Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 63 Thank you

Luke dan Riz bertatapan antara satu sama lain. Perlahan-lahan Luke berubah kepada bentuk manusianya. Kini rambutnya putih dan diatas kepalanya mula bertanduk seperti tanduk musangnya. Ekor sembilanya masih kekal ada. Matanya dibuka berlahan-lahan. Iris matanya berwarna hitam pekat.

"Sudah tiba masanya untuk perhitungan terakhir. " ujarnya. Kilat biru menyambar disisinya dan muncul sebilah pedang yang berukiran kepada musang.

"Nampaknya bergitulah.. " balas Riz dengan senyuman walaupun jelas dia juga terkejut dengan perubahan Luke.

Lama mereka berbalas pandangan. Kemudian apabila angin bertiup, terus mereka meluru kearah satu sama lain! Bilah pedang Luke bertembung dengan kapak Riz! Mata mereka bertaut antara satu sama lain! Percikan api daripada lagaan itu tidak dihiraukan!

"Hahaha! Jadi kau memang dah sedia nak bunuh abang kau lah ni? Menarik! "

"Kau bukan abang aku! Selama-lamanya bukan, sebab kau tak pernah muncul dalam hidup aku! "

Terus Luke menendang dada Riz sehingga lelaki itu terseret kebelakang! Tidak berlengah, terus dia membuat bilah-bilah ais seperti kon dan dilayangkan kearah Riz! Riz yang sedar akan hal itu menghayunkan kapaknya dan membelah semua kon itu! Sedang dia leka memusnahkan kon itu, Luke muncul lalu melutut wajah Riz!

Riz yang terkejut tidak dapat mengelak! Hidung dan giginya patah!

"Argh..!! YUKI! "

"JANGAN HARAP KAU BOLEH GUNA MAK AKU! "

BAMM!!!

Luke menghentakkan kakinya lalu bongkah Ais muncul di bawah kaki Yuki. Hampir separuh badan Yuki beku dalam Ais itu. Yuki sendiri terkejut tetapi tersenyum bangga dengan anaknya. Luke juga membalas senyuman itu.

"JAHANAM KAU!! "

Riz bagai dirasuk, serangan dia mula tidak tentu hala! Akar-akar berduri mula menyerang dalam jumlah yang banyak. Walaupun begitu, serangan Riz langsung tidak membuatkan Luke tergugat! Malahan, Luke makin kuat menyerang!

"HIIAARRRRHHHH!!!! "

SSSLLLASSHHH!!!

KRAAASSHH!!

"GGRRR.. GRROURRR!! "

NGAPPP!!!

CRRAAAHH!!

Luke menyerang dan menyerang! Kadang kala dia menggunakan kebolehanya berubah menjadi musang dan menerkam kearah Abnormal Daemon dan akar-akar itu! Mata musangnya menyala garang! Mulutnya juga tercalit darah-darah musuhnya!

Riz membulat mata. Kini dia melihat Luke bagaikan rasaksa! Entah kenapa getaran mula terasa.

"Grrr... "

Luke berderam geram kearah Riz. Kukunya mula memanjang! Tak berlengah terus Luke menerkam bahu Riz dan menggigitnya! Riz meraung dan menumbuk-numbuk Luke yang dalam bentuk musangnya!

"Sakitlah bodoh! Lepaslah! "

"Grr.. grrr..! "

Luke semakin mendalamkan gigitanya! Kepala yang berdarah semakin banyak berdarah!

"ARRGHH!!! " Riz menjerit lantang apabila Luke menarik gigitannya! Lengan Riz sudah terputus daripada jasad! Luke meludah lengan itu kesisi dan bertukar kepada bentuk manusianya. Dia memandang sepi Riz yang melolong kesakitan sambil berguling-guling. Pedangnya yang tercacak tidak jauh diambil. Ekor sembilanya mula meliuk ganas dan mengembang! Dia membuka kekuda dan menurunkan sedikit badanya. Matanya tajam memanah Riz.

"Selamat tinggal.. "

"JANGAN HARAPLAH!!! "

Luke meluru kearah Riz lalu pedangnya diayun deras! Dengan kepayahan, Riz membuat pelindung daripada duri-durinya!

SLLLLAASSSHH!!

CCRRRAAASHHH!!

Riz tersenyum dikala serangan Luke dapat dipatahkan.

"Kau tak patut terlalu lega. "

Membulat mata Riz ketika itu. Perlahan-lahan kepala ditunduk kebawah. Sebilah pedang daripada Ais elok menikamnya daripada belakang. Riz memuntahkan darah yang banyak. Tanpa belas, Luke menarik kasar bilah pedanganya! Darah semakin membuak keluar!

SSSSLLLLAAASHHH!!

Kepala Riz melayang diudara dikala Luke melibas pedangnya. Luke hanya merenung tubuh Riz yang jatuh menyembah tanah. Darah yang merajai tubuh tidak dihiraukan langsung. Kemudian kepala dikalih kearah ibunya.

"Mak.. " panggilnya. Ais yang mengunci tubuh ibunya cair serta merta. Yuki tersenyum melihat anaknya mula mendekat. Darah mula keluar daripada mulutnya membuatkan langkah Luke terbantut.

"Tak apa. Memang dah tiba masanya, untuk mak pergi. "

Ujar Yuki dengan senyuman. Luke pula tergamam. Tangan dikepal erat. Air mata yang bertakung ditahan agar tidak tumpah. Sekali lagi dia berjalan kearah ibunya.

"Luke.. "

Sebaik sahaja Luke berada dihadapannya, pipi anaknya itu diusap sayang. Air mata seorang ibu juga tumpah. Yuki tersenyum gembira. Akhirnya, dia tidak perlu menyakiti anaknya. Dahi dirapatkan bersama mata yang dipejamkan.

"Anak mak.. Luke anak mak. "

"Ya.. Ni Luke mak. Anak mak. "

Sekali lagi air matanya mengalir. Sungguh dia rindu dengan anaknya. Luke tanpa teragak-agak memeluk pinggang ibunya. Masing-masing melayan perasaan yang mula bergelora dan sesak.

"Mak, Luke nak cakap sesuatu boleh? "

Yuki mengangguk. Luke hanya tersenyum kelat. Badan ibunya yang mula bercahaya kebiruan membuatkan dia hampir menangis, tetapi masih ditahan. Nafas diambil dan dihembus perlahan.

"Terima kasih sebab dah kandungkan Luke selama 9 bulan. Terima kasih sebab dah lahirkan Luke didunia ini. Terima kasih sebab lindungi Luke. Terima kasih sebab dah beri kasih sayang yang tak boleh dibayar. Dan, terima kasih untuk semuanya.. " luhan hati Luke yang sungguh lembut dan ikhlas daripada hati, membuatkan hati Yuki sebak bercampur terharu. Hati ibu mana yang tidak terusik?

"Luke sayang Mak. Dan tak akan pernah wujud perasaan benci untuk mak. "

Terus Yuki memeluk anak lelakinya itu. Air mata mengalir dengan deras berserta esakan. Luke tersenyum hambar. Belakang tubuh ibunya diusap sayang.

"Mak yang patut cakap macam tu Luke. Terima kasih, Luke.. Terima kasih.. "

Yuki semakin hilang. Dia meleraikan pelukan. Kedua belah tangan diletakan dibahu Luke lalu satu kucupan hinggap diatas dahi lelaki itu. Mata Luke membulat dan akhirnya air mata jantanya menitis dan mengalir tanpa diseka. Ini yang dia mahu, satu kucupan daripada ibunya. Kasih sayang yang tiada ganti.

"Terima kasih sebab jadi anak mak. Terima kasih kerana tak membenci mak. Terima kasih sebab sudi maafkan mak. Terima kasih sebab masih menganggap mak ibu kamu.Dan..  "

Ketika itu bagaikan satu ilusi, seorang lelaki yang hampir mirip denganya berdiri dibelakang ibunya. Rambut perang. Bermata emas keorenngan. Dia tersenyum dan seperti berbicara serentak dengan ibunya.

".. Terima kasih sebab lahir ke dunia dan menjadi bukti cinta ayah dan mak. "

Serentak dengan itu Yuki dan bayangan ayahnya hilang serta merta. Luke tergamam. Beberapa saat kemudian dia melutut dan menangis semahu-mahunya. Tangannya pula mengenggam sebuah loket yang muncul sebaik sahaja ibunya hilang.

Loket yang menyimpan seribu satu makna buat dirinya. Loket yang menyimpan gambar ibubapa dan dirinya ketika masih bayi.

"Mak.. ayah... Luke, Luke.. ARGGGHHH!!!!! "

Shiro yang memerhati dilangit hanya mampu melihat rakan baiknya meraung. Kilat sambar menyambar. Demon atau Daemon yang mahu menyerang mati begitu sahaja. Dua cahaya seperti kelip-kelip terbang dipipinya.

".. terima kasih raja kegelapan..tolong jagakan anak kami ya? "

"Ya. "

Sebaik sahaja cahaya itu hilang, setitis air matanya mengalir. Dia faham. Sangat faham.

Kehilangan orang tersayang bukan mudah, tetapi kita mesti teruskan hidup. Kalau bukan demi diri sendiri,sekurang-kurangnya hidup demi mereka. Asalkan kita teruskan hidup.

"Luke.. "

***

Nafas Katsu dan Arata dua-dua mengah. Pandangan mata Katsu juga mula berbalang-balang dek darah. Katsu tercedera agak teruk begitu juga Arata.

"Nampak macam Riz dah mampus. Baguslah."

Arata tersengih puas hati. Aura Riz tidak dapat dirasai langsung. Begitu juga Yuki. Katsu mengetap gigi kegeraman.

"Kau memang kejam Arata. Kau gembira diatas keperita orang lain. "

"Jadi? Apa yang kau harapkan daripada aku? Aku jahat. Daripada dulu aku berdarah jahat. Jadi kejam itu memang sudah sebati dalam hidup aku. "

"Tak, kau salah. "

Katsu mengelengkan kepalanya. Kedua belah tangan memegang hulu pedang dengan kemas.

"Sungguhpun kau daripada puak yang jahat, kau masih ada pilihan. Kau boleh ubah hidup kau. Tapi kau bodoh! Kau tetap ambil jalan yang nenek moyang kau terap kan! Jadi kau bukan sahaja jahat pada orang sekeliling, tetapi pada diri sendiri juga."

Arata hanya mendengar seperti angin lalu. Tiada apa-apa makna yang dikatakan oleh Katsu. Semuanya sudah terlambat. Dia dah buat pilihan dan pilihan itu membuatkan dirinya yang sekarang.

"Sebab tu, aku akan buktikan kebodohan aku memberi makna yang sangat dalam kepada kau. Aku akan buat kau terseksa sepanjang hayat kau putera. "

Sekeliling Arata mula berubah kelam dan gelap. Tatu seperti sayap menjalar dibelakang tubuh. Tak lama kemudian, sepasang sayap hitam keluar daripada belakang tubuhnya. Arata tersenyum penuh makna.

"Dah tiba masanya untuk kita tamatkan segalanya.. Katsu Reynard. "

"Aku pun fikir benda yang sama, Arata Draglight. "

Katsu mula mengaktivekan kuasanya. Zirah bayang elok tersarung dibadanya. Mata mereka saling tak lepas. Kemudian, sebaik sahaja seketul batu kecil melantun, mereka berdua meluru kearah satu sama lain! Pedang saling berhentakan!

KTTAAANGGG!!

_____________________________________________________________

Seperti yg dijanjikan☺️jumpa minggu depan.

Thanks for the vote and comment 😙

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro