Chapter 12 Spirit
Bunyi kicawan burung yang merdu membuatkan hutan itu seperti hutan yang hidup. Haiwan di situ juga kebanyakan haiwan mitos dan unik seperti unicorn,pari pari kecil, anaconda , dan banyak lagi.Mereka hidup dan menjalankan habitat masing masing dengan aman. Tetapi keamanan itu tidak lama...
"WAAARRHHHH!!!!! " Jerit seseorang dengan kuat. Terus sahaja haiwan di dalam hutan itu melarikan diri..
Luke POV
"WAAARRHHHH!!!!" aku menjerit sekuat hati apabila di kejar oleh 'sesuatu'. Gila tak jerit kalau kena kejar dengan binatang yang nak makan kau.
Okey first cikgu hantar aku dekat tempat apa apa entah,and then lepas bangun je, ada pulak lembaga mengaku dia 'Malaikat Maut'. Aku kecut perut lah jadinya, terus je aku lari...
Elok aku lari, terlanggar pulak dengan 'Pokok'. Benda yang aku ingat 'Pokok' tu rupanya 'Mahluk' yang ada 8 sesungut. Dengan taring yang banyak, putih pulak tu! kalah Rambut putih Shiro haha.. okey sekarang bukan masa untuk melawak sebab nyawa aku boleh melayang bila bila.
GRRROOAA!!
"WEY JANGAN MENGAUM LAH! BOLEH TERCABUT JANTUNG AK-WAHH!! JANGAN SERANG! JANGAN SERANG!JANGAN SERANG! "
Haiwan itu menyerang aku mengunakan sesungut sesungut hitamnya. Heh! Setakat serangan macam tu kacang je nak mengelak guna teknik rasia aku hihi..
"ELAKAN MONYET GILA! U, U, AK, AK! " jadi dengan itu aku mengelak dengan mudah. Heh! Jangan ingat monyet tak pandai berlawan eh hahaha..
Kitsu yang berada didalam tubuh aku hanya menekup mukanya. 'Asalah aku dapat pewaris yang macam badut tak laku' bisik musang kecil itu.
Haiwan itu mula begang apabila serangannya tidak mengena. Dia mula menyerang dengan agresif. Makin susah pulak aku nak mengelak. Tanpa aku sedar satu sesungutnya menyerang hendap. Okey kali ni aku tak boleh elak. Err... this must be really really hurt.
Bushh!!!
Libasan yang kuat dan jitu mengena tubuh ku sehingga aku terperlanting dan menghempas sebuah diding gua. Gua itu retak serta merta.
" Ugrhh!!That really hurt!!Damn it! selamat angota badan aku cukup!kalau tak kau jadi sotong panggang hagus harini! Urghh! " kataku yang masih melekat didinding gua.
"Kau hidup tu kira okey lah. Ingat waktu kau lawan dua orang Dark Cyber? Teruk kau kena belasah. " kata Kitsu.
"Err.. Kitsu kau dah lupa ke yang aku memang tak ingat apa apa pasal benda tu? " jawabku sambil cuba untuk keluar dari dinding.
"Haaaiih... itulah kau waktu tu main cakap lepas je..cakap 'heh..setakat serang macam tu tak lah kuat mana'dah tahu diritu lemah boleh pulak kau kata macam tu. Selamat kawan kau datang tepat pada waktunya. Kalau tak mungkin makin ramai orang yang terbunuh kerana kuasa aku. " ayat terakhir dipelahankan. Aku dengar ayat terakhir tu. Kitsu mesti sedih sebab setiap orang yang menggunakan kuasanya iaitu Lost Aura mesti akan terbunuh. Haiih.. kesian pulak aku.
"Kitsu.. " panggilku.
"Ya? "
Haiwan seperti sotong kurita tadi mula muncul ditempatku. Dia mengaum dengan kuat. Sesungutnya mula dilibas libas tanda mahu menyerang. Aku mengambil nafas kemudian menghembuskannya. Wajahku mula serious.
"... tolong aku kawan kuasa Lost Aura ni. "
Kitsu tersenyum sinis.
"Yes my heir "
Salah satu ekor simbol musang di leherku itu mula bercahaya kebiruan manakala yang lain bercahaya kemerahan.
"Aku akan ajar menggunakan elemen ais kau dulu" katanya mula.
"Heh, fine by me. " kata ku dengan senyuman sinis. Ekor yang berwarna biru itu mula melingkar ke seluruh pergelangan tangan kananku. Kemudian tangan kananku tersarung sarung tangan armor yang diperbuat daripada ais biru. Mataku juga mengikut warna armor itu.
"Wow! Nice. " kataku sambil membelek sarung tangan armor ku.
"Ice armor. Itulah nama benda yang kau pakai."
"Ice armor? Tapi kenapa bahagian lengan aku je? "
"Kau masih belum kuasai 8 kuasa aku. Jadi kau boleh ambik bahagian bahagian dia je. Itupun cuma ais. Kalau kau nak full armor kau kena kuasai ke semua 9 kuasa aku. " terang Kitsu.
"Sejujurnya, aku tak faham sepatah haram pun. "Kataku blur.
"Ish! Lantaklah nanti aku cerita sekarang kau fokus pada daemon jenis sotong kurita depan kau ni."
"Alright... "aku mula meletup letupkan jariku.
"Orang selalu kata 'jom bakar sotong' tapi aku... "
Aura biru mula kelihatan disekelilingku. Rumput yang aku pijak mula membeku. 8 ekor musang yang menyala dengan lebih kemerahan termasuklah Ice armor aku.
"... 'Let's freeze this Octopus!! ' " kataku dengan senyuman penuh makna.
Akari-
"LUCIA!!" Jerit Akari mula risau. Tetapi sebelum sempat dia menyerang gadis berambut pink itu, dia dihalang dengan akar akar pokok hijau yang besar. Akar akar itu memutuskan tempat antara dia dan Lucia.
"Emyriel apa awak buat ni!!? " soal Akari mula begang.
"Sabar dulu Akari. Awak jangan risau Akemi tahu macam mana nak latih Lucia. "
"Maksud awak dia tu pelatih Lucia? "Soal Akari. Emyriel hanya mengangguk.
"Oh. Okey. Jom lah sambung latihan kita! " kata Akari ceria tiba tiba.
"Aiik? .. tadi bukan awak risau ke"
"Naahh.. dia tu kawan awak kan? So tak pelah. Dia kan orang baik, jadi saya taklah sangat risau"
"Awak ni suka fikir positive betul lah"
"Thanks! But miss Emyriel we still have to training you know. Come on. "
"Alright alright. "
Kemudian disekeliling mereka mula sunyi. Masing masing mula serius. Titisan air dari daun jatuh ke tanah membuatkan dua orang gadis itu meluru ke arah satu sama lain. Masing masing mahir menggunakan pedang. Lagaan pedang meraka membuatkan percikan api dan kilat kecil kerana pedang Akari.
Zingg!!
Zingg!!
Tingg!!
Tingg!!
"I have to admit it, you strong Akari... "
"Thanks. "
"Tapi.. "
"Huh? "
Akari terkejut kerana Emyriel hilang dari pandangan.
"Awak masih tak kuat untuk kalah kan saya. "
Emyriel muncul di sebelah Akari lalu menumbuk perutnya sehingga terpelanting agak jauh.
"Urgh! " Akari menahan senak di perutnya.Emyriel yang tiba di tempat Akari hanya memandang dengan pandanga serius.
"You holding back your Power. " kata Emyriel tenang.
Akari tersenyum sinis. Dia mula mengibas ngibas bajunya.
"Yeah. Tapi sekarang tidak. "
Akari membetulkan topi hitam yang selalu dipakainya. Dia menarik nafas kemudian menghembuskan nya. Rambut blonde miliknya bertukar merah.Mata mula dibukak dengan perlahan. Matanya masih dengan warna asalnya.
"Mari kita mulakan latihan sebenar!! . " katanya dengan bersemangat.
"Hehe, With pleasure my friend . "
Lucia-
Asap asap mengelilingi tempat di mana letupan bola elektrik tadi.
"Alahaii... tak kan dengan serangan mudah tu dah out. Haiih.. , macam manalah kalau kau nak lawan dengan mereka nanti.. " ayat terakhir itu sengaja di perlahankan. Tiba tiba kepulan asap tadi mula menjadi pusaran puting berliung mengelilingi tempat diamana Lucia berada.
Akemi tersenyum sinis.
'Boleh tahan jugak budak ni'
"Heh, setakat serangan macam tu tak lah susah sangat. " lalu satu libasan keluar dari asap puting beliung itu. Akemi mengelak dengan mudah. Tiba tiba Lucia berada di depannya lalu menendang Badan Akemi sehingga terpelanting ke arah sebuah pokok menyebabkan pokok itu tumbang.
"Kalau kau nak main cara kasar jadi aku pun main cara kasar. Fair and square right? " kata Lucia dengan mata kanannya ditutup oleh rambut nya.
Akemi mengelap darah di bibirnya lalu tersenyum sinis. Kemudian ketawa
"Hahahaha.. okey budak kau memang berani nak berlatih kasar dengan aku. "Akemi bangun dan berjalan ke arah Lucia. Kali ni jarak mereka lebih kurang 10 m sahaja. Renungan tajam diberi antara satu sama lain. Apabila sehelai daun jatuh ke tanah kedua duanya membuat tendangan yang mengsasarnkan kepala masing masing. Kemudian mereka melompat kebelakang. Akemi mengeluarkan busur miliknya. Mata kuningnya bercahaya begitu juga ukiran dia busurnya bercahaya kuning memaparkan bentuk seekor
phoenix.
"Gold fire... "
Sebuah anak panah kelihatan apabila Akemi menarik tali busurnya.
"PHOENIX THOUSAND ARROWS!!"
Kemudian Ribuan panah api terhasil dan menyerang Lucia.
Lucia hanya mamandang selamba dan senyuman yang masih tidak lekang. 'Nampaknya tak ada pilihan lain'
Lucia menutup matanya. Keadaan sekeliling seperti terhenti.
"In the name of the Ryuzaki Clan,
I Lucia Ryuzaki chose the spirit,
The iron element is my power,
Now I choose .. "
Lucia membuka matanya perlahan lahan. Disekelilingnya mula berubah kini dia berada di padang pasir yang gelap disekelilingnya. Cahaya hitam yang kecil di depannya mula berubah bentuk. Seorang dengan rambut hitam yang panjang, warna kulitnya pula sangat pucat, dia berdiri diatas seekor mahluk aneh yang membunyai bilah bilah tajam yang bersambung dengan dirinya.
"... Sidero the demon spirit "
Lucia tersenyum sinis tetapi tidak lama..
"Tak sangka pulak aku dapat jenis demon spirit milik mak aku. " Lucia menundukan wajahnya sambil bercekak pingang dengan tersenyum kelat.
"Milady must be proud at you Lucia. " kata Sidero.
"Yeah. Jadi Sidero.. " Lucia memandang Sidero dan menghulurkan tangan nya. Sidero mengangguk kemudian menyambut huluran Lucia.
"I will be your Demon Spirit Lucia Ryuzaki. The Child of Lucy Ryuzaki. "
"Aku tak akan kata aku nak kuasa kau. Tapi aku akan kata aku nak berlawan bersama dengan kau dan kuasa kau. Jadi jangan ingat diri kau tu hanya Stock simpanan kuasa aku. Agap aku sebagai kawan atau partner dan bukan Tuan kau. Faham? " kata Lucia lembut tapi masih ada ketegasannya.
Sidero terkejut seketika kemudian tersenyum.
'Just like you Lucy'
Kemudian Sidero mengangguk.
"So now.. "
"..Let's give her the ultimate performance!! I'm all fire up now!! "
Lucia membuka matanya, dia tersenyum sinis. Ribuan Anak panah api itu semakin hampir. Lucia mengeluarkan sebilah pedamg hitam. Matanya juga berubah hitam pekat begitu juga warna hujung rambunya.
" IRON DEMON DARK SLASH !!! "
Zuupp!!!
Libasan pedang milik Lucia memusnahkan semua ribuan anak panah tersebut.Bukan itu sahaja di sebabkan Libasan itu sebuah bukit terbelah dua Akemi tergamam.
'Hanya satu libasan boleh musnah kan sebuah bukit! '
"Alahaii... Sidero, aku tak melebih kan? " soal Lucia sambil menggaru pipi yang tidak gatal.
Sidero hanya menggeleng kepala. 'Yup. Memang sama macam Lucy. Dua beranak ni sama je!. ' Fikirnya.
"Yo! Cik.. "
"Haha.. budak kau memang kuat tak heran kalau si Leon tu betul betul nak kau masuk sana. Heh, ada Spirit jugak dalam badan kau eh?.. haha panggil aku Akemi Miyako.Spirit aku jenis Myth. Phoenix Twin. Aku seorang Guardian sama macam Emyriel. Rank aku no. 6. Jadi selamat berkenalan! "
"Aku Lucia Ryuzaki. Spirit aku jenis Demon. Aku hanya pelajar biasa yang mempunyai seorang abang yang pemalas tahap antarabangsa. Selamat berkenalan "kata Lucia tersenyum. Ceh sempat jugak nak kutuk abang dia.
Akemi agak terkejut. Kerana Spirit jenis Demon paling sukar untuk dijumpai.
'Lucia Ryuzaki. Ryuzaki. Aku macam pernah dengar nama tu. '
"Cik Akemi? "
"Huh? Oh maaf. Jadi.. "
"Let's start the training shall we? " kata Lucia dengan senyuman mengerikan.
" (gulp) haha sure sure. " kata Akemi yang agak takut dengan senyuman Lucia.
Shiro-
Shiro POV
Bomm!!
Bomm!!
Meriam yang dibawa oleh Zirah bayang milik Katsu membuatkan aku berlari ke hulu dan kehilir. Jujur aku cakap Katsu memang trainer yang paling kejam aku pernah jupa.
"Wahh!! Katsu baik kau hentikan serangan kau! Aku nak rehat jugak! Dah 2 jam aku lari! "
Katsu memandangku sekilas diatas T-rex miliknya. Dia kemudian tersenyum sinis.
Okey kali ni aku memang nak bunuh mamat ni. Nak tahu sebab apa? Ni..
"Wahh!! Sedap nya air oren ni. Ermm... enaknya ayam goreng ni... aaa.. aummm. Ush..sedap nya!eh Shiro kau tak nak?oh lupa kau tengah rajin berlatih...tak apa tak apa aku akan kenyangkan perut kau guna perut aku. Ayam goreng ~
Ayam goreng ~
Ayam goreng sekarang~
Sudah masuk, dalam mulut~
Masuk dalam mulut aku~
Hahah" (lagu pisang goreng. )
Err... dia ni memang buat aku panas betul. Haiih.. nak tak nak aku kena lawan jugak lah nampak gayanya.
Aku berhenti dari berlari. Harimau bayang mula menghampiri ku bersama beberapa bilah pedang bayang. Aku menutup mataku kemudian sekeliling menjadi gelap gelita. Hanya aku Ditempat itu.
"Heh, kenapa kau datang kemari?bukan kau tidak mahu berjumpa dengan aku? Kau ada urusan ke? " soal seseorang dengan suara yang sangat garau.
"Haahh.. aku datang sini cuma nak sapa kau je naga tua hangus.. ." Jawab ku selamba selamba.
"Siapa kau panggil naga tua hangus hah budak!! " kata suara yang garau itu.
Aku menoleh ke belakang dan kelihatan seekor naga yang besar berwarna hitam memberi jelingan tajam. Heh ingat aku kesah. Aku bagi mata tu juling baru tahu.
"Apa pandang pandang nak bayar hutang?" Kataku kepadanya.
Naga itu hanya merengus kasar kemudian menggulung badannya.
"Ceh, merajuk lah tu.. "
"Siapa kau kata merajuk hah!!? " terus sahaja dia memandang aku dengan begis.
"Muka tu buat lah bengis bengis nanti tak ada makwe baru tahu. "
"Kau nampak tempat ni ada ke naga betina ke? "
Aku memandang sekeliling. Kemudian memandang naga hagus terbakar depan aku ni. Aku tersengih lalu menggaru pipi yang tidak gatal.
"Tak"
Naga itu hanya memandang aku kosong.
"Apa kau nak? " soal nya acuh tidak acuh. Aku mula serius.
"Kalau aku guna kuasa salah satu Elemental kegelapan kau ni, ia tak akan buat aku hilang kawalan kan? "
"Haiih.. kau tu masih belum kuasai kesemua Elemental aku. Dan yeah kau tak akan hilang kawalan. "
"Apa yang aku tak kuasai lagi? "
Dia mendiamkan diri. Seperti memikirkan sama ada hendak memberi tahu atau tidak.
"Bagi tahu jelah.. " kataku lalu duduk bersila didepannya. Dia hanya mengeluh.
"Kuasa Demon Darkness "
"Oohh" jawabku menunduk kebawah.
Arghh.. aku dah agak kuasa tu.
Demon Darkness. Kuasa yang paling kuat dan hanya mampu dikawal oleh pengguna kuasa Elemental kegelapan.
"Haa... kau sendiri tahu kuasa tu paling aku benci"
Kataku perlahan.
"Shiro. Kalau kau masih membeci kuasa tu. Sampai bila pun kau tak akan dapat kawal ia.. "
"Cukup.. "
"..jangan sampai satu hari kau akan menyesal.. "
"Aku cakap cukup.. " nada suaraku sedikit keras.
".. kau nak ke orang yang kau sayang terkorban! "
"SEBAB TULAH AKU BENCIKAN KUASA TU!! " bentak ku. Aku mengeluh kecil.
"Dengar Hakuryu. Aku dah pernah guna kuasa tu. Kau tahu tak waktu pertama kali aku guna kuasa tu, umur aku berapa? 7 tahun, Haku. 7 tahun. Dan kau nak kata kuasa tu boleh lindungi orang yang aku sayang? Bullsh*ts. Kalau kau nak tahu sebab kuasa Demon Darkness tulah, aku kehilangan orang yang aku sayang dengan tangan aku sendiri!! " bentaku. Hakuryu hanya mendiamkan diri. Keluhan berat dilepaskan.
"Kali ni kau pulak dengar. Aku bukan nak arah atau suruh kau tapi aku cuma nak nasihat. Aku tahu kau banyak merana dan terseksa di sebabkan kuasa tu. Tapi percayalah, suatu hari nanti kuasa tu akan membantu kau. Selagi kau ada perasaan benci pada kuasa tu selagitulah kau tak akan dapat kawal kuasa tu. Kau kena terima kuasa tu seadanya Shiro. " katanya seperti memujuk.
Aku mengeluh berat. Sedikit sebanyak nasihat Hakuryu ada betulnya jugak. Aku bukan nya boleh membeci kuasa tu selamanya.
"Entahlah Haku. Tapi aku tak janji yang aku akan terima kuasa tu dalam masa terdekat.. "
"Aku tak kesah. Kau ambil lah berapa banyak masa pun. "
"Kalau nak ambik sampai aku mati boleh? "
Tuk!
"Aduh! Sakitlah naga tua Hangus!"
"Aku ceramah panjang lebar kau boleh pulak buat loyar buruk! Eh.. ikut kan hati aku nak je aku bakar kau! Dasar otak udang! "
"Sapa kau kata otak udang hah!!!? Kau tu pulak Naga tua buncit 5 lapis!! "
" What did you just say!!!?"
"Naga tua tak ada telinga gemuk kedempol sampai berlapis 6 tingkat! "
"You Stupid Brat!! "
"What!!? Wanna to fight? Bring it on! "
Kemudian dahi kami diletakan antara satu sama lain dengan mata yang menghasilkan arus electrik.
"Hmph! " kata kamu serentak sambil menyilangkan tangan di dada.
Kemudian baru aku teringat aku masih ada latihan dengan Katsu. Haaa... lecehnya.
"Okey lah naga tua aku kena pergi dulu-"
"Pergi, lepastu tak payah datang sini dah. "
Aku mencebik. Eleee..ingat aku tak tahu dia tu suka kalau aku datang. Yelah Forever alone lah katakan. Heh..
"Yelah yelah aku datang kalau nak belasah kau je okey! "
"Banyak cipan kau! Kalau macam tu tak payah datanglah, mangkuk! "
"Haha aku gurau jelah! "
Hakuryu hanya meng'mmm'kan sahaja. Heh,ingat aku tak tahu dia senyum.
"Bye, King Demon Dragon of Darkness "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro