Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia di pengakhirannya."

"IBU..."

Laura mendongakkan kepalanya bagi melihat langit yang dipenuhi bintang-bintang malam ini. Dia memeluk lututnya. Badannya menggigil akibat kesejukan yang amat.

Penampilannya tidak terurus. Lebam di sana-sini. Luka sedikit di tepi bibirnya yang pecah itu menyebabkan wajahnya yang cantik itu kelihatan sedikit cacat. Mukanya yang sedia putih mulus itu bertukar menjadi pucat.

"Ya Allah... kenapa Kau uji aku sebegini?" Laura menitiskan air matanya.

Hari ini sahaja, berapa kali dia dipukul dengan begitu kasar oleh dua orang manusia yang sedang bermaharajalela dirumahnya ketika ini. Pagi-pagi lagi dia sudah dibelasah teruk. Rambutnya ditarik, wajahnya ditampar berkali-kali sehingga bibirnya pecah. Tidak cukup dengan itu, badannya dipukul berkali-kali menggunakan batang penyapu.

Semua ini kerana Datin Aira dan Ariesya mahu membalas dendam atas apa yang Laura sudah buat ke atas mereka kelmarin. Hanya disebabkan Laura memberi makanan sarapan bersama beberapa ekor lipas, sampai ke malam Datin Aira dan Ariesya tidak lalu makan.

Nak melawan? Ya, memang dia mahu melawan balik Datin Aira dan Ariesya. Malangnya dia tidak berdaya. Entah bagaimana dia boleh terlupa, rumahnya ini sentiasa mempunyai kunci pendua bagi setiap bilik. Pagi-pagi lagi, Datin Aira dan Ariesya masuk ke dalam biliknya lalu mengikat kaki dan tangan Laura di penghadang katil supaya Laura tidak dapat melawan mereka. Bijak betul manusia dua orang itu apabila membuat jahat.

Kini, Laura berada di luar rumah ditemani dengan hujan lebat yang turun. Sudah semestinya, bukan kerana keinginan dirinya, malah Datin Aira dan Ariesya yang menghalau Laura keluar dari rumah lalu pintu rumah ditutup dan dikunci serapat-rapatnya! Mujurlah tidak dihalau ke luar pagar. Sekurang-kurangnya, dia masih mempunyai bumbung bagi menghalang hujan lebat menyinggah tubuh badannya.

Perlahan-lahan kelopak mata Laura tertutup. Laura mahu tidur. Laura mahu menenangkan dirinya dan lupakan kejadian hari ini. Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.




PRUSHHH!

Sebaldi air selamat mendarat di tubuh badan Laura. Menggigil kesejukan Laura apabila air yang sejuk itu mendarat di tubuh badannya. Laura mengerling ke arah susuk tubuh di sebelahnya. Senyuman sinis jelas tersungging dibibir wanita itu.

Laura menggetap gigi. Penumbuknya dikepal. Baru sahaja dia mahu menghayunkan penumbuk ke wajah Ariesya, Ariesya bersuara. Terus terhenti niat Laura.

"Kau nak tumbuk aku? Wah, beraninya kau! Tak sangka pula aku, yang kau nak rasa macam mana mak kau kena dengan mama aku kan?" soal Ariesya dengan nada yang sinis.

Perlahan-lahan Ariesya menapak ke hadapan menghampiri tubuh Laura. Mata Laura sudah bergenang. Takut. Ya, dia sangat takut. Bertambah takut apabila terkenangkan kebenaran yang baru diketahuinya kelmarin.

"Sakit la ma!" jerit Laura sekuat hati. Matanya laju sahaja menitiskan cecair jernih tanda dia sangat sakit ketika ini.

"Oh, sakit ye? Padan muka kau! Memang patut pon kau kena macam ni! Mak dengan anak sama saja! Dua-dua tak guna!" jerkah Datin Aira sambil memukul Laura menggunakan penyapu tidak henti-henti.

"Jangan ungkit nama ibu la!" Laura meronta-ronta. Sedaya upaya melepaskan dirinya dari ikatan itu. Akhirnya, ikatan pada kakinya berjaya terurai walaupun tidak sepenuhnya. Dengan pantas dia menendang tubuh badan Datin Aira yang menindih badannya.

"Bodoh! Sakit la! Kau tak guna! Kau nak aku sihir kau macam mana aku sihir mak kau juga ke?" soal Datin Aira dengan nada yang marah. Pinggangnya di pegang bagi menahan rasa sakit.

Pergerakan Laura tiba-tiba menjadi kaku. Matanya sekali lagi mula bergenang.

'Ibu... disihir? Sebab itu ke selama ibu hidup ini, ibu kelihatan lemah walaupun doktor cakap ibu tiada penyakit?' desis hati Laura.

"Terkejut? Hahaha! Tak payah nak terkejut sangat. Perempuan tu dah mati pun!" Datin Aira menghampiri Laura lalu pipi Laura dicengkam kasar.

"Mak kau tu, memang layak disihir! Aku benci dia! Dia selalu dapat apa yang dia nak. Kawan baik tak guna! Penipu! Dia dah janji dengan aku, dia akan tolong aku bila aku perlukan dia. Tapi kau tau dia buat apa?" Datin Aira memandang dalam ke arah anak mata Laura. Badan Laura menggigil. Gerun dengan wajah Datin Aira yang seperti orang gila.

"Dia tak tolong aku pun. Dia boleh pula happy pergi honeymoon dengan ayah kau, masa aku ni tengah meronta-ronta cari pertolongan nak selamatkan family aku! Malang betul nasib aku. Family aku mati, aku saja yang selamat sebab berjaya larikan diri daripada Ah Long tu."

"Oh, bukan itu saja. Lepastu, aku dirogol. Kau tau tak? Aku dirogol! Hahaha! Bagus betul hidup aku kan?Keluarga mati lepas tu kena rogol pula! Kenapa tak tarik nyawa aku sekali saja masa tu!"

"Kalau kau nak tau, Ariesya tu anak luar nikah tau. Ni semua sebab aku dirogol, Ariesya tu jadi mangsa! Aku tak sampai hati nak buang dia, jadi aku ambil dan jaga dia. Macam-macam aku fikir untuk jaga dia. And, kau tau tak? Aku minta tolong dekat mak kau! Aku cerita problem aku, tapi sikit pun dia tak kisah. Dia halau aku keluar dari rumah dia dan dia kata aku gila!"

"Dasar perempuan tak guna! And disebabkan tu, aku sihir dia! Biar dia mampus, lepas tu aku dapat kahwin dengan ayah kau! Hahaha! Bijak kan aku ni? Bijak kan!"

Speechless. Laura mati kata. Sungguh dia terkejut apabila memgetahui kebenaran yang berlaku terhadap ibunya dan juga kisah silam ibu tirinya. Sedih, marah, semua perasaan bercampur. Dia sungguh tidak percaya yang ibunya sebegitu rupa. Adakah ini semua hanya penipuan atau pun salah faham?

"Woi! Kau tercegat apa lagi dekat situ? Pergi la masuk buat sarapan!" jerit Ariesya. Terhinjut bahu Laura apabila jeritan Ariesya itu menerpa halwa telinga.

"Satu lagi, jangan nak memandai letak 'kawan-kawan' kau dalam makanan eh. Kalau tak, awas kau!" Ariesya sempat lagi memberikan amaran sebelum beredar dari situ.





BUM!

"QAISARA INARA!" panggil Aryan dengan suara yang lantang.

Uhuk! Uhuk!

Qaisara yang baru sahaja mahu menjamu selera, terus tersedak ramen 2× spicy yang baru sahaja selamat mendarat di dalam mulutnya.

"Ah, pedas! Pedas! Abang! Hulurkan air tu!" Terkapai-kapai tangan Qaisara akibat pedas yang melampau. Air mata sudah bergenang ditubir matanya. Ya Allah, dalam banyak-banyak masa, kenapa masa Qaisara nak layan k-drama sambil makan ramen juga yang mahu dipilih abangnya? Kacau mood betul!

Aryan yang melihat wajah Qaisara yang mula memerah akibat menahan pedas itu terus mencari air yang dimaksudkan Qaisara tadi. Dengan pantas Aryan menghulurkan secawan besar ice blended oreo buatan Qaisara. Qaisara pula terus mencapai cawan tersebut lalu disedutnya dengan laju.

"Arghhh! Brain freeze!" jerit Qaisara sambil memegang kepalanya.

"Weh, kau okey tak?" Aryan mula cuak. Jangan kata Qaisara dah sampai ajal. Alone la Aryan nanti!

Qaisara mengangkat tangan kirinya tanda 'sekejap'. Selepas beberapa saat, baru dia memandang wajah si Abang.

"Dah okey!" Dengan senyuman lebar Qaisara berkata.

"Cis, kau ni. Buat aku cuak je," kata Aryan sambil mengusap dadanya.

"Eleh, kau tu yang buat gelabah biawak lebih. Nak salahkan aku pula. Ha, ni yang terjah bilik aku ni dah kenapa? Nak kena kiss dekat pipi lagi ke?" soal Qaisara sambil menjongketkan keningnya berkali-kali dan tersenyum gatal. Sengaja mahu mengusik abangnya.

"Eee, tak nak aku!" kata Aryan sambil menekup pipinya. Takut Qaisara buat serangan hendap.

"Habistu? Datang sini nak apa?" Sekali lagi Qaisara menyoal Aryan.

Aryan mula menghampiri Qaisara. Anak mata adiknya itu ditatap sedalam-dalamnya.

"Kau, kena tolong aku."

Qaisara mengangkat sebelah keningnya tanda tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Aryan.

"Mummy buat kerja gila lagi la!" Luah Aryan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Serabut betul Aryan ketika ini.

"Kerja gila apa pula?"

"Mummy...dia aturkan blind date dekat aku! Aku tak nak weh!" Luah Aryan sambil menghentakkan kakinya berkali-kali tanda dia tidak suka. Macam budak 5 tahun dah Qaisara tengok.

"Okey apa?" kata Qaisara selamba. Dalam hati bukan main gelak dekat Aryan. Padan muka! Siapa suruh tunggu si Emerald tu sangat? Kan mummy kesayangan dah jalankan misi.

"Kau kata okey? Hell no! Kau ingat aku nak ke? Takkan! No way! Never happen!" bantah Aryan sekeras-sekerasnya.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama Tengku Amanda buat begini. Banyak kali sudah Tengku Amanda merancang untuk satukan Aryan dengan mana-mana anak kawannya. Malangnya, semua Aryan tolak mentah-mentah.

Tetapi kali ini bukan biasa-biasa rancangan Tengku Amanda Shafriena. Memang luar biasa punya! Siap buat website khas untuk cari jodoh lagi. Khas buat anak terunanya yang satu itu, Tengku Qayeed Aryan. Memang bengang la Aryan apabila tahu tentang hal ini.

"Alah, kau ni. Macam tak biasa. Kau buat je la macam yang selalu kau buat tu," kata Qaisara lalu menyambung sesi menjamu seleranya.

"Ish, kau cakap senang la. Yang nak hadapnya nanti aku. Kau tak ingat ke apa yang jadi masa aku reject salah seorang perempuan yang suka dekat aku tu?" soal Aryan sambil memandang Qaisara.

Qaisara meletakkan jari telunjuknya di dagu. Cuba mengingati semula peristiwa yang disebutkan Aryan tadi.

"Hahaha! Oh, yang tu ke weh?" Tiba-tiba tawa Qaisara pecah. Berguling-guling Qaisara ketawa. Macam orang tak betul.

"Aku ingat, perempuan tu mengadu dekat mummy, then balik tu kau kena hentam dengan mummy! Hahaha! Aku ingat lagi muka kau time tu. Kau kena makan 10 biji lemon kan? Weh, sumpah terhibur! Hahaha!" Bukan main sakan lagi Qaisara tertawakan Aryan. Seronok!

"Diam la perempuan," kata Aryan lalu menghadiahkan jelingan tajam ke arah Qaisara.

"Ya la." Qaisara kembali mencapai bekas berisi ramennya. Nak sambung makan balik lepas puas gelak.

"Weh, kau ni nak tolong aku ke tak?" soal Aryan dengan harapan Qaisara hari ni baik hati.

"Tak nak." Mudah sahaja jawapan yang diberikan.

"Weh, tolong la..." rengek Aryan sambil menggoyang perlahan tangan Qaisara.

"No."

Pap!

"Weh, tolong la aku!" Sekali lagi Aryan merayu. Kali ini siap tepuk tangan Qaisara lagi. Buat kali keduanya, Qaisara tersedak. Pantas sahaja tangan Qaisara mencapai ice blended oreo di atas meja.

"Oi, bab... Aish!" Kesabaran Qaisara mencapai hadnya. Sikit lagi nak mencarut!

"Qaisara, mummy kata tak baik mencarut." Sempat lagi Aryan memesan.

"Ish, aku tak mencarut lagi kan?" kata Qaisara sambil mencebik bibirnya. Pandangannya kembali beralih ke arah laptop miliknya. Malas nak layan Aryan.

"Prada," kata Aryan perlahan namun, masih dapat ditangkap oleh telinga Qaisara.

"Ha?"

"Satu beg Prada limited edition. Deal?" soal Aryan bagi mendapat persetujuan.

Qaisara mula bangun lalu mengemas semua barang-barang di atas katil dan mejanya.

"Kau nak pergi mana?"

"Pergi mana lagi? Jalankan misi kau la. Dah, jom! Beg Prada limited edition aku tengah tunggu tu!" Dengan teruja sekali Qaisara bersuara. Aryan hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

'Sebut beg Prada, laju aje kerja dia.'






DARI awal pagi hingga sekarang, tidak henti-henti Laura membuat kerja yang diarahkan oleh Datin Aira. Wajahnya selalu ditundukkan. Tidak berani mahu bertentang mata dengan wanita tua itu.

Sesekali, mata Laura dikerling untuk melihat Datin Aira dan Ariesya yang sedang rehatkan diri di ruang tamu.

"Kau jeling-jeling apa? Ingat aku tak nampak?" tegur Ariesya yang sedang ralit bermain phonenya.

"Tak ada apa-apa." Malas Laura nak melawan. Sudah la sekarang ini sakit dibadannya masih belum pulih. Nanti, tidak pasal-pasal pula dapat sakit baru.

"Kau nak cakap apa? Cakap je la!" Kali ini, Datin Aira pula yang bersuara. Dia pun perasan yang Laura dari tadi asyik curi-curi pandang ke arahnya. Rimas tau tak?

"Laura nak tanya... ayah meninggal pun, ada kena mengena dengan mama ke?" Walaupun tangan Laura yang sedang memegang penyapu itu terketar-ketar, Laura tetap beranikan diri. Kalau tidak, sampai bila-bila pun dia tidak tahu apa punca ayahnya meninggal dunia.

"Huh, good question. Ayah kau tu kedekut sangat. Meluat aku! Dia pun memang patut mati saja. Aku bunuh dia juga. Tapi, secara perlahan la. Aku letak racun dalam minuman dia je," ujar Datin Aira dengan selamba.

Laura menggetap gigi. Perlahan-lahan tangannya mengepal penumbuk. 'Ya Allah, kenapa jahat sangat orang tua depan aku ni?'

"Hey, Laura. Jangan banyak cakap boleh tak? Buat je la kerja kau tu. Nak tanya-tanya pula. Sorry to say, tapi ini bukannya rancangan sesi soal jawab. Now, kau boleh berambus kot. Semak la," halau Ariesya sambil membuat muka.

Laura hanya membalas dengan senyuman yang dibuat-buat sebelum ke dapur untuk mengambil sampah. Sampah yang disapunya tadi diletakkan ke dalam tong sampah lalu, plastik hitam yang berada di dalam tong sampah itu diikat untuk dibuang.

Selepas membuang sampah, Laura terus duduk di kerusi batu yang terdapat di hadapan rumahnya. Matanya dipejam. Cuba untuk menghadam apa yang baru didengarnya tadi.

'Ya Allah, macam mana aku nak lalui ujian yang kau berikan ini? Aku tak kuat,' rayu Laura dalam hati. Kini, hanya Allah yang tahu betapa beratnya ujian yang dihadapi Laura.

"Laura." Satu suara garau memanggil namanya. Pantas Laura mendongakkan kepala untuk melihat si pemanggil.

"Mikael..." Bergetar suara Laura ketika ini. Entah mengapa, dia rasa seperti dia ingin meluahkan segala-galanya kepada lelaki itu.

"Laura? Are you okey?" Mikael menghampiri Laura. Jelas kelihatan risau di wajah Mikael.

Laura memandang Mikael dengan mata yang bergenang. Bila-bila sahaja air matanya itu akan membasahi pipi mulusnya.

"I'm not okey!" Laura melepaskan tangisnya. Mikael pula menepuk belakang badan Laura yang berlapik itu dengan perlahan. Cuba menenangkan hati gadis yang disayanginya.

"Laura, jangan menangis macam ni ye? Saya tak kuat tengok awak menangis macam ni," pujuk Mikael dengan lembut.

"Mikael, saya tak kuat Mikael. Saya tak sanggup nak tinggal dekat rumah ni lagi!" Luah Laura semahunya. Jujur, dia tidak tahu sama ada dia boleh atau tidak menahan rasa sakit hatinya.

"Kalau macam tu, saya akan tolong awak," ujar Mikael ikhlas.

"Awak nak tolong saya macam mana, Mikael?" soal Laura. Bagaimana lelaki di hadapannya ini mahu menolongnya?

"Kita kahwin. Saya akan bebaskan awak dari rumah ini."

TBC

Agak panjang, but...never mind. Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro