Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 57 Hello Wife..

Luke masih tergamam dengan kehadiran Arata. Perlahan-lahan dia berada dalam mode menyerang tetapi terbantut apabila Arata mengangkat tangannya.

"Tenang. Aku nak bercakap dengan kau kejap. Lagi pun kalau aku serang kau, itu hanya tempah maut, memandangkan aku di istana Raja. Jadi Chill lah bro. "

Ujar Arata seraya menyeluk tangannya kedalam poket. Luke pula masih ragu-ragu. Arata membuat muka bosan.

"Lantak kau lah. Aku datang sebenarnya nak tanya kau ni. Kau jawab ek? " soalnya selamba.

"Apa kau nak tanya? "

"Ni ibu kau kan? "

Terbutang mata Luke apabila Arata mengeluarkan sekeping gambar seorang wanita yang berambut oren panjang paras pinggang.

"Macam mana kau.. "

"Betul lah kan? Lagi pun dia kekadang buat benda bodoh gak macam kau di tempat kami. "

"Oit! " terus mata Luke menjegil kearah Arata yang sengih innocent.

"Huwoo.. taniah Luke! Kau sudah terkenal dengan sikap bodoh kau! " Kata Kitsu bersama tangan ditepuk-tepuk. Bangga. Siap sapu air mata lagi!

"KITSU!! "

Terus dicengkamnya badan ketot Kitsu yang dari tadi sedap landing diatas kepalanya. Tak padan dengan kecik, aku tendang masuk dalam sungai nanti baru tahu!

"Pergi balik dunia spirit kau tu!" Marah Luke yang masih mencuba mengangkat Kitsu dari kepalanya. Menjerit Luke sakit apabila Kitsu menggunakan kukunya dan mencengkam rambutnya pulak!

"Woi! Sakitlah setan!! Lepaslah!! "

"Nooo!!! Tak nak!! Kitsu nak duduk atas sini!! "

"Menggediklah kau!! "

Arata yang menjadi penonton tak berbayar, hanya duduk diatas tanah sambil makan betih jagung yang entah dari mana datangnya. Lantaklah, janji drama tak rasmi menjadi tatapan mata. Jejak kasih antara Musang jantan dan Luke jantan!

"Bla lah Author! " kata Kitsu dan Luke serentak.

Aku pulak yang kena.

"Dah dah lah korang ni. Aku datang nak bincang, bukan tengok korang bertekak. "

Ujar Arata seraya bangun dari duduknya. Luke menghela nafas berat lalu membiarkan sahaja Kitsu dikepalanya. Kitsu pula sudah tayang sengih bersama ekor yang digoyangkan kiri dan kanan. Seronok letuuww.

"Jadi macam yang telah disahkan oleh kau, dia ni ibu kau yang telah lama hilang atau lebih tepat sudah mati. "

Luke hanya mendengar. Sempat juga dia menelan liur apabila perkataan mati ditekankan oleh Arata. Pahit. Tetapi dia harus terima.

"Jadi... ibu aku memang.. dah mati? " soalnya kelat.

"Ya."

"Habistu.. kenapa dia masih ada didepan mata aku masa di medan perang? "

"Perjanjian. "

"Huh? "

Kening Luke bertaut kerana keliru. Arata pula hanya tersengih. Tangan dimasukkan kedalam poket seraya berjalan mengelilingi Luke.

"Yes, perjanjian. Dia melakukan perjanjian dengan seseorang untuk berkongsi nyawa supaya boleh teruskan hidup. Malangnya seseorang yang telah dia berjanji.. ialah orang yang keji atau lebih tepat Riz. "

"Riz? "

"Riz ialah perisik Dark Cyber yang dihantar oleh Yurei dan salah seorang jeneral terkuat. Dia yang rancang semua bencana yang melanda di Grandiflora. Termasuklah,kes Guardian membelot negara. "

"Alger.. "

Ketika nama itu meniti dibibir, rasa benci yang tak terhingga mula bercambah dihati. Lelaki itu penyebab rakannya bertarung nyawa! Dasar putera setan!

Luke dikawal emosi. Rambutnya mula bertukar merah tetapi tidak lama apabila Kitsu mengusap lembut rambutnya tanda bertenang. Luke yang tergamam, menghela nafas. Dia mula tayang sengih pada Arata yang dah buat gaya nak berlawan. Risau woii kena belasah tanpa sebab!

"Kau serang, memang aku tendang musang atas kepala kau tu. "

"Asal plak aku yang kena?! Muka hodoh ni lah sepatutnya kau tendang, tak pun sepak. Mana tahu wayar dalam otak dia berfungsi. "

Dalam beberapa minit Arata terpaksa jadi penonton sekali lagi. Jejak kasih Antara Kitsu dan Luke menjadi santapan mata untuk kali kedua . Dia menghela nafas. Mengekek musang ketot itu dikejar oleh Luke yang sudah memegang kapak ais.

"Come here you little fox!! "

"Hahaha...! Wut wut!! Luke kau dah tua!! Hahaha.. suka marah marah macam Ad!! Hahaha...! "

Makin galak Musang kecik itu menyakat Luke. Arata sudah geleng kepala sambil ketawa. Ketawa pasrah dan menyesal.

"Kenapalah aku tak jumpa Lance aje? "

"Apa yang kau buat disini?!"

Terus tamat drama Luke dan Kitsu. Suara yang menjerkah garang membuatkan tumpuan mereka bertiga beralik kearah 2 susuk tubuh. Arata hanya tersengih.

"Second prince...! Memang takdir kita bertemu lagi ya?"

***

"Nah, untuk mak cik. Makan ya? Nanti kalau nak lagi, mak cik mintak sahaja pada kami. " ujar Akari lembut kepada seorang Mak cik. Mak cik itu tersenyum seraya mengangguk. Akari tersenyum lalu bangkit.

Dia melihat sekelilingnya. Penuh dengan rakyat Grandiflora. Mereka terpaksa berpindah ke Istana kerana peperangan lepas. Ada yang menangis, mengeluh dan tidak lupa juga yang tidak sempurna seluruh ahli keluarganya. Akari mengenggam erat tangannya melihat seorang kanak- kanak lelaki menangis sendirian. Tanpa keluarga.

Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah kearah kanak-kanak itu. Dia tahu peritnya kehilangan keluarga. Dia juga bergitu. Jika tidak, masakan dia boleh berkenalan dengan Shiro dan yang lain-lain?

"Adik? "

"Huh? Hik.. "

Kanak-kanak yang berambut perang itu memandang Akari. Mata Akari membulat melihat mata kanak- kanak lelaki itu. biru, lawa. Dia tersenyum manis kearah kanak-kanak itu.

"Kenapa adik nangis ni? "

"Hik.. hik.. papa.. mama.. dah tak.. ada... semua dah pergi.. hik.. huwaa..! "

Makin galak anak kecil itu menangis. Oleh kerana tidak tertahan, terus didakapnya anak kecil itu.

"Shh... akak kat sini. Adik boleh nangis dibahu akak. "

Anak kecil itu menangis semahu mahunya dibahu Akari. Dari jauh, Lance memerhati Akari di pintu masuk dewan yang menempatkan kesemua penduduk yang terselamat. Senyumannya melebar apabila Akari mula mendukung kanak- kanak yang lebih kurang 4 tahun usianya.

"Hello wife.. " ujarnya selamba apabila Akari berjalan kearahnya atau lebih tepat untuk keluar. Akari memberi jelingan maut kearahnya.

"Jangan nak mengada. Aku tumbuk muka kau kang. Mengatal! "

"Alaa... kita nak gatal ngan awak aje. Itu pun tak mau kasi. "

"Memang tak mau kasi pun."

Akari meneruskan langkah tanpa menghiraukan Lance yang mula buat muka sedih. Langkahnya terhenti apabila kanak-kanak lelaki itu menepuk bahunya.

"Kenapa Aki? "

"Abang tu kacak lah. Mama kahwin ngan dia leh? Aki suka. "

Terbutang mata Akari manakala Lance dah melompong.

"kahwin?! "

"Mama?! "

Terus Lance berada dihadapan Akari dan berpeluk tubuh dihadapannya. Muka tak puas hati ditayangkan.

"Siapa laki kau? Asal kau tak cakap kau dah kahwin? And ini anak kau? Asal comel sangat?!! And asal aku rasa macam heartbroken?!! "

KKUKK!!!

"Aww... "

Aduh Lance apabila kepalanya diketuk geram oleh Akari. Tak bagi langsung orang nak menjawab!

"First of all, aku tak kahwin lagi. Second, nama dia Aki Nightwalker. Dia yang nak aku jadi mama dia. That's why dia panggil aku macam tu. And lastly, mana lah aku tahu kau heartbroken ke tak gila! " marah Akari.

Lance pula sudah tayang sengih. Bukan sengih biasa. Sengih yang luar biasa!

"Aww... kita ada peluang nak kahwin ngan dia lah ni? Hahaha... OHH YEAHH!!!! " menjerit Lance kegembiraan.

".. YEAHHHH!! " Aki juga menjerit even otak dia tak tahu apa-apa.

"AWW.. AWW.. ok ok tak jerit! "

Mengekek Aki gelak apabila Lance menggosok telingannya yang dipulas oleh Akari. Haha.. telinga papa kena piat ngan mama!

"Bla lah kau! Jom Aki, jom kita date dua-dua.Tinggalkan singa jantan ni. "

"Singa gila lah sayang.. "

Kening Akari bertaut memandang muka miang Lance.

"Singa gila yang jadi gila sebab sayang.. aumm.. "

KKUKKK!!

"Kita gurau je.. "

Cebik Lance apabila Akari sekali lagi mengetuk kepalanya. Muka dibuat selamba. Sengihan yang hampir terukir dibibirnya cuba dikawal. Lahaii hati.. janganlah kau jatuh hati!

"Hahaha... papa ngan mama.. lawaklah! Papa! Papa! Dukung Aki! Dukung! Boleh date..sekali! "

"Hahaha.. ushh.. dengar tu sayang? Aki dah bagi green line.. meh sini papa dukung ya? "

Terus Aki ketawa apabila Lance mendukungnya. Siap dicium pipi budak tu! Asihh... laki sapa lah ni?

"Yelah.. Jom Aki kita pergi date eh? Kerja mama dah siap. "

"Ngan papa dia tak nak ke? "Terangkat angkat kening Lance pada Akari.

"Aku date ngan Aki je. Kau tu orang ketiga OK? Sebuk aje!"

Mengekek Aki ketawa dengan Lance apabila Akari membuat flit hair. Terus pipi Akari dicuitnya. Asal comel sangat? Ni nak kahwin express ni! Ashh.. gatal kau ya Lance?

"Dah jom! "

Terus jari jemarinya selamba disulam bersama Akari. Akari tidak pula membantah. Kadang kala dicium pipi tembam Aki oleh Akari. Lance pula dia buat tak layan sahaja. Tapi tulah.. dalam tak layan tu lah Lance asyik sengih semacam! Haiih.. angau betul dia dengan Akari.

"Haiih... bahagianya tengok diorang kan, Aiz? " soal gadis yang berambut hitam dan bermata biru kepada Aiz. Ayana dan Aiz memerhati sahaja mereka dari tingkat atas dewan itu. Mereka baru sahaja berlatih dibawah tunjuk ajar Kyo dan Lance. Sekarang waktu rehat.

"So? " soal Aiz tanpa menoleh.

"So kau tak nak cari satu ke?" Soal Ayana bosan.

"Kata orang kau tu pulak? "

"Ehh.. aku ada dah. "

Terus Aiz memandang Ayana walaupun muka tidak menunjukkan riak.

"Siapa yang malang tu? "

"Guru paling garang macam singa, but kacak. Hot pun hot tau. Ushh.. berpeluh mata kita tengok dia. Dengan peluh ikut lekuk badan...eii!!hihi.. " Muka Ayana mula berseri-seri dan mulut tak habis habis sengih. Pikir apa tu Ayana? Leon kah?

Aiz membuat muka meluat. Datang dah penyakit dia tu. Sepanjang mereka berlatih, Ayana makin rapat dengan kumpulan mereka. Mula tu heartless jugaklah minah ni, tapi dah lama lama.. masuk air gak rupanya.

"Apa-apa jelah. Fikir Leon lah tu. Memetang semalam dapat tengok six pack dia, bukan main lagi kau ya? "

"Biar lah, syibuk aje! Laki kita tu! Tahu lah alone. "

Sebelum sempat Aiz mahu membidas, satu suara menyampuk.

"Ayana! Aiz! Jom makan tengah hari! Yang lain dah siap! " panggil Hinari dari jauh dan melambai lambaikan tangan.

"Siapa kata aku alone? Tu, tak nampak bidadari aku dah panggil? "

Kata Aiz selamba lalu dengan tangan yang dimasukkan kedalam poket dia berjalan melepasi Ayana yang sudah terlompong.

"Biar betul Encik Heartless tu? "

_________________________________________________________________

Terlalu romance or what? 😂horrible right? 😂 chill..kita tak mau sedih sedih and serius... so apa kata kita romance sikit Chap hari ni😂. Kepada Reader yang watknya ada dlm ni.. haa.. nsiblah eh.. saya Ship kan dgn sesiapa sahaja😂!!

Enjoy your holiday and Read lah peacefully 😂💕jangn lupa Vote💕.

Aki Nightwalker

SO CUTE!!!!! 💕💕💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro