Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 69 Happiness

*pasang music diatas*

Dua hari selepas tamatnya peperangan dunia. Para tentera bersorak tak terhingga apabila melihat kepulangan para Guardians. Raja-raja juga bersyukur dengan kemenangan yang mereka miliki. Dengan besar hati, kesemua kerajaan kecil di Grandiflora mengadakan pesta selama dua bulan. Riuh rendah setiap kerajaan yang ceria menyambut dua bulan tersebut.

Pada masa yang sama, di hospital Aires masih ada segelintir askar dan para Guardian yang dirawat.

"AUWWW!!! "

"Ish! Janganlah gerak! Tangan kau tu luka teruk kut! " marah Akari yang daripada tadi membalut dan merawat luka Lance. Tak duduk diam betul! Kejap nak air lah, nak ke tadas lah, itulah inilah! Ish! Pening betul!

"Ini calar ajelah. " balas Lance.

"Calar lah sangat! " marah Akari seraya membalut lembut tangan Lance. Lance sekadar senyum gembira.

"Papa! " terus pandangan mereka tertala pada Aki yang kini terkedek-kedek lari kearah mereka.

"Aki anak papa! Sini,duduk sebelah papa. "

Aki senyum ceria. Sedaya upaya dia cuba naik keatas katil tapi gagal. Mata dibulatkan bersama mulut yang tercebik-cebik.

"Mama.. tak lepas... "

Akari ketawa kecil melihat Aki yang mendepakan tangannya. Nak mintak angkat!

"Meh sini mama tolong. Tapi jangan kasar sangat dengan papa tau? Dia sakit lagi ni. "

"Okey! "

Terus Akari mengangkat anak kecil itu disebelah Lance. Aki yang teruja terus memeluk lelaki itu.

"Rindu papa! Muah! " satu kucupan hangat dihadiahkan dipipi Lance. Haha cutenya! Akari tersengih melihat Lance yang dah peluk Aki ketat-ketat! Huwarhh!!

Love you baby boy!!

***

Dibilik sebelah pula.

"NOOOOO!!!! "

"LUCAS!!! JANGANLAH LARI!! CUCUK AJE KOT!! "

"TAK NAK! AKU BENCI BENDA TU!! "

Lucas yang berwajah pucat sedaya upaya lari daripada Lucia. Lucia pula dah bengang habis dengan kembar dia ni..

Ingat dah 16 tahun tak takut jarum tapi still takut rupanya!

"Lucas, kau kena cucuk. Ini ubat kut! "

"Badan aku boleh sembuh sendiri. Tak payah cucuk! Lagi satu, kau tak nampak ke benda tu mampu membunuh?!" bidas Lucas yang kini eloh memanjat dinding. Takut weh!!

"Kepala hotak kau! Haishh! Kau dengan abang sama ajelah! Penakut !Jarum aje kut? Yang kau lawan sana sini, tikam itu ini tak takut pulak? " bidas Lucia garang.

"Jarum lain, pedang lain. Tak nak! "

"LUCAS RYUZAKI!!"

"NO! TAK NAK! LUCIA BONGOK!!"

"HUH?!!"

Kalau sesiapa yang tengok ni, mesti tak boleh percaya yang ini Silent si Guardian terkuat tu.

"Jangan nak gedik! Sini! " dengan lajunya Lucia menerpa kearah Lucas yang masih melekat di dinding. Lucas mula gelabah.

"Lucia.. "

Pintu bilik dibuka oleh seorang gadis berambut hijau. Suara yang lembut itu menyapa mereka berdua. Dek kerana takut yang amat, terus Lucas melompat dan memecut kearah pintu itu! Lucia membulat mata.

"AYUMI TUTUP PINTU TU! "

"Huh? "

Terus arahan Lucia diikut. Lucas yang hampir sahaja keluar elok jatuh terduduk. Huwarh!! Sikit aje lagi!!

"Hoho.. come here my trouble twins. Janganlah risau, Lucia buat lembut-lembut ya?"

Lucas dah teguk liur melihat Lucia yang sadis. Otak dia tak berapa nak berfungsi dek kerana takut dengan jarum ditangan Lucia. Terus dia memeluk Ayumi daripada belakang! Ayumi membulat mata begitu juga Lucia.

"Lucas!"

"Tolong.. aku ... aku Takut... "

Hampir melompong mulut Lucia dengan suara merayu dan mendayu daripada kembarnya yang beku macam ais tu!

Seriuslah dia ni?

Ayumi yang baru sahaja mengenali lelaki itu juga terdiam.

"Shh.. hey it's okay. Everything is fine. " ucap Ayumi lembut seraya mengusap lembut rambut biru lelaki itu. Ayumi membuat isyarat mata kepada Lucia agar memberi jarum suntikan itu.

Ayumi meleraikan pelukan Lucas lalu memelukan secara depan-depan. Lucas pula tidak berkata apa. Belakang badanya diusap Ayumi. Tenang sikit hati dia.

"Dah.. "

"Huh? "

Perlahan-lahan Ayumi melepaskan pelukan. Dia tersenyum manis seraya memberikan jarum suntikan itu kembali kepada Lucia. Lucia dah melompong begitu juga Nurse yang selama ini turut mencuba nasib untuk memberi suntikan kepada Lucas tetapi hampa. Semua gagal. Hanya Ayumi yang berjaya menyuntik lelaki itu dengan mudah.

"Awak tak akan kena suntik lepas ni. Jadi janganlah risau ya? Pergilah rehat. Mesti letih. Oh and Lucia, aku datang sebab Hyden cari kau. Tu aje. "

"Hah? O-oh okey. "

Ayumi senyum ceria. Dia kembali melihat wajah comel Lucas yang memang gembira. Hampir nak ketawa Ayumi melihat jejaka itu tadi. Sanggup betul panjat dinding sebab tak nak kena cucuk aje! Haha cute betul!

"Saya pergi dulu. " satu kucupan hinggap dipipi jejaka itu. Jelas pipinya merah.

"Jaga diri ya? "

Terus Ayumi beredar. Lucas pula tercegang. Lucia jangan tanya lah. Dia rasa nak cincang Lucas sekarang ni tahu tak?! Dengan dia punyalah susah nak cucuk, kalau Ayumi senang aje.

"Lucia.. "

"Apa dia?! " balas Lucia kasar. Still marah!

"Apa perasaan jatuh cinta? "

"Hah?! " Tak berkelip mata Lucia pandang Lucas yang dah macam anak kucing yang baru nak kenal erti dunia. Pure and innocent.

"Kau..Kau sukakan Ayumi?"

"Hurm. Rasa macam nak terkam dia aje tadi. Kenapa eh?"

"Y-you.." Terus bahu Lucas dicengkam Lucia. Terkebil-kebil kawan tu jadinya.

"Jangan.. Kasi abang-abang Ayumi dengar tu. Mati kau nanti."

"But i really want to-"

"No."

***

"Tangan kau dah okay Kat? " soal Shiro yang terlantar di atas katil. Katsu yang datang melawat bersama Anne mengangguk ceria.

"Macam ni lah." Kata Kastu seraya mengangkat tanganya yang sudah kudung sebelah.

"Orang panggil aku Devil with one hand tho! Hahaha.. " seperti biasa, Katsu hanya ceria walaupun sebelah tangan sudah hilang. Shiro yang mendengar sekadar mengangguk.

"Baguslah. Aku gembira kau ceria. Aku harap mamat tu pun macam kau sekarang... haiih.. " keluh Shiro. Katsu tersenyum kelat. Anne yang berada disisinya disuruh duduk bersama Emyriel.

"Ini fasal Luke kan? " Teka Katsu dan mendapat anggukan daripada Shiro.

"Entah lah Kat. Dah dua hari Luke pergi ke kubur dia. Aku nak halang pun, kau tahulah dia tu kan? "

"Dia tak akan dengar. "

Shiro mengangguk lemah. Simpati dia dengan nasib rakanya yang satu itu. Dah dua hari dia kemurungan. Walaupun Luke nampak ceria tapi Shiro tahu itu semua dusta belaka. Hakikatnya, remaja itu menangis. Menangis kerana orang tersayang sudah pergi tidak kembali.

"Aku harap Luke tabah. Dia pun kawan aku. Mana senang kalau tengok mamat yang sentiasa ceria berubah durja kan? " soal Katsu.

"Aku harap macam tulah.. "

***

Disebuah perkuburan, Luke elok duduk bersila dihadapan sebuah kubur. Angin yang bertiup mengalunkan rambutnya. Luke sekadar senyum kelat.

"Peperangan dah habis. Kami pun dah menang. " dia mula bercerita. Sama seperti dua hari yang lepas.

"Aku gembira dan dalam masa yang sama aku sedih. Aku gembira sebab aku dah jumpa mak  dan abang aku. " batu nisan itu diusap.

"Tapi aku sedih sebab aku hilang orang yang aku sayang... "

Ucapnya perlahan. Air mata cuba ditahan.

"Tapi aku janji aku akan teruskan hidup! Jadi kau tengokkan aku ya? " ucap Luke penuh ceria walaupun hati terluka.

"Aku pergi dulu ya? Nanti aku lawat kau dengan mak lagi. "

Terus dia bangkit daripada duduknya. Tak semena-mena bahunya ditepuk seseorang. Kepala ditoleh kebelakang dan senyumannya mekar.

"Luke.. "

____________________________________________________________

Malam nanti saya update last chapter! 😂

Thanks for the vote and comment❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro