| 25 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga sesuatu yang berharga untuk dia ."
.
.
.
PANTULAN mukanya di permukaan air diperhati lama sehinggalah tenang air itu diusik sesuatu. Duri menoleh ke sebelah di mana seekor tupai tengah menghirup air sungai dengan penuh senang hati. Tangannya dikeluarkan ingin membelai tupai tersebut tetapi nasib tidak menyebelahinya. Melihat tupai itu telah meninggalkannya, tahulah dia bersendirian lagi.
Wajahnya diangkat, memerhati kelopak bunga wisteria yang terjatuh dari dedahannya.
Mengapa dia ada di sini, ya?
"Kruuuk..." Perut yang senak disentuh, lembut. Kepalanya dipaling ke kiri dan ke kanan barulah dia berdiri, menjauhkan diri daripada sungai tersebut. Baik dia mencari alas perut. Kakinya menghampiri sebuah lubang yang digalinya.
Hrm... ke patut dia tidur?
"Jauhkan diri! Nanti dia makan kita!"
Suara-suara dari semak-samun itu berjaya menarik perhatian Duri. Tergopoh-gapah syaitan-syaitan itu berlari seakan-akan menyelamatkan nyawa mereka daripada seseorang. Pada saat itu, Duri mengeluarkan kukunya yang tajam.
Kenapa pula dia orang lari? Bukannya aku nak makan dia orang pun.
"Huh..." Matanya mengerling pada tangannya. Kenapa pula dia keluarkan kuku dia? Tidak lama kemudian, badannya merukuk apabila perutnya berkeroncong lagi. Duri menyambung langkahnya yang tergelanda tadi menghampiri anak sungai. Selangkah demi selangkah.
Telinganya berdesing.
Dia nampak ada sesuatu depan sungai itu... mungkin dia boleh makan untuk bertahan hidup. Tapi bertahan hidup untuk apa?
Tika fikirannya menyerabut bagaikan wayar-wayar yang berselirat, tangannya telah diangkat tanpa sedar. Setiap daging yang disambar daripada sesuatu itu diratah bagi menyembuhkan pedih perut yang dialaminya. Fikirnya, sakit itu akan menghilang, namun perutnya pula ditusuk sesuatu.
"Ah..." Duri menaikkan pandangannya. Dia termakan syaitan lagi ke? Aura bahaya yang dikeluarkan syaitan itu memaksa Duri menghidupkan respon lawan atau larinya. Deras kakinya diatur melarikan diri daripada syaitan itu, mencari tempat selamat.
"Huh... huh..." Duri berpeluk lutut di bawah cahaya bulan. Kawasan yang kosong ini memberi peluang dia berehat sebentar. Lebih-lebih lagi pokok-pokok hijau mengelilinginya menenangkan dia buat sejenak.
Kepalanya dia jatuhkan pada sel-sel perutnya yang sedang memikirkan dirinya sendiri. Tetapi... kenapa dia selamatkan diri dia, ya?
"Hoi, janganlah jerit!"
"Gentar... syaitan..."
Suara-suara itu kian mendatanginya. Dia membenamkan wajahnya ke dalam lutut berserta air mata yang bergenang. Mungkin kalau mereka datang untuk membunuhnya, patutkah dia membiarkannya? Lagipun buat apa dia bertahan hidup... untuk siapa? Kenapa?
"Hei." Meskipun begitu, Duri tetap mengarah ke belakang. Wajah remaja itu menjelma di dalam permandangannya seperti pantulannya di air tadi. Rasa nostalgia mula menyesakkan dadanya.
"Kau... kenapa muka kau sama macam aku?"
"Du..." Suaranya terketar.
"Duri!"
Namanya yang dipanggil berulang berkali itu berjaya menyedarkan Duri yang hanyut dalam memori. Pahanya yang terasa digesel Ochobot itu dihentikan oleh Duri. Kucing itu dihadapkan di hadapan air mukanya yang penuh dengan tanda soal.
"Yang kau angkat aku kenapa? Gentar! Gentar dah sedar!" Sebaik sahaja Ochobot melemparkan khabar itu, tubuhnya laju dilemparkan ke dinding. Mengaduh panjang kucing itu dibuatnya sementara Duri bergerak cepat masuk ke dalam bilik yang menempatkan Gentar.
Naik dan turun bahu Duri menarik nafas, tidak percaya. Diperhati Gentar yang sibuk berbual bersama Maripos dan KuPuteri sampailah Gentar akhirnya memandang wajahnya bersama sebuah senyuman.
"Duri! Kau okey? Kenapa muka kau macam nak nangi..." Duri lekas berlari mendakap Gentar tanpa membiarkan Gentar menghabiskan ayatnya. Air matanya yang bergenang bocor serta-merta bilamana Gentar mula menggosok belakangnya beberapa kali.
Mungkin...
"Jangan risau... aku kan dah okey, Duri." Gentar membelai-belai kepala Duri.
Mungkin Gentar merupakan salah satu sebab untuk aku terus hidup sampai sekarang.
Esakan Duri pecah di situ. Gentar mulai panik apabila bahunya mula basah dengan air mata Duri sendiri. Tangannya semakin laju mengelus rambut Duri. "Duri, kenapa ni?"
KuPuteri tersenyum sambil menggeleng. "Walau kamu korbankan diri kamu untuk selamatkan orang yang kamu sayang. Kamu tak boleh lupa bahawa bagi Duri... kamu juga sesuatu yang berharga untuk dia. Dia pun akan sedih kalau kehilangan kamu sama macam kamu akan sedih kalau kehilangan dia."
Gentar terkedu lama. Lama-lama, satu senyuman dilukisan pada wajahnya. "Maafkan aku sebab buat kau risau, Duri. Ochobot."
Ochobot di muka pintu menjadi kelu. Dia memalingkan ke arah lain sebelum diarahkan pada Gentar semula. Segera dia berlari ke arah Gentar bersama suaranya yang pecah. "Kau ni kan... buat risau aku je!"
Sheeeh...
Sisa hingus yang melekat pada hujung hidung Duri dilap perlahan-lahan oleh Gentar. Sempat Gentar suakan pada Ochobot... mana tahu kucing itu pun hendak lap hingus selepas puas menangis, tapi ditolak mentah-mentah oleh Ochobot. Sudahnya kain itu diberikan pada salah seekor rama-rama Maripos.
"Macam mana dengan Multimonster tu?" tanya Gentar pada KuPuteri yang sedang mengemas botol beracun itu ke dalam bekas.
"Nampaknya racun prototaip itu berkesan pada syaitan tersebut. Setengah amaun sahaja sudah cukup untuk mematikan seekor syaitan." KuPuteri menutup bekas tersebut lantas merenung tajam Gentar. "Itu tidak bermaksud kamu boleh meminumnya. Nasib tiada darah syaitan yang bertindak balas dengan racun tu dalam badan kamu."
Gentar tersengih kambing mendengarkan bebelan KuPuteri. "Maaflah KuPuteri. Kau orang pun janganlah pandang aku macam tu! Aku dah minta maaf kan?"
KuPuteri menghulurkan kotak tadi kepada Maripos. Wanita itu menambah. "Dan nampaknya syaitan yang kita lawan tadi merupakan bekas Syaitan Bintang Bawah."
"Bekas syaitan Bintang Bawah?" Gentar ternganga.
"Benar. Ada tanda pangkah pada bebola matanya." Selamba badak Maripos mengeluarkan bebola mata Multimonster itu pada ketiga-tiga hamba Allah itu. Mahu kembang tekak mereka bertiga melihatnya!
"Selagi bola mata itu tidak terkena cahaya matahari, makanya kita boleh gunakannya untuk ciptakan antidot itu." Maripos kembali menyimpan bola mata itu ke dalam plastik. Plastik itu diletakkan kemas ke dalam kocek seluarnya. "Dan rasanya kau boleh balik dah."
Tergantung niat Gentar untuk mengambil tengkoloknya. "Macam nak halau aku je."
"Memang pu..."
"Untuk antidot itu, kita masih perlukan lagi beberapa barangan. Seperti saya katakan tadi, kajian ini kekurangan darah syaitan-syaitan yang dekat dengan raja syaitan itu. Jadi, saya perlu bantuan kamu semua untuk mendapatkan darah syaitan yang saya katakan." Penjelasan KuPuteri mendapat anggukan bersemangat daripada Gentar.
Lamun, semangat Gentar tidak fasal-fasal mengendur. "Cik KuPuteri, maaf bertanya. Tapi kalau syaitan sebut nama Retak'ka... dia orang akan mati ke?"
"Itu salah satu daripada 'peraturan' yang diciptakan oleh Retak'ka. Jadi sayangnya... ya." KuPuteri menjongketkan keningnya. "Kenapa kamu bertanya?"
"Ah... err..." Tergagap Gentar membentuk jawapan. Kotak kayu itu diletakkan di atas katil. "Tak ada apa-apa. Saja tambah ilmu pengetahuan."
Maripos tiba di muka pintu lantas memberikan tunduk hormat, mengatakan dia sudah mengemas segala barangan di dalam kawasan bawah tanah. KuPuteri cuma menyambut laporan itu dengan isyarat mata dan beralih arah pada Duri yang sudah memasuki kotak kayu itu.
"Gentar, kalau tidak keberatan... boleh ke kamu tinggalkan Duri dengan kami buat sementara waktu? Kami akan menjaga Duri semasa kamu menjalankan misi." Kuputeri kelihatan keberatan untuk meminta sebaliknya si Maripos pula sudah memangkah-mangkah tanyanya, tanda tidak bersetuju.
"Sa..." Gentar terjeda seketika. Dia memandang ke bawah lantas mencapai tangan Duri, memandang tepat wajah KuPuteri berserta senyuman. Gelengan kecil diberikan. Duri yang menyedari akan hal itu terus mengeratkan pegangan Gentar.
"Tidak kira apa yang tuanku titahkan, patik akan bersama tuanku hinggalah raja Retak'ka dikalahkan. Meskipun menjadi syaitan!"
Lidah KuPuteri menjadi kelu pada awalnya dan ditutupi tawa kecil. Dia melirik pada Maripos yang kebingungan sekilas. Wajah Gentar ditatapnya. "Kalau begitu, selamat berjaya Gentar."
Ochobot terselit menyampuk. "Oh ya, rumah cik KuPuteri nanti macam mana?"
"Oh, kami rancang nak berpindah keluar menjelang malam... memandangkan raja syaitan itu pun dah tahu kewujudan kami di sini."
"Dan sekarang, kau pun kena keluar!"
"Maripos."
"Oh, oh, dan kenapa si Maripos tu panggil cik Kuputeri, 'tuanku?'"
"Itu rahsia, Ochobot."
"Dah, dah! Keluar! Keluar! Keluar!"
Sesi temubual itu disekat secara drastik oleh Maripos, malah 'para wartawan' juga dihalau menjenguk cahaya matahari. Berkedut muka si kucing itu selepas dienyah tidak dihantar. "Tanya soalan pun tak boleh."
"Dahlah, jom kita pergi dekat penginapan pak cik Kumar." Gentar membetulkan kedudukan tali kotak itu supaya sedikit longgar. Tangannya dikepal kemas. Bersedia untuk pengembaraan baharu.
"Awalnya. Kau terlupa sesuatu ke? Keris kau?" Ochobot mengingatkan kembali kecelakaan yang menimpa keris Gentar.
"Heh, tu jangan risau!" Gentar menepis hidungnya. Dia mengambil sebatang pen dari poket baju Melayunya. "Aku dengar dari Tok Sah, kita boleh tulis mesej kat pembuat keris aku. Mungkin akan sampai dalam masa tiga ke dua bulan ke..."
"Lamanya!" Terbuntang mata Ochobot mendengarnya. Matanya jatuh pada locengnya. Kertas pada locengnya itu pun sudah hilang, menunjukkan mesej itu telah sampai pada penerima.
Gentar menutup pen itu bersama sengihan besar. "Eeeh, tak apa. Kita boleh rehat sedap-sedap dekat penginapan tu nanti."
"DUM!"
Bungkusan kain batik itu dihempaskan pada meja panjang itu. Ikatan kain dibuka, menayangkan koleksi keris yang disusun rapi. Jatuh rahang masing-masing termasuklah si encik Kumar membuatkan Papileon menayang segaris lirikan penuh bangga.
"Aku rasa... aku pesan 1 keris je. Ni apa hal sampai ada 10 keris?" Gentar mempersoalkan keris yang dihamparkan di hadapannya.
"Hohoho!" Gelakan bongkak terhambur sebalik topi yang disarung Papileon. "Saya bosan duduk goyang kaki dengan tangan je rumah, jadi saya buatlah banyak keris. Lagipun, tahu sangat si Gentar ni akhirnya rosakkan keris saya juga."
"Hrm... betul juga." Ochobot yang terangguk-angguk terus tertunduk sakit bila kepalanya dipukul Gentar.
Papileon menambah. "Hehehe... lagipun boleh buat jual yang lebih-lebih ni!"
"Bukan tu melanggar peraturan ke..." Gopal memasang raut menyampah seraya matanya membelek setiap keris di atas meja tersebut. Mujurlah tiada pelanggan mana. Kalau tidak, pasti terfikir ada peniaga menjual senjata haram di sini.
"Pilihlah mana yang berkenan." Papileon memberikan lampu hijau buat Gentar membuat pilihan.
"Pilih yang nilah, Gentar!"
"Dey, tu nampak tak bergaya manalah! Hitam sangat dan serupa pisau nipis je!"
"Kalau macam tu, pilih yang nilah... eh, ni macam bukan keris."
"Mestilah, tu mata tombak. Kucing macam kau mana tahu."
"Kucing? Aku power spheralah!"
PISH!
Lambat-lambat Gopal dan Ochobot menoleh ke kanan. Bersinar-sinar dan berasap permukaan meja kesan pukulan rotan sakti si encik Kumar. Encik Kumar menjeling tajam pada mereka berdua. "Mahu bergaduh lagi?"
"Huh... aman pun," bisik Gentar. Mengalahkan dia yang hendak menggunakan! Tanpa sedar, Gentar mencapai keris secara rawak, sekali gus memunculkan warna merah darah pada besi keris itu. "Eh..."
"Lah... warna merah lagi." Papileon sepertinya tidak terkejut lagi, bahkan bermuka tebal mengikat semula kain batik tadi. Langsung tidak menanyakan pendapat si pelanggan terlebih dahulu!
"Itulah... sepatutnya warna hitam. Ha, baru kena dengan jiwa." Kata-kata Gopal dipersetujui oleh Ochobot. "Kan..."
Gentar memandang mereka berdua, tidak berpuas hati. Sejak bila pula dua orang itu menjadi SDA (Sahabat Dunia Akhirat)? Keris itu disautkan pada sarungnya. "Aku pilih ni sebab sama dengan keris lama aku je."
"Okeylah, saya nak pergi dulu," ujar Papileon, menggalas kain batiknya dari belakang.
"Eh, tak nak bayar dulu ke?" Soalan Gentar menghentikan Papileon yang berada di muka pintu. Pelik pula budak kecil ini, selalu tahi hidung masin dalam bab bab duit.
"Tak apa, saya nak pergi jual keris-keris ni!" Papileon lantas hilang dari pandangan mereka.
"Memang tak apa ke jual?" Membeku Gopal mendengarnya. Kepalanya terteleng pada Gentar yang sudah menutup mulutnya, terharu! Rupa-rupanya itulah salah satu cara untuk menjadi kaya! Menyesalnya tak buat lelongan besar barangan RamenMan hari itu!
Ding! Ding! Ding!
Deringan loceng itu menimbulkan tanda tanya buat encik Kumar. "Eh, bunyi loceng sapa tu?"
"Oh, itulah bunyi misi Elemental Slayer, pak cik. Tapi tulah. Awalnya ada misi dah?" Gentar menunduk, mencapai kertas yang tergantung pada loceng Ochobot. Meski sahaja kertas itu dikoyakkan, bunyi loceng itu masih tidak berhenti-berhenti bernyanyi.
Ding! Ding! Ding!
"KAU..." Gopal menjauh setapak. Jari telunjuknya teragak-agak untuk menghala pada sesuatu. "Kau... kenapa kau datang balik?"
Seekor kucing berwarna kelabu tangkas menyembunyikan diri di sebalik pintu. Hakikatnya, mereka masih boleh melihat ekor panjang si kucing itu. "Ki... kita ada misi, Gopal."
"Misi? Heh... lepas kau tinggalkan aku dekat pemilihan Elemental Slayer tu, ingatkan aku senang-senang nak terima? Pigidah!" Gopal berpaling daripada kucing itu lalu memeluk bahu. Kalau pelanggan lalu-lalang, pasti fikir ada pergaduhan suami isteri di dalam!
"Misi... misi ke daerah Sepang." Kucing itu tetap memberitahu misi tersebut walaupun diherdik sehingga kecut perut.
"Sepang! Oh, kita orang nak pergi sana juga!" Begitulah, dua patah perkataan yang terkeluar daripada Gentar saat itu berjaya mematahkan semangat Gopal dalam masa sesaat.
Gentar : Yay! Misi baru lagi!
Ochobot : Kau ni... baru lepas berlawan dengan syaitan. Kau nak lawan dengan syaitan lagi?
Gentar : Mestilah! Dengan tu aku boleh jadi kuat nak lawan dengan Retak'ka!
Ochobot : Hrm yalah. *pusingkan mata 360 darjah* Oh, ya! Kembali pada rahsia Elemental kita! Rahsia kita hari ini ialah makanan kegemaran!
Ochobot : Aku suka makan ikan, biasalah kucing kan. Gentar pula suka Nasi Goreng Special Tok Aba. Huh, sapa Tok Aba? *belek skrip*
Gentar : Oh, masa tempat aku kerja dulu ada menu tu. Dan sedap gila! Aduh... rasa lapar pula...
Ochobot : Dan Gopal pula suka makan mi wantan dan air koko! Duri pula...
Duri : Hmm?
Ochobot :
Duri : Hmmmm!
Ochobot : Kita sambung bab depanlah.
Duri : HMMM? ( EEEH?)
⚡⚡⚡
Selamat menyambut puasa semua! Dan selamat berbuka kalau ada yang baca dekat dekat Mahgrib. ( Jangan lupa doa! Doa sebelum berbuka berkat!)
Sayangnya... tetiba lampu merah pula 1 Ramadhan. Tapi tak ada beza pun sebab aku mana boleh makan depan adik aku. Dahlah. *tumbuk dinding*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro