Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 37 Silent Return

1 jam sebelum letupan

"Ah, Hyden tolong hantarkan surat ni pada budak perempuan yang tinggal dekat tingkat satu . Nombor bilik 001. "

Arah lelaki berambut merah sambil menghulurkan sepucuk surat berwarna putih. Matanya masih tidak lekang dari komputer. Kini hanya Blade dan Hyden sahaja yang berada didalam bilik mesyuarat Guardian. Hyden mengerut dahinya.

"Asal pulak aku yang kena hantar? Kan ada tukang hantar surat-surat kita, bagi dia jelah. "

"Alah... kau hantar jelah. Aku malas nak panggil penghantar kita. Lagi pun aku senior kau. Hormat sikit,"

"Mula dah.. "

Hyden mengeluh lalu mengambil surat itu dari Blade dengan muka tidak puas hati. Blade pula hanya ketawa walaupun tidak memandangnya.

Apabila Hyden ingin melangkah keluar, Blade sempat mengatakan sesuatu kepadanya.

"Silent sudah selesai kan misi dia. "

Pernyataan itu membuatkan Hyden tersentak ,dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Blade yang bermuka selamba.

"Serious lah? Kau jangan main-main Blade! Misi dia tu bukan mudah tahu? Musnahkan salah satu tempat pembiakan Abnormal Daemon dalam masa 2 minggu? Itu memang gila. Leon pun ambil masa 2 bulan lebih! "

"Kau nak bukti? "

Soal Blade apabila melihat muka tidak percaya Hyden. Dia menaip sesuatu di atas papan kekunci komputernya lalu dia mengalihkan skrinya ke arah Hyden.

Mata Hyden terbuka luas dan tidak percaya. Mulut dia hampir sahaja ternganga.

Di dalam skrin itu, terselah sebuah hutan yang kini musnah dengan teruk! Bangkai-bangkai Daemon bertaburan di atas tanah. Ada juga beberapa longgokan Abnormal Daemon yang seperti bukit-bukit kecil. Dan salah satu darinya terlihat satu susuk tubuh yang tertutup matanya dengan topeng sambil bersila di atas longgokan itu. Sebilah Pedang hitam yang terukir satu tulisan Emas berehat dia atas kedua dua pehanya.

Topeng yang sentiasa dipakai jelas kelihatan darah-darah Daemon dari pelbagai warna mengikut tahap yang dibunuhnya.

"Misi kau sudah selesai Silent. Bila kau akan laporkan hal ini dan pulang? " soal Blade melalui alat pendengar.

Silent yang dikenali dengan sikap tidak suka berbicara ,hanya mengangkat tiga jarinya melalui screen.

"3 minggu? "

Dia mengeleng.

"3 hari? " kini Hyden pula yang mencuba.

"3 jam? "

Kata Blade dan Hyden serentak. Silent menganggukkan kepalanya sebelum bangun dan melompat turun dari longgokan itu. Dia mendepakan tangan kanannya ke depan lalu keluar satu bulatan magis berwarna hitam ungu. Cahaya terang berderang keluar dari bulatan itu membuatkan Hyden dan Blade menutup mata mereka.

Apabila mereka membuka sahaja mata, terkejut bukan ke palang. Hutan tadi kini sudah tiada! Hutan itu bertukar menjadi padang jarang padang terkukur! Tidak ada satu pun tumbuhan mahupun haiwan disitu!

"Kenapa kau musnahkan hutan tu?! " marah Hyden manakala Blade hanya berdiam diri.

"Bahaya. "

Jawab silent sepatah. Hyden mengerut dahi. Kemudian skrin komputer itu pun menjadi hitam dan di gantikan dengan gambar sebuah peta yang terdapat beberapa bintik hijau di atasnya.

"Ah, kau tak payah lah marah Hyden. Tengok ni... "

Hyden melangkah ke arah Blade lalu di lihatnya skrin komputer tersebut.  Dia tersenyum kelat sebelum menghembuskan nafas berat.

"Ternyata budak Silent ini penuh misteri dan peka tentang keadaan sekeliling. "

"Rupa- rupanya hutan itu tersimpan pedang lagenda Darkerion. Salah satu dari pedang kembar DL. " tambah Blade.

"Patutlah misi ni agak sukar untuk di sempurnakan oleh Leon dahulu. Abnormal Daemon di hutan itu selama ini mendapat kuasa dari pedang tu. "

Blade mengangguk sebelum matanya menatap sebilah pedang hitam dengan ukiran unik yang terpapar di screen Komputer nya. Silent menghantarkan gambar ini kepada mereka sebaik sahaja talian di putuskan.

"Tapi perlu ke dia musnahkan hutan tu? "

"Don't ask me. Maybe.  Tiada siapa yang tahu apa yang di fikirkan oleh budak misteri itu. "

Hyden hanya menghembus nafas berat sebelum melangkah ke luar dari bilik itu untuk melakukan tugasnya. Menghantar surat. Haiih..

***

Hyden POV

Haiih.. surat apa lah sampai aku yang kena hantar. Aku melangkah masuk ke kawasan dorm perempuan. Tingkat 1 huh.. ?

Apabila aku sampai sahaja di bilik 001, terus aku mengetuk pintu biliknya. Selamat tak ada budak perempuan dekat sini ,kalau tak payah aku.

"Siapa? "

"Ada surat untuk kau! " sahut ku.

Kemudian bunyi kunci di buka kedengaran. Apabila pintu di buka, terselah satu susuk tubuh yang berambut biru dan bermata merah. Dalam masa yang sama hati aku mula berdegup kencang apabila melihat mukanya.

Lucia.

Dia ke penerima surat ni? Dia juga terkejut melihat aku kemudian dia tersenyum. Aku membalas senyumannya.

"Kau ke Hyden. Masuk lah. "

Aku hanya mengangguk lalu masuk ke dalam biliknya. Mm...Bilik dia ni tak bersepah pun. Kemas aje.

Oh ya! Aku dan Lucia mula berkawan sejak kejadian dengan adik aku hari tu. Mula-mula tu memang banyak menyindir lah, tapi lama-lama.. entah, hilang  terus.

"Tadi kata ada surat untuk aku. Mana? "

Soal Lucia yang kini menghulurkan tangan meminta suratnya. Aku ketawa kecil melihat telatah dia. Comel!

"Asal gelak? Aku buat lawak ke? "

"Tak lah. Kau tu hah ,tak ajak aku duduk pun . Lepas tu mintak itu ini.. memanglah,"

Lalu aku menjentik dahinya. Dia menjerit kecil sebelum menggosok dahinya bersama renungan tajam. Aku buat tak tahu jelah.

"Jahat! "

"Jahat dalam mata kau, baik dimata orang lain. Heh. "

"Eeeii... perasannya!"

Lalu meletus ketawa kami berdua. Lucia menjemput aku duduk lalu kami pun berbual bual untuk beberapa minit sebelum aku mengambil keputusan untuk pulang. Aku bangun begitu juga Lucia.

"Ah ya, ni surat kau. "

Lucia berjalan ke arah aku dan entah macam mana kakinya tersadung membuat kan dia hilang imbangan! Apabila dia memaut bahu aku, aku juga hilang keseimbangan.

BOK!

"Hy-Hyden" Aku menegur liur payah apabila perasan aku jatuh diatas Lucia. Paling teruk, keadaan kami agak intim.

Bibir dia yang cantik tu aku tenung. Mata merahnya yang memukau, membuatkan aku telan liur. Entah kenapa muka aku semakin mendekat dengan muka dia. Lucia menutup matanya sehinggalah...

" What the Hell is this?! "

Aku dan Lucia tersentak sebelum menoleh ke arah suara itu. Shiro Ryuzaki. Terus sahaja aku dan Lucia bangun dari posisi tadi. Lucia kelihatan gelabah.

"A-bang Lucia boleh terangkan! "

Dia cuba memujuk Shiro. Wait abang? Maknanya dia ni adik kepada Shiro Ryuzaki? Macam mana selama ni aku boleh lupa! Aku tak boleh biar dia salah faham!

"Aku bo-boleh terang kan! "

"Pergi jahan*m lah setan! "

Marahnya lalu meluru ke arah aku. Aku sempat mengelak serangan tadi tetapi aku tak jangka pula yang dia akan gunakan sepakan api!

Terus aku terhumban keluar melalui tingkap! Lucia terkejut dengan tindakan Shiro.

Aku mengesat darah di bibir sebelum satu tetakan yang kuat di bagi kepada aku. Aku membuat perlindung dari kuasa kilat aku!

"Setan! Apa kau nak buat dekat adik aku hah?! "

Marah Shiro yang kini matanya bercaya merah. Rambutnya masih putih. Tandanya dia masih belum menggunakan kuasa sepenuhnya.

Yang aku tahu sekarang, aku tak selamat.

***

Sekarang..

Hyden agak termegah-megah apabila di asak hebat oleh Shiro. Shiro pula hanya tenang berlawan sambil matanya tajam dan mukanya tanpa secalik senyuman.

"Shiro dengar, aku tak berniat pun nak apa-apa kan adik kau! It's an accident ! "

"Accident your ass! Kau ingat aku tak baca fikiran kau? Kau nak cium dia kan? Dasar pencabul kelas pertama! "

"Err... Except for that. " jawab Hyden dengan sengihan. Terangkat-angkat kening Shiro mendengar jawapan dari mulut itu.

"you really admit it huh? I kill you bastards. I kill you!! "

"Err... Sorry? "

Dan sekali lagi petempuran tercetus. Luke yang melihat perlawanan itu menghebus nafas berat. Akari di sisinya pula hanya berdiam diri.

"Nampak macam Shiro nak uji lagi seorang.. Aku harap dia berjaya lah.. "

"Yeah.. kalau mamat ni suka Lucia then..."

".. He need to past the brother first. Well.. Shiro pasti tak akan bagi muka. Right Akari? "

Akari hanya mengangguk. Setiap kali ada lelaki yang inginkan Lucia, mereka mesti akan diuji oleh Shiro. Pernahlah jugak sampai masuk hospital. Selamat masih bernyawa aje.

Lucia yang baru tiba, termengah- mengah. Entah kenapa dia agak takut jika Hyden kalah.

'Jangan cakap aku suka dia? 'Soalnya di dalam hati. Dia melihat perlawanan itu dari jauh dengan satu harapan di dalam hati.

Tanpa di sedar seseorang berkepala serigala berada di belakangnya. Dia tersenyum girang.

"Found you... "

"LUCIA BEHIND YOU! "

Sidero memberi amaran apabila terasa sesuatu yang tidak kena.

"Huh? "

Tanpa sempat berbuat apa- apa mulutnya di tutup oleh sehelai kain. Lucia terkejut lalu mula melawan tetapi entah kenapa sikit demi sedikit persekitarannya semakin gelap. Akhirnya dia pengsan tak sedarkan diri.

"Ehehehahaha!! Habislah kau Raja Kegelapan! Aku akan pastikan kau terseksa lagi! Hahaha! "

SRIKK!!!

Tanpa ada sebarang amaran, ratusan anak panah berapi hitam menuju ke arah lelaki berkepala Serigala! Dia terkejut tetapi masih sempat mengelak setiap serangan.

"Pulangkan puteri kesayangan aku lah!! "

BUSHH!!!

Satu tumbukan padu berserta kilat hinggap pada mukanya. Pautan pada Lucia terlepas tetapi sempat di sambut oleh Hyden.

"Wover Werewolf . Salah seorang Jeneral Dark Cyber. What the hell are you doing here?!  Kau tahu tak kau kacau aku nak berlasah mamat ni! "

Kata Shiro yang kini berdiri di hadapan Hyden yang mengangkat Lucia gaya bridal style. Dia menjeling tajam ke arah Hyden.

"Don't you dare think I already give my permission to you to kiss my sister now. Do it, I'll kill you for sure. "

"Kau rasa aku ada masa ke nak cium adik kau sekarang? Lagi pun dia dah pengsan . Mana rasa nikmat dia. " jawab Hyden selamba menambahkan lagi kebengangan Shiro.

Shiro merenung tajam ke arah Jeneral Wover. Jeneral berkepala serigala itu bangkit lalu ketawa terbahak-bahak.

"Gila punya serigala. "

Kata Hyden yang masih mengangkat Lucia. Walaupun badanya cedera kerana berlawan dengan Shiro ,dia masih boleh mengesan kuasa yang di tingkatkan oleh dua susuk tubuh di depannya.

Sekarang baru dia faham kenapa Shiro sengaja menumbuk dia sehingga terperlanting ke kawasan kantin. Aureum Academy di intip!

"Apa tujuan sebenar Dark Cyber hah?! " jerkah Shiro. Rambutnya juga mula bertukar hitam. Tangannya mula berubah kepada rangka.

"Untuk memberi amaran! Raja Yurei akan datang dan membunuh engkau Raja kegelapan! "

Apabila dia bangkit sahaja, tangannya terus di depakan ke arah Shiro.

"Serang! "

Tanpa diduga ribuan Daemon termasuk Abnormal Daemon menyerang! Mereka semua terkejut kecuali Shiro yang tersenyum kegembiraan! Darah bakal menghujani badan aku!

"Oi stupid pig! Bring my sister to safe place and make sure she's fine. Kalau tak,tahu lah nasib kau! "

Kata Shiro tanpa memandangnya. Tangan mula mengibas- ngibas tanda tidak sabar untuk melepaskan amarah yang di simpan. Hyden mengangguk lalu membawa Lucia pergi daripada situ.

Luke pula sudah berdiri di sebelah Shiro bersama Akari.

"All of Abnormal Daemon is mine. " kata Shiro. Sebelum satu bulatan Magic yang di cipta Luke terbentuk di depannya.

"Well, nampaknya aku, Akari dan Doraemus akan serang daemon biasa jelah nampaknya. "

Jelas sengihan Shiro melebar apabila melihat separuh daripada daemon itu adalah jenis Abnormal.

Luke yang berada dalam mode nine tail telah mengaktifkan pelindung di sekitar kawasan Aureum Academy bagi mengelakkan kemusnahan yang teruk.

Grooouuu!!!

Sebaik sahaja keluarnya Doraemus, Abnormal Daemon milik Luke, terus sahaja Shiro melompat ke dalam barisan Abnormal Daemon musuh!

Sringg!!

Tingg!!

Gringg!!

Bomm!!

Graaa!!

"Hahahaha!mati! mati! mati! "
Banyak kepala kepala Abnormal Daemon melayang ke udara dek kerana libasan tangan dan pedang Shiro.

Luke dan Akari berpandangan. Doraemus yang ingin mara kini menyorok di belakang Luke kerana ketakutan melihat kegilaan Shiro membunuh musuh di depannya.

"Aku rasa kalau si Hyden tu teruskan perlawanan tadi, tak mustahil dia boleh terkorban. Tengoklah kata nak Abnormal je ,last-last semua dia sapu. "

Kata Luke kepada Akari sebelum salah satu tangan Abnormal Daemon melayang dan terkena pada mukanya. Urat merah mula timbul di atas dahi.

"KAU PAHAL ORANG TUA?! "

"SERANG LAH MUSANG BODOH! "

"FINE! "

Terus sahaja Luke menyerbu dan mencincang Daemon-daemon di depannya seakan binatang buas yang dah laparkan darah. Doraemus pula makin menikus sambil menggigil tetapi di tenangkan oleh Akari yang bermuka Blur.

"Kesian kau dapat tuan yang kejam macam Luke. "

Doraemus mengangguk setuju. Kemudian dia memandang susuk tubuh tuannya yang memandang tajam ke arahnya tanda 'serang atau aku siat- siat kulit kau'

Doraemus pun apa lagi, berlarilah dia menyerang semua daemon sama gila seperti Luke. Akari dengan muka tiada perasaan hanya memandang pertarungan itu sambil makan sepotong pizza.

Wover terkejut melihat Shiro mula menghampirinya. Walaupun telah banyak daemon biasa mahupun Abnormal yang cuba menghalang laluannya, kesemua mereka hanya menemui ajal. Kepala mereka semua akan bertaburan ke udara. Jelas kesan darah melekat pada pipi Shiro. Si lelaki hanya menjilatnya seakan-akan bergembira membunuh semua daemon itu.

Tiba- tiba sahaja Shiro hilang dari pandangan. Ini membuatkan jeneral tersebut mula takut.

"Kepala kau akan jadi perhiasan bilik aku!! "

Shiro yang muncul dari belakang, melibas pedangnya tetapi sempat dielak oleh jeneral itu. Shiro melompat keudara lalu menjunam dengan sepakan deras yang di selimuti angin hitam. Wover sempat menghalang dengan pedangya. Tetapi malang bagi dirinya ,sepakan itu terlalu berat dan kuat membuatkan dirinya terbenam ke dalam tanah sedikit.

"Urgh!! "

'Wover pulang sekarang. Kuasa kau dengan dia tidak sama. Aku masih memerlukan kau untuk rancangan seterusnya. ' kata raja Yurei didalam kepalanya.

"Baik Tuanku! "

Terus dia meningkatkan kuasa auranya membuatkan Shiro berundur beberapa depa. Wover menggunakan pasir dan angin untuk menghilangkan diri.

Tetapi malangnya tangannya sempat di rentap oleh Shiro.

"Jangan harap kau boleh larilah!"

SRUSSS!!

Terputus terus tangannya apabila dilibas oleh Shiro! Darah merecik merata-rata bersama erangan! Tanpa melengahkan masa, terus sahaja pintu teleport terbuka lalu Wover hilang dari pandangan.

Shiro merengus sebelum memusnahkan saki baki Daemon yang tinggal. Tetapi langkahnya terhenti apabila merasai suatu tenaga yang kuat.

“Luke! Jauhi tempat ini! ”

Jerit Shiro lalu meluru ke arah Luke dan Doraemus. Luke masih terkejut apabila tiba- tiba sahaja badanya diangkat begitu juga Doraemus. Luke berada di bahu kanan manakala Doraemus di teleport kembali ke dimensi yang di cipta oleh Kitsu dan Luke. Shiro melompat keudara lalu mendarat di hadapan Akari. Dia kemudianya membuat perlindung daripada tanah hitam. Seiring dengan itu ,bunyi hempasan kedengaran bersama bunyi seuatu di libas!

“bunyi apa tu? ”

Soal Akari yang masih terkejut. Luke menggeleng manakala Shiro diam sahaja. Apabila merasakan keadaan sudah selamat, Shiro pun menurunkan tanah pelindunya. Terkejut Akari dan Luke apabila melihat timbunan Daemon yang mati di sekeliling. Tiada seekor pun Daemon yang tinggal! Tetapi tidak bagi Shiro.

Dia dapat menangkap satu susuk tubuh yang memegang sebilah pedang hitam yang tertulis tulisan berwarna emas. Manakala di belakangnya pula tersarung sebilah pedang hitam yang unik.

Apabila merasakan dirinya di perhatikan ,Silent memusingkan badanya dan matanya pertaut dengan Shiro yang masih dalam mode Dark Demon.

Mata Shiro membulat apabila merasakan tekanan kuasa milik Silent. Walaupun topeng menyorokkan separuh wajahnya, mata Silent membesar saat melihat Shiro. Mereka berkeadaan begitu dalam masa yang agak lama sehingga lah kedua duanya berkata serentak.

“why you look so familiar? ”

" Why you have the same aura like my little Brother? "

______________________________________

Thanks for vote and comment ❤️
Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro