| 22 |
ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Bagi Duri, kamu juga benda berharga buat dia ."
.
.
.
DURI hanya mengerdipkan matanya beberapa kali saat melihat semua mata bertembung dengan pandangannya. Tangannya berhenti membelai belakang Ochobot.
Uh... dia ada buat salah ke?
"Maafkan patik jika patik tidak beradab, tetapi apa yang buatkan tuanku yakin budak ni tak makan manusia langsung? Sedangkan kalau dalam tempoh sehari, seekor syaitan biasa tak makan manusia lain, pasti dia orang akan hilang arah serta-merta." Berhati-hati Maripos menyusun ayatnya meskipun kurang yakin dengan teori KuPuteri.
KuPuteri cuma membalas soalan Maripos dengan senyuman. "Kalau Duri makan manusia daripada awal, pasti dia akan serang Gentar terlebih dahulu."
"Tapi..." Gentar terjeda. Matanya teralih ke arah Duri yang sama terkedu. "Kenapa kau masuk hutan wisteria tu, Duri?"
"Hmm..." Muka Duri jatuh ke bawah. Dahinya berkerut-kerut menahan rasa kepalanya yang berdenyut hebat. Serta-merta buluh yang digigitnya terlepas dari mulut. "...aku... aku tak tahu."
"Kau boleh bercakap?" Maripos membeliakkan matanya, cuba mendekati Duri. Kepalanya terus dipukul kasar oleh kipas tangan Kuputeri.
"Maripos." Panggilan tegas itu cukup membuatkan Maripos tertunduk akur.
"Duri... kau okey?" Gentar mengesot menghampiri Duri. Baru sahaja dia ingin memegang bahu Duri, Ochobot tidak semena-mena mengujarkan soalan. "Kalau syaitan boleh jadi gila kalau tak makan manusia, habis tu macam mana cik Kuputeri dan Maripos tak gila-gila lagi?"
"Ke... ke Kuputeri dan Maripos nak makan kita orang sebenarnya?" Gentar sudah menggigil memikirkan dia akan menjadi lauk santapan mereka berdua.
"Mengarut. Lagipun kalau syaitan makan kau, boleh jadi alergik dibuatnya." Maripos memperlahankan ayat terakhirnya, sengaja memerli Gentar.
"Wah, pandai-pandai saja! Cubalah makan dulu. Ha, makanlah!" Gentar menghulurkan lengannya, rasa tercabar. Cepat-cepat Ochobot menarik baju Gentar menggunakan giginya, memaksa Gentar duduk. Menyesal pula dia tanya soalan itu.
"Maripos."
"Maafkan patik, tuanku."
Melihat Maripos sudah bersila di sisinya, Kuputeri melepaskan keluhan perlahan. "Kami menyamar menjadi doktor untuk bercampur dengan manusia di kota ini, sekaligus menyorokkan diri dari Retak'ka. Kami ada buka klinik terdekat yang hanya dibuka pada waktu malam, dan pada malam tadi... kami terjumpa kamu."
Gentar yang berlutut itu lambat-lambat duduk bersila, menanti ayat seterusnya daripada bibir Kuputeri.
"Saya jadi syaitan disebabkan darah Retak'ka dan Maripos menjadi syaitan disebabkan darah saya. Fasal soal makanan tu, kami gunakan darah derma daripada manusia yang diimport dari luar negara dan dari klinik kami sendiri."
"Kalau macam tu, tak tergoda ke cik Kuputeri masa rawat-rawat manusia tu?" Ochobot bertanya lagi. Jelingan tajam daripada Maripos diendahkan selamba oleh kucing itu. Mesti si Maripos itu menyimpan amarah dek sikap wartawannya.
"Jangan risau, kami sudah terbiasa rawat manusia daripada beratus tahun lamanya." KuPuteri menyembunyikan sengihnya lantas tertawa kecil, mungkin terhibur dengan soalan-soalan si kucing kecil itu. "Ada apa-apa soalan lagi?"
"Hmm..." Gentar mengangkat tangan. Amboi, serius benar wajahnya! "Beratus tahun lamanya? Berapa umur KuPuteri sebenar... ADUH!"
Bahu Maripos naik dan turun gara-gara nafasnya kencang setelah membaling tongkatnya pada dahi Gentar. "Tak beradab betul tanya tuanku soalan sebegitu rupa."
"Maripos."
"Maafkan patik, tuanku."
Gentar mengembungkan pipinya sambil matanya menikam tajam wajah Maripos yang berpura-pura baik itu. Walaupun dahinya sudah digosok-gosok oleh Duri, ia tidak mampu menyapu amarahnya terhadap lelaki itu. Tunggulah, 'atuk' Maripos.
Membumbung asap di sekitar rumah terbiar itu. Asap-asap itu pastinya datang daripada dari hidung syaitan itu saat dia menghembus nafas. Dia mengerutkan dahinya tanda jengkel. Tangannya meraba-raba dinding halimunan yang tidak dapat ditembus itu. Jadi... di sinilah di mana dia orang berada, ya?
"Multi, aku ada tugas untuk kau." Sampai sahaja mengadap raja syaitan itu, dia pantas berlutut hormat. Bukan hormat sebenarnya, lebih kepada rasa takut yang menyelaputi dirinya. Di saat air liurnya ditelan, kelat terasa amat kuat.
Patutkah dia bercakap sekarang? Ataupun patut ke dia menunggu Retak'ka mengujarkan ayat terlebih dahulu?
Retak'ka mengerling sebelah mata sahaja kepada tubuh itu. Satu senyuman diberikan kepadanya. "Kau nak kembali pada aku, bukan? Jika begitu, ikut budak berambut putih dan bunuh dia. Jangan lupa hapuskan kesan aku pada keris dia."
Dia cuba menyembunyikan riak gembiranya. Dia akan kembali mendapat pengiktirafan Retak'ka? Namun, senyumannya mati apabila Retak'ka berbicara lagi. Tidak semena-mena, lehernya dipijak oleh Retak'ka sehingga tertimbus.
"Kalau kau gagal, kau tahulah akibatnya."
BANG! BANG! BANG!
Tangannya bertalu-talu memukul dinding halimunan itu. Beberapa ketika kemudian, dinding itu berjaya meretakkan satu lubang kecil. Syaitan itu menyeringai, sinis. Cukuplah ini.
"Kalau macam tu, ada ke cara untuk saya tukarkan Duri jadi manusia?" soal Gentar tanpa tahu malu, menunjukkan ke arah Duri.
KuPuteri mengusap dagunya yang runcing. "Sebenarnya... saya ada juga terfikir untuk ubah sama ada saya atau Maripos jadi manusia. Cumanya ada beberapa prosedur yang perlu kita perhatikan. Salah satunya..."
Gentar menggosok lehernya, janggal. Dia berpaling ke arah Ochobot dan Duri. Bahkan mereka berdua pun sama-sama menayang wajah polos tidak tahu menahu. Hrm. Apa yang dia cakap tu, Raju? Daripada dia yang tidak bersekolah tidak fasal-fasal disekolahkan tanpa didaftar tiba-tiba.
"Kita perlukan darah orang yang terdekat dengan Retak'ka. Sama ada daripada syaitan bintang atas mahupun syaitan bintang bawah. Daripada situ, saya dapat hasilkan antidot untuk sembuhkan Duri." KuPuteri akhirnya meletakkan noktah pada penjelasan yang panjang lebar.
"Ha, kalau macam tu!" Gentar menarik nafas, lega. Tidak perlu dia mencairkan tahi telinganya lagi! Keris di sisi pinggangnya diambil. "Dekat keris ini saya ada darah Retak'ka. Jadi mungkin dengan ini, kita boleh cepat-cepat buat 'antimeriut' tu!"
Kilauan harapan bersinar di dalam mata KuPuteri. "Ya, saya hampir terlupa! Kalau begitu, boleh saya dapatkan keris itu?"
"Mestilah boleh! Saya berikan dengan hati dan lubang hidung terbuka!" Gentar menghulurkan keris kepada KuPuteri.
"PIUH"
"Tuanku, hati-hati!" Tidak semena-mena, badan Kuputeri bersama Maripos terheret kasar ke tepi. Lendir pelik berwarna hijau menghakis tempat duduk Kuputeri sebentar tadi. Dalam beberapa saat, beberapa lendir hijau tumpah merata-rata bagaikan ludahan orang di tepi jalan.
"Keris aku..." Gentar tergamam melihat kerisnya terhakis begitu sahaja. Sedar-sedar sahaja, tubuhnya ditarik keluar oleh akar Duri ke halaman rumah. Sebuah angin kencang datang dari dalam, melubangkan dinding lalu memberikan Maripos dan KuPuteri jalan untuk menyelamatkan diri.
"A... pakah." Gentar membuang pandangannya ke dalam rumah itu. Beberapa ekor syaitan bersaiz tapak tangannya turun secara mendadak daripada siling rumah itu. Itu... syaitan ke? Kenapa dia orang dalam saiz macam itu sekali?
"Gentar, jangan termenung!" jerit Ochobot, menyedarkan Gentar daripada lamunanya.
"Maaf!" Serta-merta rasa mencucuk melilit pinggangnya mula teransang. Pantas Gentar cuba meleraikan akar-akar Duri yang membelit tubuhnya. "Aduh, aduh! Sakit, Duri!"
Perhatian Duri pada syaitan kecil itu automatik teralih pada si Gentar. Segala akar-akar yang membalut Gentar kemudiannya terurai bagaikan akar kering. Duri tergesa-gesa berjalan ke sisi Gentar, memeriksa setiap pelusuk tubuh itu.
"Jangan risau, Duri. Aku okey." Gentar cuba menenangkan kerisauan Duri. Dalam masa yang sama, bibirnya sudah diketap, kuat. Kerisnya sudah sebati dengan udara. Jadi macam mana dia mahu melawan dengan syatan-syaitan kecil yang ramai ini?
Ah, tak apa. Dia kan Gentar! Mesti boleh punya.
"Gentar!"
Segerombolan syaitan seperti orang kecil meluru ke arah mereka bertiga. Memandang perkara itu, Gentar membuat keputusan yang terdesak. Maka, Ochobot pun melihat Gentar berlari meninggalkan mereka ke belakang rumah banglo KuPuteri.
"Hoi, Gentar!" Ochobot memekik memanggil nama Gentar. Malangnya, Gentar sudah terlalu jauh untuk mendengarnya. Kepalanya ditoleh ke arah beberapa syaitan yang berkumpul seluas bilik darjah. Masing-masing melambai antara satu sama lain sebelum pihak lawan menyerang Ochobot.
"Wah, apa ni!" Ochobot mencakar syaitan-syaitan kecil itu sehingga syaitan itu terbelah dua. Nasibnya buruk sekali kerana semakin banyak syaitan merapatinya "Janganlah kejar aku! Aku tak sedap! Gentar! Duri!"
"PAP!"
Duri menghempas syaitan-syaitan kecil itu menjadi lempeng goreng. Dia beralih ke sebelah. Ha, sudah. Mana pula pergi si Gentar dan Ochobot?
"Tuanku, berlindung sebelah saya!" Maripos sedaya-upaya melindungi KuPuteri. Tangannya tangkas mengalirkan lendir kepompong mengikat setiap syaitan kecil itu. Tetapi, jumlahnya bagaikan semut yang mustahil untuk ditewaskan.
"Duri..."
"Teknik darah syaitannya tak pernah ku lihat sebelum ini," getus KuPuteri sendiri. Tidak pernah dia melihat syaitan sekecil tikus dalam jumlah banyak sebegitu rupa.
"Kalau macam tu, biar mereka lihat darah syaitan patik pula." Tongkat Maripos yang patah berubah menjadi kipas tangan biru. "Jurus Ilusi Berganda!"
Sesaat kemudian, beberapa orang Maripos melindungi mengelilingi KuPuteri. Berpusu-pusu syaitan-syaitan kecil berwarna hijau itu cuba menyerang Maripos daripada pelbagai arah. Sedang Maripos sibuk menangkis serangan, tanpa sedar, seekor syaitan kecil berada di longkang bumbung, bersedia untuk menyerang KuPuteri dari atas!
"Duri." Tok Sah mengusap ubun-ubun kepala Duri. Nampaknya gara-gara itu, anak kecil itu menggeliat dalam tidurnya. Senyuman terkuntum pada wajah tua itu barulah bibir itu terkumat-kamit mengatakan sesuatu.
"بسم الله الرحمن الرحيم ''
"Ingat, Duri. Kamu kena lindungi Gentar dan juga orang-orang yang Gentar percaya."
"Hmmm!" Duri melibas syaitan itu kepada dua lalu mendarat, mempenyekkan beberapa syaitan di bawah. Matanya hijau membara bersama kukunya bersedia menangkis sesiapa cuba mendekatinya, serta Maripos dan KuPuteri.
"Lindungi mereka, ibarat nyawa kamu sendiri."
Gentar : Apa ini?
Gentar :
Gentar : Oh... faham. OH, TAKKAN SEBAB AKU PERGI CARI SENJATA TERUS LABEL AKU MACAM TU. DASAR PENGFITNAH!
Ochobot : Cari senjata? Dengan tinggal aku seorang-seorang?
Gentar : Lah, kau kan dah kuat.
Ochobot : Memanglah aku kuat. Tapi walau orang sekuat ak...
Gentar : Eh... dah dah dah, aku nak baca diari yang aku baru jumpa. *belek diari*
Ochobot : Huh... diari siapa yang kau jumpa?
Gentar : Entahlah... tapi macam sajak yang menyedihkan je. Ehem! Ehem! Hari ini... merupakan hari yang tenang. Ditemani bintang bersinar terang. Harap ini menjadi memori yang girang. Dari hari ke hari... ah dakwat dekat sini habis.
Gentar : Tapi dia macam bersusah payah samakan semua ritma. Hrm... mesti diari orang-orang tua ni.
Ochobot : *baca kulit buku* Hrm... Milik Marip... huh...
⚡⚡⚡
Baru beberapa hari aku lepas aku jumpa lagu baru, tetiba jumpa lagu rancak daripada anime yang aku baru tengok baru-baru ni.
Lagu itu ialah Love Call dari anime Undead Unluck!
Dia buatkan kalau dengar... Gentar yang pemalas tu boleh ambil upah mengemas 12 rumah. Tak payah susah-susah mengeluh duit tak ada bagai.
Gentar : Hei, ini tempat kongsi fasal cerita aku. Bukannya fasal minat kau!
Eh, aku dah bagi kau sekmen Elemental itu kan ( walaupun tak ada gaji). Kau sembanglah puas-puas dekat situ. Sibuk kacau tempat orang.
Oh, ya... aku ada tengok anime Frieren...
Gentar : LALALALA SELAK BAB SETERUSNYA CEPAT!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro