Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

"Setiap derita yang dilalui, pasti ada bahagia dipengakhirannya "

SEORANG lelaki berumur dalam lingkungan 27 tahun sedang meneliti setiap inci tubuhnya di biasan cermin.

Setelah berpuas hati dengan keterampilan dirinya, lelaki itu terus mencapai briefcasenya yang terletak elok di atas kerusi yang berada di sebelah meja solek biliknya.

Lelaki itu menuruni tangga dengan senyuman lebar yang tersungging di bibir. Dari bangun tidur sampai sekarang tak habis-habis senyum seorang diri.

Mana tidaknya, hari ni merupakan hari lahirnya dan hari ini juga merupakan hari teristimewa buatnya. Bukan kerana hari lahirnya, tetapi kerana hari ini merupakan pertemuan kali pertama diantara dia dan gadis itu. Emerald. Itu nama yang diberi oleh dirinya sendiri.

"Good morning mummy," kata lelaki tadi seraya mengucup pipi ibunya.

"Good morning too Ayid," balas ibunya, Tengku Amanda Shafriena sambil menceduk nasi goreng kampung ke dalam pinggan.

"Mana daddy?" soal lelaki itu lalu mencapai pinggan yang berisi nasi goreng kampung yang diceduk oleh ibunya.

"Ada orang cari daddy ke? Rindu?"

Belum sempat Tengku Amanda Shafriena menjawab persoalan anaknya, seorang lelaki dalam lingkungan 50an sudah mencelah terlebih dahulu. Siapa lagi kalau bukan Tengku Shahrizal Izman, ayah kepada Tengku Qayeed Aryan.

"Eh, daddy ni perasan pulak. Saja je Ayid cari. Mana tahu pergi office. Dah pencen pun gagah jugak nak pergi," ujar Tengku Qayeed Aryan sambil mencebik bibirnya.

"Amboi, mengata daddy nampak. Daddy tarik balik jawatan CEO tu baru tahu. Nangis berguling la jawabnya nanti," balas Tengku Shahrizal Izman dengan gaya mengugut.

"Eh, daddy. Mana boleh main tarik tarik balik! Buruk siku nanti mummy cari daddy lain baru tahu," ujar Tengku Qayeed Aryan lagi. Tengku Amanda Shafriena hanya mampu menjadi pemerhati setia. Sudah masak dengan telatah dua beranak itu.

"Pandai la kamu Ayid. Sedap dia je tuduh mummy. Ayid tu bila nak cari bakal menantu untuk mummy dan daddy?" soal Tengku Amanda Shafriena pula.

"Ha mummy, Ayid baru perasan. Sara mana eh?" Tengku Qayeed Aryan sengaja mahu mengubah topik perbualan. Malas nak jawab. Asyik tanya benda yang sama je.

"Abangku sayang!" suara lantang seorang remaja perempuan kedengaran jelas. Pantas Tengku Qayeed Aryan menoleh ke arah empunya suara.

Kelihatan, seorang perempuan berusia 22 tahun sedang berlari ke arahnya. Mata Tengku Qayeed Aryan beralih pula pada wajah perempuan itu.

'No, no. Jangan kata dia nak buat benda yang sama macam tahun lepas," desis Tengku Qayeed Aryan dalam hati. Mukanya pula sudah terhias wajah cuak.

"Happy birthday Abang Ayid! Macam tahun lepas, hadiah yang sama!" Kata Tengku Qaisara Inara, adik kepada Tengku Qayeed Aryan dengan wajah yang ceria.

"Qaisara Inara, no! Not again. Please!" rayu Tengku Qayeed Aryan sambil tanganya sedaya upaya menghalang adiknya darpada mendekat.

Namun, Tengku Qaisara Inara sedikit pun tidak kisah dengan larangan abangnya itu. Lagi mendekat adalah. Badan Tengku Qayeed Aryan terus diterpanya sehingga abangnya itu hilang keseimbangan.

Muah! Tiga kucupan selamat mendarat dikedua-dua belah pipi dan dahi Tengku Qayeed Aryan. Sudah la adiknya itu memakai lipstick merah menyala, siap tinggalkan kesan lagi di muka kacaknya.

"TENGKU QAISARA INARA!" jerit Tengku Qayeed Aryan dengan lantang sambil memandang tajam ke arah Tengku Qaisara Inara.

"Ops, abang kesayangan dah mengamuk la. Sara pecut dulu eh. Lari!" Tanpa melengahkan masa, Tengku Qaisara Inara terus membuka langkah seribu. Takut kena tarik telinga dengan abangnya. Pedih tau!

Maka, sesi kejar-mengejar bermula. Tengku Shahrizal Izman dan Tengku Amanda Shafriena hanya menggelengkan kepala ketika melihat telatah kedua-dua anak mereka.

"Bila la diorang ni nak matang."





KUBUR yang terbentang didepan mata dipandang sayu. Sungguh dia tidak menyangka bahawa selepas ini, dia tidak dapat berjumpa lagi dengan ayahnya.

Dulu, ibunya yang meninggalkan dirinya bersama ayahnya. Kini, ayahnya pula yang meninggalkan dirinya seorang diri.

"Emilia, jom balik. Dah lama Emilia duduk dekat sini. Lagipun, dah nak hujan ni. Kita balik ye Emilia?" Pujuk Mak Senah, pembantu rumah Laura Emilia.

"Mak Senah pergi la balik dulu. Emilia tak puas lagi duduk kat sini. Tak apa, Mak Senah tak payah la risau pasal Emilia. Nanti pandai pandai la Emilia balik. Tu, kesian mama dengan Kak Ariesya tunggu lama. Mak Senah balik dulu ye?" Balas Laura Emilia sambil tersenyum. Sedaya upaya menutup rasa sedihnya.

Mak Senah hanya menganggukkan kepalanya tanda dia akur dengan kata-kata Laura Emilia tadi lalu dia membuka langkah pergi dari situ.

Setelah bayangan Mak Senah sudah tiada, pandangan Laura Emilia kembali ke arah kubur dihadapannya.

Setitis-setitis mutiara jernih turun membasahi pipi tanpa dipinta. Cukup la dia menahan rasa sedih tadi. Dia tidak mahu merisaukan Mak Senah. Sudah la wanita tua itu sudah banyak menolongnya ketika menguruskan jenazah ayahnya. Sudah semestinya Mak Senah itu kepenatan.

"Ayah, kenapa sekejap sangat Allah tarik nyawa ayah untuk pergi menghadapNya? Emilia rasa tempoh 24 tahun luangkan masa dengan ayah tu tak cukup. Sekejap sangat rasanya."

"Ayah nak tahu tak? Emilia tak sabar betul nak jumpa ayah masa balik dari belajar hari tu. Emilia nak tunjuk kat ayah yang Emilia dah berubah. Emilia dah pakai tudung, ayah. Macam yang ayah nak tu. Tak sempat Emilia nak tunjuk diri Emilia yang dah berubah ni."

"Ayah, nanti bila ayah jumpa ibu kat sana, ayah kirim salam kat ibu eh? Kata dekat ibu yang Emilia rindu sangat nak jumpa dia. Rindu nak bermanja dengan ibu. Rindu masakan ibu. Rindu semua benda pasal ibu."

"Ayah, sebelum Emilia balik ni, Emilia nak minta maaf. Emilia tahu Emilia ni anak yang bermasalah. Selalu je tak dengar cakap ibu dan ayah. Selalu je buat masalah. Emilia minta maaf sangat-sangat. Emilia janji Emilia takkan buat dah benda macam tu."

"Ayah, Emilia doakan yang ayah dan ibu tenang di sana dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Emilia pergi dulu ye? Assalamualaikum."

Selepas meluahkan segala rasa dihati, Laura Emilia mula melangkah pergi dari situ. Air mata yang sedari tadi turun ke pipi, diseka laju. Tak elok sedih lama-lama. Sepatutnya kita perlulah berdoa supaya ibu dan ayah tenang disana.

Semoga Laura Emilia kuat dalam menjalani kehidupannya tanpa kedua ibu bapanya selepas ini.




TENGKU Qayeed Aryan dengan bergayanya berjalan menuju ke biliknya yang berada di tingkat teratas. Sepanjang perjalananya tadi, tidak habis-habis dia mendengar pujian dari pekerjanya.

Bukan apa, cuma hari ini Tengku Qayeed Aryan lain daripada biasa. Asyik tersenyum saja. Selalunya, untuk melihat segaris senyuman daripada seorang Tengku Qayeed Aryan itu lah benda yang paling susah sekali.

"Weh, boss kita hari ni aura dia lain macam la! Tergugat aku tengok dia senyum."

"Eee comel je boss kita tu senyum! Siap ada dimples lagi. I cannot la macam ni."

"Mood boss hari ni baik gila kan? Asyik senyum je. Entah-entah dah nak kahwin kot? Sebab tu happy semacam."

Tengku Qayeed Aryan hanya mengendahkan segala bisikan pekerjanya. Malas nak layan. Dia senyum pun nak kecoh. Tak ada benda lain ke nak kecoh pun?

Tombol pintu biliknya dipulas, lalu dia memboloskan diri kedalam. Briefcase yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja kerja. Badannya disandarkan ke kerusi miliknya lalu tangannya membuka laci meja kerjanya.

Kelihatan, kotak baldu bewarna biru kecil bersaiz sebesar tapak tangan di dalam laci itu. Tengku Qayeed Aryan mencapai kotak tersebut lalu direnung.

Tok! Tok!

"Masuk," arah Tengku Qayeed Aryan setelah mendengar ketukan pintu dibiliknya.

Tombol pintu dipulas dari luar. Kelihatan, seorang wanita tinggi lampai berpakaian serba kemas datang ke arahnya. Personal assisstant Tengku Qayeed Aryan, Raisya Aqiela.

"Boss, I nak bagitahu tentang jadual hari ni."

"Hari ni, boss ada appointment dengan Dato' Mazlan pukul 11 pagi. Pukul 3 pula, boss ada appointment dengan Dato' Ismail. Okey, tu je jadual boss hari ni," kata Raisya Aqiela dengan panjang lebar sambil mengemas fail yang dipegangnya.

Tengku Qayeed Aryan masih menumpukan perhatian kepada kotak yang berada di tangannya. Siap tersenyum-senyum lagi!

Raisya Aqiela yang baru selesai mengemas failnya, mengangkat kepalanya untuk melihat bosnya itu. Pelik sebab tiada sebarang respon yang diberikan oleh bosnya sepanjang dia memberitahu tentang jadual lelaki itu tadi.

"Boss?" Panggil Raisya Aqiela.

"Hm?" Hanya itu sahaja respon yang diberikan oleh Tengku Qayeed Aryan. Matanya masih menumpukan perhatian ke arah kotak itu sambil senyuman lebar terlorek dibibir.

"Ehem. Amboi bos. Kenapa happy sangat tu? Orang cakap dengan dia pun entah dengar ke tak?" kata Raisya Aqiela dengan nada mengusik.

Tengku Qayeed Aryan yang mendengar teguran dari Raisya Aqiela itu terus meletakkan kotak yang dipegangnya tadi ke atas meja. Pandangannya pula dilemparkan ke arah Raisya Aqiela.

"Well, you know what? Today is the day that I'm waiting for!" ujar Tengku Qayeed Aryan dengan teruja. Bukan main lagi dia senyum. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

"Oh, I think I know why. Today is your birthday right?" balas Raisya Aqiela pula. Turut sama teruja.

"Yeah, that's right. Tapi ada satu sebab lagi kenapa aku happy hari ni."

"Erm, kenapa eh?" Raisya Aqiela meletakkan jari telunjuknya di dagu. Tanda sedang berfikir.

"Ha! I tahu! Hari ni merupakan hari pertemuan antara bos dengan perempuan tu kan? Apa nama dia eh? Rasanya... " Raisya Aqiela cuba berfikir lagi. Cuba mengingati nama perempuan yang ingin disebut itu.

"Emerald." Tengku Qayed Aryan mentwbut nama perempuan yang menjadi crushnya tanpa sengaja. Er... crush ke?

"Yes! That's it! Wah... untung betulkan perempuan tu kan? Walaupun bos tak pernah nampak muka dia, tapi sampai sekarang bos suka dia kan?" Ujar Raisya Aqiela lalu kotak baldu bewarna biru yang berada di atas meja bosnya itu dicapai.

Raisya Aqiela membuka kotak tersebut. Di dalam kotak itu, terdapat seutas rantai bertahtakan batu Emerald. Patutla bosnya memberi nama Emerald. Emerald itu merujuk kepada batu permata ini rupanya.

"Siapa bagi keizinan kau untuk pegang barang aku?" Dengan dingin sekali, Tengku Qayeed Aryan melemparkan kata-kata itu. Matanya tajam merenung Raisya Aqiela dihadapannya.

Gulp!

Teguk liur si Raisya Aqiela ni. Siapa je yang berani ditenung sebegitu? Silap haribulan, harimau pun boleh lari bila berhadapan dengan lelaki ini! Eh, hiperbola betul kau ni Raisya!

"Er, sorry bos. I tak sengaja," kata Raisya Aqiela lalu meletakkan semula kotak tersebut di atas meja bosnya.

"Bos, I keluar dulu eh? Baru ingat yang banyak lagi kerja tak siap. Er, kalau bos nak apa-apa nanti bagitau je saya ye. Saya minta diri dulu."

Selepas membongkokkan sedikit badannya sebagai tanda hormat, Raisya Aqiela terus keluar dari bilik bosnya.


TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro