| 44 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kepada kau yang tak tahu maksud berjuang,
inilah masanya untuk tunjukkan jawapan!"
.
.
.
PETANG SEHARI SEBELUM...
"SURAT khabar lama! Tin susu lama! Semua lama-lamalah! Bini lama!" Kecoh seketika apabila lolongan suara itu bergema sekali bunyi hon motor yang diselitkan di penghujung ayat. Amardeep bergerak ke tepi sedikit, memberikan ruang pada motor membawa sampah sarap di belakang melalui jalan kampung itu. Matanya terpasak pada gerai laksa yang tidak jauh daripadanya.
"Nah, laksa untuk laksamana." Sebuah mangkuk penuh dengan salad berkuah diletakkan di hadapan Tarung. Kuah laksanya cukup pekat mendatangkan sebuah aroma pes udang. Ditambah pula separuh telur rebus yang mampu membuatkan perut sesiapa berkeroncong!
"Oh, terima kasih ya, pak cik." Tarung mendekatkan mangkuk itu pada dirinya. Niatnya ingin mencapai sudu dan garpu terhenti dengan kehadiran Amardeep di hadapannya. Petugas itu menunduk hormat sebagai salam memberikan segaris senyuman pada wajahnya.
"Kamu petugas Amardeep masa perjumpaan Keris Tasari itu, kan? Tak apa, tak apa. Duduklah." Tarung membuat bunyi tikus, menarik perhatian pak cik itu. "Pak cik, satu lagi Laksa Penang untuk dia! Juga dengan air kosong, ya?'
"Oh, terima kasih, Laksamana." Amardeep kekok mengambil tempat. Sungguh! Jauh beza Laksamana Tarung dengan dirinya yang menikam kotak Duri pada kejadian yang lepas. Tiada lagi suara yang menengking bak halilintar. Yang di hadapannya seperti lelaki pemurah yang boleh diketemukan di gerai-gerai biasa.
"Saya dihantar untuk membantu perjalanan Laksamana Tarung. Dengar kata... Laksamana akan pergi naik Feri Pulau Pinang?" Berhati-hati Amardeep menyusun bicara. Sesekali dia mengerdipkan mata gara-gara rabun mata yang dialami.
"Iya. Lagipun selepas ini saya mungkin akan pertolongan kamu memandangkan saya bukanlah orang sini," ujar Tarung, lembut.
"Oh, ah... ya. Saya tahu ada khidmat penumpangan sampan dekat sini. Mungkin kita boleh sampai ke Jeti Pulau Pinang sebelum malam ni." Amardeep menyembunyikan rasa terkejutnya. Bukanlah disebabkan dia tiba-tiba dilantik sebagai pemandu pelancong tidak bergaji, tetapi kerana lenggok Tarung sendiri turut berubah! Daripada gaya kasar aku-kau kepada gaya ustaz-ustaz yang penyayang!
Tarung mengangguk-angguk sebagai respon. Dia menggaul laksa lalu isinya terus dimasukkan ke dalam mulut. Meskipun rasa sardin yang berlarutan di dalam mulutnya, sifat masamnya sungguh tidak terasa mengenangkan mesyuarat Keris Tasari. Lebih-lebih lagi dengan pertanyaan Laksamana Aman.
"Kalau kamu semua berada di tempat Gentar, sanggup ke kamu nak menyilang leher orang terdekat kamu?"
"Tarung..." panggil seseorang. Seseorang itu ialah wanita tua yang terlantar sakit di atas tilam tebal. Tubuhnya kurus kering akibat sakit tua yang dialami. Seseorang itu jugalah ialah emaknya. Tangan berkerepot itu terketar-ketar menghampiri pipinya. "Kamu kena terus berjuang, ya?"
Jika emaknya berubah menjadi syaitan... apakah dia mempunyai kemampuan untuk menikam emaknya sepertimana dia lakukan pada adik Gentar?
Jika dia di tempat Gentar, apakah dia sanggup biarkan emaknya ditikam begitu sahaja?
PAP!
Semangkuk laksa dan segelas air kosong diletakkan. Teragak-agak Amardeep berterima kasih pada pak cik itu sebelum menarik sudu dan garpu. Tarung berpaling ke arah pak cik yang berura-ura bergerak pergi. "Terima kasih, pak cik. Nanti saya letakkan duit atas meja, ya?"
"Hmmph... baik kau jangan terlupa letak! Sudahlah perniagaan aku tak laku bila ramai tak datang malam-malam. Ini semua sebab ada khabar angin syaitan berkeliaran dekat kawasan ni." Pak cik itu mengendus kuat.
Amardeep mencuri pandang pada lipatan surat khabar di sebelah laksa Tarung. Di dada surat khabar itu tentera, 'NELAYAN TERKORBAN LAGI OLEH SYAITAN! Syaitan itu menggelarkan dirinya sebagai Champbot dilaporkan berkeliaran di laut jeti Pulau Pinang pada waktu malam'. Memandangkan gerai laksa ini berdekatan dengan laut, pasti tiada pelanggan yang berani menjengah pada waktu malam.
"Tidak mengapa, pak cik." Tarung mengelap mulutnya dengan tisu. "Saya yakin masalah ini akan selesai dengan segera. Lagipun dengan masakan pak cik seakan masakan mak-mak, saya pasti lebih ramai akan datang ke gerai pak cik nanti.
"Hrmm... iya, iyalah tu." Pak cik itu sambung membasuh pinggan di dalam baldi. Namun di jauh sudut dalam, hati tuanya dipujuk oleh pujukan si Tarung itu.
Setengah hari di sampan ditemani bunyi pendayung mengolah tenangnya laut, akhirnya Tarung dan Amardeep tiba di sebuah jambatan lama yang menghubungkan dengan daratan. Cepat-cepat kedua-dua ahli Elemental Slayer turun sementara pak cik itu mengikat sampannya pada kaki jambatan itu. Sebaris bersama beberapa sampan kosong yang tersusun di kiri dan di kanan sampannya.
"Eh, kenapa Mamu Nela ikut sekali?" Amardeep bertanya pelik apabila pak cik itu mengikuti mereka. Fikirnya, pak cik itu akan berpatah balik di tempat diambilnya mereka tadi. (Mamu bermaksud pak cik mengikut dialek Penang)
"Awang ni... Mamu Nela rasa cega ah. Dengar kata, ada syaitan makan daging berkeliaran malam-malam. Aduh... sudahlah daging Mamu Nela sedap." Boleh kedengaran nada berbangga diri dalam suara Mamu Nela. Entah-entah mahu pandang Mamu Nela pun syaitan itu tidak mahu!
"Pasembur! Pasembur 3 ringgit!" Laungan kanak-kanak bertudung menarik minat Tarung. Terdapat sebuah kotak digantung pada leher kanak-kanak itu yang mengisikan beberapa kotak plastik. Di setiap kotak plastik itu tersisa rojak pasembur yang tidak terjual.
Gadis itu menghentakkan kakinya. "Ish, kenapa macam ramai orang tak ada niiiiii? Bukan biasanya ramai ke orang kat kawasan ni?"
"Biasalah, Melur. Dengar kata ada syaitan berkeliaran dekat kawasan kita menjual. Pasti ramai yang tak berani tak lalu-lalang di sini malam-malam." Si nenek cuba menenangkan cucunya, akan tetapi ia membuatkan Melur semakin cemberut tidak puas hati.
"Syaitan? Syaitan tak wujudlah! Daripada dia orang kisahkan syaitan... baik dia kisahkan dekat nenek! Kesian nenek terpaksa berniaga malam-malam." Melur mendekati neneknya yang duduk di kerusi meja. Tergelak kecil nenek itu sehingga menampaknya gusinya yang kemerah-merahan. "Ada-ada sahaja kamu ni Melur."
"Tapi benar kata-kata nenek kamu. Kamu semua patut pulang. Lagi-lagi baru-baru ni, ada syaitan yang berkeliaran di laut malam-malam." Teguran Tarung membuatkan Melur mengundur dan mendepakan tangannya.
"Mamu ni siapa? Kenapa pakaian mamu pelik sekali?" Atas bawah kanak-kanak itu memandang cara pemakaian Tarung. Maklumlah, baju Melayu Cekak Musang itu nampak aneh digandingkan dengan haori yang panjang. Tambahan pula... lelaki di hadapannya siap siaga dengan dua pedang bersarung di tepi pinggang.
"Saya Elemental Slayer... yang membantu banteras syaitan di kawasan ini." Tarung memperkenalkan diri.
"Mental Se-lay-yer? Syaitan?" Melur terpinga-pinga sampai depaan tangannya kendur ke bawah.
"Hrm... boleh saya rasa sikit?" Tarung menunjukkan pada beberapa bungkusan plastik dengan ibu jari.
"Ah, ya... silakan, cu..." jemput nenek Melur. Siap diberikan lagi perkakas plastik!
"Erm..." Tarung membuka penutup plastik. Potongan ubi keledek itu dicedok bersama kuahnya lantas didaratkan ke dalam mulutnya. Isinya dikunyah-kunyah yang membuahkan rasa yang tidak terlalu manis. Kuah yang bercampur di dalam mulutnya juga berlemak dan beraromantik.
Seperti masakan emaknya...
Melur melihat Tarung memejam rapat matanya, seolah-olah menikmati setiap rasa yang tersembunyi di dalam suapan itu. Memandang pada peluang itu, Melur segera berkata. "Kalau dah rasa, kena beli tau!"
"Baiklah." Tarung meletakkan sudunya. "Saya beli separuh dari meja ni."
Jadi begitulah bagaimana petugas biasa sepertinya mengangkut bungkusan rojak yang bertingkat-tingkat. Habis sakit-sakit jari Amardeep mengangkat dua beg plastik yang timbangannya menghampiri berat dua guni beras. Amardeep merenung tajam Mamu Nela yang masih mengikuti mereka.
"Ini kenapa Mamu Nela masih ikut kami lagi?"
"Oh, Mamu Nela mai sekali alang-alang nak melawat anak Mamu Nela. Dia berkerja apa orang mat sailor selalu kata? Polish feri Pulau Pinang. Maklumlah feri depa tu bergerak esok petang." Mamu Nela tersengih malu.
"Oh, feri Pulau Pinang?" Kening Tarung naik sebelah.
"Iya. Sepatutnya feri itu bertolak hari ini... tapi disebabkan kekecohan syaitan tu, ia pun ditunda." Mamu Nela berdecit-decit dan mengeleng-geleng kecil. Mungkin kerana anaknya terlibat sama dalam menguruskan feri, dia juga sama-sama menumpang kesal.
"Berapa jauh lagi jaraknya?" soal Tarung.
"Tidak jauh. Beberapa meter lagi ke hadapan, jumpalah jeti tu." Mamu Nela menjuih bibirnya ke hadapan.
"Kalau begitu, maafkan saya." Tidak semena-mena, pinggang Mamu Nela dan Amardeep dipeluk kemas oleh Tarung. Kaki Tarung membengkok mengumpul momentum. Tanpa sempat Amardeep memberi apa-apa reaksi, tubuhnya dan Mamu Nela pantas dibawa lari bagaikan harimau melarikan mangsanya.
Kelam-kabut dia cuba memastikan dua plastik di tangannya tidak tercicir ke belakang. Manakala Mamu Nela tidak mampu mengawal mimik mukanya yang terherot-berot kesan kelajuan larian Tarung. Sesampai sahaja mereka di jeti Pulau Pinang, kedua-dua mereka jatuh terjelepok kepenatan.
"Selamat malam, kamu semua pekerja yang menguruskan feri Pulau Pinang, ya?" Tarung mencelah kesibukan para pekerja dengan penuh berhemah. Tergaru kulit kepala masing-masing gara-gara kehadiran tetamu tidak diundang. Salah seorang keluar dari khalayak yang sibuk itu. Pasti itu merupakan ketua pengurusan feri ini. "Hrm, awat tuan-tuan hamba mai sini?"
"Kami datang untuk memberikan pasembur percuma. Alang-alang temankan pak cik ni mencari anaknya." Tangan Tarung dihalakan pada Amardeep yang kelam-kabut berdiri dan menunduk sopan. Bungkusan-bungkusan plastik laju dihulurkan pada pekerja-pekerja di situ.
Ketua itu menyepetkan matanya memandang Mamu Nelu yang bermain-main jari. Tertawa besar lelaki tua itu dibuatnya. "Eh, appanya Nelep. Sekejap. Kapalenang! Pergi panggilkan dia."
"Ada sebarang kerosakan ke dekat feri ini? Yalah dengar kata ada makhluk mengerikan berkeliaran dekat kawasan ni." Tarung sengaja mengorek maklumat baru.
"Kerosakan? Pff... toksah merepeklah. feri Pulau Pinang ni merupakan feri gah yang tidak pernah tercalar walau sikit pun. Feri ini kebanggaan kami. Ini setakat cantikkan dia saja." Ketua itu berpusing menghadap feri dua tingkat terapung penuh megah di atas laut. "Walau dengar ada syaitan yang menyerang, dia takkan berani menyerang feri Pulau Pinang ini."
KTANG!
"Yehahahahaha! Iya ke?" Suara menjengkelkan mengejutkan semua. Apatah lagi syaitan itu mengunci leher lelaki berambut afro. Kukunya yang menitikkan darah sengaja dihayun-hayunkan bagi menakutkan manusia yang ada.
"Nelep!" Mamu Nela yang ingin menolong anaknya dihalang Tarung.
"Appa! Tolong Nelep! Helep! Helep!" Meronta-ronta Nelep bagaikan ikan terlepas di daratan. Syaitan itu lekas mengangkat kukunya. "Hei, diamlah!"
"Aku minta kau lepaskan budak itu sekarang. Budak itu langsung bukan lawan kau. Lawan kau sekarang berada di depan kau." Wajah Tarung memerah, menahan marah. Tangannya mengeluarkan kedua pedangnya di mana sebelah pedangnya lebih kecil dari pedang biasa.
"Heh, not so easy. Apa kata kau ambil budak ni daripada aku." Syaitan itu berlari laju mengelilingi Tarung, menyukarkan keris Tasari ini memulakan serangan. Syaitan itu tersengih. "Tidak boleh? Apa kau tak boleh serang aku sebab ada budak ni?"
"Lemah! Sebab itu kau tak boleh jadi macam aku, Champbot. Jaguh segala jaguh di bumi ni." Champbot mendekatkan kukunya pada leher Nelep, membuatkan wajah lelaki itu berubah pucat.
"Kau ni terlalu banyak berkata-kata! Aku kata lepaskan budak tu!" Tarung menghayunkan pedangnya, tanda protes.
Champbot menjaga jarak apabila melihat Tarung ingin mendatang dekat. Pandangan teralih pada bungkusan laksa yang masih tersisa. "Baik... tapi sebagai gantinya aku akan dapatkan nenek dan cucu yang menjual pasembur tu. Mereka selalu membuat jualan dekat jeti. Kau... kenal mereka, kan?"
"Dia orang cuma penjual yang aku terserempak. Mereka tiada apa-apa hubungan dengan aku." Tarung menggeserkan gigi. Tak guna! Adakah dua anak-beranak itu akan dalam bahaya disebabkan dia?
"Jika begitu... tidak salah kalau aku dapatkan mereka, bukan?" Syaitan itu mencakar leher Nelep. Serta-merta pekikan kesakitan datang dari mangsa memberi peluang syaitan itu melarikan diri. Terkekek-kekek syaitan itu ketawa setelah meninggalkan masalah.
"Siapa sampai dulu, dia menang!"
Mamu Nela berpeluh lebat memeluk anaknya. "Ma... macam mana dengan anak Mamu?"
"Appa... helep."
"Jangan risau." Amardeep menunjukkan gelang loceng yang dipakainya. "Saya sudah panggilkan bantuan."
Serentak itu, para petugas lain berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan jeti itu. Alat kecemasan dikeluarkan dari kotak yang dibawa setiap dari mereka. Amardeep menenangkan Mamu Nela untuk memberi ruang rakan petugasnya melakukan pemeriksaan. Salah seorang gadis perawat di situ memberi laporan. "Dia alami pendarahan. Tapi tidak seteruk yang dijangka. Kami masih boleh merawat mangsa."
"Bagus." Tarung menyimpan pedangnya ke sisi. Tangannya mencapai tanah dalam kakinya mengumpul momentum dan... ZUUP! Keris Tasari itu memecut melintas jalan. Hinggakan pokok-pokok kelapa pun bertiup saat Tarung melepasi mereka.
'Tapak kaki syaitan itu seiring dengan aku. Aku dekat laluan yang betul.'
Harap-harap dia dapat bertemu dua beranak itu sebelum si berdebah itu...
Sementara itu di sebuah rumah kedai berhampiran pasir pantai, kelihatan Melur memberikan lebihan bungkusan pasembur pada tuan kedai. Bungkusan plastik itu ditukar dengan bayaran yang lumayan sebagai tanda puas hati. Seusai sesi jual beli itu dibereskan, kedua anak beranak itu pulang bergandingan tangan.
"Saya kata dah, nek. Kalau kita balik tadi, mesti membazir jualan kita." Melur menepuk-nepuk poketnya yang tebal. Sekurangnya dapatlah tampung modal bahan-bahan terdahulu. Entah-entah dia pun boleh menaiki feri seperti orang berduit yang lain!
"Iya... iya..." Ubun-ubun cucunya digosok-gosok sampai terpejam mata anak kecil itu. "Bijak cucu nenek."
"Aku dah berjaya jumpa korang."
Gugur jantung melihat syaitan betul-betul di belakang mereka. Syaitan itu menggerenyotkan bibir memerhati Melur yang mundur ketakutan. Sepertinya dia dapat mengencam siapa mangsa pilihannya. Baru sahaja Champbot ingin mendapatkan Melur, dahinya terkena batu-batu yang dibaling nenek tua itu.
"Orang tua ni..."
"Lari, Melur! Jangan pedulikan nenek! Lari!" Nenek itu terus-menerus melemparkan batu.
"Ahhh..." Terketar-ketar mulut Melur tanpa suara. Tiada piliihan lain, gadis itu memimpin neneknya untuk melarikan diri. Walaupun pergerakannya lembap, gilakah dia mahu meninggalkan satu-satunya ahli keluarganya!
SHASH! Tahu-tahu sahaja gadis itu disambar oleh sesuatu. Rambutnya kini kotor terkena pasir yang melekit. Tika kelopak matanya dibuka, ia langsung merah berair apabila lehernya dicekik kuat. Suara neneknya memanggil sayup-sayup kedengaran.
Champbot ketawa jahat melihat kanak-kanak itu sudah menangis. "Keris Tasari tak guna tu tak ada kat sini. Maknanya aku yang menang..."
SLASH!
Champbot menjauh daripada tubuh Melur. Nyaris-nyaris sahaja pedang besar itu mahu menyentuh lehernya! Wajahnya diangkat memandang Melur menyorok di balik tubuh Tarung.
"Kau... macam mana kau ada kat sini?" Biji mata Champbot yang dilindungi mantel hitam hampir tersembul melihat keberadaan Tarung. Tidak terjangkau dek akal di mana manusia biasa boleh tiba serentak dengan syaitan!
"Kerana aku jaguh segala jaguh daripada kau." Tarung mengajuk kembali nada bongkak Champbot.
Lubang hidung Champbot menebar ke luar. Asap-asap kemarahan yang berkobar-kobar dihembus kuat. "Jika benar kau jaguh segala jaguh. Kita buat pertandingan. Sama ada kau dapat capai kepala aku, atau aku sendiri makan kau sekali serang."
"Tidak perlu." Mata Tarung meredup tajam.
"Heh, kau takut? Baiklah." Champbot menarik sebelah kakinya ke belakang. Dia mula mengira. "Tiga... dua..."
SLASH! Champbot terburu-buru mara menyerang tanpa menghabiskan pengiraanya. Tetapi, cakaran Champbot senang-senang ditebas oleh pedang kecil milik Tarung dan kepalanya kemudian dilibas oleh sebelah lagi pedang. Bunyi lembut pasir berdetup saat badan syaitan itu hilang tuan asalnya. Lama-kelamaan badan syaitan itu terhuyung-hayang lantas rebah bersama-sama kepalanya.
"Melur! Melur!" Nek Melur tergopoh-gapah memeluk cucunya yang mula menangis teresak-esak. Pada ketika pandangan diangkat... memori masa silamnya menjengah.
Wanita berambut biru panjang itu mengangkat kedua pedang... kedua-duanya mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara. Bersebelahan wanita itu, terdapat sekunjur tubuh syaitan yang tidak bernyawa... betul-betul sama kedudukannya seperti Tarung, penyelamat mereka sekarang.
Pergerakan Tarung itu seakan sejalan dengan wanita di dalam memorinya. Pedang kecil itu disimpan dahulu, barulah pedang lebih panjang yang jadi terakhir. Kedua-dua tangan akan menyapu sarung pedang sehingga ke hujung. Pada kesudahannya, tubuh itu akan memberi salam hormat kepadanya.
"Kamu... kamu seperti orang yang pernah selamatkan kami. Mak Melur dan saya. Wanita tu..." Terhinjut-hinjut bahu nenek itu menangis. Rasa terharu kerana terasa diselamatkan orang yang sama.
"Nenek?" panggil Melur, panik.
"Wanita... oh, mesti nenek maksudkan itu mak saya. Beliau dulu juga merupakan Elemental Slayer." Tarung tersenyum di bawah cahaya bulan. Ombak-ombak pantai yang menyapa kakinya seakan-akan menghalau wajah bengis yang dipasangnya tadi. Senyumannya semakin lebar. "Saya gembira dapat selamatkan orang yang mak saya selamatkan."
"Anaknya? Oh... terima kasih sebab selamatkan kami lagi!" Nenek tua itu duduk melutut menangis. Melihat perbuatan neneknya, Melur mengikut melutut sambil berulang kali mengucapkan terima kasih. Sudahnya terpaksalah Tarung memujuk dua beranak itu bangun daripada menangis. Nanti dituduh mengutip duit dari orang yang tidak bersalah pula.
Pesisiran lautan yang menampung feri itu bergelora secara tenang. Ombak-ombak juga datang perlahan-lahan merayap membasahi badan feri. Nampaknya cuaca sebegini elok untuk berlayar, dan terjawablah mengapa semakin ramai orang berkerumum di jambatan jeti ini. Di tepi ruangan membeli tiket, terdapat seorang lelaki bersama-sama dua anak-beranak.
"Terima kasih sekali lagi, pak cik!" Melur memegang kotak makanan yang tergantung di leher dan menunduk. Mukanya gelisah dengan penyesalan. "Maafkan saya sebab tak percaya yang syaitan tu wujud. Saya akan lebih berjaga-jaga pada waktu malam!"
"Patutnya lebih baik kalau macam tu. Teruskan hidup hari demi hari tanpa perlu risaukan syaitan yang berkeliaran. Dan itulah hidup yang saya rancang untuk wujudkan." Tarung akhiri ucapannya dengan senyuman.
"Sebelum bertolak, pak cik nak beli rojak pasembur?" Amboi, sempat lagi menawarkan perniagaan di sini! Kalau mahu tawar satu atau dua secara percuma tak apalah!
Tarung tersengih. "Mestilah. Kali ini saya akan beli semua."
"Eeeeh?" Kedua-dua rahang Nek Melur dan cucunya jatuh ke bawah.
Tarung membawa sebungkus plastik memasuki barisan penumpang. Dia menyelitkan lambaian pada dua beranak itu barulah kakinya menyambung langkah semula. Amardeep pula sudah berlalu pergi memandangkan kerjanya sebagai pemandu pelancong telah pun selesai. Dan kini, dia akan masuk ke dalam feri Pulau Pinang ini.
"Haish... banyak prosedurlah kau ni." Gopal merungut. Sedang tangannya menyorokkkan pedangnya, dia sibuk merenung Gentar di belakang tidak puas hati.
Perbuatan Gopal ditangkap Gentar. "Apa pandang-pandang? Tahulah aku hensem, bergaya, seterong..."
Cepat-cepat Gopal berpaling ke depan. "Hensem? Hampa adalah."
"Apa kau cakap?"
"Pasembur! Pasembur percuma!" laung Melur beberapa kali. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang. Terkejut gadis itu melihat Gopal tersenyum-senyum sumbing di belakang seraya tangannya menghulur mahu. Melur menghembus nafas lucu lalu meletakkan satu rojak pada tangan Gopal.
"Oh, saya nak lagi dua. Untuk kawan-kawan saya dalam barisan."
"Oh... okey."
Hon feri bergema kuat. Lama-kelamaan, feri itu kemudiannya melepaskan diri ke laut. Syahbandar dan wakil syahbandar yang lain melambaikan tangan mereka pada feri yang jauh bergerak. Tanpa diketahui, nasib apa yang akan menanti pada para penumpang feri itu.
"Ish, mana pula si Taring tu?" Gentar memandang setiap tempat duduk tanpa hala tuju.
"Bukan Taringlah! Tapi Laksamana Tarung!" marah Fang.
"Aku dengar dari cerita Gentar. Laksamana Tarung tu macam ganas... dan kejam! Huhuhu, takutnya kena pergi misi dengan dia." Gopal memeluk sangkar Ekul... termasuk beberapa bungkus rojak pasembur yang diterimanya tadi.
"Tak adalah. Laksamana Tarung garang waktu kerja je. Masa tak kerja dia baik." Informasi Fang menyebabkan Gentar berubah muka tidak percaya. Fang mendongak memandang nombor tempat duduk pada dinding. "Tak apa, nanti lalu lalu jumpalah. Dah dah, jom duduk."
Maju beberapa tapak ke depan, mereka perasan satu entiti yang duduk sebaris di antara keempat-empat tempat duduk yang masih kosong. Gentar menenyehkan sebelah matanya berkali-kali. Namun, semuanya sama seperti apa yang dilihat.
Ini... ini ke Laksamana Tarung?
Gentar: ...
Gopal: Ni dah kenapa dia tak bising pula ni? *cuit cuit kepala Gentar*
Fang: Dia terkejut dengan perangai Laksamana Tarung tu. Dia tak tahu berapa ramai orang terkejut tengok perangai dia.
Gentar: HEI!
Kucing hitam: Tuan! Saya dah dapat maklumat fasal Laksamana Tarung.
Fang: Oh, terima kasih.
Gopal: Maklumat?
Fang: Yalah... memandangkan korang dengan readers tak tahu apa-apa fasal Laksamana Tarung, jadi aku suruhlah Shad... kucing aku tanya para Keris Tasari.
Fang: Kembar Sai dan Shielda kata...
"Laksamana Tarung baik je tapi tak boleh diajak bergurau masa kerja." ( Sukakan Laksamana )
- SAI DAN SHIELDA
"Laksamana Tarung yang terhormat. Tapi aku tak suka dia lagi tinggi dari aku."
- KOKOCI
"Rakan seperjuang yang hebat! Dan juga seorang anak yang baik. Saya tak pernah tengok orang yang pandai menghandal dua pedang macam tu. Cuma dia kena kawal sikit kemarahan dialah."
- MASKMANA
"Dia macam ada kecelaruan identiti."
- KIRANA
Kucing hitam: Kalau Keris Tasari Angin, aku hanya tahu dia suka minum teh bersama-sama dengan Laksamana Tarung. Jadi mungkin dia orang ada hubungan yang baik.
Fang: *menunduk* Psst... Kapten cakap macam mana pula?
Kucing hitam: Oh...
"Laksamana yang bagus.*
- KAIZO
Fang: Hmph... -_-
Gopal: *terpujuk* Mungkin Laksamana tu baik.
Gentar: BAIK APA PERGI TIKAM DURI. BIAR AKU TIKAM DIA BALIK BARU RASA BAIK-
⚡⚡⚡
Maaf sebab lama tak update TvT Tiba-tiba sahaja sakit uhuk uhuk ditambah pula dengan senggugut yang memulas.
Lepas tu nak update semalam tetiba demam teruk pula. Hari ini dah sembuh dah. :V
Apa-apa pun, kita dah masuk arc baru. RAAAAAAAAH!
Taiyou wo akaku tojikomete
Mengurung matahari merah menyala
Kuruma wa doko e susumu
Ke manakah berlayarnya ia?
Konton no fukiareru yoru ni
Di malam yang penuh huru dan hara
Bokura no koe ga hibiita
Suara kita pun menggema
Negai no akari wo tomoshite
Nyalakanlah cahaya dari harapan
Kokoro wa yume wo nugisutete
Buanglah mimpimu dari sudut batin
Shiroi michi wo yuku
Menuju ke dalam nirmala
Kurai sora ni wa akeboshi ga mirai wo
Bintang fajar di langit gelap membawaku ke masa depan.
Dou shitemo sashite ugokanai kara
Ia terus mengarahku yang lumpuh bergerak
Yasashiku sasou kinou ni te wo futte
Melambai tangan pada hari yang ku dihancurkan.
Bokura wa naita
Kita bunyikan esak
Mata hashiridasu tame
Agar dapat terus bergerak
Mayottemo nageittemo inochi wa
Meskipun hilang, sesat arah dan rasa sedih.
Akarui hou e te wo nobasu kara
Hidup ni kan meraih sisi yang bersinar terang
Hikari wo inori sora takaku, utagoe
Hingga langit tinggi kita berdoa... pada cahya
Semete kimi ni todoku you ni
Harap nyanyian ini akan sampai
.
.
.
.
.
.
.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro