Chapter 25 Memories
Keadaan di sebuah Arena bising dengan teriakan dan jeritan Daemon! Semua mereka mati di dalam bulatan Magic yang dicipta sang Raja kegelapan sehingga menjadi abu.
Kini pergelangan tangan Raja Naga Syaitan digenggam kemas oleh Raja Musang Syaitan Sembilan Ekor. Mata mereka merenung satu sama lain.
"Kalau memori hitam yang mengawal kau, aku akan guna memori silam yang indah untuk melawan balik! "
Kata Luke lalu memegang lengan Shiro dengan kedua dua belah tangannya dan..
NGAPP!!!!
Semua disitu tergamam. Ada juga yang ternganga.
Luke mengigit lengan Shiro!
Bukan itu sahaja taringnya juga terbenam dalam tulang lengan Shiro sehingga membuatkan Raja Naga Syaitan itu mengerang kesakitan.
"Argh!!! Lepaslah Musang Celaka!! "
"Grrr!!! "
Luke tidak mengedahkanya walaupun Shiro menumbuk numbuk kepalanya sehingga cecair merah keluar.
Pergelutan mereka di saksikan oleh Semua Kerabat diraja dan Guardian. Kyo yang baru tersedar akan peluang mereka untuk keluar dari situ, menyuruh semua Guardian membawa kerabat diraja ke tempat yang selamat. Emyriel berlari ke arah Shiro dan Luke sambil berdoa agar sahabat dan cinta hatinya akan selamat.
Shiro yang ingin mengambil tindakkan drastik apabila menyeru pedang api hitam miliknya, terbantut apabila kepalanya tiba tiba sakit.
"AARGHH!!! "
BAMMM!!!!
Badan Luke terhempas pada runtuhan Arena itu apabila Shiro melemparkan dia. Dia mengerang kesakitan sedikit sebelum tersenyum.
'Cepat Shiro kau mesti ingat peristiwa tu' kata nya di dalam hati.
Shiro memegang kepalanya sambil melutut. Memori semasa dia bersama Luke di rumah anak yatim, berlayar di dalam mindanya.
***
"Hey jadilah kawan aku! "
Kata Luke yang umurnya sudah berginjak 8 tahun.
"Apa kau nak hah? Tak letih ke ulang ayat yang sama! Berapa kali aku cakap, aku tak nak berkawan dengan sesiapalah! " marah Shiro yang juga berumur 8 tahun.
"Apa masalah kau? Kau tak nak kawan dengan kitorang kenapa? Adik kau Lucia tu okay je aku tengok. Tapi kau! Nak alone je! Sedih betul lah kau ni! Aku tak kira, kau kena kawan dengan aku kalau tak—"
"Kalau tak apa? Kau ingat aku takut ke hah, Babun! "
Ternganga mulut Luke apabila dipanggil Babun. Dia mula menyirap.
"Kalau tak, aku gigit kau orang tua! "
"Heh, kau ingat aku takut? Gigitlah! Gigit kalau kau berani! "
"Grrr... kau jangan cabar aku! Kalau aku gigit kau, kau kena kawan dengan aku! "
"Whatever, dari layan kau baik aku masuk dorm tidur. "
Sebelum sempat Shiro melangkah pergi, pergelangan tanganya di rentap dan...
Di gigit.
GAAPPP!!!
"AARHHGG!!!! SAKITLAH LAHANAT!!!! "
"GRRR!! "
Shiro dan Luke bergelut antara satu sama lain sehinggalah guru Rumah Anak Yatim itu sampai dan melihat mereka bergelut.
Akhirnya mereka berdua dimarahi. Tangan Shiro pula berbekas dengan gigitan Luke. Biru habis tangannya.
Shiro dengan air mata memandang tajam ke arah Luke. Luke pula buat muka tak bersalah.
"Jadi sekarang kita bersahabat! Kalau kau tak ngaku kita kawan lagi aku gigit pipi kau pulak! " ugut Luke.
"Whatever.. " itu sahaja yang diucapkan Shiro sebelum melangkah pergi dari Luke. Tanpa dia sedar dia telah tersenyum kecil.
***
Shiro kini membuka mata nya sedikit. Iris Matanya bertukar tukar warna. Sekejap Biru sekejap Merah.
'L-Luke'
Dia mengerang kesakitan lagi. Lucia dan Cikgu Leon tergamam seketika.
"Cikgu, kita boleh bawak balik Shiro kembali dengan Memori! " laung Luke cuba untuk bangun dari tempat hempasanya. Abnormal Daemon yang dijinaknya membantu Luke.
Cikgu Leon mengangguk begitu juga Lucia. Kemudian Emyriel datang. Dia terkejut dengan Keadaan Shiro.
"Kak Emy, kami dah tahu cara nak kembalikan abang jadi diri dia! " Kata Lucia. Cikgu pula hanya mengangguk.
"Macam mana? "
"Memori Indah! Kak Emy mesti ada memori indah dengan abang kan? "
Emyriel berfikir sejenak. Memori indah bersama Shiro?
"The kiss.. " katanya dengan mata yang membulat.
***
Emyriel berlari anak ke arah Shiro semula dan...
Chup!
Pipi Shiro dikucup lembut. Shiro terkejut. Emyriel bagi senyuman nakal sebelum pergi meninggalkan Shiro yang mula kemerahan.
"Good luck at second round! " Katanya.
"Sure... " balas Shiro.
***
"Saya akan cuba! "
Kata Emyriel bersemangat sebelum melangkah ke depan Shiro.
Shiro menganggkat mukanya walaupun dalam kesakitan. Matanya kelihatan agak kabur sehinggalah kemunculan Emyriel.
Masa seakan akan terhenti, Emyriel tidak mengucupnya di pipi tetapi..
Di bibir!
Di cuba menolak lembut Emyriel tapi Emyriel mengucupnya kembali apabila Shiro menolaknya.
Lucia, Cikgu Leon dan Luke termasuklah Si Abnormal Daemon itu, tergamam dan ternganga.
"Aku tak nak pengsan tapi kena ada yang pengsan sebenarnya part ni. " kata Luke.
Bokk!
Abnormal Daemon itu pengsan dengan mata menjuling ke atas.
"Thanks "
Si Abnormal Daemon menganggkat ibu jarinya dengan gigilan. Lucia pula memandangnya dengan muka blur.
Setelah beberapa minit berkucupan, Shiro kembali normal. Tiada sayap mahupun tanduk hitam pada dirinya. Shiro menyembamkan mukanya pada bahu Emyriel. Shiro kelihatan sangat letih. Dia termengah-mengah.
"you know... aku tak... tahu pun yang.. akan buat langkah pertama tu kau.. thanks... Emyriel. I.. love You... " kemudian Shiro terus tak sedarkan diri.
Emyriel tersenyum gembira apabila Shiro sendiri mengucapkan kata kata keramat itu dan bukan orang lain. Dia memeluk Shiro erat.
"I Love You, my cute lazy head, "
****
Bunyi siren Ambulan kedengaran di sekitar Arena.
"Bawak budak tu ke sini! "
"Bagi ubat ni pada dia! "
"Makcik sakit dekat sini ke? "
Semua Doktor dan jururawat menjalankan tugas masing masing.
Shiro di masukkan ke dalam salah sebuah kereta ambulan.
"Siapa ahli keluarga mangsa ni? " soal Doktor itu.
Lucia mengangkat tanganya. Lalu si Doktor pun menyuruh Lucia untuk mengikutnya. Lucia hanya akur. Emyriel memberi kucupan di pipi Shiro sebelum menghantarnya dengan penglihatan matanya.
"So... "
Luke yang muncul tiba-tiba di sebelah Emyriel tersenyum nakal. Emyriel agak terkejut tapi sempat mengawalnya.
"Awak rupanya Luke, terkejut saya tau!err... awak dah rawat luka awak dah ke? "
"Dah. Sakit jugaklah bila kena tumbuk dekat kepala. "
Katanya sambil menggosok kepala yang di balut dengan kain anduh itu.
"Mana Abnormal Daemon yang awak jinak kan tu? "
"Tu.. "
Luke menjuis kan mulut ke arah Abnormal Daemon itu.
"Grour? Grour.. Grour? Grour... Grour?"
Soal Abnormal Daemon itu pada salah seorang Doktor. Doktor itu pula seperti faham lalu mengangguk. Kadang kala mereka juga ketawa.
Kening kanan Emyriel ternaik naik. Luke pula sudah gelak sakan melihat telatah Doktor dan Abnormal Daemon miliknya itu.
***
"Terima kasih tuan! Abnormal Daemon ni benar benar membantu! Susah nak jumpa penjinak Abnormal Daemon ni! "
"Hahah no hal lah! Bagus Doraemus! Bagus! Hahah"
Doktor dan Emyriel itu memandang pelik ke arah Luke.
"Doraemus? "
"Yup itu nama dia! Nama pendek dia Emus atau Em! "
"Peliknya,"
"Haha what? Sedap apa? "
Emyriel dan Doktor itu pandang Luke Blur. Mamat ni memang lah..
Sekali lagi, Luke sekadar sengih. Apabila teringatkan kemesraan doktor dan Daemonnya itu, dia menyerahkan Em pada sang doktor.
"Tuan nak dia pada saya? "
"Yup! Kau ambil lah. Senamg kau nak tolong orang nanti kan? "
"Terima kasih tuan! "
****
Di kawasan penjara yang berdiri gah suatu ketika dahulu, kini hancur dan musnah.
Lance dan Blade tergamam dengan apa yang mereka lihat.
"Ini tanda yang tak baik aku rasa," kata Blade melihat sekeliling.
"Yeah "
Penjara di bandar itu musnah! Semua banduan telah larikan diri! Tidak ada seorang pun yang tinggal!
"Ini hanya anggaran aku, mereka sengaja menyerang Arena untuk lengahkan waktu supaya mereka di penjara boleh selamatkan diri dan terlepas dari pulau ni. " kata Blade.
Lance mengetap gigi. Geram. Marah. Semua bercampur baur. Tiba-tiba dia ternampak satu simbol pada dinding runtuhan itu. Matanya membulat.
"Aku rasa aku tahu siapa punya keja ni," kata Lance.
Blade memandang pelik rakannya itu.
"Siapa? "
Lance berjalan ke arah dinding itu. Tergamam Blade apabila melihat simbol yang di ada didinding itu. Simbol itu dilukis menggunakan darah merah.
"Dark Cyber... "
"Yeah. Dan aku agak.. "
Lance menghalakan pendanganya pada simbol itu.
"... Mereka sudah mula mencari Dua Cristal Key yang hilang tu.... "
".. Supaya dapat bangkitkan Kurayami. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro