Chapter 21 Luke VS Ui
Luke POV
"Kau seorang Medusa?! "
Kataku tidak percaya. Medusa! Bagus betul, tadi Shiro lawan Minotaur, sekarang aku lawan Medusa. Haaiihh... Kerajaan Grandiflora ni memang banyak manusia Myth ke?
Ssss...!!!
Medusa atau Ui mula mencakar aku mengunakan kuku yang berwarna merah, panjang dan tajam miliknya.
"Sss.... hahaha.... sss... kenapa kau elak Celaka! Aku nak bunuh kau tahu tak.! Sss... "
"Kau gila ke apa? Kita lawan tak sampai membunuh lah! "
"Arrg!! Aku kesah apa! Mati kau! Mati! Mati! Mati! "
Serangan dia mula agresif membuatkan aku agak sukar untuk melawan balik.
'Kitsu!'
"Baik! "
Kemudian simbol musang sembilan ekor bercahaya kemerahan. Seperti hari tu, salah satu ekornya mula melilit tanganku. Dan lagi satu pergi ke mata kananku. Bagi penonton ia kelihatan seperti tulisan purba yang melingkar pada mataku.
Armor Tangan ais aku kelihatan begitu juga mata kananku yang kini mempunyai muka jam.
Aura aku mula tinggkatkan. Kini auraku berwarna hijau campuran kuasa aura masa dan ais.
"Sss... aku tak takutlah walaupun kau tingkatkan kuasa kau!! "
"Let's do this Kitsu... "
"Heh, sure! "
Ui datang berlari ke arah aku. Kemudian menyasarkan kukunya pada bahagian muka. Aku mengelak dengan mudah.
Spash!!!!
Satu libasan dari ekor ular miliknya terkena aku. Bila masa benda tu tumbuh! Tak guna!
Aku mencacakkan pedang emas ku ke tanah untuk memberhentikan badan aku dari terus terseret ke belakang.
Aku menarik nafas lega sebelum melihat ke arah Ui. Terbeliak mata aku apabila melihat Ui.
Badan Ui kini bukan manusia. Ianya Ular! Rambutnya penuh dengan kepala ular. Mukanya hodoh dan 2 taring miliknya kelihatan.
Aku menelan air liur. Tak pernah aku tengok seseorang yang memiliki kuasa Myth sebengini rupa.
Kuasa Myth atau Manusia Myth ialah kuasa yang agak rare kerana kuasa itu juga membolehkan penggunanya untuk bertukar rupa kepada mahluk Dongeng atau Myth. Kadang kala kuasa ini kekal menukarkan penggunanya. Sama seperti Goldan yang telah berubah menjadi Minotaur dan tidak dapat bertukar kembali menjadi manusia.
"Ssss.... Hahaha sudah lama aku tidak berubah kepada bentuk ini! Hahah! "
Kemudian pelindung di sekitar Arena mula terbentuk untuk melindungi para penonton dari berubah menjadi batu apabila Ui memggunakan kuasa Matanya. Menukarkan sesiapa menjadi batu.
'Kitsu kau ada cara tak nak lawan dia ni? '
"Pastikan kau tak terkena bisa hijaunya. Jangan tengok matanya juga bila ianya bercahaya. "
'Itu sahaja? '
Wushh!!!
Angin tiba tiba bertiup kencang. Aku menutup mata kerana takut habuk masuk.
"Luke bekukan taufan ni! "
Kata Kitsu
"Baik! "
Aku menghilangkan kuasa Masa dan menarik nafas. Kuasa Ais aku tumpukan sepenuhnya.
Aura Biru aku sedikit demi sedikit bertukar hitam.
Ais kegelapan!
Ini kah yang dikatakan kuasa Lost Aura? Boleh menukarkan Aura Suci kepada Aura kegelapan! Nice!
"One tail, Dark Ice"
Kata Kitsu.
Kini simbol Musang 9 ekor aku berwarna Biru tua.
"NINE TAIL, DARK FREEZE! "
Tiupan angin tadi serta merta berubah menjadi Ais yang berwana Hitam. Tapi ais aku tak sehitam Kuasa Ais kegelapan milik Shiro.
Kini aku berada betul betul didalam pusaran taufan yang dibekukan tadi.
Aku mehela nafas lega. Tapi mana datangnya Taufan ni?
Luke Pov End.
sedang Luke berfikir dia terasa sesuatu yang aneh lalu melihat ke depan iaitu ais yang memantulkan kembali imej dirinya yang mana membuatkan dia terkejut.
*gambaran rupa Luke*
"What the h*ll!!! "
Kini bajunya berubah kepada baju seperti zaman perang kuno. Dikepala pula tumbuh telinga musang. Di bahagian belakang pula ada sembilan ekor musang yang meliuk liuk. Warna rambutnya juga berubah warna ke merah. Kalau jadi kat korang apa rasa?
"KITSU! "
"Mmm... not bad kid. Kau dah boleh berubah jadi musang sembilan ekor jadian, hanya menggunakan Ais kegelapan. "
"Please said that I just in dream land! "
"Haha... come on lah, Luke! Kau dapat kuasa baru ni! "
"Banyaklah kau! Macam mana jadi macam ni! "
"Nahh... benda ni memang akan jadi lepas kau boleh kawan 3 kuasa. "
"3 kuasa? "
"Yup! Kuasa Masa, Ais suci dan Ais kegelapan. Lagi 6 jer tinggal! "
"Silap silap bila aku boleh kawal 9 kuasa tu aku tukar jadi musang sembilan ekor yang betul punya... "
"Mana kau tahu! "
Terbeliak mata Luke apabila Kitsu berkata begitu!
"What! "
"Err... actually memang kau boleh tukar jadi musang sembilan ekor lepas kau kawal kuasa Myth. "
Luke menekup mukanya.
'Bagus! Satu lagi kuasa rare aku dapat!' Katanya dalam hati. Pasrah.
Bushh!!!!
Pecah terus taufan ais itu apabila Ui merempuh masuk dari atas. Kukunya sudah siap untuk menikam.
"Matilah kau musang durjana!!! Hahah!! "
Luke yang tidak bersedia pasrah jika Kuku Ui mengena tubuhnya.
Luke membuka matanya apabila tidak merasakan apa apa.
Luke terkejut apabila melihat serangan Ui tadi di halang oleh 9 Ekornya yang telah bersalut besi!
"Kit-"
"Macam mana kau buat tu! "
"Aku tak tahu! Tu aku nak tanya kau! "
Kitsu juga terkejut dengan tindakan 9 ekor itu.
"Budak tu masih perlukan banyak latihan untuk mengawal sepenuhnya kuasa Lost Aura ini. "
Kitsu terkejut dengan suara seseorang.
Matanya membulat.
Luke yang masih terkejut tersedar apabila suara yang seperti pernah didengari berkata di dalam fikiranya.
"Aku akan membantumu kali ni"
'Suara ni'
"Ini aku. Kau kenali aku dengan nama Ad. "
Tepat tekaan nya. Lelaki tua yang dia pernah jumpa ketika Kitsu menggigit lehernya dahulu!
"Tutup mata kirimu, dan gunakan hanya sebelah mata. Iaitu mata Jam mu. "
Luke hanya akur lalu mengaktifkan kuasa masanya pula. Mata kiri ditutup. Dan pada masa yang sama salah satu ekornya melibas dinding taufan itu memboleh kan dia keluar dari pusaran itu.
Ui yang berang kerana serangannya tidak berjaya akhirnya menggunakan kuasa matanya. Menukarkan sesiapa yang melihatnya menjadi batu.
Pedang emas diseru begitu juga pedang ais nya. Para penonton semua terkejut apabila melihat perubahan Luke. Begitu juga Shiro.
Shiro dapat merasakan sesuatu yang tidak kena lalu dia mengaktifkan pelindung disekelilingnya.
Dan tepat tekaanya. Ui menggunakan kuasa medusanya. Bukti? Matanya kini bukan mata manusia. Ianya Ular.
"Sss.... pandang mukaku. "
Hasut Ui apabila Luke menundukkan mukanya. Tidak mahu melihat muka didepannya.
Dan disebabkan itu kakinya di belit oleh ekor ular Ui dan di lambungnya Luke ke arah dinding.
Bamm!!!!
Dinding itu retak!
"Abang! " Ayumi mula risau. Kerisauwannya bertambah apabila Ui membelit keseluruhan tubuhnya.
"Urgh!! " Luke cuba melawan. Ui datang dekat ke mukanya. Hembusan nafas dapat dirasai.
Mata Luke bertembung matanya.
Kaku.
Luke kaku dan tidak bergerak.
Medusa tersenyum kemenangan. Arena menjadi senyap tak berkata. Semua terkejut.
"Tak... mungkin" terduduk Ayumi apabila melihat abangnya tidak bergerak.
Ekor yang melilit Luke dileraikan perlahan lahan.
"Sss... hahahahah!!! Lihat lah Kaisar! Dia sudah mati! Mati bertukar menjadi batu! Lepas kan aku, Seperti janji mu! Haha"
Raja Kaisar hanya senyap. Tidak ada bicara yang keluar. Mungkin bagi penonton Raja Kaisar seperti takut untuk berbicara kerana terpaksa melepaskan salah satu penjahat terulung. Tetapi sebaliknya Raja itu tersenyum penuh makna.
"Kau pasti dia sudah mati? "
Soalnya tenang.
Ui mula berang dengan sepotong ayat itu. Sebelum sempat dia membalas sebilah pedang kehijauwan menusuk masuk ke dalam bahu kanannya membuatkan dia mengerang kesakitan.
"Arghh!!!!"
"Sebab apa yang beta tahu pengguna Lost Aura tidak mudah ditumbangkan. " sambung Raja Kaisar kembali.
"Kau! "
"Maaflah ya, tapi kuasa medusa kau tak berkesan. " kata Luke tenang lalu menarik kembali pedangnya. Mata kirinya masih tertutup.
"Apa? Bagaimana? "
"Heh, kau nak tahu macam mana aku boleh terselamat? Well, mata kuasa Masa aku boleh mengawal apa yang aku lihat. Mata ni menunjukan muka kau sebelum bertukar mejadi medusa. Senang citer dia memutarkan balik masa 6 minit sebelum kau berubah menjadi medusa. Jadi apa yang ada didepan aku hanyalah gadis berambut ungu. " terang Luke panjang lebar.
"Jadi, memandangkan kau dah puas guna kuasa kau, apakata kita switch. Aku pulak serang, okey? " kata Luke dengan senyuman sinis. Auranya ditingkatkan membuatkan sekelilingnya retak.
Ui ketakutan. Dia sekarang bukan melihat Luke. Tetapi Musang! Musang lagenda 9 ekor.
King Demon Fox, The Nine Tail.
"I will finish this quickly. "
Bisik Luke.
Luke hilang dari pandangan. Ui semakin resah.
Bammm!!!!!
Badan Ui terhempas kuat pada dinding Arena sehingga retak!
"Second Tail, shadow .... "
Luke kelihatan kembali. Cuma rambut dan ekornya berwarna ungu.
"Mystery Punch... "
Kemudian tubuhnya bercahaya keputihan. Luke kembali seperti sedia kala.
"LUKE TSUYOSHI MEMENAGI PERLAWANAN KEDUA!!! "
"YEAH!!!! " Sorakan penonton kedengaran.
Luks pula keletihan. Sebelum dia sempat tersungkur, Shiro pada masa yang tepat menyambutnya.
"Berehatlah. Kau dah buat yang terbaik tadi. "
"Haha.. tak sangka aku dapat pujian tu dari kau"
Shiro hanya tersenyum kecil. Sebelum memapah Luke ke luar gelanggang. Raja Kaisar mengumumkan tamat perlawan hari itu dan perlawanan seterusnya akan bermula esok.
Ayumi yang sangat risau akan Luke meluru ke arahnya apabila mereka berkumpul di tempat parking kereta Cikgu Leon selepas mengambil rawatan di bilik rawatan.
"Hik.. hik.. saya risau tau tadi! Hik.. hik.. kalau abang betul hik.. betul jadi batu tadi hik macam mana!.. hik Uwaaa... "
"Hahaha abang buat kamu risau eh? Haha maaf, okey? "
Ayumi hanya mengangguk dalam dakapan.
Shiro tersenyum begitu juga Lucia disebelahnya. Dia juga risau dekat Shiro cuma tak menunjukannya.
"Baiklah jom balik! Esok masih ada perlawan. Kamu berdua rehatlah untuk harini. " Nasihat Cikgu Leon.
Shiro dan Luke mengangguk. Oh ya di sebabkan puan Rouma tidak ada, jadi Luke dan Ayumi tinggal dirumah Shiro untuk sementara waktu.
"Hihi.. cikgu belanjalah makan hari ni. Bonus! "
"Banyak bonus muka kau! Aku pun tak dapat lagi bonus kau nak bonus! Ambik baldi makan perigi dululah! "
"Amboi cikgu! Kau aku terus eh! Ceh dasar Kede! "
"Kede tak kede! Duit Cikgu bukan kamu! Macam yang cikgu cakap, makan perigi dulu! Baru cikgu belanja! "
"Cikgu Leon Kedekut tahi hidung masin! "
"Fine! Kata cikgu kedekut kan? Jangan masuk kereta cikgu! Bali-"
"Alahai cikgu yang pemurah ni apa bebel bebel tu? Jom lah balik. " kata Luke jadi Innocent dan duduk di bahagian hadapan kerusi kereta. Bila dia masuk pun tak tahu.
Semua pandang dia dengan muka Blur.
"Kenapa pandang saya? Saya tahu saya handsome " pujinya sendiri.
"Talk to our hand,"
Kata Lucia, Shiro, Ayumi dan cikgu serentak.
Kemudian ketawa mereka meletus. Cikgu Leon akhirnya belanja juga mereka makan di luar. Beli roti 90 sen duduk dekat taman.
"Apa betul apa? Saya belanja roti lepastu kita makan kat luar. Syukur sikit saya bawak makan kat taman. "
"Yelah cikgu. "
Mereka hanya pasrah. Dapat cikgu kedekut pun tak perlah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro