Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia dipengakhirannya."

5 BULAN KEMUDIAN

KREKKK...

Bunyi engsel pintu itu cukup menarik perhatian Laura. Dengan pantas, Laura mengalihkan pandangannya dari telefon pintar.

Senyuman lebar terus terukir apabila iris mata menangkap susuk tubuh seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan Uwais Mikael, suami kepada Laura Emilia.

Perlahan-lahan, Laura bangun dari duduknya lalu menghampiri Mikael yang baru menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Dengan wajah yang ceria, Laura menyapa suaminya.

"Abang dah balik?"

"Abang, jom kita keluar. Dah lama kita tak keluar jalan-jalan." Kata-kata Laura tadi tidak dibalas dengan sebarang respon. Sebaliknya, Mikael hanya meneruskan langkahnya menghampiri anak tangga.

"Abang, tak dengar ke apa Laura cakap ni? Jom la kita keluar. Laura bosan la asyik terperap dalam rumah ni je," kata Laura dengan tidak puas hati. Tangan suaminya dicapai lalu digoyangkan tanda dia sedang memberontak.

"Laura! Kau diam kejap boleh tak! Kau tak nampak ke aku tengah penat ni? Ish, menyemak aje la!" Suara Mikael naik seoktaf. Tangan Laura ditepis kuat sehingga membuatkan badan gadis itu terlanggar sofa yang berdekatan. Bukan itu sahaja, sempat lagi Mikael menghadiahkan jelingan yang cukup tajam kepada isterinya.

Laura terkaku. Terkejut dengan respon suaminya. Sedikit sebanyak, hatinya terguris dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mikael.

'Dia kata aku menyemak?' desis Laura dalam hati.

Mikael tidak menghiraukan Laura sebaliknya, meneruskan niatnya untuk berehat di dalam bilik. Baru saja balik dari kerja, isteri dah buat perangai. Semak tau tak?

"Eh, puan! Kenapa ni puan?" soal Mak Limah yang baru keluar dari dapur. Bukan apa, suara yang kuat tadi mengejutkannya. Disebabkan itu, Mak Limah memutuskan untuk melihat apa yang terjadi.

Mak Limah menghampiri Laura. Wajah Laura ditilik sekilas. Jelas kelihatan wajah gadis itu berubah pucat.

Mak Limah melepaskan keluhan berat. Dia cukup masak dengan perangai tuannya itu. Mak Limah pasti, sekarang ini Mikael sudah mula menunjukkan perangai sebenarnya. Entah bila Mikael mahu berubah. Malas nak cakap banyak. Kalau ditegur nanti, tidak pasal dia dibuang kerja.



MENYESAL! Ya, perkataan itu tidak pernah hilang dalam fikiran seorang Laura Emilia. Dia mengaku, dirinya itu terlampau bodoh. Bodoh dalam membuat keputusan yang sangat bermakna untuk masa depannya. Malangnya, keputusan itu tidak dapat ditarik balik.

Laura melabuhkan punggungya di atas sofa. Pandangannya dibuang ke arah luar rumah. Hanya mampu melihat, tidak mampu keluar. Kalau dia ingkar, buruk padahnya.

Sejak kebelakangan ini, Laura perasan yang perangai suaminya berubah. Asyik marah sahaja. Bukan itu sahaja, kalau amarahnya itu tidak dapat lagi dibendung, Laura yang akan menjadi sasarannya.

Satu keluhan dilepaskan dari mulut Laura. Badannya disandarkan di sofa.

Laura merenung ke arah siling rumahnya. Memikirkan nasib malang yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Lepas ini apa pula? Kubur datang jemput terus ke?

Sekarang ini, kisah hidup Laura tiada beza dengan cerita dongeng. Cerita yang popular pada zaman kanak-kanak dahulu. Tetapi kisahnya ini lain. Laura seperti berada dalam dua cerita pada masa yang sama. Gabungan antara cerita Cinderella dengan Rapunzel.

Apa yang diimpikan, semuanya hanya angan-angan. Laura ingatkan, selepas dia berkahwin dengan 'putera raja', dia akan bahagia seperti dalam kisah Cinderella. Malangnya, selepas dia digelar isteri orang, dia dikurung pula dalam sebuah banglo yang besar dan serba mewah. Semua pergerakannya dikawal oleh si suami.

Bunyi kereta dari luar rumah mengejutkan Laura. Dengan pantas dia bangun lalu naik ke atas. Laura menuju ke arah biliknya. Pintu dikunci serapat-rapatnya. Dia tahu, mood suaminya tidak berapa baik sekarang ini. Dari semalam lagi buat kerja tidak henti-henti dan asyik stres saja.

Sudah pasti, balik sahaja dari kerja Mikael mahu melepaskan penat lelahnya ke atas Laura.

"Laura!" Suara Mikael bergema ke segenap ruang.

Bahu Laura terjungkit sedikit. Terkejut.

Mikael mula bertambah geram. Penumbuknya dikepal. Di mana isterinya menghilang?

"Laura Emilia!"

Bilik mereka berdua dituju. Mikael cuba memulas tombol pintu. Malangnya ia terkunci.

"Laura Emilia! Kau buka pintu ni sekarang!" arah Mikael sambil mengetuk pintu dengan kuat berkali-kali.

Laura mati akal. Tidak tahu mahu buat apa sekarang ini. Dia takut. Kalau dia buka pintu, sudah tentu dia akan dijadikan punch bag oleh Mikael.

"Laura Emilia! Aku kira sampai lima! Kau tak buka juga, aku tak teragak-agak nak pecahkan pintu ni!"

Dengar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut suaminya, Laura terus membuka pintu. Tanpa dijemput, Mikael terus masuk ke dalam bilik lalu pipi Laura dicengkam kasar olehnya.

"Kenapa kau kunci pintu ha? Kau ni memang nak kena ke?" Mata Mikael tepat menikam anak mata Laura.

"Saya tak nak abang pukul saya! Sakit la abang! Kenapa abang buat Laura macam ni?" Laura meluahkan rasa yang terpendam di dalam hati. Ke mana menghilang suaminya yang sweet talker dan caring itu?

"Kau diam boleh tak perempuan? Kau tu isteri aku, kena la dengar cakap aku!" Sebelah tangan Mikael sudah naik menampar pipi Laura. Sebelah tangan lagi menahan lengan Laura daripada bergerak.

Berdosa pukul isteri? Ah, Mikael tidak kisah. Janji dia puas. Kesakitan orang lain itu la yang Mikael suka lihat! Nikmat!

Laura sudah meronta-ronta untuk melepaskan diri. Sakit!

Pegangan Mikael pada tangan Laura mula melonggar. Dengan pantas Laura menggigit tangan Mikael lalu melarikan diri dari bilik itu. Sempat lagi Laura mencapai shawl lalu dililit pada kepala.

Laura sudah tidak kisah! Tidak kira la sama ada dia berdosa atau tidak kerana keluar tanla izin suami, janji dia boleh keluar dari rumah itu. Sekejap pun jadi la!




ARYAN keluar dari rumahnya untuk mengambil angin. Hari ini dia cuti. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di sini. Lagipun, rumah ini jarang guna. Kali ini, Aryan guna pun sebab merajuk dengan mummy! Mod merajuk on!

Ini semua sebab Tengku Amanda Shafriena pandai-pandai saja buat website cari jodoh untuk Aryan. Geram Aryan dibuatnya. Bukan apa, yang nak kena hadap nanti Aryan, bukan mummy!

Tiga bulan sudah berlalu sejak Aryan pindah ke sini. Kawasan perumahan dekat sini agak selesa. Tenang saja.

Aryan mengambil keputusan untuk duduk di salah satu bangku yang terdapat disitu. Aryan duduk bersandar di bangku itu lalu buku Harry Potter yang dibawanya tadi dibaca.

Entah kali keberapa Aryan sudah membaca buku itu. Tetap tidak bosan baginya! Minat sungguh!

Sementara Aryan ralit membaca buku kegemarannya, tiba-tiba bunyi tapak kaki seseorang sedang berlari menarik perhatiannya. Bunyi itu datang dari arah kirinya.

Aryan menoleh ke kiri. Kelihatan, seorang perempuan dalam keadaan serabut berlari ke arahnya.

'Mak ai, laju betul dia ni lari. Kena kejar dengan anjing ke?' desis Aryan dalam hati.

Aryan kembali menumpukan fokusnya ke arah buku yang dibaca. Baru sahaja dia mahu meneruskan bacaanya, dia terasa seperti ada orang yang berhenti dihadapannya.

Perempuan tadi!

Perempuan itu memandang ke arah Aryan. Aryan mula teguk liur.

'Perempuan ni nak apa pandang aku macam tu? Seram pula aku.'

"Laura!" Kedengaran satu jeritan yang agak lantang dari arah kiri mereka.

Pantas sahaja perempuan itu sembunyi di belakang Aryan. Aryan mula hairan. Dah kenapa perempuan ni sembunyi dekat sini?

Aryan dari tadi tidak lepas dari memandang kelakuan perempuan yang agak pelik itu. Perempuan tadi yang mula perasan dirinya diperhati memandang Aryan semula lalu isyarat supaya senyap di berikan.

"Shhh... jangan bagitahu kata aku dekat sini!" kata perempuan itu dengan nada berbisik lalu perempuan itu menundukkan wajahnya agar tidak kelihatan.

Aryan tidak menghiraukan kata-kata perempuan itu. Malas nak layan. Orang gila kot? Dengan muka comot, shawl tak terurus dan baju pun serabut. Ish, lagi la Aryan malas nak ambil tahu.

Aryan mahu meneruskan bacaannya yang tergendala tadi. Malangnya, sekali lagi dirinya dikacau. Kali ini seorang lelaki pula yang berhenti dihadapannya.

"Kau ada nampak isteri aku tak? Dia lari dekat sini tadi," soal lelaki itu.

Aryan memandang wajah lelaki tadi dengan pandangan kosong lalu Aryan berpaling ke belakang untuk melihat perempuan tadi.

"Kau cari perempuan ni ke?" soal Aryan sambil menunding jarinya ke arah perempuan yang sedang bersembunyi di belakang bangku dia duduk.

Perempuan itu menepuk dahinya. Kenapa la lelaki ini bagitahu di mana dia berada? Mati aku!

Lelaki di hadapan Aryan tadi mula membuka langkah mendekati perempuan di belakang bangku. Perempuan itu masih menundukkan wajahnya. Aryan yang berada di situ cuma menyaksikan apa yang berlaku.

Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum berkata.

"Sayang, kenapa sayang duduk sini? Nak main sembunyi-sembunyi dengan abang eh? Pandai ye sayang sembunyi. Susah abang nak cari," kata lelaki itu dengan suara yang sehabis lembut.

Bulu roma perempuan itu sudah meremang. Seram dengan perangai suaminya yang tiba-tiba berubah. Psiko!

"Sayang, jom balik. Abang penat ni. Nanti kita sambung main eh?" Lelaki itu mula menarik tangan perempuan itu. Perempuan itu hanya duduk terkaku di situ. Dia tidak mahu bergerak. Dia tak nak balik rumah!

"Sayang..." Kali ini, perkataan itu ditekan sedikit. Namun, senyuman manis masih terlorek di bibir lelaki itu.

Perlahan-lahan, perempuan itu akur dalam keadaan terpaksa. Lelaki itu terus mencengkan tangan perempuan itu dengan kuat.

Jelas kelihatan wajah perempuan itu sudah masam mencuka pada pandangan Aryan. Sempat lagi perempuan itu memandang Aryan dengan pandangan 'kenapa kau bagitahu?'.

Aryan masih memandang perempuan itu. Entah mengapa, dia rasa seperti dia berminat untuk mengetahui tentang perempuan tadi.

Aryan menggeleng kepala.

"Aryan, kau punya masalah pun tak selesai lagi, nak masuk campur masalah orang lain pula," kata Aryan pada dirinya sendiri lalu dia kembali membaca buku.





"PANDAI kau sembunyi eh. Belakang lelaki pula tu! Apa, kau ingat lelaki tu boleh tolong kau? Heh, dalam mimpi sayang. Dalam mimpi," kata Mikael lalu menolak tubuh Laura jatuh ke atas katil. Perlahan-lahan Mikael naik dan menindih tubuh Laura.

"Abang... apa yang abang nak buat ni?" soal Laura dengan wajah yang cuak.

Tangan Mikael sudah merentap baju Laura dengan kasar. Dia tersenyum sinis.

"Hari ni, abang tak rasa nak pukul sayang. Tengok sayang sembunyi belakang lelaki tadi buat abang jealous," ujar Mikael sambil menggigit bibir bawahnya dan memandang Laura dengan penuh makna.

"Abang, jangan..."


TBC

Huhuhu... lama tak update, so enjoy! :)
* anggaplah lagu kat media tu ost cerita ni. Hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro