Chapter 62 Monster
*pasang lagu diatas*
Ditempat lain sebelum ngauman.
Luke POV
Aku tergamam tak terkata. Mataku membulat memerhati susuk tubuh gadis yang kaku menyembah tanah. Badan aku mula mengeletar hebat dikala darah mula mengalir keluar dengan banyak daripada badan gadis itu.
"Fu-Fuyu.. "
Aku menarik Fuyu dalam dakapan. Tadi.. Gadis itu muncul dan menolak badan aku daripada menjamah bilah kapak itu. Mata Fuyu dibuka dengan payah. Dia tersenyum manis walaupun darah mula keluar daripada celahan bibir.
"Ke-kenapa.. "
"Saya cintakan .. Awak Luke. Sebab tu saya .. Nak lindungi awak. Saya pernah hilang ramai orang dalam hidup saya, saya tak nak uhuk.. "
Fuyu terbatuk darah membuatkan air mata aku mula bergenang. Fikiran aku mula hilang kewarasan dan hati aku mula tidak tentu arah. Bisikan mula menyapa telinga, penuh dengan kegelapan.
".. sa-saya tak nak kerajaan ini hilang harapan. Awak antara manusia yang boleh tamatkan peperangan ni Luke.. " tanganya yang lemah, naik mengusap pipi aku. Darah yang tercalit tidak dihiraukan. Aku menggeleng kepala dikala nafas Fuyu mula menjadi perlahan dan sukar.
"Fuyu jangan tinggalkan aku, jangan tinggalkan aku. A-aku dah hilang Shiro, aku tak nak hilang kau pulak. Aku tak kuat Fuyu aku tak kuat... " air mata aku mula mengalir tanpa aku sedar. Fuyu menggeleng lalu kepalanya melentok didada aku. Mata dipejamkan. Dada aku mula tak tenteram.
"Awak kuat Luke.. awak kuat.. " sayup-sayup suara Fuyu ketika itu. Tangan yang mengusap pipi aku jatuh ke tanah. Aku pucat. Aku mula memanggil namanya.
"Fuyu? "
Tiada sahutan.
"Fuyu! Ini tak lawak Fuyu! Bangunlah! Fuyu! "
Dan aku berterusan memanggil nama insan yang kaku tanpa sebarang pergerakan. Aku mula menangis. Menangis bagaikan seorang bayi yang tidak mengerti apa itu kesakitan.
"A-apa semua ni? Kenapa aku mesti hilang Fuyu? Apa takdir memang nak mainkan aku? " Aku mendongak keataa bersama rasa sesal dan geram.
"Bagi tahu aku! Kenapa mesti aku yang kena lalui benda yang sama?! BAGI TAHU AKU SIAPA LAGI YANG KAU NAK BUNUH!!!! ARHHHHHHHH!!!"
"Luke! Kawal diri kau Luke! " panggilan Kitsu bagai masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Semakin lama, semakin kuat aku menjerit. Pandangan mak dan Riz tidak aku hiraukan! Kegelapan mula mengusai diri. Setelah itu, aku bangkit dan mencempung badan Fuyu. Kucupan hangat aku hadiahkan didahinya.
Fuyu hidup. Ya, dia hidup. A-aku tak boleh terima kalau dia mati. Jadi ya..Dia hidup..
"Nanti Luke kejutkan Fuyu tau? Luke nak main kejaaap aje dengan diorang. Fuyu sabar tau?"
"Luke jangan macam ni, kau kena terima. " pujuk Kitsu yang mana sangatlah lawak bagi aku.
"Aku? Kena terima? Kenapa? Fuyu ada! Dia tak akan tinggalkan aku! Dia sayang aku, kau tak dengar ke tadi dia cakap, dia cintakan aku!" Aku mula menggila. Sampai hati Kitsu cakap Fuyu macam tu!
"Kawal diri kau Luke! Kalau tak, kegelapan yang merajai kau! Kau kena terima yang Fuyu dah MATI! "
"AKU KAWAL DIRI AKU LAH BODOH! FUYU HIDUP! DIA SENTIASA HIDUP! " kemudian sekeliling aku mula menyambarkan kilat-kilat biru! Taring-taring tajam kelihatan digigi! Badan aku mula membesar bersama bulu-bulu putih yang tumbuh diseluruh tubuh.
"LUKE! "
Panggilan Kitsu tidak aku hiraukan. Pandangan aku juga berubah warna. Darah. Ya . Sekeliling aku hanya darah. Aku mula menggila dan menyerang sesiapa sahaja dalam bentuk yang aku sendiri tak tahu. Yang pasti...
Aku bukan lagi manusia.
Aku rasaksa..
***
Shiro POV
Aku tak boleh biarkan Luke jatuh dalam kegelapan. Biarlah hanya aku sahaja. Luke kini berada dalam bentuk musang syaitan yang berwarna putih. Musang ni berbeza kerana,mempunyai tanduk. Sepatutnya kuasa tu dia kawal dengan sempurna,tetapi kerana kegelapan, dia hilang kawalan.
"Emy, aku nak kau selamatkan Fuyu. Tak kira apa cara sekalipun! "
Arahan aku mendapat anggukan Emyriel. Serentak kami berdua turun padang! Riz dan Yuki tergamam melihat kami!
Lantaklah, aku nak selamatkan kawan aku!
"Dea! Liv! " seruku. Kemudian bagaikan sudah mengerti, dua susuk tubuh itu menyerang Yuki dan Riz. Licah dua orang gadis itu menyerang dan menghentam Yuki dan Riz.
"Shiro.. "
Aku menoleh kearah Emyriel yang mencempung badan kecil Fuyu. Jelas air mata Emy bertakung. Aku mengetap bibir.
"Tak terlambat lagi. Kau kena selamatkan dia Emy.. tolong.. " ujarku seakan merayu. Emy kelihatan serba salah tetapi mengangguk jugak. Emyriel kemudian terbang keudara meninggalkan aku dengan Luke yang dalam bentuk rubahnya.
"Kau memang suka buat kerja gila!" Terus aku terbang dihadapangan.
"GRRRR.. GRAAA!! "
Luke menyerang aku. Aku mengelak dan mengelak. Aku rasa ini lah yang dinamakan kawan makan kawan. Sebab dia nak makan aku woi! Eh mamat ni tahu tak yang daging aku ni tak sedap?! Dulu dah pernah gigit, tak payahlah gigit lagi! Sakit memang sakit, tapi hati lagilah sakit!
BBBAAMMMM!!
"ARGHHH!! "
Serentak aku dan Luke mengerang sakit. Bahana sebab aku pi lagakan kepala dengan dia. Kuat pulak tu! Menyesal jangan ditanya, bayangkan aku yang kepala ketot ni pergi laga dengan kepala musang yang sebesar 10 kali ganda? Tak ke nanti akan wujud kesakitan dek kerana gegaran otak yang maha dasyat?! Ok hyperbola.
Luke menggelengkan kepalanya. Menyahkan kepeningngan mungkin? Cantik, ini peluang! Terus aku memegang kepalanya. Mata Luke yang hitam semuanya, berkelip-kelip bersama erangan. Gigi taringnya sangat tajam. Ada juga titisan air liur yang keluar daripada mulut musang itu. Bapak geli! Tapi sebab aku kenang nak selamat kan dia aje, kena korban sikit.
"Sorry for leaving you buddy. I promise this time, I'm gonna bring you back! "
Setelah itu, sekeliling aku bercaya putih. Mata aku terpejam seketika sebelum kembali dicelikkan. Sekitar aku penuh dengan warna merah.
Ya Tuhan, apa yang kau fikirkan Luke?
Kemudian aku ternampak susuk tubuh yang sangat aku kenali.
Tak, kau tak boleh hampiri kegelapan tu! Jangan buat kerja bodoh Luke!
***
Luke POV
Oh tuhan, kenapa semuanya terjadi Kepada aku? Aku hanya mahu bersama mereka, Kawan-kawan dan keluarga! Hahaha.. tapi diorang semua tinggalkan aku.. aku memang bernasib malang kan?
Takdir..
Kenapa aku mula mempersoalkan kau? Adakah aku akan mula menyalahkan kau? Kenapa sekeliling aku mula gelap?! Sesiapa, tolong.. tolong bawa kembali aku ke alam nyata!
Aku memeluk tubuh dalam getaran. Aku dengar, aku dengar semua suara yang menyuruh aku berhenti. Tapi aku tak boleh. Aku terlalu takut.
"Ikut aku. Aku boleh bagi kebahagian untuk kau. "
Satu suara memanggil. Satu bayang yang tersenyum didepan aku.
Siapa kau?
"Kegelapan dalam diri kau.. "
Dia menghulur tangan dengan senyuman penuh makna. Entah kenapa aku mula terpedaya. Kewarasan aku entah kemana. Aku dah lempar jauh-jauh rasanya. Tapi yang pasti aku tertipu dengan kata-kata itu. Jika kegelapan adalah jalan untuk aku bahagia.. mungkin aku patut ikut? Aku mula tersenyum. Tangan bayang itu mula aku hampiri.
Sabar Fuyu. Tak lama lagi aku datang jemput kau. Aku dan kau. Kita bahagia dalam dunia kita ..
"Kau dengan kerja gila memang tak dapat dipisahkan kan? "
Tangan aku berhenti sekerat jalan. Mata aku membulat. Air mata yang entah berapa kali mengalir, tumpah. Suara tu. Suara yang lama aku tak dengar.
"Pandanglah belakang, setan. "
Tak! Aku tak nak! Tolong, tolong jangan bagi harapan palsu pada aku lagi. Aku dah cukup terluka.. Aku menutup mata dan telinga. Nyah kau daripada minda aku mahluk bergelar parasite!
Dengusan kasar jelas menyapa telinga. Tak semena-mena, badan aku dipusingkan kebelakang! Aku tersentak apabila melihat wajah bengang si dia yang berada didepan mata. Bahu aku dia cengkam kuat.
"Boleh tak kau stop buat kerja gila?! Kau tahu tak kalau kau jatuh dalam kegelapan, kau tak akan boleh berpatah balik! Sekali aje dalam hidup kau, tolonglah guna otak tu sikit! "
Tengkingnya membuatkan air mata aku mula merembes. Dia mendengus lalu memeluk aku. Aku membalas pelukannya. Kepala disembamkan diatas bahunya.
"Shiro..Shiro.. " panggilku dalam esakan.
"Hurmm.. "
Sedikit demi sedikit sekeliling aku berubah putih. Aku menangis dan menangis. Sahabat aku hidup! Shiro hidup! Dia menepuk-nepuk bahuku seperti mendodoikan. Makin galak lah aku nangis!
"Menangislah Luke. Menangis. Kenapa perlu ditahan lagi? Kau selalu sorokkan kesedihan kau dengan senyuman. Kau selalu biarkan orang lain bahagia sedangkan kau tak cari pun bahagia kau. Kau selalu buat orang lain gembira dengan kesengalan kau, padahal kau juga menderita seperti aku. Sebab tu kau boleh faham aku. "
"Jangan tinggalkan aku, Shiro. Aku takut. Kuat ke aku nak hadap kematian mak?Fuyu? Kenapa mesti aku Shiro? Kenapa? " pelukan semakin dikemaskan.
"Kenapa, kenapa dan kenapa. Luke tak ada guna kita tanya benda tu. Itu sebahagian daripada hidup. Inilah realiti. Kalau kau still tanya, aku akan jawab sebab kau kuat. Kau mampu hadapi semua ni. Sebab tu takdir aturkan semua masalah dan ujian untuk kau dan aku. Sebab kita kuat. "
Shiro meleraikan pelukan. Matanya menatap wajah aku. Aku yang masih bingung dan terpinga-pinga membalas pandanganya.
"Luke.. " panggilnya membuatkan aku teguk liur. Dah kenapa serius pulak ni?
"Ya-ya? "
"Jangan buat muka tu lagi. Lost and confused. "
"Ke-kenapa? "
"Muka kau comel lah pulak. Aku pun dah tergugat. Kau jangan, kalau aku tercium, mati aku. Aku still nak jadi straight duhh.. "
DDDUSSSHHH!!!
Satu tumbukan dilepaskan. Aku punyalah sedih bagai, dia buat lawak bangang dia?! What the heck man! Ini lah yang dikatakan member tak gune. Sungguh tak gune!
Spoil tul! Hattuui!!
"Boleh tak kau jangan nak buat lawak bodoh time-time macam ni?! Fikir lawak ke hah?! "
"Eleh, kau tu pun selalu buat lawak gay. Kalau kau boleh asal aku tak boleh? Kau tahu tak aku pun naik geli! "
"Itu sebab kena tempat! and dah tahu geli tak payah buatlah bodoh! "
"Kau buat lawak mana pernah kena tempat gila! "
Dek kerana geram terus aku dan Shiro menerkam antara satu sama lain. Bergaduh dan bertumbuk. Berguling-guling jugaklah aku rasa. Tak ada seorang yang mengalah,malahan sempat bermain cakar-cakar.
"Hahaha.. "
"Finally.. "
Penumbuk yang hampir menjamah mukanya terhenti. Dia berada dibawah aku menakala aku diatasnya sambil mencengkam kolar bajunya. Baru aku perasan, kami hanya berpakaian sekolah.. pakaian sekolah Aurora. Sekolah lama kami, sebelum semua bencana berlaku. Shiro tersenyum lebar kearah aku.
"Kau dah senyum Luke. Kau dah terima takdir kau. "
"Huh? "
"Tengok sekeliling.. "
Aku memerhati sekeliling. Putih. Indah dan tenang.
"Ini maknanya kau dah boleh terima takdir kau. " Shiro bangkit. Aku juga bangkit.
"Sedarlah. Kau bukan sendirian. Aku sentiasa ada. Kami semua ada. "
Mata aku membulat apabila bayangan rakan-rakan, muncul dibelakang Shiro. Kesemua mereka tersenyum gembira kepada aku. Apa perasaan ini? Terharu? Gembira? Tak..
Ianya bahagia.
"Luke.. "
Aku menoleh kebelakang. Aku membalas senyuman susuk tubuh berambut putih itu. Susuk tubuh yang muncul dalam hidup aku tanpa dipinta.
Tangan kecilnya naik mengusap pipi aku.
"Thanks for everything.. "
Kemudian semuanya lesap.
Aku yang patut cakap semua tu Fuyu.
Terima kasih sayang..
***
Aku membuka mata perlahan-lahan. Perkara pertama yang aku nampak ialah Shiro. Tersenyum pada aku. Tch, raja setan nilah..
"Dah sedar? Kalau tak sedar lagi aku boleh aje hantukkan kepala kita. Biar sampai berdarah. Pastu kau yang dah sedia sewel bertambah sewel. " ujarnya dengan gaya ala-ala nak laga kan kepala. Aku ketawa kecil. Aku tahu aku masih dalam bentuk musang aku. Kemudian aku melemparkan pandangan kearah sekeliling. Damn, teruk betul kerosakan yang aku dah buat..
"Jangan risau, aku dah mintak Akari selamatkan tentera kita.. " aku mengangguk syukur. Kemudian pandangan aku berkalih pada 2 susuk tubuh yang diasak oleh 2 orang gadis.
"Shiro, boleh kau tinggalkan aku? Aku nak uruskan mereka sendirian. "
Seperti mengerti, Shiro hilang daripada pandangan. Begitu juga 2 orang gadis itu membuatkan Riz menarik nafas lega, begitu juga Mak.
"Maaf Riz, kau masih ada perhitungan dengan aku. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro