Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 16 Fall in love


Sekeliling aku gelap, tiada cahaya, tiada sesiapa.

"Shiro..."

Siapa?

"Shiro.. "

Su.. suara ni.

Tiba-tiba satu cahaya menerangi sekeliling aku yang gelap. Aku menutup mata dek cahaya itu terlalu terang.

Apabila aku membuka mata, aku tidak lagi berada di tempat yang gelap, malahan aku berada di sebuah padang hijau dengan bunga-bunga yang cantik serta serangga.

"Tempat apa ni? " soal ku sendiri. Rambutku beralun mengikut angin yang bertiup.

"Shiro.. "

"Suara ni.. "

Apabila aku menoleh ke belakang..

aku terkejut,

Sedih,

Gembira.

Entah, aku tak tahu nak tafsirkan macam mana...

Dua insan yang sudah pergi dalam hidupku...

Berada di depan ku..

"Ibu... Ayah... "

Itulah panggilan keramat yang sudah lama aku tidak gunakan. Mereka tersenyum. Senyuman itu.. senyuman yang sudah lama aku tidak lihat.

"Shiro, mari sini nak. "

Panggil ibu. Aku, tanpa banyak bicara terus meluru ke arah mereka dengan air mata kegembiraan.

Kalau ini hanyalah mimpi, jadi biarlah ia berlarutan.. aku sangat rindu akan dua insan ini.

"Ibu... Ayah... Shi-Shiro rindu... Ibu, ayah.. "

Tangis ku didalam dakapan mereka. Ibu menggosok lembut kepalaku. Ayah mengucup pipiku. Begitu juga ibu.

"Shiro dah besar ya sekarang? "

Soal ayahku. Aku hanya mengangguk. Tangis ku masih belum berhenti.

"Kalau dah besar kenapa menangis? Shiro kan kuat, mana boleh nangis. " pujuk Ibu.

Suaranya yang lembut, masih sama. Mendayu dan membuikan hati aku.

"Shiro tak kuat.... Shiro tak dapat lindungi Layla.... Ibu ayah Shiro mintak maaf.. Shiro.. Shiro ... "

"Shhh... itu semua bukan salah kamu anakku. Itu adalah takdir. "

Pujuk ayahku membuatkan aku memandang mukanya. Air mata masih mengalir.

"Betul kata ayah kamu. Shiro, Layla pergi bukan sebab kamu. Ianya takdir,dan lagipun itu kehendaknya sendiri, "

Ujar ibu sambil memengang pipiku. Aku memengang tangan ibuku.

Aku rindukan sentuhan ini.

"Tapi kenapa kita? Kenapa puak kita yang mereka cari? Apa salah kita? "

"Ini bukan salah sesiapa Shiro.... Ibu yakin walau seteruk manapun masalah yang kita hadapi..Yakinlah suatu hari nanti pasti kita akan mengecapi kebahagiaan. Hanya masa yang menentukan.. "

Pegangan ibu semakin renggang.

"I- ibu! A-ayah! Jangan tinggalkan Shiro! Shiro nak ikut Ibu! Ayah! "

Laungku apabila badanku tiba-tiba terapung. Pengangan aku dengan mereka terlepas. Ibu dan ayah tersenyum. Aku dapat melihat air mata ibu jatuh.

"Maaf Shiro tapi, dunia masih perlukan kamu.."

Aku terkejut dengan penyataan yang keluar dari mulut ayah.

"Hihihi.. "

Suara gelak seorang kanak-kanak perempuan membuatkan aku terkejut. Sebelum aku ditelan cahaya, aku ternampak seorang kanak-kanak perempuan berambut biru tersenyum disebalik pokok bersama dress putih.

"Saya sayang abang! "

Itulah kata-kata terakhirnya.

Itu senyumannya.

"Layla... "

***

"Huh!" Aku terus terjaga daripada tidur. Mataku membulat kerana masih terkejut. Air mata turut menemani.

"Mimpi rupanya. " bisikku sambil meraut muka. Aku mengeluh sebelum melihat sekeliling. Tangan pula mengelap air mata yang mengalir.

Nampak macam aku masih di hospital.

"Sihir Dimensi tu sudah pun terlerai, Jadi kau dan kawan-kawan kau sudah balik ke dunia semula"

Terang Hakuryu. Aku hanya mengangguk. Kemudian aku terasa seperti tangan kanan memengang sesuatu.
Aku melihat ke tepi.

Ouhh..

Tangan Emyriel rupanya.
Kejap,apa?! Terus aku terbangun dari baringan aku.

"Sorry lupa nak bagi tahu, orang yang latih korang pun akan ada dalam bilik ni. Tu je Bye! "

Sambung Hakuryu kemudian hilang entah ke mana. Ceh, tak guna punya Naga tua hangus.

"Ermm... Shiro... "

Ujar Emyriel yang masih didunia mimpinya. Mimpi apa entah sampai nama aku pun dia sebut. Mimpikan aku kot? Ceh, perasan!

Tak semena-mena Emyriel menarik aku sampai aku terbaring balik diatas lantai.

Yeah kitorang semua tidur atas lantai. Yelah sihir tu terlerai waktu kitorang tidur, memang lantai hospital lah jadi 'Tilam' kitorang.

"E-Emy.. "
Ucapku tergagap. Gila kau,muka aku dengan dia berapa inci je ni!

Kalau aku jahat lah en, bibir dia ni dah lama aku gomol.

Fuhh. Menguji sungguh.

Emyriel memeluk aku lebih erat. Membahanglah muka aku!

Emyriel, apapun yang kau mimpi, tolonglah jangan mimpikan yang bukan-bukan!

"Shiro.. "

Haaiih.. Dia ni. Mimpikan aku ke apa ni? Dok Shiro, Shiro. Aku tak rimas dia panggil aku. But, it's creepy you know. To me at least.

Kami duduk dalam posisi Emyriel memeluk aku dan kepalanya berbantalkan lengan aku. Haiih.. aku pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni.

Kemudian simbol naga Emyriel bercahaya. Tapi kenapa?

"Sebabnya, dia dah jatuh cinta dengan kau.. " Ujar Hakuryu.

"What? Are you serious? Look, if you think this is funny then stop it. "

"No, ini bukan gurauan. Okay, dengar. Kalau kau nak tahu, setiap pengguna spirit naga mempunyai simbol di badan mereka. Yang mana simbol tu akan bercahaya setiap kali dia berasa sangat bahagia dengan pasangan dia. Korang ni soulmate kut. " Hakuryu menggali nafas.

"Lagi pun, kau berdua ni pasangan yang telah ditakdirkan bersama. Kalau kau tak percaya kau tanya tarikh lahir dia. "

"Apa kaitannya? "

"Haaiih kau ni. Tulah dalam kelas asyik tidur je kau. Benda easy ni pun kau tak tahu. Pasangan yang ditakdirkan selalunya akan lahir pada masa dan hari yang sama. "

"Maksud kau, dia dan aku kongsi tarikh dan hari lahir yang sama? Heh macam kembar pulak. "

"Sebab tulah, korang dipanggil soulmate, dasar bodoh. "

"Wahh kau-"

Sebelum sempat aku membidas, Emyriel bangun dan kepalanya sedap aje landing diatas dada aku.

WHAT. THE. HELL.

Emyriel ni ada penyakit berjalan dalam tidur ke? Eh bukan, bangun dalam tidur. Sebab dia bangun bukan berjalan. Haha. Okay tak kelakar.

Krorg..

Haiih.. Dia ni berdengkur pulak. Lena betul tidur.

Aku melihat keluar tingkap. Bulan penuh malam ni. Kemudian aku melihat kembali muka Emyriel yang sedap tidur diatas dadaku. Pipinya aku usap lembut.

"I will fall in love with you, huh? " Soalku sendiri.
Dia menggeliat kecil apabila aku mula bermain dengan hidungnya.

Hihi seronok jugak kacau orang tidur ni. Kemudian aku bermain dengan telinganya. Dahi dia mula berkerut, lalu menepis tanganku. Haha tidur pun ada tenaga.

Tiba-tiba tanganya melikar di leherku. Okay kali ni aku menyesal sebab kacau dia. Muka aku mula membahang apabila badanya mula memanjat badanku.

Seriously? Dia ni memang ada penyakit bangun dalam tidur ke apa?

"Emy.-Emyriel.. wha-what are.. you.. "

Kata ku gagap. Ish aku ni! Dia bukannya dengar pun, yang kau gagap pahal?!

"I... "

Emyriel bercakap dalam tidur jugak ke? Haiih...pelik jugak aku.

"Shiro... "

Aku hanya mendengar sahaja.

"I... Love... you"

Love you kat sapa lah si Emyriel ni.

"I love you Shiro. "

Tengok tu love you lagi. Haaiihh siapalah lelaki bertuah tu yer.

"Dia kata ' I love you' tu kat kau lah, haiih dah lah bodoh, pekak kepala badak pulak tu. "

Terdiam terus aku. Bukan sebab bidasan Hakuryu tapi kata-kata Emyriel tadi.

Tak semena-mena, mukaku mula merah macam tomato.
Haaishhh!!! Asalah dia luahkan perasaan dalam mimpi? Betuah betul aku dalam dunia mimpi tu. Ugrh.. Jealous nya!

"Tapi kenapa cepat sangat dia jatuh cinta dengan aku? Yelah kami ni baru je kenal beberapa bulan. Tak ke pelik? "

"Tak. Ia tak pelik kalau yang perempuan jatuh cinta terlebih dahulu. Sebab kalau kau nak tahu, diorang ni ada satu kelebihan. "

"Kelebihan? Maksud kau? "

"Haiih.. macam ni. Dalam masa tertentu mereka akan mimpi pasal pasangan mereka, sampailah berjumpa dalam dunia realiti. Alaa.. senang citer korang boleh lah dikatakan pernah berjumpa di alam mimpi. Dan benda ni hanya jadi pada pasangan perempuan. Lagi-lagi kalau kau selalu buat jantung dia berdegup tak tentu arah.
Macam ni!
Tak kuasa ku menahan rasa ah ~
Hatiku makin semakin berdebar ah ~
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapan mu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa akan terhenti!!
"

Aku buat muka poker face. Apa masalah jantan ni? Lagu apa tah si naga tua hangus ni nyanyi .

Sudahnya, aku palau aje dia. Boleh cair tahi telinga aku dengar.

"Dasar naga tua lupa umur. "

Kemudian aku mengangkat badan Emyriel lembut. Ala ala gaya bridal style. Aku meletakan dia dia atas sofa Hitam.

Aku tak kesah pun dia tidur atas aku. Tapi aku takut dia rasa janggal pulak bila pagi nanti dia bangun, ada atas aku. Pemalu lah katakan. Ceh malu dengan aku sorang jer. Aku tergelak kecil.

" Muka comel kau tu, hanya aku je boleh tengok jadi... "

Aku mendekatkan mukaku lalu mengucup dahinya lama.

".. jangan malu depan orang lain selain aku.  "

Entah kenapa muka Emyriel tersenyum dan tanganya memegang tangan aku yang tadinya mengusap pipinya.

Cahaya lambang naga kami berdua bernyala terang.

"Nampaknya kau dah mula sukakan dia. Heh boleh tahan jugak korang ni."

Aku hanya tersenyum. Kemudian mengucup lembut pipinya pula, sebelum terlena. Jangan risau aku tidur atas lantai.

Asal boleh tidur, kita jalan ahh! Yeah! Forever tidur tak bangun-bangun!

Senyuman aku meleret sebelum menatap wajah suci Emyriel.

"I think i start to fall in love with you, Emyriel Celeste. "

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro