Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

LAURA bangun dari katilnya perlahan-lahan. Sedaya upaya tidak mahu menyedarkan suaminya dari tidur. Okey, line clear!

Laura berjalan terjengket-jengket supaya dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Shawl dan cardigan miliknya dicapai dari dalam almari lalu dengan pantas disarungkan ke tubuh badan.

"Sorry, abang. Laura bukan nak jadi isteri derhaka, tapi Laura betul-betul tak tahan bila nampak mi goreng mamak dekat kedai depan tu tadi. Bye abang. Sleep well," kata Laura sebelum menutup pintu biliknya rapat-rapat.

Di dalam fikiran Laura sudah tahu dia mahu keluar dari arah mana. Tetapi yang semestinya bukan dari arah pintu depan la. Kalau nak kantoi dengan pak guard depan pintu pagar rumah dia orang ni, silakan. Bersiap sedia la nak kena dengan Mikael nanti.

But, don't worry. Ini Laura Emilia kot. Sejak dia berjaya memanjat bumbung rumahnya tempoh hari, tiba-tiba sahaja dia mendapat ilham untuk membuat kerja-kerja gila lagi. Wah, finally! The rise of Spiderwoman! Okey, ini sudah terlebih mengarut.

Tanpa membuang masa, Laura keluar dari pintu belakang rumahnya dan terus menuju ke arah tembok rumah bersebelahan rumah jirannya yang dia sendiri tidak tahu siapa jirannya. Ah, lantak la. Asalkan kejap lagi dia dapat makan mi goreng mamak! Mi goreng mamak, here I come!








"WOI, pencuri!" jerkah Aryan dengan lantang.

"Ha, pencuri? Mana?" kata Laura sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Ya Allah, jangan la bagi pencuri tu bunuh aku. Aku tak nak mati lagi! Sekurang-kurangnya bagi la aku dapat dua orang anak dulu. Huhuhu.

Disebabkan tubuh badan Laura tidak stabil akibat dia tidak duduk diam di atas tembok itu, tiba-tiba sahaja Laura rasa dirinya mahu terjatuh.

Oh, no!

"Ah!"

Buk!

"Aduh... sakit betul. Aku ingatkan rendah aje tadi," omel Laura sendirian sambil menggosok tangannya yang terasa sengal.

Aryan menghampiri Laura yang disangkakan pencuri itu. Perlahan-lahan sumber cahaya dari telefon pintar milik Aryan itu menyuluh ke arah Laura.

"Weh, apa kau buat ni? Sakit la mata aku!" kata Laura sambil menghalang cahaya itu menggunakan tangannya.

"Kau?" Muka Aryan berubah terkejut.

"Eh, kau!" kata Laura sambil menunding jarinya ke arah Aryan.

"Perempuan gila!"

"Lelaki tak guna!"

Kata mereka serentak.

"Wait, excuse me? Lelaki tak guna kau panggil aku?" soal Aryan sambil memeluk tubuh. Anak matanya tepat menikam wajah perempuan itu.

"Eh, better dari kau! Kau panggil aku perempuan gila? Perempuan yang lawa lagi gojes macam aku ni, kau kata perempuan gila? Ini tidak boleh diterima!" kata Laura dengan suara yang lantang dan kedengaran sedikit marah.

"Okay, sorry. Aku tak berniat pun nak kata kau macam tu. Aku tak tahu nama kau apa. So, aku main panggil je la. Mana tahu betul?" kata Aryan selamba. Laura pula sudah melihat Aryan besar kecil sahaja. Fuh, sabar je la sis.

"Aku ada nama okey. Cantik pula tu. Sesuka hati kau je nak label aku perempuan gila." Laura menjeling ke arah Aryan. Geram betul dia bila Aryan labelkan dirinya sebagai 'perempuan gila'.

"Oh, really? Than tell me what's your name."

"Laura Emilia. Kau boleh panggil aku... " kata-kata Laura terputus akibat disampuk oleh Aryan. Ish, lelaki ni. Tak boleh ke bagi aku cakap dulu?

"Aku nak panggil kau Emilia."

Laura mengeluh perlahan. Sesuka hati dia je nak panggil aku Emilia. Nama tu orang tersayang je boleh panggil! Haih, kena banyak bersabar betul dengan lelaki ni.

"Ikut suka hati kau la. Asalkan jangan panggil aku 'perempuan gila' sudah," balas Laura dengan nada sedikit malas.

"Ha, apa nama kau? Mana adil kalau aku saja yang dedahkan maklumat peribadi aku." Kali ini giliran Laura pula menyoal.

"Aryan. Panggil aku Aryan saja," balas Aryan.

"Okey, then."

"Boleh aku tanya sikit tak? Kau buat apa panjat tembok rumah ni malam-malam?" soal Aryan sambil mengangkat keningnya. Bukan dia mahu menyibuk hal orang. Tetapi, dia hanya pelik. Kenapa perlu panjat tembok sedangkan boleh keluar ikut pintu?

Sepi. Laura buntu! Apa yang dia nak jawab dekat lelaki ni? Kalau tipu, okey tak?

"Ha! Baru aku ingat. Aku tengah lapar ni. Nak pergi kedai mamak depan tu. So, aku nak blah dulu. Bye!" ujar Laura sambil melambaikan sebelah tangannya ke arah Aryan. Dia sedar, soalan Aryan tadi dia biarkan sepi. Bukan Laura tidak mahu menjawab, tetapi dia takut Aryan beritahu Mikael!

"Kedai mamak? Maksud kau... kedai mamak yang dekat dengan traffic light depan tu ke?" tanya Aryan bagi mendapatkan kepastian. Setahunya, dekat situ saja yang ada kedai mamak berhampiran.

Laura menoleh sekilas ke arah Aryan.

"Yes," balas Laura.

"Kau nak pergi jalan kaki ke? Seorang diri dan pada waktu macam ni? Are you serious?" soal Aryan lagi. Biar betul perempuan tu nak pergi kedai mamak yang agak jauh tu dengan hanya berjalan kaki. Sudah la pada waktu malam-malam begini.

Laura menepuk dahinya. Ah! Macam mana la aku boleh terlepas pandang hal ini? Damn!

Melihat dari reaksi Laura itu, Aryan sudah dapat mengagak bahawa perempuan itu terlupa tentang hal ini. Nak suruh cari teksi? Memang tidak ada la pada waktu ini. Sekarang dah pukul 1.15 pagi!

"Jom."

"Ha?" Laura kebingungan. 'Jom'? Dia nak ajak aku pergi mana ni?

"Aku hantar kau. Aku tau kau tak tau nak pergi sana naik apa kan? So, aku hantarkan je la," ujar Aryan lalu menghidupkan enjin keretanya. Laura masih terkaku di situ. Biar betul lelaki ni?

"Kau nak pergi ke tak?" soal Aryan lagi.

"Ya!"









DARI awal Laura mula menikmati mi goreng mamak itu sehingga sekarang dia sudah menambah pinggan yang ketiga, Laura perasan Aryan yang duduk berhadapan dengan dirinya asyik memandang dia saja. Comot sangat ke aku makan? Ke... muka aku ni hodoh sangat?

Pap!

"Oi!" panggil Laura sambil menepuk meja dengan perlahan cukup untuk buat Aryan sedar ke alam nyata.

"Apa?" soal Aryan sambil matanya masih lagi tidak lepas dari memandang Laura.

"Kau ni dah kenapa pandang aku macam tu? Tak pernah tengok orang makan ke?" Akhirnya, perkara yang bermain difikiran Laura terluah juga.

"Ya. Aku tak pernah lagi nampak orang melantak mi goreng mamak malam-malam buta ni, tiga pinggan sekali gus. Kau ni bela saka ke apa?" tanya Aryan lalu menyedut minuman yang masih bersisa separuh.

"Amboi... sedap betul mulut kau kata dekat aku eh? Ehem. Encik Aryan, kalau nak kata dekat orang pun, berpada-padalah ya? Nanti, tak pasal-pasal ada juga mulut nak kena sumbat dengan cili ni!" kata Laura dalam nada sesikit marah sambil mengangkat bekas berisi cili yang disediakan dia atas meja itu.

"Oh ya? Tak kisah pun. By the way, aku tengok kau makan ni buat aku rasa lapar pula."

"Habis tu? Pergi la order. Kau bagitahu aku pun, bukan aku boleh bagi kau kenyang," balas Laura lalu menyuap mi goreng ke dalam mulutnya. Ya Allah, serius Laura rasa puas dan nikmat gila makan mi goreng mamak ni setelah beberapa bulan dia tahan.

"Tak nak aku. Aku jaga badan. Bukan macam kau. Gemuk! Kalau letak kau dekat sebelah badak ni, mesti orang tak boleh nak beza yang mana satu manusia dan mana satu badak." Kata-kata yang keluar dari mulut Aryan itu betul-betul menyakitkan hati Laura. Namun, Laura hanya beriak biasa. Malas nak buat kecoh dekat sini. Lebih baik dia menikmati saat-saat akhir bersama mi goreng mamak sebelum kembali beradu!

"Kenapa kau panjat tembok tu? Kenapa tak keluar ikut pintu pagar je?" Soalan cepumas dari Aryan itu membuatkan Laura sedikit tersentak. Adumak! Aku ingatkan dia ni dah lupa.

"Hey, kau mengelamun apa? Aku tanya kau ni."

"Ha? Oh, er... tu sebab... aku... " Laura cuba memikirkan alasan yang masuk akal. Tak akan la dia nak bagitahu yang dia panjat tembok tu sebab tak nak bagi kantoi dekat suami dia? Ish, nanti dia bagitau dekat suami aku macam mana?

"I'm waiting for your answer," kata Aryan sambil merenung tepat ke arah wajah Laura.

"Oh, itu sebab... waktu kecil dulu aku ni bercita-cita tinggi! Kau apa tau?" Laura mula mendapat idea. Ah, lantak la kalau Aryan rasa alasan yang dia berikan ini tidak munasabah. Janji, dia jawab. Tak gitew?

"Ha? Apa kaitan cita-cita kau dengan panjat tembok tu?" tanya Aryan lagi sambil dahinya dikerutkan.

"Ha, tu la kau tak tau. Dulu, aku ni selalu tengok cerita Avengers tau. Disebabkan dia orang ni semua kuat dan padu gila bila berlawan, aku pun pasang la niat untuk menjadi Spiderwoman! Ha, mana tahu dia orang nak ambil watak baru ke... boleh la aku berlakon jadi girlfriend Captain America yang hot tu!" ujar Laura dengan penuh bersemangat. Harap-harapnya, Aryan percayalah. Kalau tidak, mahu diberi alasan apa lagi? Laura sudah buntu!

"Pelik-pelik betul kau ni. Kau sudah makan ke belum? Dah lewat ni."

"Ha, dah. Kejap aku nak bayar," kata Laura sambil menyeluk poketnya untuk mencari duit.

Oh, damn! Duit tu... tak ada!

"Ada duit ke tak tu?" Aryan menghampiri Laura yang mula berubah riak wajahnya. Pucat semacam saja Aryan tengok. Mesti ada masalah.

"Duit tu... tak ada! Tapi aku dah letak dah tadi dalam poket RM50," ujar Laura. Matanya sudah berair. Ish, mana duit tu? Ni nak nangis ni. Laura tak nak tinggal dekat kedai mamak dan cuci pinggan dekat kedai ni!

"Aku bayar," kata Aryan lalu menuju ke kaunter pembayaran. Setelah selesai membayar, Aryan menjemput Laura untuk masuk ke dalam keretanya.

Laura hanya menurut. Wajahnya ditundukkan sedikit. Ah, dia malu dengan lelaki ini! Sudah la tadi Aryan dah nampak dia jatuh dari tembok macam nangka busuk, lepas tu Aryan pun dah tengok perangai tak senonoh dia melantak mi goreng mamak tiga pinggan tadi. Tidak cukup dengan itu, Laura tercicirkan duit pula. Tidak pasal-pasal Aryan yang tolong bayarkan untuk dirinya.

"Kau tak payah ganti balik duit tu. Aku ikhlas belanja kau. Tengok kau makan dan cari pasal dengan kau ni buat aku hilang stress. Thanks," ucap Aryan ikhlas.

"Eh, mana boleh macam tu! Nanti giliran aku pula belanja kau. Baru adil!" Laura membantah. Dia memang tidak suka rasa terhutang budi dekat orang lain ini. Memang dari kecil lagi dia begitu.

"Erm... okay then. It's a deal," balas Aryan.

"Okey kita dah sampai." Aryan meletakkan keretanya di parking lot rumahnya. Laura yang suruh dia buat begitu. Aryan hanya ikutkan sahaja.

"Ah, tak sabar nak tidur! Thanks again sebab sudi layan aku yang gila ni," ucap Laura sekali lagi sambil menghadiakan senyuman ke arah Aryan.

Aryan tersentak sebentar. Ayat yang keluar dari mulut Laura itu, seperti pernah didengari oleh Aryan sebelum ini. Tetapi, di mana?

"Aryan!" panggil Laura dengan suara sedikit lantang. Aryan ni pun, kalau mengantuk tak payah la tidur dekat sini sambil berdiri dan mata terbuka. Seram tau?

Pandai-pandai saja Laura ini mengatakan bahawa Aryan tidur. Buat terkejut orang saja apabila dia menyebut nama Aryan dengan kuat.

"Yes? Oh, my pleasure. Kau ni nak balik rumah melalui tembok ni juga ke?"

"Ha'ah!" balas Laura sambil membuat jari tanda 'peace'. Aryan menggelengkan sedikit kepalanya.

"Ya la. Jangan tercedera sudah. Nanti tak dalat la aku rasa makanan yang dibelanja oleh Spiderwoman."

"Hahaha. Ini Laura Emilia la! Aku ni kuat okey? Dah la aku nak balik. Bye! Good night and sleep well!" kata Laura sambil melambaikan tangannya.

"Yeah, good night too."







ARYAN merebahkan badannya ke atas katil bagi menghilangkan rasa sengal di badan. Ah! Lega betul rasanya. Mata Aryan merenung siling biliknya. Tiba-tiba sahaja Aryan teringat detik-detiknya bersama Laura, si perempuan gila yang dilabel oleh Aryan itu.

Ehem, Aryan. Takkan kau dah rindu?

Gila! Wake up Aryan! Dia itu isteri orang. Namun begitu, tetap terdetik di hati Aryan bahawa perempuan itu mempunyai persamaan dengan Emerald. Gadis yang dicarinya selama tujuh tahun. Laura mempunyai anak mata bewarna hazel yang sama seperti Emerald. Perangai ganas dan lasak Laura juga lebih kurang sama dengan gadis pujaan hatinya itu.

Ah!

Aryan menekup wajahnya dengan bantal. Baik kau tidur Aryan sebelum kau lagi terbayang-bayangkan wajah perempuan itu!



TBC

So... okey tak chapter ni? Chapter  kali ni ada cerita pasal Laura dengan Aryan saja. Korang suka tak part ni? Komen la sikit. Ehe. Alang-alang vote la sekali🌚. Kalau ada typo, tegur tau!Thanks!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro