu tangan kanak-kanak itu ditariknya dengan kasar.
"Sakit la! Lepaskan Aryan!" Aryan cuba menarik tangannya semula namun tidak berjaya. Lebih kuat cengkaman wanita itu pada pergelangan tangannya. Sakit.
"Kau balik sekarang! Jangan cuba lari ya! Masuk!" Terus tubuh kecil itu ditolaknya kasar. Pintu kereta ditutup lalu dikunci. Tanpa melengahkan masa, kereta itu terus memecut laju ke rumah mereka. Sesampai sahaja di rumah, tangan Arya ditarik kasar supaya masuk ke dalam lalu pintu rumah dihempapnya kuat.
"Kau dah jumpa budak tu?" soal Malik yang baru muncul entah dari mana.
"Ya! Budak ini, memang nak kena! Kau tunggu aku buat sesuatu dekat kau! Kau tunggu!" Firdani menuju ke arah dapur lalu mencapai pisau dapur. Aryan pula menggenggam beg galasnya dengan erat. Air mata sudah keluar membasahi pipi. Takut. Itu yang melanda dirinya ketika ini.
"I... ibu nak buat apa dekat Aryan?" soal budak lelaki itu dengan perasaan takut.
Firdani hanya mencarik senyuman sinis.
"Budak macam kau memang patut kena dengan aku! Kau duduk senyap-senyap! Aku nak toreh perut kau!" Firdani menarik baju Aryan agar terdorong sedikit ke depan. Malik hanya tersenyum sinis. Aryan sudah meronta-ronta agar dilepaskan.
"Jangan! Sakit ibu! Jangan buat Aryan macam ni! Sakit!" Firdani sudah menoreh sedikit perut kanak-kanak itu. Jeritan Aryan sedikit pun tidak diendahkan. Padan muka kau! Puas hati aku!
Aryan tidak mengalah. Dia meronta-ronta sehingga kakinya terkena pada tangan Firdani. Tidak semena-mena pisau itu terkena pada perut Firdani. Darah sudah banyak mengalir dari perut wanita itu. Malik yang melihat keadaan Firdani sudah menghampiri. Aryan terkejut, namun dengan pantas dia sedaya upaya bangun dari situ sambil memegang perutnya yang terasa sakit akibat ditoreh berkali-kali walaupun kesan torehan itu tidak terlampau dalam.
"Kau budak tak guna! Jaga kau!" Malik berura-ura menghampiri Aryan. Malang sekali lelaki itu tersilap langkah, dia terpijak botol arak lalu kepalanya terhantuk pada bucu meja. Mengerikan. Suasana di dalam itu sungguh mengerikan dengan darah di merata tempat.
Aryan meneruskan perjalanannya keluar dari rumah itu tanpa mengalihkan pandangannya ke belakang.
"Mummy... daddy... Qaisara... tunggu... tunggu Aryan dekat rumah..." Aryan rebah. Badannya sudah tidak mampu bergerak. Pandangannya sudah berubah menjadi kabur.
"Abang, hentikan kereta abang. Itu... itu Ayid, bang!" Tengku Amanda pantas mengarahkan suaminya agar menghentikan kereta. Hari ini merupakan hujung minggu, jadi dia, suami dan anaknya mahu melawat Aryan setelah sebulan berpisah. Rindu yang dirasakan tidak usah diungkap.
Tengku Amanda terus berlari mendapatkan Aryan. Terkejut benar seyelah melihat keadaan Aryan yang berlumuran darah. Air matanya sudah bertakung ditubir mata. Anak mummy...
"Mummy..."
"Ya... ya, sayang..."
"Ayid... rindukan mummy," kata Aryan sebelum pandangannya bertukar gelap.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro