Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━

Kakiku mengorak langkah menuju ke elevator. Dapatku lihat ada sepasang pasangan yang mempunyai seorang anak kecil dalam lingkungan 3-4 tahun.

Tanpa segan silu, aku menegur mereka.

"Hello! Saya penduduk baru dekat sini, sebelum tu mari saya kenalkan diri. Saya, Kang Yeonji boleh panggil Yeon sahaja. Awak?" Sedaya upaya aku cuba membuat eye contact dengan mereka tetapi ada sesuatu yang pelik.

Dia seperti tidak dapat mengesan aku, manakala anak kecilnya tajam menenung wajahku dengan sangat dalam.

Anehnya..

Budak kecil itu seperti ketakutan ditambah aku mula merasa tidak senang.

Ting!

Elevator sudah terbuka pintunya. Nasib baik, tapi entah mengapa bulu roma ku naik menegak dan automatik jantung mengepam darah dengan laju.

Bibir ku, ianya terasa seperti disentuh. Sesuatu sedang mengucupnya, lembut tetapi dalam masa yang sama ianya sangat ganas.

Lupakan. Itu mungkin graviti atau perasaan aku sahaja. Tapi mengapa aku rasa sesuatu memasuki kawasan mulutku?

━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro