Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| 43 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kepada kau yang tak tahu maksud berjuang,
inilah masanya untuk tunjukkan jawapan!"
.
.
.

                                        WARNA emas yang terang benderang menjengah syaitan berjanggut yang sedang berehat. Dia memerhati keadaan sekeliling mengikuti ekor mata dengan berhati-hati. Beberapa ekor syaitan lain pun turut sama terpinga-pinga seperti dirinya.

   Dan keadaan dekat sini tidak normal. Tangga-tangga yang disusun tanpa mengikuti logik bumi contohnya pada tangga menegak yang dipijaknya. Malah dia boleh mendongak dan melihat syaitan berupa katak tergantung pada anak tangga dia atas kepalanya.

   'Masalahnya... siapa yang memanggil semua Syaitan Bintang Bawah tanpa sebab? Takkanlah ada dalam kalangan kami yang dah mati?' Syaitan mengusap dagunya ke bawah sambil berfikir. Dialah...

   ROBORIGAMI, Syaitan Bintang Bawah, tingkat keenam.

  "Krak!" Bunyi plastik dipusingkan bergema di ruangan itu. Sedar-sedar sahaja, realiti mereka bertukar sepantas petikan jari. Keempat-empat syaitan dikumpulkan menghadap kerusi takhta dipayungkan khutbah kuning mengeluarkan cahaya yang menyakitkan mata.

   Daripada keenam-enam anak tangga itu, kelihatan syaitan kerdil tua bermain dengan anak patung di kedudukan paling bawah.

   'Aku... aku perlu lari. Aku kena lari!' Syaitan bermata kamera sudah hilang darah dari wajahnya. Tangannya menggigil membuatkan peluh di kulit semakin laju menitik.

   NINJAMERA, Syaitan Bintang Bawah, tingkat keempat.

   Berbeza dengan Ninjamera, dua syaitan yang berdampingi di sisinya berbeza pula raut mereka. Satu lagi katak... satu lagi berupa dinosaur Tyrannosaurus merah dalam saiz manusia. Hrm...

   KATAKULULU, Syaitan Bintang Bawah, tingkat kedua.

   RAKSASA TIDUR, Syaitan Bintang Bawah, tingkat ketiga

   "Lari..." Kepala anak patung dipulas Pak Pato menyebabkan langsir ditarik sendiri mendedahkan kerusi taktha. Kanak-kanak berkulit biru itu bangkit. "Lari ke mana?"

   'Siapa budak ni?' Raksasa Tidur mempersoalkan keberadaan kanak-kanak itu sementara Roborigami sudah tertunduk takut. 'Tidak salah lagi, itu tuan Retak'ka! Kenapa tuan Retak'ka dalam bentuk sebegitu rupa?'

   "Bagaimana kau tidak boleh mengenalku, wahai Raksasa Tidur?"

   "Ma... maafka saya tuan Retak'ka." Raksasa Tidur sudah dan menangkup kedua-dua tangan ke bawah dan bersujud penuh gelisah.

  "Ku dapat tahu bahawa salah satu daripada kamu semua meninggal. Paintasso, syaitan Bintang bawah, tingkat kelima." Retak'ka menghentak kakinya dan serentak itu, lantai yang menampung mereka bergegar. "Apa syaitan Bintang Bawah lemahkah?"

   "Yang ada di dalam fikiran kamu semua cumalah lari bila nampak Keris Tasari. Apa kamu lebih takutkan Keris Tasari daripadaku?"

   Ninjamera laju mengangkat muka. 'Tidak, bukan begitu tuan Retak'ka!'

   "Apa kau nak kata apa yang ku katakan salah?" Jegilan Retak'ka mencodongkan kepala Ninjamera kembali menghadap tanah.

   Merenung orang bawahan yang tetap mengunci mulut, Retak'ka beralih pula pada Pak Pato yang menyapu debu pada anak-anak patungnya. "Apa kau masih dapat kesan syaitan Bintang Bawah yang pertama?"

   Pak Pato mengangkat sembah. "Ampunkan patik, yang mulia Retak'ka. Malangnya saya dapat kesan lagi jejak syaitan itu. Jijijiji..."

  Retak'ka membelalakkan matanya. "Beritahuku. Sudah banyak syaitan Bintang Bawah disalin ganti bagaikan salinan pakaian. Mengapa harus aku menyimpan kamu semua lagi?"

   "Jika tiada kami, tuan Retak'ka juga akan kesusahan. Apa kata tuan bagi sedikit darah tuan pada saya. Ha, dengan itu saya boleh tewaskan para Keris Tasari tu macam kacang je!" Bersinar-sinar wajah Raksasa Tidur semasa memberi cadangan. Tiba-tiba, satu duri tajam mencucuk leher syaitan itu. Tergapai-gapai syaitan itu mencari nafas sambil memegang duri yang menembusi diri.

   "Kcak!" Cahaya dari Ninjamera menyilaukan Retak'ka. Serta-merta Ninjamera mencabut langkah seribu daripada sidang ruangan itu. Namun, sebaik sahaja Pak Pato memulaskan kepala anak patung, Ninjamera kembali menghadap Retak'ka. Tergetar-getar Ninjamera menantikan nasibnya.

   "Kau berani gunakan kuasa yang aku berikan pada aku sendiri?"

   Darah memercik hingga ke wajah Roborigami. Roborigami kekal memandang ke lantai, mengenangkan perbuatan Ninjamera tadi. 'Tindakan yang sia-sia.'

  "Jadi... apa tindakan yang berguna pada pandangan kau?" Roborigami tersentak saat soalan itu diujarkan padanya. Mata syaitan itu terpejam rapat seolah-olah dengan tindakan itu, ia akan melindunginya daripada sifat kejam Retak'ka. Logik akalnya mula tenggelam dek otaknya yang kian panik. 'Jangan fikir! Jangan fikir! Jangan fikir! Jangan fikir!'

  "Apa mulut kau tertelan emas untuk berbicara?"

  "Maafkan saya tuan Retak'ka." Suara Roborigami bergetar. "Saya rasa apa yang patut dibuat... saya rasa..." Fikirannya kosong.

   Roborigami menggenggam tangannya, erat.

  "Saya rasa tuan Retak'ka patut mengumpulkan lagi syaitan-syaitan yang kuat daripada membunuh mereka. Dengan itu, kit... tuan Retak'ka boleh menyerang para Keris Tasari dengan mudah. Semakin ramai orang bawahan, semakin sulit cabaran Elemental Slayer akan hadapi nanti." Ayat itu disusun penuh hemat. Dia gagal mengawal senyuman di sebalik janggutnya gara-gara jantungnya berdegup terlalu kencang. Mungkin... dengan saranan ini, tuan Retak'ka akan berlembut hati dari...

   SPLASH! Kepala Roborigami hancur pecah bagaikan buah tembikai terhempas ke lantai. Retak'ka menurunkan tangannya. "Aku tidak suka pandangan kau kepadaku."

  Retak'ka membalikkan pandangannya dari sidangan yang berubah pada sidang berdarah. Dia mengintai katak ungu yang memerhatinya dengan mata yang membulat besar. "Jika benar cadangan itu berjaya, mungkin aku patut mulakan dengan kamu berdua dulu."

   Raksasa Tidur meronta-ronta apabila duri yang menusuknya mula bercampur bersama-sama darahnya. Otot-otot leher dan lengannya mula membengkak teruk menyebabkan dia menjerit sengsara. Dalam pada itu, Katakululu telah memanjangkan lidahnya, menyerap tembaga merah yang tersisa sekelilingnya.

   "Huh... huh..." Tubuh Raksasa Tidur kembali normal. Tersendat-sendat nafasnya menahan perit. Batuknya juga separuh jalan sahaja memandangkan dia masih lagi mengumpulkan nafasnya.

   Katakululu menarik semula lidahnya dan tanpa katak itu sedar, menampakkan darah sekitar mulutnya. Retak'ka kembali pada takhtanya seraya matanya mencuri pandang pada katak itu. Jika haiwan yang menggunakan darahnya dapat kalahkan para Keris Tasari nanti, mungkin dia boleh memperbanyakkan tenteranya melalui haiwan pula.  

   Kepala anak patung dipatahkan.

  Lantai di bawah kedua syaitan itu terbuka bagaikan pintu gelongsor, menjatuhkan Raksasa Tidur dan Katakululu di tepi persiaran jeti yang gelap-gelita.

   Sengsara. Cuma itu perkataan yang tertulis pada wajah Fang sekarang. Fang menjatuhkan kepalanya pada Gentar yang terbaring memeluk diri di hamparan rumput. Kepalanya ditoleh pelbagai arah, memastikan tiada sesiapa di luar kawasan rumah Limas sambil rambutnya dikusutkan. "Kau ni. Bangunlah. Malulah kalau ada orang!"

   "Tak nak ah! Kau nak aku ikut orang yang cuba bunuh Duri ke? Seratus tahun aku hidup pun aku tak akan." Gentar terguling-guling di tanah seperti cacing kepanasan. Mujur tidak terlanggar Ochobot dan kotak Duri di tepi tembok pagar.

  Kini Fang terpaksa berundur sedikit melihat Gentar seakan-akan hilang akal. Kelopak matanya diurut mengingatkan mesej yang diterima melalui loceng Ochobot. Mesej di mana mereka perlu menjalankan misi bersama-sama Laksamana Tarung dengan menaiki feri di Pulau Pinang. Baru sahaja Gopal meroyan sebegini rupa malam semalam, kini Gentar pula menambahkan denyutan di kepalanya!

   "Gentar, huh... huh... teman aku ambil makanan percuma dekat kawasan dapur." Gopal baru tiba termengah-mengah memegang lutut. Di belakang, kelihatan Ekul berlari-lari anak menghampiri mereka.

  "Makanan percuma?" Gentar bingkas bangun berserta mata bercahaya. Sementara Fang pula sudah merenung tajam padanya.  "Kenapa kau tak ambil je tadi? Kita dah lambat nak pergi kampung Teluk Medan. Nanti kereta lembu tu tinggal kita pula."

  "Ala... tapi perjalanan kita lama. Nanti aku lapar pula." Gopal menggosok perutnya yang buncit. "Lagipun banyak sangat aku nak bawa."

  "Kalau macam tu, tunggu apa lagi? Rezeki jangan ditolak." Gentar terlebih bersemangat berdiri di sebelah Gopal. Bagaikan dejavu, dia terkinja-kinja tidak sabar seperti haiwan baru terlepas dari kandang. Padahal baru sahaja dia buat mogok besar-besaran di hadapan Fang tadi.

  "Ha, jomlah. Kau tinggal dengan Fang kejap en, Ekul." Pandangan Gopal pada Ekul berubah pada Gentar kalut berpatah balik bagi mendapatkan kotak Duri semula. Sebaik sahaja digalas, kedua-dua mereka berlari masuk ke dalam halaman rumah Limas diekori mata Fang.

  "Laju je bila dengar benda percuma," keluh Ochobot. Bunyi dengusan kuat daripada Fang membuatkan kucing oren itu mendongak ke atas. Fang mengetuk-ngetuk lengannya dengan jari berkali-kali. "Haih... lambatlah kita kalau macam ni."

  Lagi satu... Gentar memang tidak percaya tinggalkan aku dengan Duri ke?(Tidak, Gentar lebih selesa bawa Duri dekat belakang dia sentiasa. )

  Pap!

  Bakul plastik segi empat tepat diletakkan di atas meja kaunter. Tersusun di dalamnya bungkusan-bungkusan nasi lemak untuk beberapa ahli Elemental Slayer yang masih mendapatkan rawatan di sini. Tambahan pula, kedudukan pondok kayu itu dekat dengan rumah latihan mereka. Jadi mudahlah untuk bersarapan sebelum memulakan latihan!

  "Mak cik! Mak cik!"

  "Oh, Gopal. Gentar pun ada! Ingatkan tak nak makanan percuma." Mak cik Kartin menyembunyikan tawa melihat kedua remaja itu meluru ke meja kaunter. Jarinya dituju pada meja panjang. "Itu ada nasi kerabu, air dengan roti canai mak cik ada bungkus dalam plastik."

  Apa lagi? Laju sahaja Gentar dan Gopal mendapatkan lauk percuma seperti pelesit. Gopal siap mengambil empat plastik lagi. Pergerakkan terhenti apabila hidungnya terkembang kempis menangkap sesuatu. "Mak cik ada letak benda berbahaya ke dalam ni?"

  Mak cik Kartin tampak terpempan. "Amboi, ingatkan mak cik sanggup nak racun orang-orang yang berkhidmat melawan syaitan? Mak cik tak adalah teruk macam tu, tahu!" Mulutnya memuncung seperti muncung itik serati. Tidak padan dengan usia mahu berjauh hati!

  "Eh, saya tahu semua makanan mak cik sedap! Tapi saya bau macam ada aura berbahaya."

  "Hmm... bau macam mana tu?" Suara ayu menegur mereka berdua dari belakang.

  "EEEK! Yaya!" Gopal lekas menyembunyikan diri di bawah meja. Kaki Gentar yang terdedah dipeluk kemas, menganggu urusan Gentar mengumpul bungkusan makanan di dalam lengannya. "Eh, jatuhlah makanan aku nanti!"

  Gentar menoleh ke arah Yaya yang beredar menuju meja kaunter. Matanya dikecilnya melihat kucing coklat mengikutinya dari belakang. Jadi... itu power sphera Graviti milik Yaya lah maknanya? Wajahnya diangkat kembali mendengar suara mak cik Kartin. "Erk, kamu nak letak biskut tu lagi ke?"

   "Ya... nanti bagi bagi je dekat dia orang. Bolehlah mak cik... bolehlah..."

   Wajah mak cik Kartin berkerut terpaksa. Namun, disebabkan efek kilauan yang terhasil dari muka comel Yaya, mak cik Kartin mengangkat bendera putih. "Hrm, yalah. Letak je tepi nasi lemak tu."

   "Oh saya nak satu nasi lemak, untuk Yin..."

   Gentar membongkok ke bawah meja. "Kau ni... Yaya je kot."

   "YAYA JE?" DUSH! Kepala Gopal terhantuk bawah meja. Perlahan-lahan dia merangkak keluar dari meja sambil mengaduh sakit.

   "Lagipun kau nak takut apa dengan Yaya. Dia juga yang cat kotak Duri ni sampai dia coklat berkilat balik! Jadi maknanya dia orang yang baik." Gentar tersenyum menampakkan gigi setelah menayangkan kotak Duri. Yaya yang mendengar dari jauh terkedu sendiri.

   Gopal tetap tidak percaya. "...baik?"

   "Kau orang nak biskut aku tak?" Yaya menghulurkan lima paket biskut. "Tak apa, tak payah bayar pun tak apa."

   Maka, tidak fasal-fasal lima paket biskut itu di tangan Gentar sekarang. Gentar pula sepertinya tidak kisah, malah siap dikunyah setiap inti biskut dengan senang hati lagi!

   "Jadi itulah biskut yang Yaya kasi?" tanya Fang. Dia membetulkan jinjitannya pada beg plastik yang semakin longgar. Haih... gara-gara merekalah dia terpaksa menjadi buruh tanpa lera! Dia menyoal semula dalam nada sarkastik. "Sedap ke biskut tu?"

   "Sedaaaaaaap." Tersembur cebisan biskut dari mulut Gentar. Sudahlah makan sambil bercakap, bahkan sambil berjalan pula itu! Paket biskut yang masih terisi disua.  "Ambillah satu kalau nak!"

   "Tapi aku rasa tak sedap hatilah dengan biskut ni." Meskipun mulut Gopal memberi komen negatif, tangannya masih menyeluk paket biskut Yaya. Gentar  kemudiannya menawarkan pula biskut itu pada Fang. Lambat-lambat muncul tangan bayang mengambil salah satu biskut dari Gentar.

   Pandangan Ochobot terangkat pada papan tanda. "Kampung Teluk Medan... eh, sikit lagi kita nak sampai!"

   Bedebab! Gopal rebah seperti daun yang gugur mencium rumput. Akan tetapi, Gopal tidak berseorangan kerana Fang turut terjelupuk sama. Gentar dan Ochobot memandang antara satu sama lain. Ah... sudah. Ini hendak diselesaikan macam mana ini?

   Lembu-lembu meneruskan langkah, semakin lama semakin perlahan ketika mereka sampai jauh bersebelahan jambatan panjang yang terbina di tepi laut. Ia membumbungkan ramai orang yang kemungkinan penumpang perkhidmatan feri juga. Tiga sekawan dan kucing-kucing mereka melompat turun dari badan kereta sebaik sahaja lembu-lembu berhenti meragut rumput.

   "WOAAAAH, kita boleh naik ferilah, Ochobot, Duri!" Gentar meletakkan tangan di dahi, konon-kononnya ingin melihat lebih jelas. Lautan itu memantulkan cahaya matahari yang bersinar di langit yang merah keunguan. Ia menerangi beberapa kapal berlayar merentasi biasannya. Ombak-ombak menghanyutkan diri mereka melalui bawah kapal menyapa sebuah feri yang gah berdiri bertentangan jambatan panjang itu.

  "Dey, lepas ni kalau Yaya bagi biskut... kita buat-buat sakit perut jelah. Lagi elok dari pengsan macam tadi." Terkemam-kemam bibir Gopal terbayang rasa pahit biskut itu yang masih tersisa di dalam mulutnya.

  "Ish, kau ni. Tak baiklah. Biskut tu sedap kot." Gentar berhenti sejenak. Senyumnya dikuntum dan dadanya ditepuk.  "Lagi satu, kau kena terima kasih kat aku tau, sebab aku yang tolong panggilkan pak cik tu dan angkut korang naik kereta."

  "Haih... yalah. Terima kasih juga kat aku yang tolong bayarkan tambang naik." Fang menyeluk tiga keping kertas dari poketnya. "Nah. Tadi Maskmana ada bagi aku tiket feri siap-siap. Jadi kita tunjuk je tiket ni dan dia orang akan kasi lepas."

  Gopal menyambut tiket itu malas-malas. "Macam banyak sangat kabel kau ni."

  "Kabel apanya. Dah! Nanti dia orang tinggalkan kita pula," ajak Fang. Dalam masa yang sama, dia memeriksa tubuh badan jika ada sesuatu yang tertinggal. Baru sahaja mereka jalan selangkah dua, Fang tidak semena-mena menjerit panik.

  "Kejap!"

  Gentar mengerutkan dahi. "Kenapa? Tadi suruh cepat?"

  "Aku lupa nak bawa sangkar nak bawa power sphera kau orang. Aduuuh... macam manalah boleh terlupa." Fang meraup wajahnya, kesal.

   "Sangkar?" Terbuntang mata Ochobot.

  "Kenapa nak kurung dia orang dalam sangkar?" soal Gentar.

  "Sebab ini tempat awam. Dan kebanyakkan orang awam tak tahu fasal power sphera dan Elemental Slayer. Jadi pasti mereka akan periksa 'kucing-kucing' kita. Ada kes di luar negeri kita yang ada orang pasang bom dekat haiwan perliharaan. Ini kira sebagai langkah berjaga-jagalah." Fang mula membebel berkenaan hal tidak penting. Tidak pernah pula menjengah fikirannya memandangkan kucingnya selama ini hanya perlu menyorok di dalam bayang-bayangnya.

   Gentar terlebih yakin. "Ala, tak apa. Boleh ni! Kita pecah masuk!'

  Ekul mencelah. "Mana boleh macam tu!" Perhatiannya teralih pada Gopal.

  "Hrmmm..." Gopal memandang beberapa ranting dan batu di tepi jalan. Beberapa ranting dan batu disusun bersama menjadi segi empat tepat. Lembut dia berbisik. "Tukaran sangkar kucing!"

   "Mungkin kita boleh ikut cadangan Gentar."

  "Kaaaan, Ochobot pun setuju."

  "Jangan risau. Aku dah siapkan sangkar dah." Gopal menayang dua sangkar kayu. Bumbung hemisfera itu dililit dengan pagar dawai, memberikan ruang untuk penghuninya bernafas.

   "Woaaaah! Terbaiklah, Gopal." Gentar menunjukkan simbol 'terbaik' di kedua tangannya.

   "Hmm... macam mana kau buat?" Fang menahan diri dari rasa kagum.

  "Heh, ingat aku boleh tukar barang jadi makanan je ke?" Gopal memberikan sangkar lebihan pada Gentar. Mendengarkan pernyataan bangga Gopal, riak Fang berubah kelat. Kalau begitu... kenapa mahu lagi mengambil makanan percuma kalau ada kuasa boleh tukarkan apa-apa jadi makanan?

   Berbekalkan hasil tangan Gopal, dapatlah mereka beratur dalam barisan dengan selamat. Ekul nampaknya senang sahaja berada di dalam sangkar itu berbanding Ochobot yang bermasam muka. Pasti tidak suka disekat hak pergerakan secara tiba-tiba. 

  "Ah, jangan lupa simpan senjata kita kat belakang." pesan Fang apabila mereka hampir dekat dengan wakil syahbandar.

  "Haish... banyak prosedurlah kau ni." Gopal menyimpan sarung pedangnya di tepi kain pelikat. Nasib jaket haorinya menyorokkan sikit rupa pedang itu. Dia berpaling pada Gentar di belakangnya. Seronoklah ada senjata kecil, ya?

   "Feri Pulau Pinang akan bergerak! Para penumpang sila masuk dan  mengambil tempat masing-masing!"

   Seekor katak ungu kecil melompat di dalam kesesakan khalayak ramai mencari tempat duduk. Sehinggakan tiada sampai perasaan saat katak itu mencuri lompat di tempat mereka melabuhkan punggung. Tambahan pula diselitkan bunyi feri yang mengaum, tiada siapa dapat mengesan haiwan sekecil tapak tangan kanak-kanak.

   "Wah... kita dekat tingkat dua. Harap-harap aku dapat tepi tingkaplah." Gentar memeriksa tiket, teruja.

  "Gentar, tangga ada dekat sinilah!" Fang melambai tangan sekilas, menyeru Gentar yang mengelamun jauh dari mereka.

  "Ah, kau orang takut aku tinggal korang en..." Gentar menyeringai  mendatangi mereka.

  "Dey, jangan perasanlah! Cepat naik!"

  Di langit, burung-burung sudah menebarkan sayap mereka bagi mencari jalan pulang. Sementara di atas penumpang yang beratus ramainya, seekor syaitan berupa dinasour duduk bersila. Yang pastinya di dalam fikiran syaitan itu, kesemua isi di dalam perut feri ini akan berbalik menjadi isi perutnya pula. Berbeza dengan burung di dada langit yang masih boleh kembali ke sarang.

  "Heheh... ketawalah selagi mampu."

   Gentar, Gopal dan Fang memanjat naik tangga. Nyaris-nyaris Gentar terjatuh di anak tangga gara-gara masih tidak biasa akan olah gerak kapal. Tersengih-sengih Gentar dimarahi Fang kerana tidak berhati-hati. Tindakan mereka dipandang penumpang di belakang termasuklah empat remaja bermata kosong yang seusia mereka.

  "Kerana korang semua kan tenggelam dibawa arus malam ni."

 
 















Gentar: *lihat dari tingkap feri* Woah, kita betul-betul atas lautlah sekarang!

Ochobot: Dan aku dalam sangkar...

Gentar: Ala, janganlah sedih, Ochobot. Kau sekarang bukan kat tempat kau.

Ochobot: Bukan ayat yang sepatutnya kita bukan kat tempat kita ke? *mainkan jari pada dawai sangkar* Haih... kau yang tadi tak nak pergi tetiba semangat nak pergi. Terbalik pula dengan aku.

Gentar: YALAH. NANTI AKU KENA JUMPA SI TARUNG TU PULA. ARGHHHHHH! (Tiba-tiba terkena sawan)

Ochobot: *lemah gemalai* Fakta Elemental Slayer hari ni.... feri Pulau Pinang... merupakan feri yang baru sahaja dibangunk...

Nooroo: Feri Pulau Pinang merupakan feri tertua pernah berkhidmat di negara kita! Tapi sekarang feri tu dah jadi muzium terapung dekat Malaysia.

Nooroo: Dan juga jeti sebelumnya wujud perkhidmatan feri mengangkut kereta. Maksudnya bawa kereta masuk dalam ferilah.

Nooroo: Ada juga perkhidmatan penumpang dengan sampan dan bot kecil.

Ochobot: Itu zaman bila tu?

Gentar: *masih dalam keadaan sawan* AH, AKU TAK NAK JUMPA DIA.

Duri: Hmmm hmmm! *Angguk dengan semangat membara*

Nooroo:

Nooroo: Korang selesaikan masalah sendirilah.

Ochobot: HOI, JANGAN LARI!



















⚡⚡⚡

Fuuuhh penat buat kajian fasal feri Malaysia gara gara benda ni. Bahagian Retak'ka pula sibuk dengan tempat takhta raja Melayu dululah. Buatlah perjumpaan tepi kedai mamak ke... padang besar ke... *mula membebel*



Oh iya, ini gambar jeti yang ada dekat sekmen Elemental Slayer tu!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro