Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| 4 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab."

.
.
.

                                       GENTAR menjenguk langit buat beberapa minit sebelum matanya tertacap pada papan tanda permulaan jalan besar itu. 'Bahaya! Ada syaitan! Kalau nak kena makan, datanglah sini waktu malam. Eh, dakwat dah hab.' Begitulah.

  Motor dinaiki mereka melepasi papan tanda itu. Uniknya motor Tok Sah ini, ada bekas besar sebagai tempat duduk yang disambungkan dengan motor. Jadi bolehlah Tok Sah merempit sambil bawa dua anak kecil di sebelah.
 
  "Jauhnya rumah tok. Macam terpinggir dari orang ramai je." Gentar cuba berbasi-basa memulakan perbualan dengan Tok Sah.

  "Mana ada terpinggir sangat."

  Gentar menunjukkan muka pelik. Tidak terpinggir sangat? Jalan pun sudah seperti jalan mahu balik ke kampung! Sejak masuk ke jalan besar ini, perkara yang cuma ada di sini ialah hutan kelapa sawit. Tidak mungkin Tok Sah jadi petani kelapa sawit pula?

  "Kita dah sampai." Motor Tok Sah membelok masuk ke satu lorong sekitar pokok kelapa sawit.

  Gentar dan Ochobot segera turun apabila motor itu berhenti. Tok Sah mengambil tali getah dari bakul lalu mengunci roda. Tali itu kemudian disambungkan pada salah satu tiang besi kecil yang dipacakkan bersebelahan pokok kepala sawit.

  "Hrm..." Gentar meletakkan tangan di atas dahi, konon-kononnya sedang mencari rumah Tok. "Tak nampak pun rumah tok dekat sini. Ke tok tidur dekat rumput-rumput je? Kesiannya..."

  "Rumah Tok ada berdekatan sini. Kita perlu berjalan sedikit." Tok Sah memasukkan kunci motornya ke dalam poket.

  Sekali lagi, kedua-dua mereka membentuk huruf 'O' di mulut mereka. Ochobot bertanya. "Tapi, tok. Dekat sini banyak hutan. Kalau malam-malam, tok tak risau ke ada syaitan di sini?"

  "Tak perlu risau. Dekat sini, haiwan pun tak berani lalu." Gentar tercengang mendengarnya. Apakah? Takkan Tok Sah amalkan amalan pikachu?

  "Sebelum itu, berikan tok kucing kamu dulu."

   Gentar berundur selangkah ke belakang. Begitu juga Ochobot. Mata Gentar tertacap tajam pada wajah Tok Sah. "Kenapa tok nakkan kucing saya?"
 
  Tok Sah mengeluh. "Berikan sahaja kucing kamu tu."

  "Tak boleh. Atau sebenarnya Tok tahu yang Ochobot ni power sphera?" Gentar lebih berjaga-jaga. Entah-entah RamenMan sudah memberitahu situasi yang sebenar kepada tok gurunya. Sebab itukah lelaki itu senang-senang melepaskannya?

  "Tok kena hadapi saya dulu, kalau tok nakkan Ochobot!"

  Wajah Tok Sah langsung tidak memberikan apa-apa reaksi. Tegak seluruh bulu Ochobot melihat Tok Sah sudah menarik nafas dalam-dalam. Setiap hembusan Tok Sah bagaikan mengeluarkan aura menggerunkan sekelilingnya.

   "Baiklah." Serentak itu, Tok Sah mara memberi buku lima ke arah Gentar. Gentar. Cepat-cepat Gentar menepis serangan Tok Sah itu lalu menumbuk dada Tok Sah. Fikirnya Tok Sah akan senak di dadanya, sebaliknya Tok Sah menendangnya beberapa kali dari pelbagai arah, menyebabkan dia terpaksa berulang langkah ke belakang.

  "Huh..." Gentar menstabilkan kedudukannya. Terbeliak bola matanya apabila Ochobot sudah berada di pegangan Tok Sah. Ah, salah dialah ini!

  "Pulangkan balik kawan aku!" Gentar berlari mendapatkan Tok Sah, malangnya Tok Sah sudah meninggalkannya ke hadapan. Bunyi suis ditekan menangkap telinganya sedang dia tersela-sela mengejar Tok Sah. Bunyi... apa tu?

  "DUSH!"

  Kayu balak besar berayun dan bertembung di hadapannya. Nyaris-nyaris sahaja mahu menghentakkan kepalanya. Kalau dia maju selangkah ke hadapan, sudah pasti kepalanya pecah! Ketika itu, pelbagai jerangkap samar oleh Tok Kasa timbul di hadapan matanya. Daripada gergaji yang berpusing di atas tanah sehinggalah batang besi tajam tertacak menggantikan rumput. Ini bukan setakat ayam, kalau dia terduduk, berlubang habis punggungnya!

  "Tapi macam mana dengan Ochobot?" Gentar mengesekkan giginya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia mengharungi jalan ini. Sejak bila Tok Sah pasang perangkap sekitar ladang kelapa sawit ini.

  Gentar menunggu kayu balak besar bergerak ke arah arah bertentangan, barulah dia melintas laju. Setelah melepas satu halangan, Gentar menyorak gembira. "YAHU!"

  PRAAK!

  Gentar terjatuh terjunam ke dalam sebuah lubang. Nasib baik dia berjaya menahan pada dinding tanah itu, ini kerana terdapat banyak duri-duri tajam menantinya di bawah sana. Haaaa... berapa banyak bahaya yang Tok Sah ini pasang?

  'Ke dia memang pasang sebab nakkan Ochobot?' Gentar memikirkannya di dalam hati seraya kakinya sibuk memanjat, membawa dirinya ke permukaan semula.

  Gentar membuang pandangannya ke hadapan. Hrm... ada gergaji, batang-batang tajam, kayu balak dan mungkin ada tanah yang menurunkan dia enam kaki ke bawah. Kalau tersilap langkah, kuburnya memang ada di sinilah. Tak dapatlah gaji.

  "Baiklah..." Gentar berlari setempat. Sesekali dia berhenti sekejap, risau melompat banyak sangat, terjatuh ke dalam lubang yang betul-betul di belakangnya. Tangannya dipanaskan. "Bismillah..."

   Pintu kayu ditolak rapat menemui dinding.

   Ochobot lantas berpaling ke arah bunyi tapak kaki datang. Tok Sah menuruni tangga berbatu itu bersama bekas berisi makanan kucing dan mangkuk yang ditadahkan air. Kedua-dua makanan itu diletakkan berhampiran Ochobot, biarpun Ochobot menjauhinya.

    "Jadi, itu semua perangkap untuk Gentar?"  Ochobot menyoal, penuh sangsi. "Maknanya, tok ambil saya... bukan sebab nak culik saya ke apa, tapi sebab nak beri peluang dekat Gentar hadapi semua perangkap tu?"

   "Benar." Tok Sah tidak berdalih lagi, malah mengiyakan.

  "Tak bahaya ke?" Mimik Ochobot bertukar menjadi risau. Bagaimana keadaan Gentar? Kalau dia terluka atau paling teruk... terkorban angkara perangkap itu pula bagaimana? Lagi-lagi, mereka belum cukup kenal lagi lelaki tua di hadapannya sekarang.

  "Tok sendiri lepas kesemua halangan itu. Lagipun, Tok dapat kesan yang Gentar tu kuat. Kalau dia tak mengalah, itu cuma latihan biasa untuk dia."

  "Huh... huh... LATIHAH BIASA SAJA?" Gentar termenggah-menggah memegang lutut. Hampir hilang nafasnya! Tubuhnya juga tercalar sana sini. Sudahlah hilang sebelah selipar dekat belakang sana. Mahu gilalah.

  "Kan tok dah kata."

  "Itu bukan latihan biasa! Patutlah tok kata haiwan pun tak berani lalu. Sahkan binatang, syaitan jejak kaki pun boleh terbang melayang. Haih, nasib saya tak mati." Gentar melepas kelegaannya setelah puas membebel.

  "Baguslah kalau kamu tak mati." Pujian Tok Sah mendapat jelingan daripada Gentar. Kata-kata itu kedengaran jengkel dari telinganya berbanding ucapan tahniah yang sebenar-benarnya. Tangan Gentar mendarat ke tanah bersama-sama tubuhnya sekali. Rehat Gentar terhenti tatkala dia ternampak Ochobot tidak jauh dari tangga.

  "Ochobot, kau okey? Kau tak ada cedera dekat mana-mana, kan?" Gentar sudah membuat tawaf sekeliling Ochobot, memastikan kawannya tidak luka di mana-mana.

  "Bukan akulah. Tapi kau yang lagi cedera dari aku," tegas Ochobot. Serta-merta Gentar memandang luka dan kesan calar pada tangan juga kakinya. Sengihan ditampilkan sambil lehernya digosok beberapa kali. "Tak ada apa-apalah... aku okey je. Aduh!"

  Gentar perlahan-lahan menyentuh kembali garisan luka pada belakang lehernya. Lah! Baru dia perasan ada luka sebegini pada tubuhnya. Pasti terkena pada ranting-ranting pokok kerana asyik terjatuh dari pokok berulang kali.

  "Ha, tu luka tu!"

  "Aku dah kata aku okey kan. Lagipun sikit je ni..." Gentar pantas mengelak apabila Tok Sah cuba mendekatinya. Bahunya yang tegang mengundur saat matanya tertumpu ke arah tangan yang dihulurkan Tok Sah.

  Plaster?

  "Mana ada okey. Tampal ini pada luka kamu." Tok Sah masih menyerah pembalut luka itu pada Gentar. Lambat-laun, Gentar menerimanya dari tangan Tok Sah. Tok Sah kemudian menuju ke arah anak tangga. "Mari sini, ikut tok."

  "Tok... tok pasang perangkap dekat dalam rumah juga ke?" Gentar mendongak, memandang rumah kampung Tok Sah itu. Nampaknya perangkap Tok Sah menghakiskan kepercayaan Gentar kepada sesiapa.

  "Tak adalah. Mari tok rawat luka-luka kamu. Tunggu dulu dekat tangga. Tok ambil ubat-ubatan sekejap."

  Ochobot dan Gentar saling berpandangan. Memandang kelibat Tok Sah yang hilang ke dalam rumah, mereka berdua melabuhkan punggung di tepi tangga. Ada masa Gentar mengusik tempayan biarpun ditegah oleh Ochobot. Haih... tadi bukan main berjaga-jaga si Gentar ini, tiba-tiba tidak duduk diam.

  "Ochobot, kenapa kau tak makan makanan kau tu?"

  "Aku..."

  "Kalau kau takut, mari aku makan."

  "Tak payah."

  Sepertinya, kegilaan Gentar semakin memuncak selepas mengharungi semua periuk api disediakan Tok Sah. Sampai si kawan itu kehilangan tenaga dan menjadi lapar.

  "Kalau kamu lapar sangat, Tok ada roti." Roti Gardenia itu diketuk lembut ke atas topi Gentar. Roti itu terlepas lalu meluncur terus ke riba Gentar. Ochobot beralih tempat duduk sebaik sahaja Tok Sah melalui tangga untuk duduk di sebelah Gentar.

  Tok Sah mengeluarkan kotak peti kecemasan. "Mari sini tok ubatkan luka kamu. Pusing belakang." Gentar meghadapkan belakangnya ke arah Tok Sah. Siap dibuka roti Gardenia yang diberikannya sebentar tadi. Memang pantang betul terima duit dan makanan percuma!

  "Pertama sekali, Tok minta maaf sebab perangkap kamu tadi, bukan maksud tok untuk buat kamu terluka begini... lepas kamu berlawan dengan syaitan hari tu." Tok Sah menjelaskan. Kapas itu dituamkan minyak gamat lantas ditekan lembut pada luka di leher Gentar.

   "Syaitan hari tu? Macam mana tok tahu?" Ayat Gentar berakhir dengan decitan, menahan pedih ketika ubat itu dikenakan pada lukanya.

"Budak RamenMan tu bagitahu."

  Budak RamenMan? Ah, orang yang kata dia tak berguna itu kan?

   Ochobot mencelah. "Sebenarnya, Tok Sah bagitahu dekat aku tadi. Yang dia sebenarnya nak uji kau. Jangan buat muka berkerut macam tu. Tapi, dia kata dia ambil aku sebagai salah satu rancangan dia."

  "Rancangan tok?"

  "Rancangan tok untuk cipta situasi di mana kamu perlu tempuhi bahaya dalam situasi genting. Latihan tok memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Setelah apa yang kamu lalui, tok yakin nak ajar kamu." Tok Sah menampal pembalut luka pada leher Gentar. "Mari kaki kamu."

  Gentar bertukar duduk ke satu anak tangga di atas. Kakinya dilunjurkan ke bawah. "Tok tahu ke yang Ochobot ni power sphera?"

  "Macam tok kata tadi, tok dah tahu semuanya dari RamenMan sebelum Subuh tadi." Tok Sah membuang selipar kanan Gentar. Habuk-habuk pada kedua belah kaki anak muda itu dibuang. "Tapi, jangan risau. Tok lebih berminat nak tahu siapa yang ambil kuasa Ochobot."

  Ochobot terkedu seketika. Gentar menangkap reaksi Ochobot yang kembali bermuram durja, cuba menceriakan kawannya. "Tak apa, Ochobot. Kita pasti akan dapat cari pencuri kuasa kau tu."

  Ochobot tertawa. "Yakinnya kau."

  "Mestilah. Aku pun yakin juga Tok Sah ni baik orangnya," ujar Gentar, membuatkan Tok Sah tercengang-cengang. Bukan sahaja Tok Sah, Ochobot pun sedikit lagi mahu terjatuh mendengarnya. Cepat betul percaya pada orang! Gentar menyorokkan senyumannya dan rasa senang hati.

  Ini kerana kalau Tok Sah betul-betul nak membunuhnya...

  Bunyi mesin gergaji membingitkan telinga. Dia perlu menunggu masa yang tepat untuk melalui gergaji yang berpusing itu. Jika tersilap langkah, pasti dia akan berkerusi roda sahaja seumur hidup. Tidak fasal-fasal dia can't move it move it anymore.

  "Okey..." Gentar mulai fokus. Matanya bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut pergerakan tiga gergaji itu. Melihat semua gergaji berpusing jauh dari trek di hadapannya, Gentar tergopoh-gapah melintas. "Yeay!"

  DUSH!

  "Ah, lubang ini lagi!" Gentar menahan kedua belah kakinya pada dinding tanah. Terpejam-pejam matanya menahan pedih kakinya tergeser pada batu-batu tanah. Alamak, sikit sahaja lagi bontot dia akan berlubang.

  "Eh?"

  Pasti Tok Sah sudah lakukan ketika itu.

  Kakinya memijak permukaan tanah. Baru dia perasan, ada cermin lutsinar melindung semua duri-duri yang mengancamnya di bawah sana. Keluar sahaja dari lubang itu, Gentar sengaja bermain-main dengan gergaji tadi. Gergaji itu pantas berhenti apabila jari Gentar menyentuh gerigi gergaji itu.

  Gentar tersenyum mengingati perkara tadi. Meskipun perangkap-perangkap tadi menakutkan, pergerakan-pergerakan mesin itu terbantut sebaik sahaja hampir terkena dirinya. Seolah-olah ingin melindungi dirinya. Kecuali dua kayu balak tadi. Itu memang betul-betul mahu berikan tiket percuma ke alam barzakh.

  Tangan Tok Sah menampal pelekat pada luka terakhir. Calar-calar yang lain itu disapu minyak gamat, memandangkan tidak terlalu teruk mana. Gentar bingkas bangun dan memandang Tok Sah yang menyimpan semula segala perkakasan. "Tok, bila saya nak mula latihan?"

  "Haih.. tak cukup lagi latihan tadi?" Tok Sah menyembunyikan perasaan geli hati akan reaksi Gentar. Gentar menggaru-garu pipi, janggal. Tok Sah menyangkutkan kotak kecemasan itu di belakang dinding rumahnya. "Kalau begitu, mari ikut Tok."

  "Eh, tak apalah tok." Tidak sempat Gentar ingin menolak, Tok Sah telah menutup pintu dan turun membilang anak tangga. Inilah dikatakan terlajak perahu tidak boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

  "Eh, kau dah makan sampai habis makanan kucing tu?"

  "Lah, aku kan kucing."

  Tapak tangannya digosokkan beberapa kali, menghasilkan haba juga habuk-habuk anak tangga tadi. Mereka berdua membelok ke tepi rumah, di mana Tok Sah berada. Kelihatan Tok Sah sudah berdiri memegang batang penyapu tanpa penyapu di tangan. Ha, sudah... nak ajak lawan ke apa ini?

  "Sempat tak aku nak lari lagi?" Kalut Gentar cuba melarikan diri tetapi hujung seluarnya digigit oleh Ochobot. Mujur dia sempat berpegang pada tiang rumah, kalau tidak dapatlah luka baru di tubuhnya.

  "Sampai pun kamu. Ini latihan kamu sekarang ini." Tok Sah menggerakkan tangannya ke hadapan, mempamerkan seikat surat khabar setebal sejengkal orang dewasa. Gentar tergaru-garu membaca 'makna' di sebaik latihan yang dimaksudkan. "Saya kena angkut surat khabar sambil berlari keliling rumah ke?"

  "Kalau macam tu, orang gila boleh buat."

  Tapi tok, Gentar memang gila.

  "Tok nak kamu buat surat khabar ni terbelah, hanya gunakan batang penyapu sahaja." Batang penyapu itu bertukar tangan. Rahang Gentar tidak dapat ditutup setelah mendapat arahan tersebut. Nak potong surat khabar setebal itu guna batang penyapu yang tumpul ini?

  "Lupa tok nak bagitahu, kamu tak boleh leraikan ikatan surat khabar itu." Tok Sah menambah peraturan yang makin merumitkan Gentar. Gentar berdalih. "Mustahillah, tok. Kalau ikut logik, pukullah berapa banyak mana pun, takkan terbelah surat khabar ni."

  Tok Sah mengusap dagunya. "Nampaknya Tok kenalah beritahu RamenMan untuk tolak gaji kamu. Latihan sesenang ini pun kamu tak..."

  "Ah, saya boleh je. Belah tiang rumah tok pun saya boleh punya!" Ochobot merenung menyampah Gentar yang menarik balik kata-katanya. Siap cakap besar lagi.

  "Kamu nak ke?"

  "Err... tak apa. Terima kasih, tok."

  "Lain kali jangan cakap besar kalau tak mampu. Tapi ingat, setiap kali kamu tak berjaya belah surat khabar itu, kamu kena lawan dengan tok." Gentar menelan air liur medengarnya. Habislah. Tidak semena-mena Tok Sah mengelus tekaknya. "Sementara itu, tok nak beli air."

  "Tok nak beli air? Kejap, tok nak lalu dekat kawasan perangkap tadi ke?" tanya Ochobot. Tindakan Tok Sah semakin menimbulkan tanda tanya buat mereka apabila Tok Sah menuju ke arah berbeza akan laluan dilalui Gentar tadi. Rupa-rupanya terdapat satu lorong menampakkan air sungai mengalir, bukan setakat itu... ada beberapa gerai kecil yang dibuka berdekatan sana.

  "Itu bukan gerai kita nampak dekat simpang tadi ke?" Gentar mula mempersoalkan jalan yang dilalui mereka. Ia bermakna, Tok Sah memang sengaja gunakan jalan jauh untuk mengujinya. Alahai... nak menangis rasa.

  Mereka berdua masih dalam keadaan terkebil-kebil, memerhati Tok Sah senang hati berjalan menerusi lorong tersebut. Tidak salah lagi, memang betul-betul tidak boleh dipercayai Tok Sah itu!



















Gentar : Huh... huh... penat betul latihan tadi?

Ochobot : Eh, kau dah mula pukul surat khabar tu ke? Tak dengar pun bunyinya.

Gentar : Bukanlah. Aku penat sebab cuba elak halangan tadi. Nak tercabut nafas bila teringat.

Ochobot : Jadi, janganlah ingat.

Gentar :

Ochobot :

Gentar : Kita berbalik semula pada sekmen rahsia Elemental hari ini!

Gentar : *bisik* Walaupun sebenarnya mesin-mesin itu nampak menakutkan, Tok Sah sebenarnya bina mesin-mesin itu dari batang kayu je! Yang gergaji itu pun, dicat supaya nampak macam gergaji betul!

Ochobot : Tapi kalau kena kayu tajam pun, sakit juga.

Gentar : Haih... macam manalah encik RamenMan dulu hadapi semua halangan tu? Mesti dia balik dan nangis di rumah sebab susah sangat.

RamenMan : Kau orang cakap fasal aku ke?

Ochobot : Erk.

Gentar : Alamak.

RamenMan : Baiklah, kita jumpa kamu semua dia bab akan datang. Dan sekarang... *berpaling ke tepi* SINI KAU ORANG!

LAAAARI!















Memandangkan aku rajin dan tak nak buat aku confuse masa tulis cerita ni, aku buatlah peta~

Inilah skill Geografi aku. Tak sia sia belajar sampai Tingkatan 3,  sebelum aku dipaksa masuk aliran sains.

 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro