08
"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia disebaliknya."
"GOOD MORNING, sayang," sapa Mikael yang sedang berjalan mendekati isterinya lalu satu kucupan dihadiahkan di dahi isterinya.
Laura hanya membalas dengan senyuman.
"Abang nak makan?" soal Laura yang sedang menyediakan sarapan pagi mereka.
"Of course, sayang," jawab Mikael. Hari ini mood Mikael baik dari semalam. Sebab cuti ke?
Laura meletakkan pinggan berisi nasi goreng tomyam di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Mikael. Mikael hanya menjadi pemerhati setia. Dari tadi lagi dia memerhati isterinya itu sambil tersenyum.
Disebabkan Laura berasa tidak selesa dengan pandangan yang dilemparkan oleh suaminya, dia berdehem sedikit untuk hilangkan kekok sebelum memandang Mikael dihadapannya.
"Kenapa abang pandang saya macam tu?" soal Laura sambil memandang dalam ke arah anak mata suaminya. Suaminya tergelak kecil apabila menyedari riak wajah si isteri. Berkerut semacam.
"Abang pandang isteri sendiri pun salah ke?" Mikael menyoal kembali.
"Tak salah, cuma pandangan abang tu. Seram!" kata Laura sebelum menyuap sesudu nasi goreng tomyam ke dalam mulut.
"Hahaha. Apa yang seramnya? Abang pandang sayang pun sebab abang rasa sayang cantik sangat hari ni," kata Mikael ikhlas. Perkataan cantik itu ditekankan bagi menandakan bahawa apa yang dia katakan itu betul-betul ikhlas.
"Ya la tu. Habis, selama ni saya tak cantik ke?" soal Laura lagi.
"Mana ada. Isteri abang ni setiap hari cantik tau!" puji Mikael ikhlas.
"Ye la abang. Makan cepat, nanti sejuk pula."
"Ye la sayang. Oh, by the way... hari ni kita keluar nak?"
Soalan yang keluar dari mulut Mikael itu cukup mengejutkan Laura. Keluar? Seriuslah! Suami dia ajak dia keluar? Wah! Gembiranya tidak boleh diungkap! Sudah lama Laura tidak keluar berjalan-jalan. Akhirnya, dia bakal melihat dunia luar sekali lagi!
"Betul ke ni?" soal Laura teruja. Dalam kepalanya sudah memikirkan ke mana mereka mahu menghabiskan masa bersama. Tak sabar!
"Betul la. Ingat abang tipu ke?" Mikael sudah tersenyum melihat wajah teruja isterinya.
"Eee, tak sabar nak keluar! Thanks abang! That's why I love you a lot!" kata Laura dengan nada yang lantang sebelum kembali menjamu seleranya.
"YOU... jom la pergi situ," kata seorang perempuan berambut perang paras pinggang dengan nada yang manja sambil sebelah tangan menundingkan jarinya ke arah tempat yang diingini, manakala satu lagi tangannya berpaut kemas pada tangan Aryan.
Aryan hanya memandang wajah perempuan yang dilabel 'gedik' olehnya itu dengan renungan yang sedikit tajam. Rimaslah perempuan macam ni. Kau tau tak aku rimas! Penat aku asyik ikut dia ke sana ke sini saja. Kau ingat aku ni kereta sorong bergerak kau ke?
"Tak nak. Aku malas," jawab Aryan dengan nada yang kedengaran malas.
Perempuan tadi sudah membuat muka cemberut. Aryan yang perasan akan perubahan wajah perempuan itu hanya buat tidak tahu. Kau ingat aku kisah ke?
"You ni! Sampai hatikan? Sudah la kita ni jarang nak keluar dating. You layan I macam ni pula. I report dekat mummy you kang!" kata perempuan itu dengan nada yang mengugut. Aryan hanya tersenyum sinis. Huh, nak report dekat mummy aku konon. Kau ingat aku takut? Sikit pun aku tak hadap la.
"Oh ya? Then, I don't care. Just do what you like okay?" balas Aryan dengan wajah selamba sebelum dia berjalan meninggalkan perempuan itu. Malas nak layan. Buang masa dia saja.
Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Sebelah tangannya dipegang kemas oleh seseorang. Walaupun Aryan sudah tahu siapa manusia yang memegang tangannya tanpa diberi keizinan itu, Aryan tetap menolehkan wajahnya ke belakang.
"What?"
"You ni. Serius ke nak tinggalkan I?" soal perempuan itu sekali dengan pakej muka kesian. Muka kesian ke? Aryan tengok muka macam tu memang layak minta kaki. Ops, terkasar pula.
"Yes." jawab Aryan sepatah. Tangannya masih dipegang kemas oleh perempuan tadi. Weh, kau tak nak lepaskan tangan aku ke? Bukan main kuat lagi kau pegang.
"Serius ni? You tak kesiankan I ke?" Sekali lagi perempuan itu menyoal. Dia betul-betul tidak mahu melepaskan Aryan. Aryan tu sudah la berketurunan Tengku. Kaya pula tu! Siapa saja yang tidak mahukan lelaki seperti Aryan?
Aryan menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba untuk menenangkan diri sendiri. Serius sekarang ni Aryan meluat gila dengan perempuan ni. Perempuan ni ingat Aryan tak tahu ke tujuan sebenar perempuan itu rapat dengannya? Sudah terang lagi bersuluh bahawa perempuan itu hanya inginkan hartanya. Bukan hatinya.
"Excuse me, aku sikit pun tak kesiankan kau. Buat apa nak kesiankan kau? Kau bukan sesiapa bagi aku. And of course I know, kau bukan ikhlas mahukan aku. Dari riak wajah kau pun aku dah dapat agak kau ni perempuan macam mana. Jadi, jangan ingat kau boleh senang-senang saja ambil kesempatan atas diri aku. Kau nak report dekat mummy aku? Oh, serius aku cakap, sikit pun aku tak kisah. Dengar mummy membebel selama dua jam empat puluh lima minit itu sudah biasa di telinga aku," kata Aryan panjang lebar sebelum dia meneruskan langkahnya. Namun, selepas Aryan melangkah kira-kira lima tapak dari kedudukan asal, Aryan menoleh kebelakang lagi sekali.
Perempuan tadi hanya melihat gerak-geri Aryan. Lelaki ni nak apa lagi yang patah balik ni? Nak curi hati aku ke? Hahaha, sorry aku tak akan bagi! Mod merajuk on!
"You nak apa? Tiba-tiba aje patah balik," kata perempuan itu dengan nada seolah-olah merajuk sambil memeluk tubuh dan membuat muka tanda dia malas mahu melayan.
Dalam diam Aryan mengukirkan senyuman sinis. Perempuan ni mesti ingat aku patah balik ni sebab kesiankan dia. Huh, maaf itu bukan Aryan namanya!
"Aku patah balik ni bukan apa. Just nak cakap something sebagai lelaki yang ingin menjaga maruah seorang perempuan. Aku nak tegur kau, lain kali pakai baju yang cukup kain. Kau ingat dengan dedahkan segala benda tu, aku tergoda ke? Hahaha. Sorry, aku sikit pun tak tertarik. Adik aku jauh lagi cantik dari kau walaupun dia pakai pakaian yang menutup aurat tau? So, fikir-fikirkanlah benda yang aku cakap ni. Semoga kita tidak berjumpa lagi. Kalau kita ditakdirkan berjumpa lagi, just nak pesan. Kuatkanlah mental kau kalau kau tak nak cepat koyak dengan kata-kata yang bakal keluar dari mulut aku ni. Bye." Selepas puas menyampaikan ceramah tidak berbayar, Aryan terus beredar dari situ.
Senyuman lebar jelas terukir dibibir Aryan. Mission accomplished? Well, dengan jayanya! Aryan bersiul kecil sambil memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. Termasuk dengan perempuan tadi, sudah 25 orang yang dia keluar dating tanpa rela. Perempuan tadi juga merupakan orang yang terakhir di dalam list 'Calon Jodoh Untuk Aryan' yang dibuat oleh mummynya. Akhirnya, Aryan bebas!
"ABANG, jom pergi sana!" kata Laura ceria sambil menarik tangan Mikael agar mengikut jejak langkahnya.
"Ya, sayang. Jangan lari-lari. Nanti jatuh," pesan Mikael. Excited betul Laura ni. Risau pula dia takut Laura jatuh tergolek dekat sini.
"Hehehe. Okey! Ha, abang. Laura nak masuk butik tu tau. Abang tak nak masuk sekali ke?" soal Laura sambil memandang wajah suaminya.
Mikael sempat menjeling sedikit ke arah butik ysng dimaksudkan oleh isterinya tadi. Pekerja di butik ini ada lelaki! Memang tidak la Mikael mahu membiarkan Laura seorang diri di dalam butik itu.
"Abang ikut," kata Mikael mendatar.
Laura tersenyum lebar lalu menarik tangan Mikael ke dalam butik tersebut.
"Selamat datang," sambut pekerja disitu dengan wajah yang murah dengan senyuman. Laura membalas senyuman pekerja disitu. Sempat lagi pekerja-pekerja lelaki itu tertunduk malu apabila dihadiahkan senyuman yang cukup manis oleh Laura. Mikael yang sedang memerhati reaksi pekerja itu sudah menjeling tajam.
Sibuk je nak perhati isteri orang! Memang Mikael tidak dapat menafikan bahawa seorang Laura Emilia ini cantik orangnya. Dengan kulit putih dan licin, alis mata yang panjang dan bibir yang menawan. Tidak lupa juga anak mata Laura yang bewarna hazel itu. Lelaki yang melihat Laura pasti akan tertawan dengan kecantikan gadis itu.
"Cik, nak beli kain yang design macam mana ya?" tegur salah seorang pekerja disitu dengan ramah.
"Oh, saya nak tengok design baru. Ada tak?" soal Laura pada pekerja lelaki itu.
Pekerja lelaki itu pantas menganggukan kepalanya lalu mengajak Laura mengikut jejak langkahnya untuk melihat design yang baru.
"Semua yang ada di sini, design baru cik. Baru sahaja sampai petang kelmarin," kata lelaki itu sambil menunjukkan barisan kain yang beraneka warna dan corak. Membuntang mata Laura ketika ini. Cantiknya! Sudah la Laura sangat minat dengan kain ini. Maklumlah, bekas designer semasa dia berada di luar negara ketika meneruskan pelajarannya dahulu. Laura memang sudah berhajat untuk membuka butik sendiri sebaik sahaja dia tamar belajar. Malangnya, Mikael tolak mentah-mentah sahaja impiannya itu. Mahu atau tidak mahu, Laura terpaksa ikut jua kehendak suaminya itu.
Semasa Laura ralit mencuci mata memerhati kain design baru itu, Mikael pula sibuk memerhatikan gerak-geri pekerja lelaki yang berada di situ. Mikael perasan yang mata-mata pekerja itu tidak lepas daripada memandang isterinya. Geram sahaja Mikael melihatnya. Kalau cungkil biji mata seorang-seorang ni, best juga kan?
"Abang, yang ni cantik kan?" Suara Laura yang menyapa halwa telinga itu sudah menyedarkan Mikael dari memerhati pekerja lelaki di sekeliling mereka.
"Ya, sayang. Cantik sangat."
"Okey kalau macam tu saya nak design ni untuk buat baju kebarung," kata Laura sambil menunding jarinya ke arah kain yang bewarna biru cair itu.
"Okey, cik. Saya nak ukur saiz cik untuk buat baju ni dulu. Nanti saya kira harga semua siap-siap," balas pekerja lelaki itu. Dengan pantas lelaki itu mengeluarkan pita pengukurnya dari kocek seluar bagi mengukur saiz badan Laura.
Mikael hanya sekadar menjadi pemerhati setia. Setiap gerak-geri pekerja lelaki yang mengukur saiz badan isterinya itu diperhati dengan teliti. Lama-kelamaan, Mikael sudah tidak tahan. Besar kecil besar kecil sahaja Mikael memandang pekerja lelaki itu. Kau nak ukur baju ke sengaja nak ambil kesempatan dekat isteri aku!
Tanpa berfikir panjang, Mikael merentap kasar pita pengukur dari tangan lelaki itu. Laura dan pekerja lelaki itu sama-sama terkejut dengan tindakan Mikael tadi.
"Abang, apa yang abang buat ni?" soal Laura dengan nada sedikit marah. Kalau nak tunjuk perangai pun tak payah la buat dekat sini. Buat malu saja apabila orang sudah memerhati mereka berdua.
"Lelaki ni sengaja nak ambil kesempatan tau tak? Lelaki ni sengaja nak rapatkan lagi diri dia dengan awak dan saya nampak sendiri dia tu seolah-olah mahu menyentuh awak. Awak tak perasan ke? Awak tak pelik ke kenapa dia orang ni tak minta pekerja perempuan yang ukur badan awak sedangkan pelanggan lain semua pekerja perempuan yang tolong ukurkan," kata Mikael dengan nada yang marah. Pandangan matanya jelas menikam ke arah anak mata pekerja lelaki itu. Kau tunggu aku kerjakan kau cukup-cukup!
Nak kata Mikael ni overthinking? Silakan. Dia tidak kisah kerana dia betul-betul sayangkan Laura. Kalau boleh, dia tidak mahu orang lain memandang isterinya. Laura miliknya sahaja!
"Abang, dia nak ukur saiz badan saya saja. Bukan nak buat apa pun. Abang jangan la fikir bukan-bukan," kata Laura dalam nada yang lembut. Dia cuba memujuk suaminya itu.
"Kau nak lawan cakap aku ke?" kata Mikael sambil menjeling ke arah Laura dengan jelingan yang tajam. Laura teguk liur. Seram demgan perubahan wajah suaminya.
"Jom balik," ujar Mikael lalu menarik tangan Laura.
"Tapi, abang... Laura nak baju tu," kata Laura lagi. Dia betul-betul nak buat baju kebarung menggunakan kain itu. Kain itu cantik sangat!
"Aku kata jom balik!" Sekali lagi Mikael meninggikan suaranya. Kali ini, Laura diam tidak berkutik lalu mengikut jejak langkah Mikael.
ARYAN memandang sekilas ke arah jam yang tergantung elok di dinding pejabatnya. Pukul 12.15 pagi. Baru dia perasan bahawa sudah lama dia menghabiskan masa di pejabatnya selepas blind date dengan perempuan gedik pagi tadi.
Aryan mula mengemas mejanya yang berselerak dengan beberapa fail. Cawan kopi juga dia basuh lalu diletakkan elok di meja kopinya. Sebelum Aryan pulang ke rumah, sempat lagi dia mengelilingi bangunan syarikatnya itu. Mana tahu ada yang masih bekerja keras seperti dia? Malangnya, tiada sesiapa pun yang tinggal di situ. Kesemua pekerja sudah pulang sebelum jarum jam mencecah angka 12.
Selepas 15 minit berlalu, akhirnya Aryan sudah sampai di kawasan perumahannya. Sudah terbayang-bayang katil empuk dibiliknya. Ah, tak shabarnya!
Kereta BMW i8 milik Aryan selamat diparking di hadapan rumahnya. Aryan mencapai briefcasenya sebelum keluar dari perut kereta. Baru sahaja Aryan ingin meregangkan tubuh badannya, matanya tertancap pada satu makhluk yang sedang memanjat tembok rumah jiran sebelahnya. Walaupun Aryan ni bukanlah seorang yang terlampau berani, tetapi dia tetap gagahkan diri juga untuk melihat apa yang berlaku.
Mata Aryan dikecilkan sedikit. Agak kabur kerana suasana di situ sangat gelap. Elok sahaja makhluk itu berjaya duduk di atas tembok, Aryan sudah dapat menangkap bentuk makhluk itu. Ya, Aryan pasti itu bukan hantu. Itu manusia!
"Woi, pencuri!"
TBC
Mungkin chapter ni agak bosan😂tapi takpe la. Just enjoy it okay? Kalau ada typo, tegur tau! Heheh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro