Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

Rambut ku direntap kuat. Perempuan yang berpakaian lusuh seperti kerasukan ini dia nak bawa aku pergi mana? Patut ke aku ikut saja langkahnya?

"Perempuan tak guna, kau memang sial kau tau tak! Kau k-kau patut mampus!"

Terus leher jinjang ku dia picit lantas di cekik kuat, tekak ku pula ditekan-tekan sepenuh hati!

"Argh ark, l-lepaskan argh-ngh" Wajahku mula membiru, pandangan yang berbalam-balam membuatkan kepala ku berdenyut.

"A-apa salah aku d-dekat kau d-dan lelaki yang e-engkau seksa t-tu ummph-"

Darah mula membuak naik menyebabkan aku terbatuk darah. Ianya juga terpercik pada perempuan yang hanya ada bibir tanpa wajah di depan ku ketika ini.

"Mati kau! Lee Yeona!"

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━


Mata yang lebam dan bengkak ku cuba untuk buka. Hairan, kenapa boleh lebam? Pandangan aku juga menjadi kabur saja.

Tambahan, aku terkejut dengan keadaan tubuhku sekarang.

"T-tolong! Sesiapa! Arghg.."

Tergantung di atas kipas siling rumah.

"Lee Yeona." Suara itu, bukan suara yang selalu aku dengar. Mata mula terasa mahu mengalirkan air mata pabila irisku menangkap bebola matanya.


"Lee Yeona." Dia berbisik lagi dan merenung aku seakan-akan tiada perasaan.

"S-siapa Lee Yeona! A-aku tak tau! L-lepaskan aku tsk!" Kaki ku hayunkan serta berharap tubuhku akan jatuh tersembam ke lantai.

Tapi, ia hanya sia-sia.

"Daisy, Daisy, give me your answer do.."

Melodi dan Lagu itu buatkan aku tergamam.

"I'm half crazy all for the love of you.."

"It won't be a stylish marraige
I can't afford the carriage.."

"But you'd look sweet on the seat
of a bicycle built for two."

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━


"Argh!" Yeon menjerit kuat tatkala jari jemari nya mula digunting-gunting menggunakan gunting tumpul oleh makhluk tadi.

"Lee Yeona." Di gunting kecil-kecilan, darah yang terpercik ke siling rumah mula menitis bagaikan air hujan renyai di wajahnya sendiri.

"Arghgh..s-sakit! Argh.." Setelah tangan Yeon sudah kudung tanpa sebarang jari pun yang tertinggal, makhluk itu mula menghisap darah yang keluar meleleh.

Makin terasa pedih kerana air liurnya terasa panas dan masin.

"T-tolong, aku dah tak.." Dia terkesima, pemandangan yang ngeri mula terhidang, bau hanyir yang membusuk di hidu nya secara paksa.

Kelihatan berbelas-belas mayat yang tergantung di siling rumah dan di balut dengan plastik hitam.

Kesemuanya tidak sempurna. Ada yang matanya sudah dikorek, mulut berjahit dan yang paling sadis, ada yang di siat kulit muka sehingga yang tinggal hanya daging yang dipenuhi ulat-ulat serta cacing.

"A-apa semua ni! Ah! L-lepaskan aku dari tempat puaka ni! Sial! Lepaskan aku-"

"Hey sayang, jangan la gelabah. Jungkookie kan ada dekat sini?" Jungkook mula bersuara di belakang badan Yeon yang masih tergantung.

Jungkook juga tergantung.

"M-mana kau! Lepaskan aku, tolong lah! A-aku merayu- argh!" Pisau ditikam tepat pada dalam mulut Yeon sehingga menusuk ke tekaknya.

Kemudian, Jungkook mula memasukkan tangan kotor nya ke dalam mulut Yeon lalu di tarik sehingga putus lidahnya.

"Sedap? K-kau suka sayang?" Tangan yang mula lemah longlai dan masih diselaputi darah segar milik Yeon di biarkan jatuh kebawah.

"Kau s-suka?" Yeon tergamam, lidahnya yang terputus terasa amat pedih dan sakit. Tidak boleh di jelaskan melalui kata-kata.

Iris coklatnya mula terasa hangat dek air mata yang mula bertakung dan akhirnya pecah. Mengalir jua air mata yang dari tadi tidak mengering.

"Hehe, aku harap kau suka." Jungkook menjilat sehingga titisan yang terakhir darah Yeon di tangan pucatnya.

Perlahan-lahan wajah Jungkook mendekati nya, di pusingkan sedikit lalu kucupan penuh cinta di beri pada bibir kering itu.

"Bibir kau. Aku suka bibir kau, manis. Sama macam dulu-dulu kau kan suka cium aku? Hehe."

"Kau, potong lidah aku dengan pisau tumpul. Hm apa lagi eh sayang? Ah! Kau cucuk jarum karat pada alat sulit aku. Sakit."

Yeon hanya mampu membisu seribu bahasa. Tiada lagi perkataan lidah kelu buatnya lagi. Kerana lidahnya sudah putus di kerjakan oleh Jungkook.

"Kepala aku ni, kau asyik ketuk guna kayu yang berpaku-paku. Hahaha, kenangan yang sangat indah.." Jungkook mula menitis kan air mata berdarah.

"Ma- ma- sa, ta kau bergahgah.." Yeon mula rasa tidak sedap hati.

"Tapi lagi indah kalau kau mati!! Aku cintakan kau! Aku sayang kau! Tapi kenapa kau seksa dan tipu aku macam tu ha Yeon? Lee Yeona nama sebenarnya kau kan?!"

"Pesakit mental yang larikan diri dari hospital gila enam tahun lepas! Sial! Tak guna kau penipu! Pembunuh!"

Wajah Jungkook mula bertukar menjadi bengis dan mengerikan! Tapi lagi takut apabila kini suara nya yang kasar bertukar pada suara perempuan menggilai, kuat!

Yeon sudah pasrah, tiada harapan lagi untuk dia terus melawan, bibir terukir senyuman tawar.

Mungkin ini pengakhiran nya.

Sadis.

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro