| 40 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Apa punca korang hilang ingatan sebenarnya?"
.
.
.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN...
PAGI lagi setelah matahari mengeluarkan lidah cahayanya ke bumi, Gentar sudah melompat bintang di kawasan ruang tamu itu. Bergegar habis lantai kayu dek lompatan gimnastik Gentar. Lebih-lebih lagi ruangan itu kosong tanpa sebarang perabot.
"Semangat betul kau ni, Gentar. Mentang-mentang baru lepas sihat." Ochobot menjarakkan diri daripada Gentar masih cergas meregangkan badan. Risau tersilap gaya akrobatik, ekor dia yang menjadi mangsa.
"Huh... huh... mestilah! Dengar kata ada latihan untuk Elemental Slayer. Harap-harap tak ada kena koyakkan surat khabar lagilah..." Ekor mata Gentar beranjak pada kelibat seseorang yang melewati mereka. "Oh, hai Fang! Selamat pagi!"
"Awalnya kau orang sampai..." Fang kelihatan terkesima. Mungkin tidak sangka ada kewujudan selain dia di sini.
"Lepas solat Subuh, aku terus datang sini!" beritahu Gentar, dadanya ditepuk bangga.
"Haih... sampai aku diheretnya sekali..." Keluhan Ochobot dipotong Gentar. "Kau kata kita boleh berlatih dengan power sphera kita sendiri. Jadi apa lagi, jomlah kita berlatih sekarang!"
"Ah... itu..." Fang memutuskan bicaranya sebaik mendengar tapak kaki semakin dekat menuju ke arahnya. Pantas dia berdiri di sebelah Gentar bersama kucing hitamnya sampailah dua gadis muncul di muka pintu.
Gentar mengecilkan matanya. "Kejap, tu bukan ke Ying yang semalam tu?" Eh yang selalu beri ubat kat Gopal pun ada seka..." Gentar berdecit sakit bila disiku Fang.
"Ehem..." Gadis mengenakan tudung merah jambu berdehem. "Nama saya Yaya, dan ini... Ying. Kami dihantar oleh tuanku Kirana untuk melatih kamu berdua dan power sphera sekali. Sampailah kamu berdua sihat."
"Jadi latihan pertama kami..." Yaya terhenti melihat Gentar menjulang tangannya antusiasme. Baru sahaja Yaya mahu mengujarkan sepatah kata, Gentar dahulu menganjur. "Kenapa kita kena berlatih dengan power sphera? Tak boleh ke baca ayat Kursi je depan syaitan tu... oh erm ya, tak boleh."
Yalah, kalau tidak... mahu terbakar Duri setiap kali dia bersembahyang.
Terkebil-kebil Yaya mendengarnya hinggakan belipat-lipat dahi! Ying turut sama mengherotkan wajahnya. Semudah ABC sahaja Gentar menyuarakan fikiran merejahnya! Fang menampar kuat belakang Gentar. Pelipis dahinya dipicit.
"Kau ni, kalau manusia biasa je lawan syaitan. Jawapannya memang matilah!" Tuturan Fang disambut Yaya. "Sebab itulah senjata yang ditempa diperbuat dari jenis batu besi meteor atau yang terdedah lama kat matahari. Contohnya... besi pamor atau pamor keris."
Yaya mengeluarkan keris besi yang bercorak dari sisinya. "Contohnya ini pamor keris."
"Oh... faham." Gentar mengangguk-angguk sendiri. Entah betul-betul mengerti atau tidak. "Jadi... bila kita nak mula latih..."
"Satu lagi, fasal power sphera... power sphera boleh dikatakan jin atau makhluk istimewa. Dan paling menarik, power sphera ni dalam jelmaan kucing. Ada beberapa jenis baka power sphera dan kuasa yang berbeza...." Tangan Yaya terawang-awang terikutkan rasa enak bercerita. Pada mulanya maklumat itu kelihatan berguna, tetapi kini masuk telinga keluar kiri apabila topik itu menyimpang ke resepi masakannya.
"Fang, kenapa Yaya ni tak berhenti lagi bercakap?" soal Gentar mendayu-dayu.
"Sebab tu kau jangan tanya..." Fang menyarung muka selamba walau hakikatnya lututnya sendiri hampir tumbang. Kucing hitam yang berselindung sebalik bayang Fang sudah ketiduran jadinya. Ironinya, kucing itu sendiri baru pulih dari ubat tidur si syaitan!
Gentar sorok-sorok menguap. Pandangan dialihkan pada Ying janggal meramas tangannya dalam kediaman. Ada kalanya dia bercakap bila Yaya meminta pendapatnya. Dan setakat itu sahaja. Gentar menggaru lehernya. Ying itu memang pemalu ke?
"AKU TAK NAK MAKAN UBAAAAAAT!"
"Kejam betullah Yaya tu, Duri. Sempat pula dia datang bagi aku roti. Ingatkan tiba buang tabiat ke apa, rupa-rupanya baik nak paksa aku makan ubat!" Gopal merungut, menunjuk sepeket pil ubat di hadapan kotak Duri. "Urgh, aku boleh bayangkan ubat ni tersekat kat leher aku..."
Sebagai balasan, Duri hanya mampu mencakar-cakar dinding kotak itu. Tiba-tiba pula dia menjadi pakar terapi tidak bertauliah pula.
Ekul menyela di celah rintihan Gopal. "Tapi kau kena makan juga, nak sembuhkan kau punya lengan." Dia merujuk pada tangan Gopal masih lagi nipis serta berdaun.
"SEMUA SALAH SYAITAN BAWANG TUUUUUUU!" Gopal terbaring mengerekot. Dia membuat mogok terpusing ke kiri dan ke kanan sedang mulutnya sibuk menyalahkan syaitan yang tidak bernyawa lagi. Kalau dia tidak mencium racun syaitan itu, pasti tidak perlu untuknya menelan pil seksa itu!
"Apa kata kau tukarkan ubat tu jadi gula-gula ke?" cadang Ekul.
"Hiks... nanti molekul ubat tu yang bertukar. Lepas tu tak ada kesan." Gopal bangun lalu berpeluk lutut. Dia mencebik. "Nanti si Yaya tu boleh nampak sangat aku tak makan ubatlah, dey."
"Kalau tahu makan ubat ada kesan, kenalah makan! Kau nak ke kau punya tangan jadi bawang selama-lamanya? Macam mana kalau kau tiba-tiba jadi bawang? Saya pun tak sanggup!" Ekul menggunakan kaedah psikologi, sengaja gementarkan Gopal.
"Janganlah takutkan aku, Ekul!"
"Mana tahu..."
"Yalah, yalah! Aku makan!" Gopal akur akhirnya. Kakinya sahaja dihentak-hentak tanda paksa tika keluar mencapai air di sebelah katil. Ekul hanya mampu menumpang tawa melihat perangai tuannya.
"Pap! Pap! Pap! Yeaaay!"Tepukan Duri dari dalam kotak menarik perhatian Ekul. Ekul menyandarkan kakinya pada kotak Duri. "Oh ya, Duri. Tadi abang kau dengan rambut ungu tu keluar pergi berlatih! Aku rasa dia orang patut pulang petang macam ni..."
"Kenapa dengan korang ni?" Serentak itu, suara Gopal pula menjadi pengalih tumpuan mereka. Gentar dan Fang jalan membongkok sekali terhuyung-hayang melompat ke katil masing-masing. Gentar paling melepaskan helaan yang kuat!
Fang berpaling ke arah Gopal. "Wah, kau makan juga ubat tu akhirnya!"
"Diamlah! Aku memang selalu makan ubat!" Gopal mencongak ke arah katil Gentar. "Kenapa dengan korang ni? Latihan tadi tak seronok ke?"
"Kita orang belajar macam mana nak buat biskut guna kertas pasir. Ahhhhh aku nak lawan!" Gentar menjerit ke dalam bantal. Menganehkan! Hatta Ochobot sendiri pun telah 'pengsan' di bawah kamar Gentar.
Gopal melepaskan gigitannya pada straw. "Macam bosan je latihan korang..." "MEMANG PUN!" Hampir terjatuh gelasnya!
Gopal menadah telinga menerima omelan kawan-kawannya. Aduh... mesti tak ekstrem mana latihan tadi. Tengok gaya pun macam terpaksa dengar ceramah sejarah Elemental Slayer yang menyamar di sebalik nama 'latihan'. Sepertinya latihan dia lepas sembuh ni tak akanlah susah mana.
Fikirnya.
Gentar menyapukan minyak pada kawasan tangannya yang lebam. Mahu terkena strok Gopal mendapati Gentar tercalar malah berbiru di sana-sini. "Ni... ni dari latihan dua tiga hari ni ke?"
"Ya! Best gila! Aku tak sabar nak pergi lagi esok!" Jawapan Gentar membuatkan Gopal ingin menyelerakkan rambutnya. Pandang sebelah pula, si rambut ungu itu pula lebih membara wajanya dari Gentar. Padahal luka yang diterima dua kali lima dengan Gentar.
Tangannya yang sudah menyerupai bentuk normal direnung. Menggigil habis! Nak semangat macam dia orang? Dey, dua orang itu sendiri tak betul!
Habislah dia...
Habislah dia...
"Habislah aku..."
"Ha, habiskanlah makanan kau cepat, Gopal! Lepas ni... kita nak pergi latihan!" Gentar menegur Gopal yang masih berdeting-deting sudunya mengacau isi mangkuk. Orang lain sudah letakkan gelas mangkuk dalam baldi, dia seorang sahaja masih merapu sendiri.
"Macam mana kalau aku pengsan ke masa latihan? Tak pun aku lebam teruk sampai ubat terkeluar dari aku. Lepas tu tangan aku jadi kulit bawang balik!" Gopal memaut baju Fang sehingga terjatuh dia daripada kerusi.
"Mengarutlah!" Fang melonggarkan pegangan Gopal. "Kita nak pergi berlatih, bukan pergi masuk hutan!"
"Sama jeeeee..." Kali ini kaki Fang dicapainya.
"Mana ada sama! Gentar, tolong aku!" Fang berpaling pada Gentar bersama muka penuh harapan.
Gentar hanya menonjolkan ibu jarinya kepada Fang sebelum berpaling ke belakang. Tangannya disandarkan pada kepala sambil berjalan selamba. "Oh ya, agak-agak Ochobot dah sampai dekat latihan ke tak..."
"HOI!"
Sayup-sayup bunyi sengketa didengarinya bila kakinya membelok koridor ke ruang latihan semalam. Tangannya di kepala serta-merta melindung mata ketika cahaya matahari dari tingkap menerpa wajahnya. "Awalnya. Padahal tadi baru pukul 7 pagi. Nasib Duri dah dalam bilik awal-awal..."
Gentar memegang kekisi di tengah tingkap. Pandangannya jatuh ke beberapa rumah Limas yang elok terletak di timbunan rumput. Rasanya Yaya ada juga selitkan benda ini dalam bebelan dia hari tu.
"Rumah Limas ni bukan korang je duduk. Ada je Elemental Slayer lain dekat rumah-rumah lain."
Gentar mengacungkan tangan. "Kenapa kena bawa Ochobot dengan kucing Fang sekali?" Fang menepuk dahi kuat-kuat. Aduh, masa-masa beginilah mahu rajin bertanya soalan! Bayang-bayang besar terbentuk dari dinding, menampung berat tubuhnya dari terjatuh. Fang menyuakan ibu jari ke bawah, sebagai terima kasih terhadap bantuan kucingnya.
"Oh... itu sebab... Ying, kaulah cerita." Termangu-mangu Ying setelah dicuit Yaya tiba-tiba. Ying teragak-agak menggerakkan jarinya. "Sebab power sphera ada hubungan kuat dengan tuan sendiri. Urm, jadi kalau... kalau nak kalahkan syaitan, Elemental Slayer tu kenalah ada rasa saling percaya kuat dengan power sphera, dan power sphera kenalah sentiasa bersedia nak bantu tuan dia."
Gentar memandang Ochobot lantas terangguk-angguk sendiri. Baru Gentar ingin membuka mulut, Fang terlebih dahulu mencelah. "Jadi... apa latihan pertama kita orang?"
Dush! Dush!
Tubuh Gopal terpasak seperti batu. Berpeluh lebat dia sedang matanya asyik menonton Gentar bersusah-payah menghalang serangan pedang dari Ying. Kalau pedang besi, pasti terpercik-percik bara api hasil perlawanan mereka. Perhatian Fang pada Gentar dipalingkan pada Ochobot yang menumpang risau. Nampaknya dia Ochobot dihalang masuk kerana ketiadaan kuasa.
Dush! Dush! Dush! Ying semakin mara menghayunkan pedang pada Gentar. Berbeza benar akan personaliti pemalu yang disarungnya tadi. Entah mana silap Gentar, sebelah lututnya rebah ke depan. Pantas dia berpusing dan menahan pedang Ying dari hinggap ke mukanya.
Gentar menolak pedang Ying ke atas lalu bangkit dari duduknya. Tanpa sedar, Ying lebih laju menepis pedangnya di belakang sehingga pedang itu tercampak jauh melalui celah kankang Ying. Ochobot menepuk lantai. "Aduh... Gentar."
"Eh, pedang aku!" Gentar menoleh sekeliling mencari-cari. Haluan matanya mengikuti pedang terapung yang mendekati Gopal yang kaku keras.
"Kau pula, Gopal..."
Latihan kedua; Batu Seremban.
Setiap batu seremban diserakkan kedua-dua pihak. Tidak sempat Yaya memilih batu seremban, Gopal segera mengambil dan melambung ke atas. Laju satu buah itu dipungut dan terus menyambut buah di tangannya. Jari Yaya seakan dikunci. Masakan tidak, tangan Gopal cekap melambung dan mengutip sampai tidak kelihatan langsung gerak-gerinya.
"Baguslah, Gopal! Laju lagi Fang!" Sorakan Gentar dan Ochobot menyentakkan Yaya.
Sedar sahaja dari lelapnya, Yaya lekas melanjutkan lambungan sehingga batu ketujuh. Dua batu terawangan di udara memberikan peluang bagi Yaya membawa satu batu ke telapaknya. Dua batu itu akhirnya ditarik graviti jatuh ke tangan Yaya dan serentak itu, telapak tangan Ekul hinggap menutup mulut sendiri.
"Yay, aku menang!" Gopal menjulang kedua tangannya dengan teriakan gembira. Yaya terpinga-pinga sementara Ekul dan Gopal sudah bertepuk tangan. Samar-samar kelihatan sengihan Ying terhadap keluhan Fang membuatkan Yaya terkuntum senyum.
Latihan ketiga; Tarik Upih
Panas-panas bahang si rawi di langit melebihkan lagi peluh merintik dari wajah mereka. Gopal dan Gentar sudah mahu terlentok ke bawah gara-gara menarik upih di belakang. Pelepah daun kelapa ini pun berat melampau, ditambah pula guni berpasir yang sengaja diletakkan berguni-guni di belakang.
"Kau tak boleh ke tukarkan guni kat belakang tu jadi benda ringan sikit..." bisik Gentar. "Tak apa, Gentar! Sikit lagi nak sampai garisan penamat!" Pekikan Ochobot yang duduk sekaki di atas guni sungguh tidak membantu!
Gopal menggeleng laju. "Aku takutlah... lagi-lagi Yaya tu. Dia macam tak puas hati lepas kalah dengan aku je..." Merinding bulu roma Gopal mendapat jelingan tajam Yaya. "Wuhuhuhu! Tolong aku, Gentar!"
"Eh, eh, eh." Terlepas pangkal upih Gentar lantaran disambar Gopal. "Kau ni! Kan Yaya kata kau boleh guna kuasa..." Perlahan-lahan mereka menoleh pada Fang yang seronok menarik upih dibantu bayang-bayang. Tahu-tahu sahaja si rambut landak itu telah tiba di garisan penamat disambut Ying dan power spheranya.
Latihan keempat...
Seperti ditimpa hujan meteor dari Kimi No Nawa... eh ini silap novel ini! Tetapi lebih kurang begitulah situasi yang dialami mereka setakat ini.
"Tukaran gula-gula jiran sebelah!" Tin-tin kosong di udara bertukar menjadi paket gula-gula yang mengenai mereka bertiga. Namun, Yaya masih tidak berputus asa. Tin-tin kosong yang disorong Ying terapung satu demi satu di dalam aura berwarna merah jambu.
"Lemparan Graviti!" Tin-tin kosong meluru ke arah mereka dengan kelajuan maksima. Beberapa tangan bayang muncul menangkap tin-tin kosong yang berterbangan. Senang betul hidup Fang! Hanya berdiri goyang kaki sementara kuasa dan kucingnya melakukan tugas buatnya.
Dush! Sipi-sipi tin kosong bersentuhan sama hidung mancung Fang. Fang berpaling marah ke arah Gentar. "Kau ni, Gentar! Hati-hatilah sikit!"
"Hehehe, ala takkan kau tak boleh tangkap dengan tangan bayang kau?" Gentar menghayunkan pedangnya pada tin kosong. Tin kosong itu dipukul jauh, hampir berlaga kepala Ying jika gadis itu tidak mengelak. Bahaya betullah si Gentar ini!
"Ha, aku dah tahu kuasa Yaya apa!" Ochobot melompat-lompat sehingga berkeriak lantai kayu. Badannya terusung ke belakang bila Gentar tidak fasal-fasal berundur. "Dari hari tu lagi kau cakap macam tu! Hari tu kau cakap terbang lepas tu tetiba jadi tali ke nasi!"
DUSH! Tin kosong dipukul.
"Bukan tali ke nasilah! Telekinesis," tegur Ochobot. "Aku rasa kuasa Yaya tu kuasa memanipulasi graviti."
Gopal memintas. "Manipulasi graviti apa kalau dia manipulasi tin kosong tu kat kita! Eurgh!" Gopal menghindar ke tepi dan PUK! Tin kosong berdegung mendarat ke mukanya. Terbongkok-bongkok Gopal menahan sakit sambil menggosok hidungnya.
"Gopal, saya minta maaf. Kau okey tak?"
Gentar membawa batang kayunya ke belakang. "Tak apa, Gopal. Aku akan lawan demi menuntut bela atas kematian kau!" Kayunya dihalakan ke Yaya.
"BILA MASA AKU MATI, DEY!"
Ochobot menjerit. "Huh... HATI-HATI, GENTAR!"
Gentar menongkatkan batang kayunya. Matanya dikecilkan melihat bayang-bayang besar merapatinya. "Hmmm? Itu pintu ke?"
BAM!
Gopal : Aduh... sakitnya tangan aku...
Fang : Kau sakit buat apa je?
Gopal : Sakit buat apa je? Kena tarik pasir guni tu lagi... kena lawan pedanglah... kena halang tin kosonglah... kena lawan batu serembanlah...
Gentar : Eeeeh, bukan kau pandai main batu seremban ke tadi?
Gopal : Oh alah... yang tu sebab aku selalu main dengan amma akula...
Ochobot : Dan ini rahsia Elemental kita hari ni!
Ochobot : Batu seremban atau batu selambut merupakan permainan tradisional buat orang Tanah Melayu. Selambut ni sebutan pantai Timur Semenanjung manakala Seremban ni pula sebutan Pantai Barat Semenanjung.
Fang : Batu seremban juga perlukan kemahiran memungut dan melambung.
Ochobot : *angguk-angguk*
Gentar : Dah tu! Kenapa nak main batu seremban? Kita belasah syaitan guna senjata bukan guna batu seremban! *ayun batang penyapu entah dari mana*
Fang : Itulah kau tak tahu. *Tepis hidung dan senyum bangga* Bila main dengan batu seremban, kau boleh tingkatkan fokus dan kemahiran sensori. Sesuailah untuk latihan santai Elemental Slayer.
Ochobot dan Gentar: *tepuk tangan* WOAAAHH...
Fang : *terkembang-kembang hidung*
Gopal : -_- Kau pun kalah tadi...
⚡⚡⚡
Sebenarnya terkejut juga sebab Wattpad buat hal. Mula-mula dia hilangkan bab 40 lepas tu dia pergi potong sekmen rahsia Elemental. Mungkin ni petanda nak suruh tolak gaji Ochobot...
Gentar : Huh, Ochobot selama ni ada gaji?
Uh...
Gentar : Oh, ya... mana gaji aku yang kau kata nak kasi...
Uh jumpa bab akan datang! Jugamaafsebabupdatelambat...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro