Chapter 5 The tragedy that changed everything
Seorang gadis berambut biru laut dan memiliki mata berwarna merah seakan darah, naik ke bilik abangnya. Kuali yang buntutnya sudah hitam dipegang. Ketukan pintu di beri sebanyak tiga kali.
"No one at this bedroom. "
Balas suara yang masih mamai. Keluhan berat meniti diatas bibir sang gadis. Ketukkan pintu masih diberi sebanyak tiga kali.
"Meow, no one at this bedroom. Imma just a kitty who love to help oh so call my friend.. "
Masih dalam nada yang sangat mamai, tinggal masa untuk dibuai balik oleh mimpi. Keluhan berat dilepaskan lagi.
'Boleh jadi rutin harian aku kalau macam ni, naik turun tangga kejut orang tua pemalas ni aje. '
Lalu kaki menendang pintu didepannya.
"ABANG BANGUNLAH! DAH NAK DEKAT TUJUH PAGI DAH NI ! TAK KAN LUCIA NAK NAIK TURUN TANGGA TIAP-TIAP HARI KENA KEJUT ABANG JE?! " marah Lucia.
"Eloklah tu, boleh kurus sikit. Abang tengok pun kamu dah macam.. "
Sebelum sempat Shiro menghabiskan kata-katanya, lehernya telah diletakan bilah pedang yang berwarna hitam.
"Macam apa? Kalau sanggup nak hilang kepala, mata, otak.. habiskanlah kata-kata abang yang tersayang... Lucia nak tahu abang tengok Lucia macam mana sebenarnya.. " kata Lucia tersenyum girang. Shiro teguk liur.
"Uhuk .. uhuk.. maksud abang, abang dah tengok Lucia macam bidadari yang cantik putih, rajin, bersih seperti kertas dan kain yang suci. " kata Shiro seperti memuji. Bukan puji Ikhlas pun, setakat nak redakan kemarahan si adik yang mulai bengang.
"Ish, apalah abang ni! dah siap cepat. Oh lupa pulak.. "
Lucia yang sudah mengatur langkah untuk pergi, berhenti di depan bilik pintu.
"Kak Emyriel pergi sekolah dengan kita hari ni. Lucia pun baru tahu yang rumah dia selang dua buah je. And pasal pujian abang tu.. Lucia boleh terima. Tapi kalau abang betul-betul habis kan ayat yang sebenar tadi.. " Lucia memengang pintu bilik Shiro kemudian..
SSHREKK!
Berlubang habis pintu bilik Shiro dek kerana ditusuk oleh bilah-bilah besi seperti kon.
"Mungkin kepala abang jadi sama macam ni. "Kata Lucia sambil tersenyum lalu keluar dari bilik Shiro.
Shiro memandang pintu biliknya itu, lalu bergegas ke bilik air. Dalam otak dia satu je..
'MATI AKU, MATI AKU, MATI AKU'.
Dia melajukan pergerakannya apabila jam sudah menunjukkan pukul 6:59 a.m.
***
"Oh hai Shiro, selamat pagi! "ucap Emyriel yang berada di sebelah Lucia.
"Pagi. " Balas Shiro sepatah. Lucia hanya menggeleng kepala manakala Emyriel tergelak kecil.
"Apa? " soal Shiro.
"Abang serius nak pakai seluar tu? " Shiro melihat seluarnya.
Mata membulat kemudian dia memandang adiknya dengan muka poker face.
"Okey je abang tengok. "
Balas Shiro. Lucia ternganga. Emyriel tergelak kecil.
"ABANG JANGAN NAK MENGADA! PERGI TUKAR SEKARANG SELUAR TIDUR ABANG TU DENGAN SELUAR SEKOLAH! JANGANLAH NAK MALAS SANGAT! " Marah Lucia.
Yelah mana tak marah, ada ke patut pakai seluar tidur? kalau warna hitam tak ada corak boleh lah.. ni tak, seluar tidur dahlah berwarna pink. You hear me PINK! Tambah pulak corak kuda ada tanduk.. apa entah orang pangil dia. Unicomp.. unina. Ucorn.. apa apa jelah.
"Aye aye.. Grandma. " lalu Shiro berlari menukar seluarnya.
"ABANG! "
Orang sekeliling sudah biasa dengan dua beradik Ryuzaki ni. Ada je hari-hari si abang nak naikkan kemarahan si adik.
Selepas Shiro siap menyalin seluarnya, mereka bertiga pergi ke sekolah bersama menggunakan portal kuasa Lucia. Walaupun baru beberapa minggu pindah ke sini, tetapi Emyriel boleh menyesuaikan diri dan bergaul bersama dengan yang lain tanpa ada masalah. Apabila sampai di sekolah mereka disambut oleh Luke, Akari dan rakan-rakan yang lain.
***
"Lucia kamu balik dulu. Abang dengan Luke nak pergi kedai Uncle Leo, nak ambik video game yang baru. " kata Shiro lalu menutup lokernya.
"Haa.... video game lagi. Mmm... yelah Lucia balik dulu dengan Akari, tapi abang hati-hati tau. Lucia tak sedap hati sikitlah. " ujar Lucia yang kelihatan agak risau.
"Hahaha janganlah risau Lulu! abang kau kan kuat. Apa-apa jadi, padai lah aku dengan abang kau settle kan." kata Luke untuk menyejukkan hati sang gadis.
"Yelah aku percayakan kau. Tapi kau pun tolong hati-hati okey? Jaga diri. " pesan Lucia lembut.
"Okey little Lulu. Hihi sayang jugak kau kat aku. " balas Luke mengada.
"Ada ada jelah kau. " kata Lucia.
"Oi, orang tua otak karat, cepatlah. Kau ingat aku tungul ke apa? Lambat aku tinggal. "Panggil Shiro kuat.
'Ingat aku ni apa nak tunggu? lainlah kalau girlfriend, boleh lah tunggu. ' bebel hati Shiro.
"Yelah aku datang lah ni. Okay cau dulu Lucia, Akari! " Akari yang baru tiba hanya melambai sambil tersenyum.
'Kenapa dengan hati aku ni? Gelisah semacam, tak boleh duduk diam.Harap harap janganlah jadi apa apa. '
"Lucia jomlah.. kau termenung apa? "Soal Akari apabila sahabatnya tidak bersuara.
"Tak ada apa apa. Jomlah makan ice cream, aku belanja. " kata Lucia.
"Aku sentiasa sayang kau sahabat nombor satu dan terbaik yang pernah aku ada. " balas Akari selamba sambil memeluk rakannya. Akari dekat sekolah je garang dan tegas, tapi baik dan kelakar sama macam Lucia. Di sekolah lain di luar lain. Akari ni pun sebab naik pengerusi student council aje. Mesti tunjuk dirinya kuat.. Mana boleh lemah kan?
"Tak payah puji. Aku memang dah tahu. " balas Lucia.
Terburai gelak tawa dua orang gadis itu. Akari dan Lucia pun menghabiskan masa berdua sebelum pulang.
Shiro POV
"Wahhh... dah lama jugak aku tak pergi kedai Uncle Leo! Tak sabarnya! " kata Luke riang.
"Kau je, aku tak. Dah naik muak aku tengok muka tua tu. Heh.. selamat tak tua berkedut macam kau. "
Luke memberhentikan langkahnya lalu membuat cermin ice untuk melihat wajahnya.
'Mana ada kedut, kacak elok je muka aku ni. Hihi smart jugak aku ni kan? Hahaha of course lah. Sekacak-kacak Shiro pun aku still nombor satu! oh yeah baby! '
Tanpa Luke sedar aku membaca fikirannya. Heck, sepat pulak angkut bakul sendiri ! Perasan melebih betul!
'Kau kalau ada perlumbaan orang paling bangang dalam dunia, sah memang nombor satu punya. Naik muak aku dengan kau ni. Dah lah jom! nanti aku tak ngaku kawan kalau kau still nak membangangkan diri sendiri. ' kata ku telipati dengan minda Luke.
"Jealous lah tu. " cebik Luke perlahan.
"Yup, aku jealous tak dapat nak jadi sebodoh kau. " kata ku dalam nada memerli.
"Yelah, yelah semua aku. " Luke merajuk.
"Aku gurau je lah. Kau kan pandai komputer. Mana ada bodoh. Pandai je. " pujuk aku. Ikhlas ke tak belakang citer. Hahaha..
"Betul ni? " soal Luke
"betul lagikan benar duhai sahabat sehidup semati, sehati juga sejiwa daku. " balas ku.
"Yeah! Shiro kata aku pandai. Hip hip horey hip hip horey! " ujar Luke sambil belari mengelilingi aku.
Aku hanya menggeleng kepala melihat gelagat sahabat aku sorang ni. Dah macam budak 5 tahun je. Kemudian kami berdua terkejut dengan bunyi seseorang meminta tolong. Luke hendak pergi mencari siapa tuan punya suara. Aku sempat menahan dia dengan menarik tangannya sambil menggeleng kepala aku tanda 'Jangan'.
"Shiro aku tahu kau tak nak. Tapi kita kena tolong orang tu. Macam mana kalau dia tu budak? Tak akan kau nak biar je. " kata Luke agak kecewa sedikit. Aku tunduk.
"Tunggu aku dekat sini, kalau apa apa jadi, pandai-pandailah kau cari aku. " kata Luke melepaskan tangan aku lembut.
Kemudian, Luke menggunakan kuasa masa untuk mencepatkan pergerakkannya. Aku terkaku seketika dan mengeluh.
"Tak mungkin aku akan tinggalkan kau sorang. Kau tu kan kawan aku. Bodoh. " aku memonolog seorang diri.
Lalu aku mencari jalan yang digunakan olehnya. Tanpa aku sedar ada yang memerhatikan aku.
No one POV
Lorong yang sunyi.
"Oi budak ni je yang kau ada? " kata seseorang.
"Ya.. ya.. Ini je yang saya a-ada. Tolong jangan apa apakan saya! " rayu seorang kanak kanak lelaki berumur dalam lingkungan 10 tahun.
"Hey lepas kau masuk kawasan kitorang kau nak bla macam tu je? Hahaha tak boleh lah budak." Kata lagi satu suara dengan sinis.
Sebelum sempat dia mencederakan budak itu Luke datang tepat pada masa. Luke meperlahan kan pergerakan lelaki itu lalu menarik keluar budak lelaki itu.
"Cepat lari dari sini. Jangan risau fasal diorang, biar abang yang uruskan, okey? " kata Luke lembut sambil mengusap kepala kanak kanak lelaki itu untuk menenangkannya.
"Terima kasih abang. " ucap nya. Luke tersenyum.
"Cepat pergi. "
Lalu budak itu pergi meninggalkan kawasan tersebut. Air matanya masih mengalir.
"Ewah ewah.. Senang-senang aje kau masuk sini curi punching bag kitorang! Alahai nak tunjuk hero lak. Sakit ooo... tengok aku! " kata salah seorang lelaki.
"Woii Zi simpan sikit untuk aku belasah dia ! "kata seorang lelaki memakai penutup mata sebelah kiri.
"Lantak aku lah, kau sibuk pahal Roi?! "balas Zi
"Korang ni siapa hah?! Dia tu budak lagi. Kenapa kejam sangat?! " bentak Luke kerana bengang dengan dua orang mahluk didepan mata.
"Hahaha kau tak tahu ke kitaorang siapa? Tak apa biar aku bagi tahu! Kitorang ni Dark cyber lah bodoh! hahaha. " gelak seorang lelaki yang tiba tiba muncul entah dari mana. Luke terkejut.
"Heh terkejut ke sebab ketua Rei ada? "
'Teruklah macam ni, salah satu ahli dari Dark Cyber. 'ujar Luke dalam hati.
"Aku tak kesah kau ni siapa, kumpulan apa! Yang paling penting apa yang kau buat memang salah! " kata Luke berani.
"Kau siapa nak ajar kami?! " selepas berkata begitu Zi menyerang Luke. Luke sempat mengelak. Luke mengeluarkan pedang emasnya.
"Time sword on. " ujar Luke lalu mata kanannya berubah sama warna dengan pedangnya. Di matanya juga kelihatan seperti muka jam.
"Pengguna masa? Hhahaha aku ingat dah tak ada lagi! Haha..not bad kid. " gelak Zi.
Luke mengabil kesempatan untuk menyerang, tetapi serangannya di tahan oleh sebuah kapak yang besar!
KTANGGG!
"Tch! "
"Kau memang kuat budak.. aku mengaku... tapi tak cukup kuat untuk kalahkan akulah! "Zi menyerang dengan kuasa api biru miliknya.
'Pengguna api huh? ' Luke mengelak setiap serangan dengan mudah.
"Hahahah, hey old man! Kau ingat aku tak boleh kalahkan kau? Kau tu dah tua kut! " Kutuk Luke sambil mengelak setiap serangan. Zi semakin marah.
"Kau! kau memang nak kena! " lalu setiap bebola api bertukar menjadi panah berapi. Setiap serangan masih senang untuk Luke elak. Kakinya licah melompat ke kanan dan kiri!
"Kena apa? Kena makan? sorry aku tak sedap. Kena palau atau pulau dengan kawan? boleh lah kadang kadang. Kena kalah kan kau? Of course lah! "Ujar Luke lalu memulakan langkah untuk menyerang.
Luke melibas pedangnya. Semasa Zi hendak mengelak, kaki nya dibekukan dengan ice dan di sekeliling ice itu mempunyai lingkaran berwarna kuning seperti muka jam di mata kanan Luke.
"Time stop. " bisik Luke.
' Kenapa aku tak boleh gerak ni?!! '
SWOSHH !!
Libasan tadi mengena!
"Arrghh!! " Zi mengerang kesakitan.
Luke mendapatkan Zi yang terpelanting jauh. Lalu membisikan sesuatu.
"GOOD NIGHT AND SWEET DREAM. "
Medangnya dilibas sebanyak dua kali. Libasan tadi membentuk jarum jam yang menunjukan pukul 12:30. Badan Zi terbelah dua. Luke kelihatan agak penat kerana dia terpaksa guna kuasa berlebihan.
'Kenapa aku terpaksa guna kuasa banyak tiba-tiba tadi? '
Soalnya sendiri didalam hati sambil termengah-mengah.
"Hahah kau kalah lah Zi! kesian nya. " kata Roi sambil ketawa apabila rakannya mati ditangan Luke.
Luke terkejut dengan Riaksi Roi.
"Kau gelak rakan kau mati?! " ucap Luke dengan nada geram.
"Kawan. Heh tolong lah Dark Cyber tak ada budak lemah dalan kumpulan. Kalau dia boleh kalah lawan dengan kau, dia bukan lagi ahli kumpulan kami. " kata Rei dengan angkuhnya.
'Diorang ni memang tak ada perasaan betulah! ' Bisik hati Luke
"Dia still salah seorang dari korang lah bodoh! " bentak Luke yang mendengar jawapan dari mulut Rei.
"Heh aku kesah apa? Tapi sebab kau dah bunuh dia so... Our turn to kill you kid. "
lalu Rei dan Roi menyerang Luke tanpa henti bersama. Roi menendang bahagian sisi kanan Luke tapi sempat ditahan. Impak daripada tendangan itu Luke terpelanting jauh sehingga terkena dinding. Luke muntah darah kerana serangan tersebut.
'Ku.. kuatnya! Kenapa aku tak boleh guna kuasa Ice ni?'
"senang je.. Rei ni ada kuasa untuk menghilangkan kuasa lawan dia. " terang Roi yang masih menyerang Luke.
'Macam mana-'
"aku tahu?aku ada kuasa membaca minda. " sambung Roi.
Luke menendang Roi tetapi dia sempat menangkap kakinya lalu membaling Luke sehingga badannya terkena dinding. Dinding itu retak lalu tubuh Luke rebah ke tanah. Pedangnya hilang. Warna matanya bertukar kepada warna asal. Kedua- dua orang ahli Dark Cyber senyum sinis.
'Tolong aku Shiro.. '
Di tempat Shiro
'Aduh... mana pulak Luke ni? Asal kau lari laju sangat! '
Gumam Shiro didalam hati. Tiba-tiba langkahnya terhenti.
"Siapa tu? Baik kau keluar sekarang! "
'bodoh lah kau Shiro! Tak payah lah nak kesah sangat siapa yang ikut kau. Budak-budak mentah je tu. Kalau Luke dalam bahaya macam mana? Aduh aku ni pun! ' Shiro bermonolog sediri didalam hati.
Sebelum sempat dia melangkah, ada tangan yang menarik hujung lengan bajunya.
"Shiro! "
"Emyriel? "
Ujar mereka serentak.
"Kenapa awak tergesa-gesa sangat ni? " soal Emyriel yang baru sahaja pulang daripada sekolah.
Sebelum sempat Shiro menjawab satu letupan berlaku.
"ABANG!!! " jerit seorang budak lelaki yang berada di belakang mereka. Emyriel mengdekati budak itu dan bertanya kepadanya.
"Kenapa adik menangis ni? " soal Emyriel lembut.
"A-abang tu dah mati ke?semua ni salah saya..! " kata budak tu sambil menangis.
"Siapa abang tu? Adik tahu nama dia tak? " soal Emyriel lagi.
"Saya tak kenal siapa abang tu... tapi Rambut dia warna oren, warna mata dia pun sama...dia nak tolong saya dari orang jahat tu... "
"Baju dia sama macam kitorang ke? " kali ni Shiro pula yang mengajukan soalan.
"Ya baju dia sama macam abang... abang tolonglah selamatkan dia. " mohon budak itu.
'Luke' ujar Shiro didalam hati dan terus berlari ke tempat berlakunya letupan tadi tanpa menghiraukan Emyriel dan budak itu.
"Shiro tunggu! " panggil Emyriel risau.
"Terima kasih ya dik. Akak nak adik mintak tolong dekat Knight atau Warrior yang bertugas, Boleh? " soal Emyriel lembut.
Budak itu hanya mengagguk. Emyriel tersenyum lalu berlari mengejar Shiro.
Tempat Kejadian
"Heh ingat kuat lah sangat. Lembik! "Rei menendang badan Luke yang lemah.
"Lemah lemah kau pun still boleh cederakan si Roi ni. " Rei mengangkat kepala Luke sampai badannya tidak mencecah tanah.
Badan Luke banyak di penuhi dengan darahnya sendiri serta calar yang tidak terhitung.
"Hahaha kenapa? dah tak boleh lawan? " gelak Rei.
"Oi biar aku yang bunuh budak ni! " kata Roi sambil mengambil pedang yang sangat tajam miliknya.
"Dipersilakan.. " balas Rei. Dalam masa yang sama...
"JANGAN KAU SENTUH DIA!!" jerit Shiro yang baru sahaja sampai sambil belari kearah Luke. Luke membuka matanya. Apabila dia melihat Shiro dari ekor matanya dia tersenyum.
'Kau lambatlah. Dah berjanggut aku tunggu. Ehe..' Luke bergurau dalam mindanya. Mata Shiro membulat. Irisnya mula berkaca-kaca.
'Maaf Shiro.. ' kata Luke didalam hati.
Shiro terkejut dengan penyataan nya. Dalam sekelip mata pedang Roi menusuk masuk dan menembusi kedalam tubuh Luke. Darah terpecik merata rata. Langkah Shiro terhenti kerana terkejut.
"LUKE!!! "...
Haha sorry kalau tak update semalam. Author tengok pembukaan sukan Sea, sampai lupa nak update. 😂. So korang rasa apa jadi dekat Luke.. Alive or dead? Tunggu chapter seterusnya ya😉. ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro