Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28 - end

KOREA, SEOUL : Pegawai polis dari balai yang berdekatan dengan tempat kejadian telah di kejutkan oleh satu panggilan misteri. Kejadian itu berlaku tepat pada jam 12 tengah malam pada tanggal 20 OGOS 2021.

Siasatan lanjut telah dijalankan di lokasi, FLAT YEONGSAM GONG dan polis menjumpai 39 MAYAT LELAKI, 2 MAYAT PEREMPUAN.

Polis yang diarahkan menyiasat kes itu berkata," mayat-mayat di sana
mati secara tragis. Kesemuanya tidak sempurna tubuh dan hampir semua mayat telah hancur, reput dan membusuk serta badan mangsa telah di di sumbat pada elevator yang telah rosak di flat itu."

Itu sahaja maklumat yang di peroleh dari kes siasata-

Bip. Punat merah di picit pada alat kawalan, lalu televisyen pun terpadam.

Punggung diangkat dari kerusi, dia mula melangkah keluar dari rumah.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluar. Jari runcingnya ralit menekan artikel tentang kejadian yang ditayangkan di kaca tv sebentar tadi.

"Rindu tempat ni. Hahaha tak sangka kau masih ke tempat kita buat kerja kotor dulu.." Puntung rokok dihisap.

Kepala di dongakkan ke langit. Asap rokok yang ditahan tadi terus dia hembus ke atas.

Dia mula ligat membaca artikel itu, mulutnya terkumat-kamit. Terkadang matanya terbuntang luas dek terkejut.

Gambar dari kes siasatan : Bilik yang dipercayai tempat suspek melakukan kegiatan jenayah ; menyeksa mangsa, membunuh.

"Sial Yeon. Kau memang sial. Aku suruh kau berhenti buat kerja tu tapi kau degil.. Fuck! " Urat hijau di leher mula menegang dan timbul.

"Kau bodoh Yeon. Aku masih ingat pada malam yang kita berdua janji dah tak akan buat semua benda tu lagi.." Mata di pejam. Membiarkan angin embun menyentuh lembut kulitnya.

"Berjanji untuk berhenti balas dendam. Berhenti membunuh untuk puaskan diri sendiri."

Nafas ditarik lalu dihembus. Kelihatan asap salju keluar dari bibir, bertanda keadaan sangat sejuk pada malam ini.

Gambar suspek utama ; Lee Yeona, pesakit mental yang lari 8 tahun lepas dan juga pembunuh bersiri.

Ini gambar terakhir beliau sebelum dia disahkan telah lari dari hospital sakit jiwa.

"Kenapa kau lari buat kali kedua? Tak cukup ke kau lari dari hospital yang kau kata serupa neraka tu? Kenapa kau lari dari aku?" Puntung rokok yang masih tersisa di campak ke tanah.

Lalu dipijaknya sekuat hati untuk menghapuskan api yang masih menyala.

"Kau tau tak hm? Aku pun hampir separuh gila cari kau merata tempat. Flat, hospital gila, tapi.."

"Tak jumpa." Pisau lipat dikeluarkan dari poket baju hoodie. Senyuman yang susah ditafsirkan dia ukir kelat pada bibir.

"Aku gembira bila Tuhan pertemukan kau semula pada aku hari ini. Tapi, siapa sangka? Pertemuan mayat kau yang dah mati pula yang di jumpa."

"..mati dalam keadaan tragis dan jijik. Kau percaya tak? Mayat kau dijumpai dah dipotong-potong dan disorok dalam plastik hitam. Disumbat nya dalam elevator..hahaha"

Kaki di hayunkan ke sebuah rumah usang. Tangannya menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan kunci yang sudah berkarat.

Klak. Pintu papan itu di buka.

Hanya satu perkara sahaja yang bermain di fikirannya ketika ini.

"Kalau kau dah mati, buat apa lagi aku hidup dalam dunia ni..kan?"

Iris matanya merenung tepat pada tali yang sudah tergantung kemas pada kipas siling di ruang tamu.


"Mungkin ini pengakhiran nya.." Kakinya perlahan berjalan ke arah tali tergantung. Dia mula memanjat kerusi.

"Sadis. Yeah..lebih kurang macam tu la. Tapi yang aku tau, kematian aku tak seteruk kau."

Kepala di masukkan ke dalam gelung tali, tangan pula memegang erat pada tali yang sudah terlilit ketat di lehernya.

"Biarlah kisah cinta aku pada kau terkubur dan mati pada malam ni."

Air mata yang dari tadi bergenang kini mula pecah, perlahan air itu mula menitis ke lantai dingin.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Menghiasi hidup aku. Walaupun di pengakhiran nya kau juga yang menghancurkan."

Dia mendongak ke langit. Dengan harapan, dia mampu menembusi dinding lalu melihat rembulan penuh bersama bintang yang bertaburan di cakrawala.

"Aku rasa, kisah hidup aku dan kau tak akan ada pengakhiran yang bahagia meskipun jalan cerita kita berlainan. Jadi.."

"Sampai kita bertemu lagi di kehidupan yang akan datang, Lee Yeona. Ikhlas dari seorang lelaki yang pernah mencintai kau sepenuh hati."

"Aku, Kim Taehyung."

Tali ditangan di biarkan lepas, kerusi di tendang kuat. Taehyung mula bergelut dalam kesakitan yang teramat sakit.

Sehingga ke hembusan yang terakhir, dia tersenyum manis dengan darah yang sudah menitis ke lantai.

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

"Ceritanya cukup singkat, namun kenangan nya begitu melekat. Yang awalnya bahagia kini berubah sengsara hanya kerana satu perkataan yang tidak mampu ku tahan untuk di ucapkan."

"I love u."

the end.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro