Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"MANA LAURA!" Suara Mikael yang kedengaran sangat kuat bergema di segenap rumah sehingga menyebabkan Mak Timah terkocoh-kocoh bangun daripada tidurnya lalu keluar untuk menghadap si majikan. Gerun yang dirasa tidak usah diungkap. Mahu menghadap wajah Mikael sekarang ini pun Mak Timah sendiri tidak sanggup. Sesekali Mak Timah menelah air liurnya bagi menghilangkan perasaan takut yang bertandang di hati.

"Mak Timah, mana isteri aku?" soal Mikael dengan nada suara yang kedengaran keras. Mata Mikael mencerlung tajam ke arah Mak Timah.

"M... Ma... Mak Timah tak tau, tuan," jawab Mak Timah tergagap-gagap. Wajahnya ditunduk menekur lantai.

"Macam mana Mak Timah boleh tak tau? Isteri aku ada dengan kau kan sepanjang hari ini? Macam mana dia boleh tiba-tiba ghaib? Mak Timah, jangan nak menipu aku, ya. Aku rasa, kau tau kot apa yang bakal terjadi dekat kau." Mikael menyilangkan tangannya ke dada. Badannya disandarkan di penghadang tangga.

"Kalau kau tak nak jawab soalan aku, tak apa. Tak perlu susah-susah. Aku akan potong lidah kau tu. Aku rasa... bahagian badan kau yang satu tu, dah tak ada guna, kan?" sambung  Mikael dengan penuh sinis. Apa yang Mikael kata, dia akan buat. Mak Timah sangat tahu tentang perangai majikannya yang satu itu.

"Mak Timah... betul-betul tak tahu, tuan. Tolong jangan buat macam ni dekat Mak Timah.  Mak Timah sendiri baru sedar yang Cik Laura tak ada dekat rumah." Air mata wanita tua itu sudah menunjukkan rupa. Dia takut. Dia sangat takut jika dia tidak dapat melihat dunia lagi esok. Dia betul-betul masih belum bersedia untuk menghadap Ilahi.

"Cis, bodoh! Aku hairan macam mana aku boleh ambil kau sebagai pembantu rumah! Mana Pak Mat? Dari tadi aku tak nampak batang hidung orang tua tu. Aku suruh dia jaga rumah, dia pula yang hilang!" Mikael meraup kasar rambutnya. Stres dengan pekerja yang tidak berguna itu. Membazir saja duitnya membayar kedua-dua orang tua itu.

"Pak Mat, cuti hari ini bos. Dia demam katanya," ucap Mak Timah perlahan tetapi mampu didengari oleh Mikael.

Mikael merengus kasar.

"Huh! Dah la kau. Pergi masuk bilik kau semula! Tengok muka orang tua macam kau ni lagi serabut kepala otak aku!" herdik Mikael kasar. Tanpa membantah, Mak Timah terus mengundur diri untuk pulang ke biliknya.

Mikael membuka telefon bimbitnya. Bahagia gallery ditekan lalu satu gambar dipaparkan pada skrin telefon. Wajah dua manusia di dalam gambar itu ditiliknya.

"Aku rasa... aku tau kau di mana, sayang," bisik Mikael perlahan sambil tersenyum sinis.









TING TONG!

Bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu itu berjaya mengganggu Aryan daripada lenanya. Aryan dengan wajah yang masih mengantuk dan berkerut bangun dari katil lalu mencapai kunci rumahnya.

"Makhluk mana pula la yang kacau aku tidur ni? Tak tau ke sekarang ni pukul 1 pagi?" omel Aryan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebelum membuka pintu, sempat lagi Aryan mencuri tengok siapa yang berada di luar rumahnya. Kalau Laura, bolehlah juga dia pergi ke singki untuk membasuh muka. Nak jumpa buah hati, kan? Takkan nak biar muka comot dengan air liur basi bagai.

Namun, sangkaan Aryan tadi jauh meleset. Bukan Laura yang berada di depan rumahnya. Malah, manusia di hadapan rumahnya ketika ini ialah seseorang yang lebih menarik untuk bersua muka walaupun masa yang dipilihnya tidak sesuai. Terus saja mata Aryan terbuka luas. Senyuman sinis juga sudah terukir di wajahnya.

Aryan membuka pintu rumahnya, tidak lupa juga lampu di bahagian tempat meletakkan kereta. Nak tengok muka tetamu kehormat, takkan nak tengok dalam gelap? Pintu pagar automatik dibuka lalu 'tetamu kehormat' itu mula menapak masuk ke dalam kawasan rumah Aryan.

Aryan hanya perhatikan 'tetamu' itu melangkah mendekatinya. Badan Aryan disengetkan ke sebelah muka pintu. Tangannya juga disilang ke dada. Sebagai pelengkap menyambut tetamu, senyuman sinis awal-awal lagi Aryan hadiahkan.

"Yes, sir. May I help you?" soal Aryan berbaur sindiran. Lelaki dihadapannya ini diperhati dari atas ke bawah tidak lepas.

Finally, I got to see you face to face, huh?

"Mana isteri aku?" soal Mikael keras. Wajah Aryan dipandang geram. Dia betul-betul meluat dengan pandangan yang Aryan lemparkan ke arah dirinya. Pandangan yang berbaur sindiran. Pandangan yang penuh makna. Mikael cukup tidak suka akan hal itu.

"Wo, wo. Masuk tak bagi salam, lepas tu senang-senang je tanya isteri dekat mana? Wow! Such an interesting way to greet each other, huh?" kata Aryan sengaja mahu menaikkan kemarahan lelaki itu.

'Kau silap la cari pasal dengan aku, manusia. Kau memang silap,' bisik Aryan dalam hati.

"Kau jangan nak main-mainkan aku ya! Jangan nak perasan sangat aku datang menghadap muka kau ni sebab nak kenal kau lebih mendalam. Huh, memang tak akan berlakulah! Sekarang ini, aku tanya mana isteri aku. Mana dia!" Kolar baju Aryan ditarik kasar. Mungkin dengan cara ini, Aryan akan gerun dengan dirinya.

"Hahaha. Lawak apa yang kau cuba buat ni, bro? Tak sampai langsung! Sejak bila aku sembunyikan isteri kau? Sorry to say, tapi aku memang tak teringin nak main sembunyi-sembunyi isteri orang ni. Kalau aku nak, aku akan dapatkan dengan cara baik. Bukan dengan cara rampas isteri orang macam tu je."

"Lagi satu, kau nak tuduh aku sembunyikan isteri kau? Are you kidding me? That's not funny, okey. Kau ada bukti ke yang aku ni sembunyikan isteri kau? Hm? Ada bukti ke?" Kali ini Aryan merentap kasar pegangan tangan Mikael dari memegang kolar bajunya. Serta merta pandangan Aryan berubah menjadi tajam memandang Mikael.

"Haih, dah tak pandai jaga isteri tu, tak pandai la. Tak payahlah nak kaitkan orang lain pula kalau isteri sendiri yang lari. Tak gentle la, bro. Dah buat salah, nak tuduh orang lain pula. Seriously, tak matang langsung," balas Aryan sambil mengelilingi Mikael.

"Kau jangan cuba nak menipu aku la tak guna! Kau ingat aku tak tau ke yang kau dengan isteri aku ada keluar sekali masa aku tak ada? Ha, kau ingat aku ni terlampau mudah diperbodohkan dengan orang macam kau ke? Perempuan tu pun sama! Bodoh! Dasar perempuan murahan!"

Bum!

Tangan Aryan mencengkam kuat leher Mikael lalu badan lelaki itu ditolak kasar rapat ke dinding. Mikael hilang kata. Terkejut dengan tindakan Aryan yang tidak difikir dek akal itu.

Lelaki ini... siapa dia?

"Sorry, sir. Can you repeat what you said just now?" soal Aryan sambil tersenyum penuh makna. Mikael menelan air liur. Gerun dengan pandangan tajam milik Aryan. Nafasnya juga terasa tersekat-sekat akibat cengkaman kuat milik Aryan. Peluh mula merenek di dahi.

"A... aku... tak... cakap apa-apa. Tolong... tolong lepaskan aku. A... aku tak boleh bernafas."

Aryan melepaskan cengkamannya pada leher Mikael. Serta-merta, Mikael terduduk sambil memegang dadanya. Aryan pula meregangkan tangannya sedikit lalu kembali memandang wajah lelaki dihadapannya itu. Dah lama tak buat kerja gila. Bila buat balik ni, rasa pelik pula.

"Kau... "

Mikael yang masih tercungap-cungap mencari nafas mendongakkan kepalanya perlahan-lahan bagi melihat wajah Aryan.

"Lain kali, nak cakap tu biar fikir guna otak, bukan dengan kaki. Kalau kau cakap benda tak sepatutnya lagi..." Aryan membiarkan ayatnya tergantung. Sengaja mahu meningkatkan lagi ketakutan di dalam diri seorang lelaki tak guna seperti Mikael ini.

"Ka... kalau aku cakap benda tak sepatutnya lagi?" soal Mikael yang masih menantikan ayat yang bakal keluar dari mulut Aryan.

Aryan mengukirkan senyuman manis dan menundukkan sedikit badannya agar separas dengan Mikael sebelum menyambung ayatnya.

"Jangan harap muka kau yang handsome tu, berguna lagi. Ya?" sambung Aryan lalu menjentik dahi Mikael dengan kuat. Sengaja.

"Dah, kau sampai bila nak duduk dekat rumah aku ni? Menyemak je kau ni. Dah la ganggu aku tidur. Dah dah... blah kau dari sini. Shuh!" ujar Aryan sambil membuat tangan gaya menghalau kucing.

Perlahan-lahan, Mikael bangun lalu menuju ke arah pintu pagar milik Aryan. Penumbuknya digenggam kemas. Giginya diketap kuat. Perasaan marah tadi semakin membara. Dia rasa dirinya betul-betul dipandang rendah dan diperlekehkan.

"Huh! Jaga kau, lelaki tak guna! Aku akan balas balik!"










LAURA merenung ke luar tingkap rumah Qaisara. Fikirannya bercelaru ketika ini. Adakah benar apa yang dia lakukan ketika ini? Adakah ini jalan yang terbaik buat dirinya? Tidak berdosakah dia jika berbuat begini? Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirnnya namun, semua soalan itu dia sendiri tidak mempunyai jawapan.

Kalau dia pulang ke rumah, sudah pasti dia akan berhadapan dengan Mikael. Apa yang bakal dilakukan oleh suaminya nanti juga mungkin tidak dapat difikir dek akal. Tambahan pula setelah Laura mengetahui rahsia suaminya, perasaan takut itu lebih galak menguasai dirinya ketika ini.

Satu keluhan berat dilepaskan lalu Laura menyembamkan mukanya di meja. Dia tidak mahu fikirkan lagi hal itu. Dia mahu tenangkan dirinya dahulu. Mungkin dengan cara ini, dia bakal mencari jawapan. Atau... tidak?

"Hey." Sapa seseorang dari arah belakang Laura. Suara garau begini, takkan Qaisara pula kan?

Laura kembali mengangkat wajahnya lalu dikalihkan sedikit ke tepi. Wajah Aryan sudah memenuhi iris mata. Kenapa eh, sejak kebelakangan ini... wajah Aryan semakin tampan di matanya?

'Ya Allah Laura! Bangunlah kau dari mimpi! Tak sedar diri betul yang kau tu masih isteri orang!' bisik hati Laura lalu dia mengucap perlahan.

"Hey. Kau buat apa kat sini?" soal Laura.

"Aku? Kau rasa?" Soalan daripada Laura tadi dibalas dengan soalan.

"Ish, dia ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik dah kenapa?" Laura menarik muka. Annoying pula dengan manusia yang seorang ini. Haih, sabar je la.

"Hahaha. Saja la aku datang sini. Nak tengok kau ni masih bernyawa ke tak. Mana tahu tiba-tiba salah satu saraf kat otak kau tu terputus, lepastu tiba-tiba hilang kawalan dan terjun dari bumbung. Tak ke naya tu?" kata Aryan lalu mencapai segelas cawan kaca dan kotak berisi jus oren.

"Cis. Pandai la kau. Bab-bab mengata orang ni cukup pandai eh."

"Eh, mesti." Dengan bangganya Aryan menjawab. Siap tepuk dada lagi tanda bangga.

"Kau ni kenapa tiba-tiba aku tengok macam tak ada mood? Bosan eh duduk sini? Kau nak keluar ke?" soal Aryan prihatin. Hari ini, sudah masuk hari ketiga Laura melarikan diri daripada suaminya. Sepanjang hari itu juga, Mikael tidak datang menyerang Aryan lagi. Dah serik kot?

"Tak ada la. Bukan bosan. Cuma... aku terfikir la. Apa yang aku buat ni, betul ke? Tak berdosa ke aku? Aku lari dari suami sendiri kot. Lagi satu... aku terfikir, sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku ni... memang tak layak nak rasa kebahagiaan ke?" luah Laura dengan mengajukan soalan bertalu-talu. Tiba-tiba pula hatinya berasa sebak ketika memikirkan segala kesalahan yang dia lakukan. Sudah banyak dosanya, ditambah lagi dengan dosa yang baharu. Sebab itukah dia tidak dapat merasakan kebahagiaan?

Aryan yang perasan akan perubahan riak wajah Laura mula bangun dari duduknya. Laura hanya membiarkan. Fikirnya, mungkin Aryan sendiri merasakan dirinya itu sebagai satu beban yang berat. Dia faham, dia hanyalah penumpang. Bukan sesiapa di mata lelaki itu.

"Nah." Tanpa disangka, Aryan kembali duduk berhadapan dengan Laura sambil menghulurkan satu bar coklat cadbury.

Laura memandang coklat yang dihulurkan oleh Aryan itu dengan pandangan yang pelik. Kemudian, wajah Aryan pula Laura pandang dengan wajah yang berkerut.

"Untuk apa ni?" soal Laura yang masih kebingungan.

"Untuk makan la, takkan nak baling kot?" jawab Aryan acuh tak acuh. Lelaki ni kalau tak sakitkan hati orang, memang tak lengkap hidup eh?

"Haih, memang la untuk makan. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai aku tak tau beza yang mana boleh baling, yang mana boleh makan?" Laura menggelengkan kepalanya. Pening juga eh layan manusia ni?

"Ya la cik Emilia. Ni, ambil la. Nak tunggu aku suap kau dulu ke baru nak ambil ni?" Sekali lagi Aryan hulurkan coklat itu ke arah  Laura.

"Ish, ya la. Tapi, kenapa tiba-tiba?" soal Laura lagi. Selagi tak dapat jawapan selagi tu dia nak tanya.

Aryan menggosok belakang tengkuknya.

"Perlu ke jawab?" tanya Aryan pula.

"Ya, perlu. Tersangatlah perlu! Wajib! Tak jawab, haram!" balas Laura.

"Haih, ya la. Aku bagi coklat tu... sebab..."

"Sebab?" Laura memincingkan matanya. Wajah lelaki itu diperhati dalam.

"Sebab aku tak suka tengok orang yang aku sayang, sedih macam ni. Kalau boleh, aku nak peluk dia dan bagi kata-kata semangat dekat dia. Dan kalau boleh, aku nak bahagiakan dia. Ceriakan dia balik. Kembalikan senyuman dia semula. Sebab aku rindu sangat dengan senyuman dia. Tapi itulah. Malangnya, aku nak sentuh pun tak boleh. Jadi, aku bagi la something untuk ceriakan dia balik. Dengan harapan, dia akan kembali ceria dan lupakan segala masalah yang melanda dirinya," jelas Aryan panjang lebar.

"Jap... orang yang kau sayang?" Tiba-tiba Laura menyoal. 'Orang yang aku sayang' maksudnya... dirinyakah?

Damn! Aryan! Kau sedar tak apa yang kau cakap tadi? Kau sedar tak weh! Kau tengah buat indirect confession ke apa siot?

"Ha? Eh, a... aku... aku baru teringat yang aku ada kerja la weh. Hahaha. Aku... pergi dulu eh. Ha, coklat tu jangan lupa makan. Hahaha. Okey, bye!"

Aryan terus keluar dan beredar dari situ. Laura perasan yang telinga Aryan berubah merah.

Aryan... tengah malu ke? Tapi... tapi kenapa aku rasa dia comel sangat masa dia cakap macam tu tadi? Ya Allah Laura! Sedar la diri sikit yang kau tu isteri orang. Masha Allah. Kalau macam ni la setiap hari, boleh cair hati seketul Laura ini.










TBC
Sorry guys chapter ni hambar gila😣btw, author  nak tanya pendapat korang. Bagi korang, cerita ni, sampai tak feeling-feeling sedih tu?😂 sebab author rasa macam tak ada je scene sedih walaupun story ni genre sad romance😂 so, ada sapa sapa nak bagi cadangan tak macam mana nak tingkatkan lagi feeling sedih tu? Apa-apa cadangan pun tak apa. Reen akan terima😊. Psst...nak vote boleh? Heheh thanks!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro