Bonus 3 Part 2 Secret Friend
*media di atas ialah gambaran Senri😍my cute babyyy. Aip! Jangan curi😂*
"SENRI!!!! "
Senri yang baru sahaja ingin menunggang burung Garuda miliknya dipanggil Eryl. Wajah Eryl yang ceria dipandang kosong. Sedar-sedar sahaja badan dia elok dipeluk abangnya.
"Abang nak apa? " soal Senri sebaik sahaja Eryl melepaskan pelukan. Eryl senyum penuh makna.
"Nak ciuman yang sungguh indah dibibir seksi ini. " kata Eryl seraya memuncungkan bibirnya. Senri mengerdipkan matanya beberapa kali.
"This is stupid and ridiculous. " Terus badan dikalih kebelakang dan bersiap-sedia untuk terbang bersama garudanya. Eryl pula dah tarik baju Senri untuk tunggu.
"Huwarh!! Abang guraulah! Dengarlah dulu! " ujar Eryl gelabah apabila Senri betul-betul nak pergi. Senri mengeluh kasar lalu memandang Eryl sehingga lelaki itu terdiam.
"Kenapa pandang abang macam abang ni sampah? "
"Bukan abang sampah masyarakat? " soal Senri sambil menjongket sebelah kening.
ZUP!
Bapak sakit. Ni mesti ayahanda yang ajar Senri ni. Hurmm.. rasa macam Ayahanda tengah gelakkan dia dengan taduk setan atas kepala aje. Hati Eryl berkecai seribu. Air mata palsu mula turun daripada pipi Eryl. Senri pandang kosong aje.
"Apalah nasib abang dapat adik macam ni. Huii... " Eryl duduk tersimpul ditanah sambil mengelap air matanya.
"Okeylah, jom kita balik istana Nith. "
"Okay, no drama. " hujung baju Senri dicengkam. Senri sengih sinis. Tahu pun. Akhirnya, Senri turun daripada Garuda yang dinamakan Nith.
"Talk.. " arah Senri sambil berpeluk tubuh.
"Okay macam ni. Hari ni abang nak pergi kerajaan Dianthus, jadi boleh tak Senri bagi buku ni dekat cikgu Leon? Yang ni pulak bagi dekat ayahanda. "
Buku dan sekeping surat putih yang dihulur Eryl disambut Senri. Senri mengeluh lalu mengangguk. Buku dan surat itu dimasukkan kedalam beg sandangnya.
"Ada lagi? " soalnya.
"Cakap dekat girl-girl abang, yang minggu ni abang nak cuti. Book date dibuka pada minggu berikutnya. " ujar Eryl dengan sengihan. Senri pandang Eryl dengan muka kosong.
"Tak kuasa aku nak sampaikan yang tu. " Terus Senri menunggang Nith dan terbang ke angkasa. Urat merah jelas timbul diatas kepalanya.
"SENRI!!!! " maka menangislah seorang lelaki bernama Eryl Ryuzaki. Padah sakitkan hati Senri. Sudahnya dia hanya mengeluh aje. Dia bersiul lalu muncul pula seekor Griffin emas. Badan Griffin itu diusap dengan ceria.
"Jom Zeon! Dah lama tak jumpa 'kembar' aku tu hahaha.. "
Griffin yang bernama Zeon sekadar angguk dan berbunyi seperti mengiakan. Eryl melompat naik diatas badan haiwan perliharaanya. Zeon melebarkan sayapnya. Dikibas beberapa kali sebelum kakinya berlari dan terbang keangkasa.
***
Senri masuk kedalam istana. Bilik kerja ayahandanya dicari terlebih dahulu. Apabila tiba di muka pintu, Senri mengetuk sebanyak tiga kali.
"Ayahanda..? "
Senri mengerut dahi. Jarang ayahanda tak menyahut. Tombol pintu dipulas. Tak kunci?
"Ayahanda..? "
Tombol pintu bilik itu dipulas lalu pintu di tolak. Hampir melompong mulut Senri melihat kertas kerja Ayahandanya bersepah dilantai. Tak cukup dengan itu, keadaan perabut bagaikan terkena tsunami!
"Apa yang-"
"GRRR....!!!! "
"LEPASLAH ANJING GILA!!! "
Senri mengerdip mata beberapa kali apabila kelibat Shiro yang tengah bergelut dengan seekor musang sembilan ekor muncul. Si musang sedaya upaya mencari tempat untuk menggigit manakala Si ayah kini berada dalam mode demonnya.
"Apa dah jadi ni? " soal Senri dengan kening yang terjongket.
"Ayahanda kau dengan si sengal tu gaduh fasal kerja ler.. " sapaan satu suara menyentakkan Senri. Mata turun ke bawah. Seekor naga hitam, seekor musang. Comelnya Chibi dua ekor ni, desis hatinya.
"Yo! " ujar haiwan kecil itu serentak.
"Korang ni..? "
"Aku Hakuryu, bekas Spirit Ayahanda sengal kau. Kau boleh panggil aku atuk. Ayah kau tu pun anak aku jugak."Ujar Hakuryu dengan ekor yang elok bergoyang kiri kanan.
"Aku Kitsu. Aku bekas Spirit si musang Fake tu. "
Ternaik sikit hujung bibir Senri. Macam nak gelak aje bekas Spirit Ayahanda dan Uncle kutuk tuan sendiri. Badan direndahkan untuk menyamai mereka berdua.
"Jadi Hakuryu, tak . Atuk dan Kitsu. Boleh tak bagi tahu aku macam mana.. Err.. Jadi macam ni? "
Soal Senri yang kini memandang blur kearah Shiro dan Luke yang saling menunding jari kearah satu sama lain.
"Kau anjing bertopengkan musang! Memang kau paling hodoh! Hodoh! Hodoh! "
"Eh rambut putih, kau fikir kau tu kacak ke hah?! Dasar bodoh! Bodoh! Bodoh! "
"Seriously? "
Hakuryu dan Kitsu saling berpandangan. Bahu dijongket.
"Ala. Kau tak payah risaulah. Diorang memang macam ni." Ujar Hakuryu.
"Ha'ah. Diorang penah gaduh lagi teruk daripada ni. Almaklumlah dua-dua pendek akal. " kutuk Kitsu mendapat anggukan Hakuryu.
Senri teguk liur apabila Shiro dan Luke elok berada dibelakang bekas Spirit mereka dengan aura membunuh. Hakuryu dan Kitsu pula masih tak tahu kehadiran mereka.
'Senri kalau nak hantar apa-apa, letak dekat luar. Nanti Ayahanda ambil. Ada benda yang Ayahanda nak settlekan. ' ujar Shiro melalui fikiran dengan senyuman yang lebar sehingga ke telinga. Senri sekadar angguk. Takutlah pulak.
"O-okaylah. Nanti saya datang balik. Bye! "
Berdesup Senri lari. Surat Abangnya juga sempat diletakkan dibelakang pintu. Pintu Bilik Shiro ditutup rapat. Kyo dan Lucas yang baru sahaja menghabiskan misi, hairan dengan perilaku Senri. Mereka berpandangan sebelum sambung melangkah ke bilik Shiro.
"Kenapa dengan anak buah kau tu? " soal Kyo.
"Entah. " balas Lucas sepatah.
"ROUR!! SAKITLAH! LEPASKAN EKOR AKU ANAK TAK GUNA!! "
"KAU YANG MULA DULU! DASAR CICAK TAK KENANG BUDI! "
"GRRR..! KALAU NAK GIGIT, GIGIT DEKAT MAKANANLAH GILA! SAKIT TAHU TAK?! "
"GGGRRR.. KESAH PULAK AKU! KAU SINI KITSUNE DURHAKA!! "
Terus Lucas dan Kyo menepuk muka mereka.
"Perangailah... "
"Tak matang langsung! "
Sudahnya diorang jadi tugu sampailah 'perang saudara' dalam bilik tu reda. Ingat senang ke nak jadi guardian dekat istana Emerald? Kena hadap perangai Raja dengan Jeneral macam ni, kau rasa? Tak ke perlu kesabaran yang sangat tinggi?
Emyriel yang berada tidak jauh daripada bilik itu sekadar ketawa.
"Oh dear.. "
***
"Aku harap surat tu sampailah pada Ayahanda.. " omel Eryl yang kini sudah sampai di Kerajaan Dianthus yang berada agak jauh daripada kerajaan Ayahandanya. Zeon pula dibiarkan bebas terbang kemana sahaja dia mahu. Nanti kalau pape, dia bersiul aje.
Kerajaan Dianthus tak sama macam Grandiflora. Penduduk disini kebanyakkannya Ahli Sihir yang berkerja di dalam organisasi atau Guild. Teknologi mereka juga hampir sama taraf dengan Grandiflora. Eryl suka datang sini pun sebab banyak makanan. Yang sedap semestinya!
"Ayam panggang!!! "
Laju aje kaki diayun dan berlari ke arah sebuah gerai yang elok dipenuhi manusia. Ah lantak situ! Yang penting dia nak ayam panggang!!
"Ha mari beli-mari beli. Ayam ni baru aje kami buru. Fresh dan segar! "
"Nak! Nak! Bagi saya dua! "
"Saya nak tiga! "
"Nak empat encik! "
Berebut-rebut orang disitu inginkan ayam panggang. Eryl pula dah tak fikir beratur ke tak. Dia redah aje masuk! Sekali masuk, tu dia ayam panggang depan mata. Tangan laju menyambar lalu terus dibayar!
'Ni mesti pak cik ni silap tengok orang. Biaq pi lah! Janji aku dapat makan! Muehehe.. "
Dengan senang hati, ayam panggang masuk kedalam mulut. Arh.. Cair hati kita dengan ayam yini.
"Oh ayam. Jadilah kekasih perut aku.. aum. "
Satu lagi bahagian ayam panggang menjadi pengisi perut Eryl. Tak lama kemudian, bahagian kepak ayam panggang itu pula menjadi sasaran. Tak sempat pun Eryl nak makan, satu adegan tak sepatutnya dipertontonkan dihadapan dia. Terus tak jadi nak makan. Kepak ayam itu dimasukkan kedalam plastik makannya. Kaki diayun kearah sekumpulan Ahli Sihir yang kini mengelilingi seorang lelaki nerd.
"Weh, kau tu dah lah lemah. Apa kata kau kasi aje ayam ni kat aku? " dengan kasarnya, lelaki berambut perang itu merampas sebungkus plastik daripada lelaki berkaca mata.
"Bagilah balik Quin. Itu untuk keluarga akulah!"
Sempat Eryl bersiul melihat keberanian si kaca mata. Dia berhentikan langkah seketika. Manusia mula mengelilingi kumpulan itu. Ada yang bersorak, ada yang bersiul. Ini antara sebab yang Eryl tak berapa gemar dengan kerajaan ni. Setiap pergaduhan di tepi jalan dianggap pertarungan!
"Heh, nak? Ambil lah sendiri! "
Terus ayam itu dibaling keudara. Lelaki berkaca mata mendongak keatas! Tangan pula ingin mencapai plastik tersebut tetapi hampa, sedar-sedar sahaja perutnya ditumbuk kuat!
"Ahak! " senak!
"Hahaha! Lemah! "
Badanya mula dihentam dengan pelbagai serangan! Perut, muka, kaki dan pinggang menjadi sasaran! Tak cukup dengan itu, 3 orang lelaki turut serta membelasah lelaki berkaca mata. Orang ramai pula bersorak riang. Eryl tidak senang duduk apabila melihat air jernih mula menitis keluar daripada lelaki berkaca mata. Ayam yang berada didalam plastik pula elok dimakan oleh Quin.
"Harhh.. Aku ingat nak makan ayam, lepastu nak jumpa 'kembar' aku. Tak apa kut aku panaskan badan? " omelnya sendiri.
"Hoi! "
Teguran selamba Eryl yang keluar daripada kelompok orang ramai membuatkan dia menjadi tumpuan. Tangannya elok dimasukkan kedalam poket jaketnya. Wajah pula selamba seperti tiada apa-apa. Plastik ayamnya pula elok diletakkan di bawah.
"Heh, kau pun nak kena belasah macam mamat ni ke? " soal Quin dengan nada angkuh. Eryl tersenyum manis lalu membuat gaya berfikir.
"Boleh jugak. "
"Ja-jangan. Di-dia ni.. kelas S-S.. "
Ujar Si kaca mata lemah. Eryl tersenyum kelat.
"Hurmm.. tak apa. Bukan selalu aku belasah budak kelas S. " ujarnya selamba mengundang amarah Quin dan rakannya.
"Kau fikir kau siapa hah?!! "
Seorang lelaki bertubuh tegap dan besar meluru kearah Eryl. Eryl sekadar melihat dengan muka bosan.
"Hiarhhh!!! "
DUSSSHHHHH!!!!
Terus melayang lelaki bertubuh tegap sehingga terbenam dalam sebuah rumah. Manusia yang mengelilingi kumpulan tadi terdiam serta merta. Mata mereka bagaikan mahu keluar daripada soket.
"Ah tertumbuk pelahan lah pulak. " ujar Eryl dengan muka blur. Terus badan ditunduk 90°.
"Maaf. "
Melompong terus mereka. Quin terdiam. Dia dan kumpulannya bagaikan tercabar, lalu mereka menyerbu Eryl serentak!
"Jangan main-main lah!!! "
DUSSHHH!!!
DUUSHHHH!!!
DUUSSSHH!!!
"Wow, ada gerai jual ayam panggang cheeselah!!! Huwarhh!! Aku nak!! "
Kini semua yang melihat Eryl berubah pucat. Quin dan kumpulannya senang sahaja dikalahkan oleh Eryl. Quin elok tercampak sehingga atas bumbung rumah, 2 lagi rakannya elok tertanam kepala didalam tanah. Sungguh sadis! Lelaki berkaca mata teguk liur apabila Eryl datang kearahnya.
"Nah! " ayam panggang yang dibeli tadi diberi kepada lelaki itu.
"Te-terima kasih. "
Eryl tersenyum manis sehingga wanita yang melihat cair. Mulalah dia nak mengorat. Tapi apabila terkenangkan niat ke sini, terus dia matikan hasrat nak mengorat tu.
"Okaylah aku nak kena cepat ni. Aku pergi dulu. "
"Kejap! " panggil lelaki itu. Eryl yang baru sahaja ingin melangkah pergi, terjongket sebelah kening.
"Apa? "
"Nama, nama kau apa? "
Eryl ketawa kecil seraya tersenyum lagi.
"Eryl. Panggil Aku Eryl aje. Kau? "
"Dalen. "
"Kalau ditakdirkan berjumpa lagi, aku harap kau lagi kuat ya? Dalen. "
Terus Eryl berlari meninggalkan Dalen. Dalen pula sekadar senyum dan mengangguk.
"Takdir.. "
***
Shiro yang baru sahaja tamat bermain 'perang saudara' membaca surat Eryl. Matanya tidak lepas membaca bait kata didalam surat itu. Helaan nafas berat dilepaskan lalu surat itu disimpan didalam meja kerjanya. Biliknya kini sudah siap dikemas kembali oleh butler dan dayang istana.
"Abang.. " Emyriel masuk kedalam bilik suaminya. Shiro tersenyum kelat seraya memanggil Emyriel untuk duduk diatas pehanya. Emyriel akur.
"Kenapa ni? Abang nampak letih aje. Tulah gaduh lagi dengan Luke. " marah Emyriel yang kini duduk diatas peha Shiro. Tangannya elok mengusap dada sang suami.
"Nothing.. "
Ubun-ubun sang isteri dikucup sayang. Masing-masing diam dan merasai kasih sayang satu sama lain.
"Abang.. "
"Hurmm..? "
"Macam mana.. Macam mana kalau nanti ada kuasa kegelapan muncul kembali? Abang rasa kita ada peluang untuk menang ke? " soal Emyriel tetiba. Shiro sekadar senyum.
"Emy, tak kira berapa kuat sekali pun kegelapan itu, pasti ada cahaya yang menentang. Senang cakap, tak kira berapa banyak sekalipun kegelapan di dunia, cahaya tidak akan sesekali terpadam. Kalau bukan kita, jenerasi baru pasti akan berjuang. Percayalah."
Emyriel mengangguk lalu melentokkan kepala didada Shiro. Shiro pula sekadar diam.
"Dan tak kira berapa banyak kali kita dilahirkan, you always be my dark side. " bisik Emyriel. Muka diangkat lalu bibirnya mengucup bibir Shiro. Shiro membalas kucupan itu. Selang beberapa saat mereka melepaskan kucupan. Dahi mereka didekatkan bersama. Shiro dan Emyriel tersenyum bahagia.
"And you always be my light. "
***
"Huii... sorry lambat! " tercungap-cungap Eryl sebaik sahaja sampai disebuah hutan. Dia tersengih sebaik sahaja lelaki berambut hitam menghadiahkan dia satu jelingan maut. Di sisi lelaki itu pula, berdiri kembarnya. Seorang lelaki berambut putih sambil tersenyum riang.
"Ala, kalau namapun Eryl, bila aje dia datang tepat pada waktukan? " ujar si rambut putih. Eryl mencebik tak puas hati.
"Hello? At least aku datang okay? "
"Kau bergaduh dekat bandar kan? " soal si rambut hitam. Eryl senyum kelat lalu mengangguk.
"Aku kasi pengajaran sikit dekat kumpulan Ahli Sihir Blue Hunter tu. Bongkak gila! "
"Ouh.. Kumpulan tu. Hurmm.. tak serik-serik lagi rupanya. Ingat lepas kena belasah dengan tuan muda hari tu nak insaf. Rupanyanya, hampeh! " bebel Lelaki berambut putih atau Alzer. Kembarnya, Alter sekadar diam. Eryl ketawa dengan telatah Alzer yang dah macam mak-mak aje.
"Ini dah masuk 50 kali kau lambat.. "
Kini mata mereka tertumpu pada seorang lelaki berambut emas. Mata hijaunya sangat cantik dan lebih lembut warnanya berbanding Eryl. Eryl tersengih melihat 'kembarnya' yang berwajah ceberut.
"Hehe.. Sorry bro. " ujar Eryl lalu terkedek-kedek lari dan memeluk bahu rakannya itu. Lelaki berambut emas memberi jelingan maut.
"Sila pupus dari dunia untuk selamanya. "
"Siot arh.. "
END
________________________________________________________________________________________________
Dengan ini tamatlah kisah Elemental Kegelapan. Thanks pada yang menyokong selama ni! Melayan setiap kerenah nakal character2 yang tak berapa nak betul. 😂dengan saya yg update tak kena masa. 😢huhuhu... Silent Reader yang hurm.. sokey, at least anda menaik view story ini😂even saya pernah gak lah kemurungan sbb no comment and vote yg tk seberapa, tapi view banyk😂❤️tak apa, saya tahu anda sayang saya dalm senyap ecehhh😂😂#nk happy kan hati sendiri. 😂
Tapi macam tergantung kan? K sabar, ada sambungan dia😂. Pi baca kat Next Story!
Hope korang terhibur nanti! Saya mungkin akan pub dalam dua tak pun seminggu dari sekarang.. duhh nak rehat jappp😥😥.
Meh sini kasi Big Love for my Lovely reader
✨💎💎✨💎💎✨
💎💎💎💎💎💎💎
💎💎💎💎💎💎💎
✨💎💎💎💎💎✨
✨✨💎💎💎✨✨
✨✨✨💎✨✨✨
Shining heart for you
Tanpa reader mungkin saya x akn update langsung this book and terbiar sepi😂
Promote sikit, pi lah baca buku2 ni eh😂
-VAMPBLOOD [C]
-SEIGALA BERSAYAP [C]
-TRIPLETS:LAGENDA YANG HILANG [SU]
By- Lovelive122003
Enjoy ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro