Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia dipengakhirannya."

"LAURA!"

Jeritan yang maha kuat itu mampu membuatkan bahu Laura Emilia terhinjut akibat terkejut. Mujurlah dia tidak mempunyai sakit jantung. Kalau tidak, mesti sudah menjadi arwah. Dengan pantas Laura menuruni anak tangga untuk menghadap si pemanggil.

Rambut yang basah dan tidak terurus itu dibiarkan terjuntai di bahu. Tidak sempat untuk menyikat rambut kerana elok sahaja dia sudah membersihkan diri, Datin Aira sudah memanggilnya.

"Kau pergi mana ha? Aku suruh kau buat sarapan kan, yang kau pergi naik atas tu dah kenapa?" Jerkah Datin Aira. Kepala Laura ditunjalnya berkali-kali.

Laura menggetap giginya dengan perasaan yang geram. Dia memang pantang kalau orang main dengan kepalanya. Ingat kepala dia itu apa? Bola ke?

Sekali lagi Datin Aira mahu menunjal kepalanya, namun pantas ditangkap Laura dengan kasar. Matanya memandang tajam ke dalam mata Datin Aira.

"Mama, jangan main kepala orang la. Tak baik tau!" Nada suara Laura sedikit tinggi membuatkan Datin Aira mati kata. Seram juga apabila Laura memandangnya dengan pandangan yang tajam.

"Tak payah panggil aku mama la. Jijik kau tau tak?" Datin Aira mengalihkan pandangannya. Tangannya direntap lalu disilang ke dada. Laura hanya mendiamkan diri. Tiada guna pun berlawan kata dengan orang tua dihadapannya ini.

"Cis. Jijik lah sangat. Dia ingat dia tu suci sangat ke? Sesuci murni baby baru lahir?" Laura mengutuk Datin Aira dalam nada berbisik. Mulutnya juga dicebik tanda meluat dengan Datin Aira.

"Kau kata apa tadi?" Datin Aira memandang Laura dengan muka yang bengis. Budak ni ingat aku tak dengar ke dia tengah mengutuk aku?

"Eh, Laura ada cakap apa-apa ke tadi? Seingat Laura, tak ada pulak. Mama silap dengar kut. Maklumla, semakin meningkat usia ni, semakin pekak kan?" kata Laura dengan senyuman semanis gula. Sengaja membuatkan darah Datin Aira mertambah naik.

"Kau ni memang nak kena kan? Meluat aku dengan kau ni. Tunggu apa lagi? Pergi la masak!" Arah Datin Aira dengan suara yang lantang. Tubuh Laura ditolaknya. Tanpa banyak kata, Laura hanya menurut.

Terukir senyuman dibibir Laura.

"Mama nak sangat Laura masak kan? Mama tunggu sekejap," desis hati Laura lalu terus menuju ke arah dapur untuk menyediakan makanan.







LAURA memerhatikan keadaan sekelilingnya terlebih dahulu. Setelah mendapati keadaanya selamat, baru dia memulakan misinya.

30 minit dia bertungkus lumus memasak untuk dua makhluk yang hanya tahu 'membesar' di rumahnya itu. Dia orang tu tak sedar ke yang sekarang rumah ini milik Laura sepenuhnya? Huh, nasib baik Laura ini masih berhati perut. Kalau tidak, awal lagi dia menghalau Datin Aira dan Ariesya keluar dari rumahnya.

Satu bekas dikeluarkan dengan perlahan-lahan dari poket seluar Laura. Muncul satu senyuman lebar yang penuh makna.

"Hai awak. Maaf lah, hari ni saya akan gunakan awak letak dalam makanan ni. Nasib baik dah mati. Kalau tak, mesti saya rasa bersalah sebab 'goreng' awak sekali dengan nasi goreng ni," omel Laura sendiri sambil menatap bekas kecil yang berada di tangannya.

Perlahan-lahan Laura membuka penutup bekas itu lalu dia mengambil beberapa 'benda' dan dimasukkan ke dalam pinggan Datin Aira dan Ariesya.

Selepas dia meletakkan makanan dan minuman ke atas dulang, dia menceduk nasi goreng untuk dirinya pula. Sehingga licin dia menceduk nasi goreng itu tanpa sedikit pun tinggal di dalam kuali.

Laura mengangkat dulang ke arah meja makan lalu dihidang. Setelah semua kerjanya selesai, dia mula melangkah pergi dari situ sambil membawa sepinggan penuh dengan nasi goreng kampung dan secawan milo panas buatannya.

"Erm, makan nasi goreng panas-panas sambil layan anime pun best juga ni!" omel Laura sendiri lalu menuju ke arah tangga.

Langkah Laura terhenti. Baru dia teringat yang dia masih belum menjemput kakak dan mama 'kesayangannya' itu sarapan. Disebabkan dia terlampau malas untuk memanggil mereka berdua dibilik, Laura hanya menjerit nama mereka dari tangga yang dia tengah berdiri sekarang ini.

"Ariesya! Mama! Pergi la makan sarapan tu! Laura dah masak!" jerit Laura dengan lantang lalu meneruskan langkahnya ke arah bilik. Sempat lagi Laura mengunci pintu biliknya sebelum diserang dengan dua makhluk tidak diundang.

"Kau ni boleh tak panggil elok-elok? Memekak saja pagi-pagi ni!" Dengan wajah yang marah Ariesya keluar dari biliknya. Datin Aira juga turut keluar dari biliknya lalu menuruni tangga.

Mata masing-masing terus bersinar apabila terlihat makanan di depan mata. Nasi goreng kampung buatan Laura memang sedap. Tidak dinafikan lagi. Pantas saja dua orang anak-beranak itu menuju ke meja makan.

Tanpa membaca doa, Ariesya terus menyuakan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Dengan penuh selera sekali dia menikmati hidangan itu sehinggalah...

"Argh!" Jerit Ariesya lalu dengan pantas dia bangun dari kerusi dan berundur dari situ. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia berasa jijik dengan apa yang baru dilihatnya tadi.

"Kenapa ni Ariesya? Apa yang menjerit-jerit ni? Tak baik tau tak?" Marah Datin Aira.

"Tu... tu dalam pinggan tu ma! A...ada anak lipas!" kata Ariesya dengan tergagap-gagap sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah pinggan.

Datin Aira melihat ke arah pinggan yang ditunjuk oleh Ariesya tadi. Dengan serta merta dirinya juga berasa seperti hendak termuntah. Datin Aira melihat di dalam pinggannya juga. Ternyata, pinggannya juga terdapat dua ekor anak lipas yang elok tergolek di dalam pinggannya.

"Bluek!"

Masing-masing terus menuju ke singki untuk memuntahkan semula makanan yang dimakan tadi. Hampir pucat muka mereka kerana muntah dengan begitu banyak.

"LAURA EMILIA!" Datin Aira dan Ariesya menjerit nama Laura dengan kuat sehingga bergegar rumah itu. Mujur tidak ada barang yang pecah.

Jerit lah macam mana sekalipun, mustahil dapat didengari oleh Laura kerana dari awal lagi dia sudah memakai earphone sambil melayan anime di laptopnya.






"MIKAEL!" panggil Ariesya dengan suara yang lantang. Bukan apa, tempat ini bising sangat. Nak tak nak, perlu juga dia kuatkan suara.

Lelaki yang bernama Mikael itu menolehkan wajahnya untuk mencari empunya suara. Setelah wajah Ariesya dilihatnya, Mikael mengangkat tangan tanda dia berada di situ.

Ariesya terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Mikael lalu meletakkan beg tangannya di atas meja.

"Kenapa lah dalam banyak-banyak tempat, tempat ni juga kau pilih?" soal Ariesya tanpa memandang wajah Mikael.

"Chill lah wei. Macam kau tak biasa lepak kat sini," balas Mikael, atau nama penuhnya Uwais Mikael sebelum meneguk air ditangannya. Er... layak ke benda itu dipanggil air? Arak kut.

"Whatever. Ni, kenapa nak jumpa aku ni?" Malas nak duduk di situ lama-lama, Ariesya terus straight to the point.

Mikael memandang Ariesya. Lama dia memandang Ariesya dihadapannya itu sehingga membuatkan Ariesya tidak selesa. Memang la kawan baik. Tapi tak payah la pandang macam tu.

"Woi! Jangan pandang aku macam tu la! Seram kau tau tak?" Ariesya mengetuk kepala Mikael menggunakan beg tangannya. Mikael mengaduh kesakitan.

"Kenapa la beg perempuan ni keras sangat? Letak simen ke apa?" desis Mikael dalam hati sambil menggosok kepalanya yang baru dihentam Ariesya tadi. Nasib baik tak benjol kepala. Kalau tak, kurang la kekacakkan seorang Uwais Mikael.

"Aku bukan pandang kau la. Aku tengah termenung kejap. Nak fikir balik benda apa aku nak cakap dekat kau tu. Ish, tak pasal-pasal kepala aku makan beg kau," rengus Mikael sebelum membetulkan posisi duduknya.

"Sekarang? Dah ingat?" soal Ariesya dalam nada yang malas.

"Ya. Dah ingat. Ni, aku nak tanya kau. Bila aku nak dapat adik kau tu? Dah lama aku couple dengan dia tau. Kau ingat jiwa lelaki aku ni boleh bertahan ke?" ujar Mikael panjang lebar.

Ariesya yang mendengar tentang adiknya itu sudah memutarkan bebola matanya tanda menyampah.

"Aku pelik la. Dalam banyak-banyak perempuan, si Laura tu juga kau nak. Bukannya lawa pun. Dah la perangai mengalahkan monyet dekat zoo." Ariesya meluahkan pendapatnya. Sempat lagi dia mengutuk Laura, adik tirinya sendiri.

Mikael hanya tergelak kecil. Dia pun memang sudah maklum dengan perangai Laura yang ganas itu. Tetapi, sedikit pun dia tidak kisah.

"Biar aku teka. Laura buat masalah lagi ke?" soal Mikael. Dari riak wajah Ariesya, dia dapat tahu bahawa mesti Laura ada menimbulkan masalah.

"Ya, dia ada buat masalah. Bukan satu tau. Dua!" kata Ariesya dengan nada yang tidak puas hati. Fikirannya teringat balik peristiwa yang berlaku hari ini.

"Aduh!" Ariesya yang bergegas keluar menuruni tangga terjatuh akibat lantai yang dipijaknya itu licin. Sudah la dia sudah terlewat untuk pergi berjumpa dengan kawan-kawannya. Memang cari nahas betul!

Mata Ariesya meliar mencari kelibat Laura di situ. Ternyata, Laura masih berada di situ sambil menyanyi dan memegang mop ditangan.

"Laura!" seru Ariesya dengan muka yang memerah menahan marah.

"Eh? Ariesya. Ye, kakak nak apa?" Dengan senyuman manis Laura menyoal Ariesya. Ariesya sudah memandang Laura besar kecil sahaja. Sungguh menguji kesabaran!

"Kau ni. Tak reti nak mop lantai elok-elok ke? Lantai kat tangga tu licin kau tau tak? Kan aku dah jatuh! Nasib baik tak patah pinggang aku tau tak! Kalau aku patah pinggang ni, kau nak ganti pinggang aku ke?" Ariesya memarahi Laura dengan panjang lebar. Nafasnya juga sudah naik turun.

Seolah tiada apa-apa yang berlaku, Laura meneruskan sesi mengemop lantainya sambil menyanyi. Hal itu membuatkan Ariesya semakin marah.

"LAURA!" Ariesya memanggil Laura sekali lagi.

"Hm?" Laura menayangkan wajah innocentnya.

"Kau ni dengar ke tak!"

Laura memandang Ariesya sebelum dia mengangguk lalu, dia menuju ke arah Ariesya. Kaki Ariesya sengaja dimopnya. Siap dengan pakej sabun sekali! Kali ini betul-betul membuatkan seorang Qistina Ariesya hilang sabar!

Ariesya terus menarik baju Laura dengan kasar. Badan Laura ditolaknya sehingga wanita itu jatuh terjelupuk di atas lantai.

"Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan?" Marah Ariesya.

Laura hanya tersenyum sinis lalu menanggalkan earpod ditelinganya.

"Kau cakap apa tadi? Suruh mop elok-elok ke? Lah... aku ingatkan suruh mop kaki kau yang terdedah sampai ke peha tu. Mana tahu kurang sikit dosa sebab aku tolong cuci kan?" ujar Laura dengan nada yang cukup sinis. Sempat lagi dia menyindir Ariesya.

Ariesya mati kata. Rambut panjangnya itu ditarik tanda geram dan serabut dengan perangai annoying Laura.

"Lantak kau la!" Ariesya terus beredar dari situ.

"Hahaha!" Mikael yang mendengar cerita Ariesya tadi meletuskan tawa. Terhibur dengan perangai girlfriend kesayangannya.

Ariesya menjeling tajam ke arah Mikael yang seronok mentertawakannya. Kurang asam punya kawan!

"Weh, serius aku terhibur. That's why she is my beloved girlfriend," ujar Mikael bangga.

"Erk. Apa-apa je la. Sikit-sikit nak menangkan girlfriend dia tu. Huh!"

"Okey, chill. Sekarang ni, kau tak jawab lagi soalan aku. Bila aku nak dapatkan adik kau tu?" Senyuman penuh makna terukir di wajah Mikael. Ariesya yang melihat senyuman itu juga membalas dengan senyuman sinis.

"Tunggu la aku koyakkan mental dia dulu."

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro