Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 11 Training

Shiro POV

Selepas menadah telinga mendengar bebelan cikgu Leon, kami kembali duduk di atas sofa hitam. Akari dan Lucia masih bingung dengan situasi yang dihadapi.

"Err.. Abang siapa dia ni? " soal Lucia menunding jari telunjuknya ke arah Katsu.

"Aku? Haha sorry-sorry. Aku lupa korang berdua tak kenal aku lagi. "  Katsu bangun dan menunduk sedikit lalu meperkenalkan diri.

"Hello ladies! My name is Katsu Reynard! Nice to meet you! Korang tak payah kenalkan diri , aku dah tahu. Abang Leon dah bagi tahu dekat aku. " Katsu tersengih. Lucia dan Akari hanya menganggukkan kepala.

"So... Apa yang cikgu nak bincang dengan kami sebenarnya.? " soal Akari.

"Ohh.. pasal tu. Nah! Ambil surat ni, baca sampai habis, " lalu cikgu memberi 4 helai kertas bersaiz A4 kepada kami.

'BORANG KELAYAKAN KE AUREUM ACADEMY.'

Hanya membaca tajuk dia sahaja terus membuatkan kami terkejut. Kami memandang cikgu tak percaya.

"Baca habis dulu borang tu nanti, baru cikgu bagi tahu sebabnya. "

Kami hanya akur lalu membaca borang itu sampai habis.

***

"Alright, finish? " soal Cikgu.

"Bila cikgu buat borang ni? " soalku.

"Masa kau nangid ah! "Jatuh rahang aku.

" Cikgu ada waktu tu?! " Ahhh... sudah cikgu nampak aku nangis. Sah jadi bahan.

"Janganlah risau, cikgu rakam tapi tak tunjuk dekat siapa pun.. " bisik cikgu di telingaku membuatkan bulu aku merinding. Ayat yang simple tapi penuh dengan marabahaya. Tak gune.

Hotak dia rakam..

"Weyy, abang kau dah kenapa? " bisik Akari pada Lucia. Lucia hanya mengangkat bahu.

"Ehem.. Balik pada tujuan asal. Sebenarnya cikgu tahu setiap daripada kamu ada potensi untuk masuk ke sana. Lagi pun.. " cikgu memandang ke arah aku.

".. Cikgu tak yakin kalau Shiro duduk sana dengan Luke je. " kata cikgu lalu berpaling ke arah Luke.

"Apa maksud cikgu dengan Luke? " soalku hairan. Luke mana ada kuasa lebih dari 2. Yang aku tahu kuasa dia Masa dengan Ais aje.

"Luke kamu tahu tak-" ayat Cikgu Leon dipotong Luke.

"Saya ada Lost Aura? Yup saya tahu. " kata Luke tenang sambil menyilangkan tangannya dibelakang kepala.

Kami semua terkejut lalu memandang nya tak berkelip.

"Oh lagi satu, saya bukan je ada, tapi! saya pewaris Lost Aura generasi ke 3. Tak silap saya lah. " katanya selamba.

...

"YOU WHAT?! " Jerit kami serentak kecuali Cikgu Leon dan Luke. Tapi malang bagi Luke..

"What jantung aku tak terawat! " Luke melatah kerana terkejut. Cikgu pulak tercegang dan terkejut.

"Luke kamu tahu tak apa yang kamu cakap tadi? " soal Cikgu.

"Err.. tahu? " balasnya lebih kepada soalan.

"Kenapa? "

"Luke dengar, kau tahu tak apa Lost Aura ni? " soal aku.

"Tahu. "

"Tu je riaksi kau? Kau tahu tak kuasa tu bahaya! Kalau kau tak dapat kawal, ia boleh meragut nyawa! Luke benda ni tak boleh dibuat main! " kali ni Katsu pula yang berkata.

"Yes, aku tahu. Tapi aku tak tipu lah! Kalau korang tak percaya.. nah! Tengok simbol dekat Leher aku ni.. " lalu Luke menarik kolar baju nya ke tepi sedikit. Hoodienya diturunkan. Mata kami membulat apabila melihat simbol seekor Musang berekor 9.

"Sekarang korang percaya? "

"Ma-macam mana... " Katsu kehilangan kata kata begitu juga aku dan yang lain. Cikgu Leon memicit-micit dahinya. Mungkin pening. Yelah lepas satu, satu benda jadi. Cikgu Leon mengambil nafas dalam kemudian menghembuskannya.

"Nampak macam cikgu dah tak ada pilihan. Baiklah hari ni, bukan... Sekarang jugak kita mulakan Latihan! " katanya tegas.

Aku, Luke, Lucia dan Akari pelik. Latihan? Latihan apa? Sebelum sempat aku bertanya, empat bulatan cahaya bengelilingi aku dan yang lain. Cahayanya terlalu terang menyebabkan kami terpaksa menutup mata. Kemudian semua menjadi gelap..

Ditempat Luke

Luke POV.

Aduh! Sakit gila belakang aku ni. Wait aku dekat mana ni? Haiihhh... kenapalah aku kena selalu pergi tempat yang pelik-pelik. Dah lah tak ada orang.

"Hello!! Ada sesiapa ke? Shiro! Akari! Katsu! Cikgu! Lucia! " panggil ku tapi tiada sahutan. Ahh... Ni leceh ni buatnya benda pelik keluar tak apa lagi. Ni buatnya han-hantu mahu mati aku dia makan. Err.. Seram sejuk aku.

"Nampaknya dia nak mula hari ni jugak,"

Sudah. Siapa pulak?

"Oi budak dekat belakang ni, pusingkan badan kau! "

Seko lagi!

Asal kau bawak kawan? Kau nak ratah aku sama-sama ke apa? Eyy, nak toleh ke tak eh?

Huii somebody help me!!

"Toleh jelah belakang, kitorang ni bukan hantu... "kata suara pertama tadi.

Boleh percaya ke? Ah lantak lah! Pusing aje lah! Tapi sebelum sempat aku melihat ke belakang ia berkata lagi.

"tapi Malaikat maut kau muhahaha..! "

Okey kali ni aku nak lari.
Dalam kiraan

Piung!!!

"WAHHH!!! AKU TAK NAK MATI!!!! " kata ku lalu berlari ke dalam hutan meninggalkan dua mahluk dibelakang ku.

Luke POV end.

Pakk!!!

"Bodoh lah kau! Tengok kan dia dah lari? Apa jenis abang lah kau ni! Sekarang kita kena cari budak tu pulak! Ahh geramnya aku dengan kau ni! " kata Kyo marah.

"Hihi aku ingat nak kenakan dia sikit. Tapi tak tahu plak dia percaya bulat-bulat. Hihi " kata Lance tersengih sambil mengaru pipinya. Kyo menjegil sahabatnya.

"Dah jom cari adik kau! Jap gi tak pasal-pasal kita kena dengan si Leon tu. Kan dia ada kata Adik kau tu salah seorang favorite student dia. Dah jom! " ajak Kyo.

"Kau lah gi cari-"

"Baik kau ikut aku kalau tak aku yang jadi Malaikat maut kau nanti. " kat Kyo tersenyum menampakan gigi taringnya. Pedang dan senjata yang lain sudah mengelilingi Lance. Peluh mula turun dari mukanya.

"Hihi aku gurau je. Itu pun nak ambik hati. Alright jom cari adik aku!! "

Kyo hanya Menggeleng kepala lalu berlari bersama Lance untuk mencari Luke.

Ditempat Akari dan Lucia

Akari POV

Err... Sakit gila belakang aku. Tiba-tiba bila bukak mata je terus badan aku kena hempap dengan si Lucia tu. Haiihh.. selamat tak patah tulang belakang aku.

"Akari kau okey ke ni?sorry terhempap kau tadi, janji aku buat lagi eh... silap janji tak buat lagi hihi"

"Mmm... yelah yelah aku maafkan. Tapi apa yang penting kita dekat mana sekarang? " soal ku melihat sekeliling. Hutan? Tak silap aku tadi kami dengan cikgu lepas tu cahaya bulat bawah kaki kami, bukak je mata ada dekat hutan ni. Ahh... aku Confused! Otak aku tak boleh nak hadam!!

"Kau kenapa Akari dok tarik rambut? Gila dah ke? Sebab aku hempap kau ke? " soal Lucia bertalu talu.

"Ahh... senyap lah kau! Ni kita dekat mana ni? Kau tak risau ke? " soalku. Dia hanya mengeleng kepala. Aku mehembus nafas panjang.

"Ah korang dah sampai" sapa seseorang. Apabila kami menoleh ke belakang kami terlihat figura perempuan yang sangat kami kenali.

"Emyriel/kak Emyriel? " soal aku dan Lucia serentak.
Emyriel tersenyum.

"Dah sedia untuk Training? " soalnya lalu pedang putih entah dari mana berada di tangannya. Aku dan Lucia memandang satu sama lain

"Training? " soal kami serentak.

Tanpa amaran Emyriel hilang dari pandangan. Kami berdua terkejut. Tiba tiba Emyriel berada di sebelah aku. Dia menghayunkan pedang nya tetapi sempat di tahan oleh pedang merah atau halilintar milik aku.

"Emyriel apa awak buat ni!! ?" Soalku. Dia terus menolak pedang ku menyebabkan aku terseret kebelakang sedikit.

"Sorry Akari but I have to train you. Ini untuk kebaikan awak. " kata Emyriel. Aku tersenyum sinis.

"Training huh? Well I don't mind. But you have to explain a lot of things after this. Deal? "

"Sure" kata nya. Kemudian dia melompat kebelakang aku mula meregangkan badanku. Lucia masih terkejut. Kemudian tanpa amaran Serangan beberapa anak panah kilat yang entah dari mana, datang kearahnya.Dia sempat mengelak setiap dari serangan. Mata anak panah itu tercukcuk pada tanah.Lucia kemudian  mengeluarkan double bladed sword miliknya.


"Heeihh.. boleh tahan cekap jugak budak ni" ujar seseorang. Kemudian seorang gadis berambut pink, matanya pula unik dengan dua warna iaitu hijau dan kuning.Gadis itu keluar sambil memegang busur panah berwarna emas.


"Akemi Miyako.. " kata Emyriel.

"Yo! Budak kau memang patas and cekap. Tapi... " kemudian dia memetik jarinya. Anak panah biru itu menjadi bebola kecil  kemudian meletup kuat dan megeluarkan arus Elektrik di sekelilingnya. Lucia yang berada berhampiran salah satu anak panah itu tidak sempat mengelak.

"... tak berapa Alert. "
Katanya.

"LUCIA!! "

Ditempat Shiro.

Shiro POV

"Err..... aku dekat mana ni?" Soalku sendiri apabila melihat sekeliling aku cuma hutan hijau.

"Haiih... mana cikgu campak aku ni? Kalau nak suruh aku cari jalan keluar sendiri memang sampai tahun depan pun belum tentu aku nak cari. Nak suruh aku training seorang? Memang tak lah aku nak berlatih. "

"Sebab tu abang bawak kau ke sini" kata seseorang yang sangat aku kenali.

"Katsu? " dia menyandar kan badanya pada pokok sambil tangan di silang kan ke dada.

"Yo! " sapanya selamba.

"Kau buat apa dekat sini? " soalku.

"Jadi trainer kau lah.. " katanya lalu berjalan ke arah aku sambil tersenyum penuh makna.

"Err... kalau trainer, aku lebih rela cikgu daripada kau. "

"Haha don't worry. Kau jangan risau latihan aku tak teruk..dan ini ayat aku setiap kali menjadi pelatih untuk budak budak... " kata Katsu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. Kemudian dia mengangkat tanganya keatas pelahan.

Aku rasa aku tahu apa yang dia nak buat. Ah shit.

Sejumlah pedang bayang yang banyak berada di atas manakala senjata yang berpeluru dan laser berada dibawahnya. Haiwan buas daripada bayang juga berada di sisinya, tak ada satu pun haiwan dari jenis pemakan rumput, semua daging

" Welcome to Hell my dearest friend!!Hahahaha!"katanya gembira termasuklah senyuman yang menampakan semua gigi putih nya.

Graa!!!

Ssscc!!

Roau!!!

Grrr!!!

Miauww!

Haiwan mengaum dan berbunyi membuatkan aku berpeluh. Okey kecuali bunyi kucing tu.

" Katsu are you serious? "

"Eeeh? " itu sahaja yang diucapnya, kepala pula sudah di sengekan ke tepi bersama senyuman kemudian dia membuat T-rex dari bayang.


GRRRoooww!!

Okey Katsu memang gila! Gila!!!

"Hahaha... let's have a training session!!! " kata Katsu sambil mengangkat topi ala ala koboi. Entah mana aku dapat pun tak tahu. Tapi apa yang penting sekarang....

"Katsu Reynard!!I will kill you one day!! Damn, Shit! " kataku menyumpah banyak di dalam hati, sambil berlari dan mengelak setiap serangan dari Katsu.

"Aku tunggu!! Tapi buat masa ni aku nak berhibur!! Haha... tembak dia! Tembak dia! Dududu!! " katanya sambil membuat bunyi menembak menggunakan
machine gun. Padahal machine gun dekat tangan dia pun dan ada bunyi!!! Arrhhh.... geram nya aku dengan mamat ni!!

"Makan ni! DEMON SHADOW CANNON! "


Lalu meriam yang dibawa oleh sebuah zirah keluar.

"YOU SO DEAD KATSU RAYNARD!! " jerit ku.

————————————————Alright dah siap Chapter 11! Author sebenarnya nak update semalam but ada masalah sikit.

Jadi apa yang akan terjadi kepada Shiro dan kawan kawan nya. Dan kenapa tiba tiba mereka kena berlatih? Nantikan chapter yang akan datang!!

Thanks alot for comment and vote. Love you guys. 😊

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro