Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

| 11 |

ELEMENTAL SLAYER
-------------------------
"Kuasa kau bukan terletak pada senjata kau, tapi ia terletak pada keberanian kau dan rasa tanggungjawab?"

.
.
.


"HISK... hisk..." Jauh di dalam semak, seekor syaitan sibuk mengesat air mata serta hingus yang tidak berhenti-berhenti meleleh pada selendang kawannya. Rakannya yang sibuk memerhati Gentar dan Duri beredar tersentak setelah menyedari selendangnya menjadi tisu tanpa izin. Segera ditunjal kepala syaitan itu.

   "Hoi, apa hal kau lap dekat selendang aku? Tak fasal-fasal melekit dan tak ada seekor manusia pun mahu datang mendekat!" Syaitan berselendang itu menengking kawannya sambil berpaling ke kiri dan ke kanan. Bukan hendak melintas jalan, sebaliknya melihat jika manusia dan syaitan kecil itu berpatah balik menemui mereka berdua!

   "Nasib baik dia orang dah pergi! Kalau kucing dia orang dengar suara kita, memang jadi debu jumpa matahari esok. Kau ni pun, beriya-iya menangis macam tengok drama sinetron!"

   "Memang drama sinetron pun! Sedihlah! Aku hampir-hampir ingat syaitan kecil tu nak mati. Lagi-lagi manusia tu nangis buat aku bertambah sedih!" Makin haru teriakan syaitan itu hinggakan kawannya terpaksa menutup mulut syaitan itu.

   "Ergh..." Syaitan berselendang itu menjauhkan tangannya yang berlendir lantas terus mengelapkannya pada seluar pemilik hingus tersebut. "Dah, sudah. Cengeng pula kau. Kita kena pergi dari sini cepat. Jangan sampai syaitan tu jumpa kita."

   "Kenapa pula? Aku nak minta autograf."  Sempat lagi syaitan itu berloyar buruk. Tidak tahulah sama ada sedang bergurau ataupun betul-betul ingin mengenali dua makhluk tadi.

   "Syaitan punya perangai! Sebelum dia keluarkan pensel nak tandatangan, aku rasa budak tu keluarkan batang kayu dulu untuk sembelih kau. Lagipun, syaitan itu bahaya."  Kata-kata si rakan berjaya menghentikan segala sedutan syaitan itu, malah menggantikan ekspresi hairan pada wajahnya.

   "Lah, kenapa pula? Dia Elemental Bintang Bawah ke?"

  "Bukanlah! Kau fikir kenapa si CarBro tu berlawan dengan syaitan kecil tu sebelum ni?" Syaitan berselendang itu terhenti sejenak, menggigil memikirkannya.

   "Syaitan kecil itu makan syaitan yang lain!"

   Langit gelap itu lama-kelamaan menukar warnanya. Cengkerik-cengkerik pun mula mengalih muziknya kepada si burung dalam menghidupkan suasana pagi yang baru sahaja akan bermula. Tok Sah dan RamenMan sama-sama menjejakkan diri masuk ke dalam kawasan pengumpulan Elemental Slayer yang dikelilingi pokok ungu wisteria.

   Terdapat beberapa Elemental Slayer beragama Islam melipat sejadah masing-masing. Jangan pelik dan berkerut kepala, kalau itulah apa yang kau orang tengah lakukan. Memang dia orang adakan solat berjemaah seusai saja azan Subuh berkumandang, yang menandakan masa memburu syaitan telah selesai.

   "Tok, saya tak nampak pun Gentar." Mata RamenMan bergerak menuju segala arah, mencari kelibat sesiapa memegang batang kayu. Namun, tiada seorang pun berjaya menangkap matanya.

   Tambahan pula, mereka telah mencari Gentar di dalam hutan dari malam semalam. Sampaikan Tok Sah pun sudah lelah mencari setiap pelosok hutan. Fikir mereka, apabila datang di sini balik selepas Subuh, dapatlah berjumpa semula Gentar.

   Tetapi, bayang-bayang budak itu pun tak ada.

   "Gentar dah balik rumah kot? Balik rumah saya ke? Ke balik rumah tok? Takkan dia tahu jalan balik rumah sendiri pula." RamenMan membuat andaian sendiri. Seboleh-bolehnya, kakinya ingin meninggalkan tempat itu, namun Tok Sah langsung tidak berganjak.

   Masakan tidak, ya? Tempat ini merupakan tempat terakhir mereka bertemu Ezra.

   "Ha, aku dah kata kan? Samseng macam aku pun boleh berubah, tau!" Ezra menyarungkan pedangnya semula. Sebelum pedang itu diselindung, dapat dilihat dengan jelas darah-darah syaitan yang kering pada pedang tersebut. BolaBot turut menayang muka bangga. "Heh, itu pun sebab saya ada bantu!"

   "Ala, kau dapat bunuh syaitan sebab ada bantuan power sphera je. Aku ni dapat bunuh syaitan tanpa power sphera tau!' RamenMan menepuk-nepuk dada, tidak mahu mengaku kalah. Sesaat kemudian dia merengkok ke bawah, mengaduh kesakitan kerana tersalah tepuk pada luka di bahu.

   "Sekurangnya tuan saya tak adalah luka macam awak." BolaBot menyengih menonton kesakitan RamenMan. Bukan mahu bersimpati, siap masih mengagungkan tuannya.

   "Tuan kau tu tak normal!" RamenMan menunding tepat ke batang hidung Ezra. Hampir juling mata Ezra dituding tiba-tiba.  Ezra menepis mendadak dan terus menggenggam penumbuknya. "Apa kau cakap?"

   "Sudah, sudah. Nanti kau orang berdua kena halau pula dari sini." Tok Sah menghentikan pengtengkaran anak-anak muridnya yang sudah menjadi perhatian orang ramai. "Jadi, apa kamu nak buat lepas ni?"

   "Saya mestilah nak duduk makan Ramen dulu, sambil-sambil tunggu misi seterusnya. Lagipun, penatlah lawan dengan syaitan-syaitan tu."  RamenMan memusing-musingkan sebelah bahu. Tidaklah bahu yang sakit itu, nanti tidak fasal-fasal jatuh maruah akibat meraung kesakitan lagi.

   "Asyik makan ramen je. Baik panggil RamenMan je!" BolaBot mendengus. Entah tidak puas hati apa si kucing ini.

   "Eh, aku tak panggil kau IkanCat kan?" 

   "Dah, dah... nanti kecoh pula nanti." Ezra mengalih wajahnya pada Tok Sah. "Fasal rancangan saya lepas ni, saya nak melawat rumah mak ayah saya... sebagai tanda minta maaf jadi samseng dulu. Dan terima kasih tok, sebab ambil saya jadi anak murid tok."

   Dahulu, sewaktu dia mengambil Ezra yang ditahan oleh polis, ramai orang kampung melarangnya. Mengatakan ia satu kesalahan besar dan sebagainya. Yalah, sudahlah merompak rumah orang, ada peluang ke untuk berubah dan menjadi pemburu Elemental Slayer? Akan tetapi, tidak dinafikan langkah dia mengambil Ezra sebagai salah seorang anak muridnya merupakan satu kesilapan.

   Siapa sangka nikmat itu akan diragut serta-merta?

   "AHHHH! ANAKKU, GOPAL!"

   Mimpi Tok Sah automatik terhenti mendengar jeritan garau itu. Kepalanya diarah pada seorang lelaki mendepakan tangan, mahu memeluk anaknya. Sebaliknya remaja berkulit gelap itu langsung berlari ke tepi lantas terus berlari. "Ayam kari amma! Rasa macam setahun tak makan!"

   "Dey, tambi! Kenapa tak peluk appa kamu dululah?" Si ayah menarik bahu anaknya, menghentikan anaknya dari terus bermarathon pulang ke rumah.

   Gopal mengesat hingus pada lengan bajunya. "Lepas menghadap benda-benda menakutkan macam tu, mestilah saya kena ubati dengan makanan. Huhuhu!  Nasib tak melayang nyawa saya! Kucing tu pun dah hilang! Lepas ni tak tahulah apa jadi!"

   "Berani kamu menjawab!" Terbuntang mata Gopal memandang rotan yang sudah dikeluarkan si ayah. Macam mana boleh muat dalam poket sekecil itu pun dia tidak tahu. Yang penting, dia perlu lari selamatkan diri!

   "AMPUN, APPA!"

   Tok Sah tidak mampu menahan reaksi menyampahnya menyaksikan drama anak-beranak itu. Bukan setakat Tok Sah, gadis bertoncang dua itu pun berkerut-kerut melihatnya. Dalam benak fikiran masing-masing pasti sudah terputus wayar. Drama apa yang dia orang baru tengok ini?

   "Eh?" Kepala Tok Sah terpusing-pusing, mencari tubuh RamenMan yang tidak semena-mena hilang di sebelah. Dia mengangkat wajah sehinggalah mendapati RamenMan sibuk berborak bersama alien-alien mop merangkap pengurus pemilihan Elemental Slayer malam tadi.

   Tok Sah melalui beberapa baris Elemental Slayer. Tidak silap, ada beratus-ratus calon yang datang hari ini, meskipun begitu cuma beberapa kerat sahaja yang masih menjejak kaki ke tanah pagi ini. Sepertinya mayat-mayat yang diangkut para Elemental Slayer itulah jawapannya. Harap-haraplah, salah seorang mayat tersebut bukanlah Gentar.

   "Macam mana?" Tok Sah menegur sebaik sahaja RamenMan selesai berbicara.

   RamenMan menggoyangkan kepala, lemah. "Dia orang kata kali terakhir dia orang nampak Gentar dengan kucing dia, malam semalam. Itu pun sekali je. Masa kumpulkan calon-calon yang lain, dia orang tak ternampak pun Gentar."

   Berderau darah Tok Sah dibuatnya. Lebih-lebih lagi otaknya mula memainkan ayat negatif bagaikan kaset rosak di mindanya. "Jangan kata... tidak, mesti Gentar akan keluar lepas ni."

   Bukan sebagai mayat, tetapi dalam keadaan sempurna anggota badan.

   Mereka berdua menunggu bersama-sama kedua alien Mop itu. Satu demi satu katil pemegang diangkut, mengeluarkan jenazah-jenazah Elemental Slayer yang tidak kira banyaknya. Ada yang masih lengkap anggota badan. Ada juga hanya tinggal rangka dan kepala sahaja.

   Paling tragis tidak lain tidak bukan tangisan orang tersayang tatkala menyedari salah seorang ahli keluarga mereka telah pun terkorban. Biarpun hampir seluruh mayat berjaya dibawa keluar dari hutan tersebut, kelibat Gentar masih tidak lagi muncul-muncul jua.

   " Mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop mop. (Nampaknya itulah semua mayat yang kami jumpa.)" Alien mop-mop itu memberitahu RamenMan sebaik sahaja berbincang dengan ahli-ahli mereka. Ada masa dia mengelap peluh akibat terkena bahang matahari yang mula menampakkan diri.

   RamenMan hanya berupaya mengangguk, berat lantas mengiyakan. "Kita dah periksa dah semua mayat, nampaknya tak ada seorang pun serupa dengan Gentar. Mungkin Gentar dah balik rumah kot?" RamenMan cuba berfikiran positif. Tidak mungkin dia mahu melayan sisi mindanya yang mengatakan Gentar sudah dimakan syaitan Elemental?

   "Tok?"

   Malangnya, Tok Sah tidak memberi walau satu reaksi.

  "Tok, jom balik."

    Skrek!

   Pintu kayu itu berbunyi-bunyi saat ia ditolak perlahan-lahan. Serentak dengan itu, bunyi berdentam-dentum menyapa telinga RamenMan. RamenMan mengusutkan kepalanya. "Haih, mesti ada kucing-kucing masuk ikut tingkap lagi. Bersepah lagilah dapur kali ini. Tunggu kejap, tok! Maaflah, bersepah sikit."

   RamenMan membawa diri masuk terlebih dahulu ke dalam rumahnya, menuju ke dapur. Tok Sah menyelak langsir pada pintu rumah. Matanya teralih pada ruang tamu RamenMan yang tiada sebarang toto mahupun selimut dan cadar. Macam ada sesuatu yang tak kena...

   "WARGH, HANTU!"

   "Huh, siapa hantu?"

   Itu macam suara...

   Tok Sah melajukan langkah ke dapur. Langsir dapur diselak ke tepi secepat mungkin. Bebola matanya membulat besar mendapati apa yang di hadapan matanya. Baru sahaja dia ingin memeluk Gentar, badannya terkaku ketika menyedari sesuatu menyorok di bawah singki.

   Gentar tergesa-gesa meletakkan secawan ramen ke tepi, mengeret Tok Sah masuk ke dalam. "Jangan buka langsir, besar sangat, tok! Nanti masuk cahaya kat sini!"

   "Eip, laci-laci jangan sentuh, en! Buat macam rumah sendiri pula." Gentar memukul tangan RamenMan yang cuba menarik pintu almari. Haih... macam tidak sedar diri sahaja ayatnya! "Lagipun, ada Ochobot dekat dalam."

   RamenMan menayang muka spektikal. Macamlah dia buta sangat sampai tidak perasan Ochobot tertidur di belakang Gentar dalam gelap-gelita!

   Tok Sah duduk melutut, memastikan matanya seiring memandang Gentar. Lebih-lebih lagi, kelakuan Gentar sangat aneh... seakan-akan melindungi sesuatu di bawah singki itu. Tangannya menuding ke arah pintu almari tersebut.

   "Gentar, yang kamu sorokkan itu syaitan kan?"

  Gentar melarikan pandangannya ke arah Duri menerusi celah pintu almari. Dapat dilihat mata hijau Duri di sebalik selimut dan toto yang melindungi syaitan kecil itu. Seraya tangannya masih memegang pintu tersebut, dia menggeleng penuh yakin.

   "Apalah tok ni. Heh, mestilah tak."

  Terkebil-kebil Duri mendengarnya. Siap berkerut-kerut lagi kepalanya. Bukan setakat Duri, dahi RamenMan yang tadi berkedut-kedut, semakin bertambah kedutannya menerima jawapan sebegitu rupa. Laju dia cuba mencapai pemegang pintu almari itu sementara kakinya ditendang-tendang Gentar.

    "Apa ni? Dahlah merompak rumah orang! Nak buka almari orang pula tu."

   "INI RUMAH AKULAH!"















Gentar : Hai, kau orang! Luka ni? Heh, luka ni bukan sebab aku kena belasah dengan syaitan. Tapi sebab ada orang cuba masuk rumah RamenMan tadi!

RamenMan : ITU AKULAH!

Gentar : Haih, aku masih boleh dengar lagi suara dia.

RamenMan : AHHHHH! *makin gila*

Gentar : Apa-apa pun, mari kita kembali pada rahsia Elemental kita! Selain Elemental Slayer, kucing-kucing iaitu power sphera pun memegang peranan penting dalam menewaskan syaitan Elemental!

Gentar : Power-power sphera ini mempunyai telinga yang mampu kesan bunyi yang sensitif. Jadi, senanglah nak bagi amaran dekat tuan dia bahawa musuh datang mendekat! Dengar kata, ada juga seekor kucing berjaya tewaskan seekor syaitan!

RamenMan : GENTAR!

Gentar : Okeylah! Duri dah panggil. Jumpa korang nanti!

RamenMan : ITU SUARA AKULAH!



















✨✨✨
#KEADILANUNTUKRAMENMAN 😔















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro