16
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."
"KAKAK!" Dengan wajah yang tidak malunya, Qaisara menerpa Laura yang baru sahaja selamat menjejakkan kaki ke rumah. Bahu Laura sedekit terhinjut. Terkejut dengan tindakan spontan Qaisara itu.
"Kakak okey? Ada cedera dekat mana-mana ke? Kenapa mata kakak merah ni? Kakak baru lepas menangis ke? Lelaki tak guna tu ada sakitkan kakak ke?" Bertalu-talu soalan yang diajukan Qaisara. Badan Laura juga ditilik depan belakang. Buka itu sahaja, bahu Laura juga turut digoncangnya! Hai la budak ni...
Laura menggelengkan kepalanya sebagai respon. Laju betul budak ni cakap. Tak sempat Laura nak tangkap satu persatu soalan yang dituju kepadanya.
Pap!
"Aduh!" Qaisara mengaduh. Serentak dengan itu, pegangan tangannya dilepaskan dari bahu Laura lalu tangannya naik menggosok kepala yang terasa sakit.
Pandangan mata Qaisara dicerlung tajam ke arah manusia yang memukul kepalanya. Abang ni dah kenapa pukul kepala orang? Tak baik tau!
"Jangan buat macam tu la. Kau buat Kak Emilia tu tak selesa. Lagipun, soalan kau tu banyak sangat. Kau ingat dia sempat tangkap ke soalan kau tu kalau kau cakap pun macam nak berlumba lari?" Aryan menggelengkan kepalanya. Haih, kenapa la aku dapat adik macam budak ni?
"Ish, biar la kat orang! Orang risau aje. Bukan macam dia! Hati batu!" Qaisara membalas sambil menjelirkan lidahnya. Aryan pula sudah mengangkat tangan untuk meluku kepala adiknya. Budak ni memang dah lama tak cari gaduh dengan aku ke apa ni?
Qaisara dengan pantas menyembunyikan diri di belakang Laura. Disebabkan itu, pergerakan Aryan terhenti. Terus batal niatnya mahu meluku adiknya buat kali kedua.
"Apa la kau orang ni. Besar-besar pun gaduh lagi eh?" kata Laura sambil melepaskan tawanya.
"Salah dia!" kata Aryan dan Qaisara serentak sambil menundingkan jari ke arah diri masing-masing.
Laura menggelengkan kepalanya. Sah positif tak matang!
"Ikut kau orang la. Kakak nak naik atas. Nak rehat. Penat berperang minta cerai tadi. Hahaha. Bye," pamit Laura lalu melangkah ke arah anak tangga.
"Eh, kakak! Jangan tinggalkan Qaisara dengan gorila ni! Nanti habis penyet Qaisara dia kerjakan!" ujar Qaisara lalu berlari anak ke arah Laura. Sempat lagi dia mengutuk Aryan dan menjelir lidah ke arah abangnya.
"SO... akak cerita la apa yang jadi tadi. Qaisara nak tahu..." Qaisara cuba memujuk Laura sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Dengan harapan Laura mahu berkongsi cerita dengannya.
Laura ketawa halus. Alahai budak ni... ada-ada saja perangai tu. Nasib comel!
Laura melabuhkan punggung di atas katil selepas menyangkut tudungnya. Wajahnya menghadap wajah Qaisara.
"Qaisara nak tahu dari mana?"
"Of course la dari mula!" balas Qaisara teruja. Sekali lagi, Laura tergelak dengan tingkah laku Qaisara.
"Okey okey. Macam ni... masa kakak masuk rumah tadi, kakak dapat tangkap suami akak curang dengan akak tau! Yang lagi gempaknya, perempuan tu, kakak tiri kepada kakak sendiri. Terkejut juga la masa tahu tu. Tapi kakak buat tak kisah je sebab lagi senang kakak nak minta cerai. Ye la, dah ada alasan kukuh kan? Then... kakak minta cerai dan dia ceraikan... The end of this story. " Cerita Laura panjang lebar. Qaisara yang setia mendengar hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda faham.
"Jadi... sebab tu ke kakak menangis? Kakak masih sayangkan bekas suami kakak ke?" Soalan yang keluar dari mulut Qaisara itu serta merta membuatkan Laura mati kata. Aku... masih sayangkan Mikael ke?
"Tak. Kakak rasa... perasaan sayang kakak terhadap bekas suami kakak tu semakin lama semakin hilang sejak dia tak layan kakak dengan baik. Kakak menangis pun sebab sedih dengan hidup sendiri. Bukan sebab dia," jawab Laura.
"Kalau macam tu... ada peluang la Qaisara nak satukan kakak dengan abang, kan?" Qaisara sudah tersengih suka. Keningnya dijongket berkali-kali.
"Ish, Qaisara ni... ada-ada je. Entah-entah abang Qaisara dah ada calon tak? Qaisara aje yang tak tahu."
"Abang? Dia tu? Si hati batu tu nak ada calon? Fuh, memang takkan berlaku!" bantah Qaisara sekeras-kerasnya. Serius tak boleh brain kalau abang sendiri dah ada girlfriend. Pelik!
"Aik, kenapa Qaisara kata macam tu? Mustahil sangat ke? Tapi tak mungkinlah! Abang Qaisara tu handsome kut. Takkan la tiada seorang pun yang tertarik."
"Eh?" Qaisara memandang wajah Laura. Aku... tak silap dengar,kan? Kak Emilia baru puji abang, kan?
"Eh..." Mampus Laura! Kau terlepas cakap! Mati kau Laura! Mati!
"Hahaha... lupakan apa yang kakak kata tadi," kata Laura sambil tersenyum janggal. Ya Allah... malunya!
"Ehem, kakak... minat abang, eh?" Qaisara menghampiri Laura. Kening dijongket berkali-kali lalu jari telunjuknya mencucuk-cucuk lengan Laura. Sengaja mahu mengusik gadis itu.
"Mana ada!" Laura menggeleng. Ish, mengarut saja budak ini.
"Tipu! Kakak, tak baik tipu tau! Mummy kata, orang yang menipu ni patut diberikan hukuman. Jadi, Qaisara nak geletek kakak sampai kakak mengaku yang kakak suka abang Ayid!" Tangan Qaisara sudah berjaya mendarat di pinggang Laura. Apa lagi? Terus pinggang Laura digeleteknya. Berdekah-dekah Laura ketawa akibat tidak tahan dengan tindakan Qaisara itu.
"Hahaha! Qaisara... please, stop! Kakak tak tahan ni Qaisara! Hahaha!"
"Ah, tak nak! Kakak kena mengaku dulu!" Qaisara tidak mahu mengalah.
"Please, Qaisara. Kakak betul-betul tak tahan ni! Hahaha!"
"No, no, no. Kan Qaisara dah kata, kakak kena mengaku dulu baru Qaisara berhenti." Lagi disuruh berhenti, lagi suka Qaisara mahu meneruskan sesi menggeletek Laura. Ini Qaisara okey? Apa yang dia nak, dia tetap akan dapat!
"Hahaha! Okey... okey kakak mengaku! Dah... berhenti geletek kakak!" Akhiranya, Qaisara berhenti. Serentak dengan itu, Laura menarik nafas lega. Haih, nak tak nak Laura perlu juga berkata begini. Kalau tidak, sampai esok pun belum tentu Qaisara ini mahu berhenti. Penat!
"Okey, now... mengaku cepat!" arah Qaisara sambil mencekak pinggang dan mengecilkan sedikit matanya.
"Hai la budak ni. Sebenarnya, kakak tak suka pun dekat Aryan tu. Kakak puji saja. Puji, bukan maksud kakak suka dia. Apalah Qaisara ni. Itulah... banyak sangat tengok drama. Kan dah terpengaruh. Orang puji sikit, terus kata orang suka. Tak masuk akal betul," terang Laura panjang lebar lalu menggelengkan kepalanya.
"Ala... ingatkan betul kakak suka abang tadi. Baru nak heboh dekat mummy..." kata Qaisara dalam nada yang mengendur. Sedih la macam ni! Kalau betul tadi, boleh sakat abang Ayid lepastu suruh dia kahwin cepat-cepat! Orang dah lama mengidam nak dukung anak buah!
"Hahaha. Sudah-sudah la fikir pasal benda tu, Qaisara. Buang masa Qaisara saja tau? Tapi kan, betul ke Aryan tu tak ada girlfriend? Macam pelik saja." Laura meluahkan soalan yang berlegar di kepalanya. Ya, agak pelik jika seseorang yang cukup sifat seperti Aryan itu tidak mempunyai teman wanita. Bagi Laura, Aryan itu cukup sempurna di matanya walaupun kadang-kadang perangai Aryan yang menjengkelkan itu timbul juga sekali-sekala.
"Betul kak... abang tak pernah couple dengan sesiapa pun sepanjang dia hidup ni. Kesian, kan? 27 tahun single. Hahaha!" Sempat lagi si Qaisara mengutuk abangnya. Ini kalau dapat didengari oleh Aryan, pasti ada yang kena luku kejap lagi!
"Oh, abang pun jenis yang susah nak dekat dengan perempuan. Maksudnya macam... susah nak berkawan dengan perempuan la. Bagi abang, semua perempuan yang menghampiri dia, sama saja. Mereka nak dekat dengan abang sebab rupa dan harta, bukan cinta atau ikhlas berkawan dengan abang. Itu salah satu sebab abang tak couple," sambung Qaisara lagi.
"Kakak patut berasa bangga tahu! Kakak satu-satunya perempuan yang Qaisara nampak, abang selesa nak bercakap dan berkawan. Kalau abang rapat dengan seseorang itu, maknanya... abang dah percayakan dia. Bukan senang tahu, nak dapat kepercayaan abang. Tambah-tambah lagi selepas peristiwa itu..." Reaksi wajah Qaisara terus berubah selepas dia menyebut tentang 'peristiwa itu'. Wajahnya tiba-tiba bertukar suram.
"Peristiwa apa?" soal Laura. Dia juga perasan akan riak wajah Qaisara yang berubah secara tiba-tiba. Ini yang membuatkan Laura betul-betul ingin tahu. Pasti ada sesuatu yang terjadi kepada lelaki itu. Kalau tidak, mengapa Qaisara berkata begitu?
Qaisara tersenyum hambar sebelum kembali bersuara.
"Kakak nak tahu,ke?" tanya Qaisara bagi mendapatkan kepastian.
Laura sekadar mengangguk.
"Sebelum Qaisara cerita, kakak kena tahu dulu nama penuh abang. Baru senang nak cerita nanti."
Kening Laura bertaut. Ada kaitan ke?
"Apa nama penuh Aryan?" Walaupun Laura masih bingung, dia tetap menyoal juga. Mungkin, memang ada kaitan dengan peristiwa yang bakal Qaisara cerita nanti.
Qaisara menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan.
"Nama abang yang sebenarnya, Tengku Qayeed Aryan bin Abdullah. Bukan Tengku Qayeed Aryan bin Tengku Shahrizal Izman. Ringkasnya, abang bukan anak kandung keluarga Qaisara. Tapi, abang ialah anak angkat merangkap anak susuan keluarga kami," jelas Qaisara. Senyuman hambar diukir. Tiba-tiba peristiwa 17 tahun dahulu kembali menyapa ingatannya.
Laura terpempan seketika. Terkejut dengan apa yang baru menyapa halwa telinganya tadi. Selepas itu, anak matanya kembali terpaut dengan anak mata Qaisara.
TBC
Okey, serius cakap... bab ni hambar gila! Sorry guys! Tiba-tiba pulak takde idea tapi nak update jugak! Huhuhu... enjoy this chapter! Jangan lupa vote dan komen, okey? Terima kasih!🤧❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro