Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| 45 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kepada kau yang tak tahu maksud berjuang,
inilah masanya untuk tunjukkan jawapan!"
.
.
.


                                       "LAKSAMANA... Tarung?" Sepatah-patah Gentar memanggil gerangan itu.  Fang mencuri pandang Gentar yang asyik menggosok matanya sebelum penglihatannya dihadapkan kembali pada laksamana yang murah dengan senyuman. Tidak sangka tangan yang melambai ke arah mereka ialah tangan yang sama menikam Duri hari itu.

   Dan... kenapa ada banyak bekas plastik bertingkat-tingkat kat sebelah?

  "Selamat petang, Laksamana Tarung." Fang menunduk memberi salam hormat diikuti Gopal yang teragak-agak. Hanya Gentar sahaja yang memasangkan muka masam dan kelihatan diingin semacam.

  "Oh, selamat petang kamu semua. Boleh dikatakan selamat malam sebab matahari pun sudah ditelan langit." Sapaan Laksamana Tarung terhenti pada Gentar yang mengelak bertentangan mata dengannya. Lama-lama, sudu yang dipegang diletakkan ke dalam bekas kosong.

  Perasan akan perhatian Laksaman Tarung, Gentar menarik-narik baju Fang. "Fang, kau duduklah sebelah Laksamana tu. Biar aku duduk sebelah Gopal. Sebagai penaung kesejahteraan Gopal, aku kenalah sentiasa di sisi dia."

  "Sejak bila kau penaung aku?" celah Gopal.

  "Bukan kau ada nak tanya Laksamana ke? Patutnya kaulah yang duduk, bukan aku." Fang menolak tangan Gentar yang memegang haorinya sehingga tersenget sebelah. Segera dia mengemaskan bajunya sementara Gentar tercengang resah.

  "Tidak mengapa, saya bukannya makan kamu. Lagipun, saya pun ada sesuatu nak dibincangkan dengan Gentar." Laksamana Tarung menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelah kirinya.

  Baru sahaja Gentar mahu membuat demonstrasi tunjuk perasaan, tetapi melihat Fang dan Gopal sudah berlabuh di tempat masing-masing memaksa Gentar ke tempat berpuaka yang tidak diingini. Selangkah demi selangkah sengaja dilambatkan hinggakan dia hampir tersembam ke depan. Cepat-cepat Gentar bangun dan menyelit ke tempat duduknya.

  "Saya periksa ketahanan lantai tadi. Nampak macam ada lantai yang rosak." Gentar memberi alasan.

  "Oh, iya ke?" Tarung menunduk memandang tempat yang Gentar tersandung tadi. Gopal di tempat duduk sebelah sudah mengerut kening. Mustahil Laksamana ini percaya bulat-bulat madah si Gentar itu? Tahu sangat budak itu cuma mahu menutup malu!

  "Hrm... nampaknya lantai ni memang ada kerosakan. Mungkin kita boleh laporkan pada orang atasan nanti." Laksamana Tarung mengiyakan tanpa syak waksangka. Malangnya, sokongan Laksamana diendahkan begitu sahaja oleh Gentar. Berhati-hati Gentar meletakkan kotak Duri di sebelah kakinya dan membawa sangkar Ochobot ke dalam pelukan.

  "Itu... adik kamu kan?" Laksamana Tarung menuding jarinya pada kotak Duri dan serta-merta Gentar mendepakan tangan, menghalang pandangannya.

  "Kenapa? Nak cederakan dia lagi ke? Jangan sangka sebab Laksamana, Laksamana... saya tak mampu nak lawan." Gentar turun duduk di ruangan sempit bersama Duri di sebelah. Sudahlah ruangan tepi kerusi itu terhad, boleh pula Gentar terkankang duduk!

  "Saya minta maaf sebab cederakan Duri. Mungkin saya terlalu terbawa-bawa emosi. Tapi lepas tengok Duri sembuhkan Laksamana Aman... saya... akan bersetuju." Laksamana Tarung terdiam, menciptakan atmosfera yang janggal. Melihat Gentar kelamaan berpaling arah, Laksamanan Tarung pantas mencuri perhatiannya. "Kenapa kamu begitu yakin yang Duri tak akan serang sesiapa?"

  "Sebab..."

  "Selamat berjaya, Gentar..." Tawa lembut KuPuteri membelai telinganya. Matanya melihat memori yang mula tertayang di dalam fikiran. Daripada syaitan tiga sekawan, Maripos dan KuPuteri, Sumorai, Paintasso... dan juga Duri yang bertungkus-lumus melindunginya walhal pertama kali bertemu. Gilalah untuk dia tidak berkata...

  "Sebab bukan semua syaitan jahat. Duri pun salah seorang." Gentar tersengih memejamkan mata seraya tangannya membelai kotak Duri.

  Tarung membuntangkan matanya.

  "Tarung... semua syaitan ada baik dan buruknya."

  Ochobot memainkan kukunya pada gerigi besi sangkar. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan setelah menyedari tiada satu mulut pun yang terbuka. Keluhan dilepaskan panjang. "Gentar, bukan kau ada nak tanya fasal kuasa kau ke?"

  "Kuasa?" Tarung menjengketkan kening.

  "Ish, kau ni Ochobot. Soalan tu aku nak pendam lama sikit." Balasan Gentar menyebabkan Ochobot hendak menangis. "Laah kau nak pendam buat apa? Nak jadi asam ke?"

  "Kuasa apa yang kamu nak tanyakan?" tanya Tarung.

  "Erm... sebenarnya... ingatan tu tak nak datang dekat saya."

  "Gentar dan Duri hilang ingatan." Ochobot membetulkan Gentar.

  "Lepas tu, masa saya tengah lawan dengan Bintang Atas Bawah..."

  "Syaitan Bintang Bawah."

  "Hei." Gentar mengangkat jari telunjuknya ke atas lantas digoyangkan perlahan. "Biar aku yang cerita."

  "Silakan..." Tarung menjemput Gentar untuk menyambung. Ochobot tayang muka pasrah.

  "Masa saya tengah lawan, tiba-tiba saya kena panah dengan petir. Dan saya rasa macam dapat kuasa yang terkuat yang sesuai dengan saya. Lepas dapat tu, saya terus boleh bergerak pantas macam Halilintar. Dan dengan bantuan Duri, pedang saya tiba-tiba memancar macam petir dan belah kepala syaitan tu! DUSH!" Gentar siap menghayun tangannya sebagai penambah rasa. Kedua tangannya kemudian digenggam kuat. "Jadi saya syak... mungkin saya ada kuasa Halilintar. Tapi bila saya cuba... tak ada pula keluar kuasa tu."

  Tarung mengusap dagunya. Bunyi 'hmmm' yang panjang jelas kedengaran. "Kamu kena tahu satu benda... jenis-jenis kuasa yang datang dari power sphera ada dua. Sama ada kuasa secara alam semula jadi... atau kuasa yang direka untuk memanipulasi. Contoh terdekat mungkin Sai dan Shielda, para Keris Tasari Senjata. Dia orang ada kuasa yang boleh memanipulasi senjata mereka. Ia datang dari power sphera Senjata."

  "Dan kuasa Halilintar..."

  "Ada kaitan dengan tuanku Kirana ke?" teka Gentar.

  "Macam mana kamu tahu..." Tarung automatik menegakkan postur tubuh.

  "Heh, nampak je saya biasa-biasa tapi saya ni Elemental Slayer yang berkaliber. Saya ada buat siasatan sikit." Gentar membongak, bangga.

  "Kirana..." Tarung senyap-senyap mengerling ke arah Fang yang membebel panjang Gopal yang makan tertumpah. Sepertinya budak itu tidak akan perasan jika mereka bercakap soal itu sekarang.

  "Kirana datang dari pulau kerajaan terpencil di Timur Tanah Melayu. Pulau Gurlatan. Dulunya pulau tu ada power sphera khas, power sphera Halilintar untuk menjaga dia orang. Tapi... selepas power sphera itu tiba-tiba hilang, banyak syaitan pun menyerang dan hampir menghancurkan pulau Gurlatan. Sampai Permaisuri mereka pun..."

  "Hampir dihancurkan? Bila ia berlaku?" Ochobot sempat memotong.

  "...Beberapa ratus tahun yang lalu?"

  "RATUS TAHUN?" Ochobot langsung menutup mulut. Beberapa penumpang ada yang mengangkat kepala sebelum setiap dari mereka melanjutkan hal masing-masing.

  Tarung mengintai Fang yang memberi reaksi biasa. "Iya... Kirana merupakan puteri kerajaan tersebut. Ahli Elemental Slayer juga ada yang berjaga untuk melindungi pulau itu, dan sebagai balasan... Kirana pun mendirikan rumah Limas untuk Elemental Slayer."

  "Sebenarnya aku dapat rasakan Kirana masih lagi mencari power sphera Halilintar tu. Dan mungkin disebabkan senjatanya bukan berwarna merah, dia makin giat mencari. Jadi mungkin kamu kena rahsiakan benda dari dia memandangkan emosi dia masih belum stabil." Tarung berpeluk tubuh. "Lagi-lagi, saya masih ragu dengan kebolehan dia dan cara dia berfikir. Gayanya serupa dengan Maskmana."

  "Kenapa nak ambil dan latih Elemental Slayer yang ada rasa kasihan pada syaitan?" Bunyi sesuatu meletup membuatkan mata Tarung tercelik luas. Kedengarannya seperti bunyi belon meletup. Lambat-lambat dia menoleh ke arah Gentar.

  "... kamu tidur ke?"

  "Hei, Gentar! Bangunlah, Gentar!" Ochobot menggoncangkan sangkar.

  "Ah ya, ya! Saya dengar semua perkara dengan jelas sekali!" Gentar mengesat air liur yang melekat di pipi. Dia bingkas duduk semula di kerusi. Sakit pula tengkuk terlena di ruangan kecil. "Jadi maknanya... saya kena sembunyikan kuasa dari Kiranalah kan? Tapi tu tak menjawab soalan saya yang kuasa saya macam mana!"

  "Kalau kuasa kamu datang dari petir, mungkin memang benar kamu ada kuasa Halilintar. Dan mungkin ada antara memori kamu yang simpan jawapannya untuk kamu." Tarung memetik jari bersama senyuman besar. "Kalau nak lagi senang, apa kata kamu biar diri kamu kena panah petir lagi?"

  Erk... tak bahaya ke? Ochobot sudah berkerut risau manakala Gentar bersemangat menerima cadangan tersebut. "Ush, bernas juga idea tu!"

  Tang! Tang! Lampu berdesing menganggu ketenangan deruan ombak di atas feri itu. Buat seketika, keadaan menjadi gelap-gelita. Saat mentol kembali menyala, seorang petugas tidak semena-mena muncul di antara koridor tempat duduk mereka. "Periksa tiket..."

  "Dia datang sini nak mencuri tiket ke?" Gentar bersedia memegang keris yang tersembunyi. Tindakan itu dihalang Tarung.

  "Tidaklah. Dia datang nak periksa tiket kita. Macam petugas saya kata semalam, akan ada orang datang untuk cop tiket kita untuk elak ada warga asing cuba seludup masuk." Dengan senang hati, Tarung menghulurkan tiket kepada petugas itu.

  Lemah gemalai tiket itu diambil si petugas. Bahkan mahukan keluarkan alat penebuk kertas pun sudah terkial-kial! Dua petugas perempuan yang lebih laju datang membawa  plastik sampah. Kedua-dua merenung bekas plastik bertingkat di sebelah kerusi Tarung. Alamak, yang ini macam mana mahu kemas?

  "Bukan tadi ada orang dah cop tiket kita ke?" Fang ragu-ragu melihat tiketnya ditebuk di tangan petugas itu. Bukankah tiket mereka telah diperiksa... awal-awal naik feri tadi?

  "Hrm... lain tempat, lain cara kot." Gopal membuat spekulasi sendiri. Fang memandang Gopal yang mencari-cari tiket di dalam poket baju dengan pandangan aneh.  Huh... boleh pula macam itu?

   Gentar menyeluk keluar poketnya. Tidak cukup lagi, sempat dia meletakkan tanda tangan pada tiket itu! Entah dari mana dia dapat pen pun tiada siapa yang tahu. Tiket yang bercampur tulisan cakar ayam Gentar disambut si petugas. Gentar menyelit sebuah pesanan. "Kalau nak, cakap je."

  Angguk, tidak. Geleng pun tidak. Petugas itu menebuk hujung tiket, berhampiran lubang yang telah ditebuk pada tiket itu. Seusai penebuk kertas itu ditarik dari tiket, dapat dilihat sesuatu yang basah mengelilingi lubang yang ditebuk. Tiket itu dihulurkan kembali. "Terima kasih atas kerjasama anda."

  Sebuah garisan aroma melintasi mereka. Secara mendadak, Gopal dan Tarung terbeliak terkejut. Hidung Gopal terkembang-kempis bagaikan baru tercium sesuatu yang tengik. Terburu-buru Gopal mengepit hidungnya. "Bau apa ni? Bau macam darah..."

  Tarung lekas membangkitkan diri. Haorinya ditarik ke belakang, mendedahkan dua pedang di sisi. "Maafkan saya, para petugas. Tetapi saya terpaksa menggunakan pedang buat masa ni."

  "Ja.... jangan kata ni bau syaitan?" Gopal menggigil panik. Kakinya mula menggeletar seperti jeli. Kepalanya diangkat... dan ketika itu, Gentar dan Fang sudah mengekori Tarung ke koridor tempat duduk di hadapan. Gopal kelam-kabut mengangkut sangkar Ekul sekali. "Hei, janganlah tinggalkan aku sorang-sorang kat sini!"

  Gopal tergopoh-gapah menyusun langkah keluar dari tempat duduknya. Tanpa sengaja, dia terlanggar bahu petugas itu. Segera dia memohon maaf lalu mengikuti dua rakannya. Petugas itu hanya merenung senyap akan situasi yang terjadi.

  "Seakan yang boleh diteka. Syaitan itu memang ada kat sini!" Tarung mengemukakan dirinya yang menghadirkan kekecohan orang ramai. Pedang kecil di pinggangnya dibaling ke arah udara. Sekelip mata, seekor syaitan memperlihatkan dirinya. Telapak tangan yang menghalang pedang itu mula menitiskan darah. Dia menyarung jubah merah panjang yang di bawahnya gaun kuning panjang yang mendedahkan susuk tubuh yang kurus kending.

  Nyaring suara orang ramai menjerit cuba menyelamatkan diri. Teriakan ketakutan itu disertai oleh Gopal. "Macam... macam mana boleh ada syaitan kat sini?"

  "Sebab misinya berada di sini. Banyak syaitan sudah berada di kap..." Tarung pantas mengangkat pedang, menyekat sebatang panah yang dibaling ke arahnya. Nampaknya syaitan ini benar-benar serius! Air muka Tarung yang putih bersiri langsung menjadi merah saga.

  "Syaitan... dah ada kat kapal ni ke?" Meskipun ayat itu dipotong, Gopal dapat menangkap apa yang ingin dikatakan Tarung. Terjerit-jerit remaja itu seperti terkena histeria sedang dia mencari tempat sembunyi di belakang kerusi.

  "Shring! Shring!" Syaitan itu menembak panah-panah dari darahnya ke merata-rata tempat. Fang pantas menutup separuh koridor dengan pelindung bayang agar panah itu tidak terkena penumpang yang sudah berlari ke belakang. Kerana Fang terlalu sibuk menjaga pelindung, hanya Gentar dan Tarung menepis dan memantulkan panah-panah.

  "Jangan risau, Gopal! Aku akan lindungi kau!"

  "AK!" Gopal mengundur apabila panah yang dipantulkan Gentar nyaris-nyaris terkena celah kankangnya. "Kau lindung apa sebenarnya?"

  "Urgh..." Syaitan itu mengumpul luka darahnya membentuk bola dan terus melemparkannya ke bawah, mencipta sebuah gelombang merah mara ke arah mereka. Dan SHRING! Gelombang itu mudah-mudah dibatalkan oleh pedang Tarung. Namun, saat gelombang itu jatuh ke bawah menjadi darah, ia menghakis beberapa perabot kerusi dan permukaan kayu di situ. Melihat perkara itu, syaitan itu menarik langkah tersentak.

   "Senang-senang macam tu je dia patahkan?" Fang melontarkan rasa takjub.

  "Heh, aku pun boleh buat." Gentar mara ke depan, terlebih berani. Aksi ceroboh milik Gentar menjadikan dia sebagai target syaitan berjubah itu. Syaitan itu segera membentukkan darahnya menjadi tombak dan meluru ke arah Gentar.

  KTANG! Belakang syaitan itu terhentak ke bawah. Tarung melompat melepasi tubuh syaitan itu dan menceraikan kepala itu dari jasadnya. Tombak yang terpisah dari tangan syaitan itu berpusing laju lalu menghala pada tengkuk Tarung. Kali ini, Gentar berjaya meradak tombak itu sehingga pecah menjadi warna tembaga yang menitik.

  "Kan aku dah kata... aku boleh buat." Gentar menepis hidungnya sekilas.

  "Apa yang kau buat tu bahaya!" Tarung menengking sikap terburu-buru Gentar. Wajah yang bengis itu kemudian diganti dengan senyuman. "Tapi... bagus! Kau boleh jadi anak murid aku lepas ni!"

  "HAHAHA iya ke? Kalau nak jadikan saya  tok guru pun tak apa!" Gentar tersengih-sengih sambil mengusap lehernya. Eh, macam ada yang tak kena dengan ayat Gentar...

  "Bagus dengan pelindung, Fang. Dan kau..." Wajah Gopal diamati Tarung. "Mungkin boleh cuba berani ketika hadapi syaitan..."

  Gopal tercengang. Huh...

  Bayang-bayang pelindung diturunkan, menunjukkan orang ramai yang berdiri ketakutan. Fang berpaling ke arah Tarung. "Laksamana, saya dapat kesan ada lagi syaitan di kawasan ini. Dia berada di koridor tempat duduk berdekatan anak tangga."

  "Baik, terima kasih Fang. Mari, semua!' Tarung maju berpatah balik ke kawasan anak tangga.

  "Baik, Laksamana!" Gentar menjawab bersama nada yang bermotivasi.  Lariannya dihentikan di sebelah Gopal. "Hei, jomlah Gopal!"

   Gopal bangun memeluk sangkar, melihat Gentar sudah pergi bersama-sama Tarung dan Fang. Garis nipis di dahinya semakin bertambah. Bukankah Tarung dan Gentar nampak terpaling tidak bersekutu ke tadi? Apa hal tiba-tiba jadi macam sahabat dunia akhirat pula? Dan biarlah kalau dia takut pun! Itu syaitan kot!

  "Gopal, kita kena gerak!" Ekul memecahkan lamunan Gopal.

  "Ah iya... iya..." Gopal berlari mengejar langkahnya yang tertinggal. Dalam diam. dia mengerling ke belakang. Rasa tidak sedap hati bercampur-aduk. "Tapi... kenapa aku masih boleh bau syaitan kat situ?"

  Terletak berhampiran kerusi yang diduduki Gopal tadi, kelihatan seekor katak ungu melompat sembunyi-sembunyi. Tatkala beberapa petugas mententeramkan hati penumpang yang ramai, katak itu menuju ke bilik nakhoda dan menyusup masuk ke dalam salah satu lubang kecil.

   Petugas tiket tadi menolak tubuhnya melalui koridor tempat duduk yang tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia memandang semua penumpang yang dibuai dalam mimpi mereka sendiri. Pergerakkannya membatu apabila tiba di antara para Elemental Slayer yang sudah terlena di kerusi masing-masing. Bahkan kucing kedua pembidas syaitan itu pun turut terlelap sama.

  Di penghujung koridor, sebuah pintu bertandakan 'bilik staf' dipecah masuk. Wajah tak berperasaan petugas serta-merta pecah dengan emosi yang mencurah-curah. Dia duduk berlutut sambil menangis. "Saya... saya dah buat semua penumpang tertidur. Jadi tolonglah... tolonglah bagi saya jumpa anak bini saya!"

  Katakululu itu memberikan pandangan menyedihkan pada petugas itu. Tiba-tiba, mata petugas itu mengeluarkan cahaya kuning memantulkan warna mata katak itu. Katakululu berbicara secara telepati. 'Baiklah, memandangkan engkau dah buat seperti yang dilakukan. Aku akan berikan ganjaran kepada kau.'

  Karpet bersebelahan Katakululu basah dengan sesuatu yang aneh, menerbitkan gelembung buih yang besar. Buih itu menerbangkan dirinya pada petugas itu lalu pecah. Tahu-tahu sahaja, kedua-dua kelopak mata petugas itu sudah jatuh bersama air mata. Senyumannya ditarik. Sepertinya dia tengah mengalami mimpi yang indah.

  "Jadi... apa kami perlu buat sekarang? Bila kami akan dapat mimpi kami?"

  Katakulu beralih hala pada empat remaja di belakangnya. Keempat-empat manusia itu duduk bersimpuh, menanti arahan yang bakal diterima. Mata katak itu kembali bersinar. 'Pergi pada empat manusia yang membuat kecoh tadi, dan lakukan seperti apa yang aku terangkan.'

  'Dan kau berempat akan dapat mimpi yang menggembirakan juga.'

  Giginya dibawa rapat menekan bibir sendiri. Gentar mengalihkan kepalanya ke kiri dan ke kanan bersama dahi yang berkerut-kerut. Turun naik bahu Gentar mengambil nafas di dalam lenanya sendiri. Fikirannya mula meneroka ke dalam alam mimpi.

  "Jangan takutkan langit yang gelap... ayuh beranikan diri sahaja..." Senandung itu mengejutkan Gentar. Namun, ia terus menenangkannya saat kepalanya dibelai penuh kasih. Matanya dipejam, menghayati setiap usapan daripada tangan lembut itu.

  "Kita hadapi semua bersama..." Nyanyian itu disambung. Kali ini, dia dapat mendengar suara kanak-kanak bergembira bermain tidak jauh darinya.

  "Ge..." Seseorang... memanggilnya?

  "Marilah..."

  Matanya terbuka.

  Huh.... huh... Gentar melepaskan nafasnya sebaik sahaja menemui dirinya di atas katil. Dia mengalihkan selimut ke tepi. Ini... macam katil dekat rumah Limas. Macam mana dia boleh ada dekat sini balik? Dia melompat turun dari katil dan aneh... dia tidak tinggi seperti biasa.

  Kawasan sekelilingnya dipandang. Beberapa katil disusun menempatkan kanak-kanak lain yang masih tertidur. Gentar terpempam. "Aku... aku dekat mana ni? Ada orang nak kenakan aku ke? Bukan aku dekat dalam feri ke?"

  "Duri? Ochobot? Gopal? Fang?" Gentar meliar mencari rakan-rakannya. Beberapa penghuni katil menukar posisi, seakan-akan terganggu dengan suara Gentar yang kuat. Meskipun begitu, Gentar masih melontarkan nada yang sama. "Hei, janganlah malu nak jawab! Korang pun terperangkap dengan syaitan juga ke?"

  "AMBIL SAHAJALAH BUDAK ITU!"

  Pekikan suara itu hampir mendarahkan telinganya. Gentar menoleh pada pintu yang terbuka sedikit. Perlahan-lahan dia mendekati pintu itu dan memerhati melalui celah dedaunnya.

  "Budak itu demi Tuhan, menakutkan. Dia tidak pernah membesar! Hatta anak-anak saya sudah meningkat usia, dia kekal lagi di usianya. Entah-entah budak ini sebenarnya bunian ataupun syaitan." Wanita yang sudah lanjut usia itu kelihatan bertikam lidah dengan penjaga rumah anak-anak yatim. 

  "Astagfirullah, tidak baik diucapkan begitu." Penjaga wanita itu beristigfar beberapa kali.

  "Tidak kisahlah, jika mahu bunuh atau abaikan saja budak itu, terpulanglah!" Wanita itu menjeling ke arah Gentar yang mencuri dengar perbualan mereka. Kakinya sengaja dihentak-hentak membunyikan kerak lantai semasa dia berlalu pergi.

  Nafas penjaga wanita itu tertahan melihat kanak-kanak di sebalik muka pintu itu. Mata penjaga itu berkaca-kaca, menumpahkan air mata yang tidak tertahan lagi. Tubuh Gentar yang tidak berisi dipeluk erat oleh penjaga wanita itu. "Usah risau, Gentar. Mak cik akan lindungi Gentar baik-baik."

   Apa...

  "Pedulikan ayat nista dikatakan pada kamu. Kamu tidak seperti itu, Gentar."

  Tiada satu ayat pun yang timbul di dalam benak fikiran Gentar. Pandangan Gentar yang bingung mula kabur dan berbalam-balam. Bagaikan anak kecil, dia menangis teresak-esak dan membalas pelukan penjaga wanita itu.













Duri : Hmmm hmmm. *keluar daripada kotak*

Gentar: Urgh... urgh... *ubah posisi tidur berulang kali*

Fang dan Gopal : *tersengih-sengih dalam tidur*

Duri : *pandang Tarung yang senyap* Hmmm hmmm? Hmmm hmmm hmmm hmmm! (Kenapa semua orang tidur? Macam mana nak buat rahsia Elemental macam ni!)

Ochobot: Huwa... *terbangun* Rahsia Elemental hari ni... kroooh... krooooh...

Duri: HMMMMMMM! *goyangkan sangkar Ochobot* (Janganlah tidur!)

 




















⚡⚡⚡

Akhirnyaaaaaa! Dapat juga update! Ingatkan nak update petang tadi, tetiba tidur dan macam... ah lantaklah, aku nak update juga.

Dan juga bolehlah sambung Elemental Slayer ni TvT (lepas sihat dari demam dan masalah period). Dah tengok BoBoiBoy Gentar ke semua? PERGHHH DAPAT RASA PERANGAI GENTAR DAN GOPAL DALAM TU SAMA MACAM ELEMENTAL SLAYER... hrmmmm tak ada staf Monsta yang baca cerita ni kan? 💀

Tak akanlah...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro