Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━


Bayang-bayang lelaki tadi mula membesar dan kian datang mendekat ke arah Yeon yang masih kaku di tengah-tengah koridor.

Bayang itu pula terus menerkam nya sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai sejuk yang berdarah.

Matanya terpejam rapat.

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

Mataku terpejam rapat. Tidak sanggup lagi untuk melihat apa yang bakal terhidang atau permandangan apa lagi yang akan ku lihat.

Kaki yang berlubang dek bekas paku tadi membuatkan aku susah untuk berjalan. Tapi, tetap ku gagahkan diri.

"Apa semua ni.." Pisau pemotong daging ku ambil.

Terlihat kesan-kesan cap jari dan darah yang sudah lama dibiarkan mula menarik perhatian ku.

"Aku tak ada cara lain." Pantas aku mula mencari jalan keluar dari aras yang sekali lagi aku tidak tahu angka digit nya.

Aku buntu. Fikiran ku tidak boleh berfikiran waras pada waktu ini.

"Yah! Keluar la makhluk jijik tak guna! Mana kau bawak aku ni, permainan apa yang kau cipta sekarang ni?!"

Aku menengking lantang.

Namun, balasan yang ku dapat hanyalah sepi.

"Mana kau? Jawablah!" Kaki ku mula terasa pedih, cepat-cepat tangan ku mula menggapai komputer usang di atas meja rapuh.

"Hiks, tolong-" Bunyi aneh dari komputer menyentakkan ku. Bunyi yang susah untuk dijelaskan.

"I hate you."

"I love you? Bodoh, jangan main-main lah dengan aku! Mana kau ha?! Keluar! I love you kau tu boleh pergi mampos!"

Komputer tadi mula terpadam semula.

"Kau nak main? Fine--"

Suara orang sedang mengerang kesakitan membuatkan percakapan ku terbantut. Kali ini lebih kuat dan bergilir dengan bunyi dentuman besi.

Aku terkesima. Peluh ku sudah lebat berjurai di dahi. Seluruh tubuhku mula terasa seram sejuk dan kulit mukaku disimbah rasa panas membahang.

Bebola mata diliarkan.

Bunyi suara mengerang kesakitan itu mula bertukar kepada suara seperti hilaian tawa seorang perempuan.

Manusia atau makhluk lain? Kalau manusia aku harus berhati-hati. Mungkin ada bahaya yang sedang menanti. Tapi kalau benda lain?

Tanpa menunggu lama, terus aku berpusing mahu meninggalkan tempat ini namun sekali lagi langkah kaki ku terhenti.

"Bunyi derap tapak kaki seseorang.."
Tidak perlu kuat, cukup jelas di pendengaran ku.

Pisau digenggam erat. Walau apa pun terjadi, aku perlu keluar dari sini hidup-hidup.

Ku meliarkan bebola mata sekali lagi. Ada keyakinan mula tumbuh di dalam hati. Kalau hantu tidak mungkin terdengar bunyi tapak kaki--

"Mati kau! Mati! Hahaha! Puas aku tengok kau terseksa macam ni, puas!"

Suara perempuan itu.

Prang!

Tak guna, pisau ku terjatuh. Tiba-tiba suasana mula sepi semula.

"Daisy, Daisy, give me your answer do..."

"I'm half crazy all for the love of you.."

Aku terdengar suara seseorang menyanyi kan melodi yang membawa aura kurang enak. Pelik dan seram.

"Aku tau kau ada dekat sini, kau boleh lari hehe tapi.."

"Kau tak boleh sembunyi."

"Aku akan potong lidah kau, cungkil bebola mata dan akhir sekali.."

Ayat yang terakhir ku cuba untuk dengar dengan jelas. Nasib baik sekarang tiada bunyi yang terhasil selain suara itu.

"Aku akan penggal kepala kau, dagingnya pula akan ku beri pada anjing liar yang akan meratah-ratah daging itu hingga ke cebisan kecil."

Run.

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro