Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bonus 3 Part 1 Eryl Ryuzaki

"Ja-jangan kau dekat! "

Jerit seorang wanita yang memakai blouse ketat berwarna merah sehingga menampakkan buah dadanya. Rambut perangnya juga kelihatan serabai benar. Badan dikesot kebelakang bersama linangan air mata. Seorang lelaki bertopeng datang menghampiri dengan sebilah kapak yang berlumuran darah.

"Aku mahukan sesuatu daripada kau, dan mungkin aku akan lepaskan kau hehehe... "

"A-apa.. ya-yang kau na-nak? "

Lelali itu tersenyum gembira. Dia menghapiri wanita itu. Kepala wanita itu diusap penuh sayang.

"Nyawa kau! "

Kepala wanita itu dicengkam kuat! Kapak diangkat tinggi! Wanita itu menjerit dan menjerit! Tangan kecilnya sedaya upaya meleraikan pengangan lelaki itu tetapi hampa!

"WELCOME TO HELL!! "

SSSPPPRAAANGGG!!

"BOOO! "

"ARRGHHHHHHH!!!!!!! "

Hampir begegar bilik tayangan Aureum Academy dek jeritan para pelajar yang menonton tayangan Thriller Love. Leon Fuller iaitu salah seorang guru yang berada berhampiran, bergegas ke bilik itu. Apabila sampai, Hampir jatuh rahangnya melihat 2 susuk tubuh yang elok ketawa dihadapan skrin tayangan itu. Pelajar didalam bilik itu pula kebanyakkannya mula menangis. Baru 14 tahun kan..

"Hahaha.. penakutlah! Tadi nak tengok sangat! " ujar seorang lelaki berambut merah darah dan bermata ungu anggur.

"Tah! Cengeng! Hahaha.. " sambung remaja lelaki berambut hitam pekat. Mata hijau daunnya berair dek ketawa.

Guru berambut hitam itu menjongket-jongket keningnya bersama urat merah yang timbul diatas kepala. Mata hitamnya bersinar dengan amarah. Tak jauh daripadanya, seorang remaja lelaki berambut putih salji mengeluh. Irismatanya yang berwarna biru laut. Mata dikatup rapat. Kedua belah telinga ditutup dengan tangan kiri dan kanan.

"Nasib kau lah bang.. " keluhnya.

"ERYL RYUZAKI!! MIRAI DRAGLIGHT!!! "

Terus mati ketawa dua remaja itu. Eryl Ryuzaki dan Mirai Draglight teguk liur melihat wajah Leon yang menyinga. Seperti ada mentol dikepala, Eryl tersengih sendiri.

"Terima kasih Mirai sebab jadi partner in crime aku..."

Mirai pula terkebil-kebil. Tak sempatpun dia kata apa-apa, berdesup Eryl melarikan diri menggunakan pintu dibelakangnya!

"MAAAFF!! TAPI AKU SAYANG KAU!! "

Membutang mata Mirai apabila ditinggalkan keseorangan! Kuaja punya kawan! Baru kakinya ingin diayun untuk lari, lelaki berambut merah itu teguk liur apabila badanya tiba-tiba dililit dengan bayang-bayang. Dia tersengih kelat kearah Leon yang dah macam Hulk.

"Memang bagus betul sayang kau ya?" bisiknya.

***

Nafas Eryl mengah. Lari punya fasal. Hahaha.. maaflah Mirai, akan ku kenang jasamu walapun tak lah berjasa mana!

Apabila nafasnya kembali seperti sedia kala, badan diregangkan. Tak lama kemudian dia duduk bersila diatas rumput yang menghijau. Didepannya tumbuh satu anak bunga 5 kelopak berwarna merah. Eryl buat muka sedih lalu menepuk tanganya sebanyak dua kali.

"Aku harap kau bersemadi dengan aman duhai kekasih gelap aku, Mirai Draglight. Huhu.. "

KUKK!!

"Arrghh!!! "

"Kepala hotak kau kekasih gelap! Aku lelakilah gila! "

Hampir tercekik Eryl apabila Mirai elok berada dibelakangnya sambil memegang sebilah pedang. Muka pulak jangan tanyalah, seram gila! Tangan Eryl naik menutup mulut.

"Bukan kau dah mampus ke cikaro?! "

***

"SENRI!! "

Senri Ryuzaki yang baru sahaja pulang daripada bilik tayangan menoleh kebelakang dengan muka bosan. Lelaki berambut jingga itu berlari kearahnya. Bahu Senri dirangkul mesra.

"Kau nak apa Akashi? "

Soalnya malas. Akashi Tsuyoshi, anak kepada Lance Tsuyoshi sekadar sengih. Remaja yang tua 2 tahun daripadanya itu dipandang bosan.

"Tak adalah, aku tengok kau macam mengantuk aje. Ah tak, kau memang selalu mengantuk. Hehe.. " Senri mengecilkan biji matanya. Akashi sekadar sengih.

"Kau nak tanya fasal Lily kan? " soal Senri dengan muka jengkel. Akashi mula merah mukanya, tetapi senyuman masih dikekalkan. Kepala diangguk laju. Senri mengeluh kasar bersama wajah bengang.

"Hehe.. so? "

"Dia nak couple dengan aku. kau heart broken. Ambil pisau, Mampus sana. Tamat cerita. Good bye. "

Dengan lajunya Senri berkata menggunakan suara datar. Terus kakinya meninggalkan Akashi yang dah heart broken dan kaku.

"Nak couple mintak sendirilah. Suruh aku buat apa? Dah lah aku ngantuk ni. " bebelnya geram.

"Woi Akashi kau buat apa ni?! "

Terus tubuh Senri kaku. Ah sudah!

'Jangan cakap dia buat apa yang aku fikir.. '

Dengan hati yang tak berapa rela, perlahan -lahan badan dikalih kebelakang. Matanya membulat besar. Hampir jatuh rahangnya melihat Akashi dah nangis-nangis sambil pegang pisau ditangan. Remaja lelaki berambut unggu dan bermata emas sedaya upaya menahan perbuatan gila Akashi.

"Tepi Ken! Aku nak bunuh diri! Huwarh!! Senri tak sayang aku!! "

"Kau gila ke apa?! "

Tepuk dahi.

"Aku tahu kau bodoh Akashi, tapi tak sangka sebodoh ni. Janganlah percaya cakap aku tu sengal... haiih.. "

Keluhnya. Dek kerana kesiankan rakanya yang satu itu, kaki diayun ingin melangkah. Tak sampai lima tapak, suara orang menjerit kedengaran.

'Kejap, ni bukan suara abang Eryl ke? '

"KEN!!! TOLONG AKU!! KEMBAR KAU NAK BUNUH AKU YANG KACAK NI!! "

"PERGI MAMPUSLAH DENGAN KACAK KAU TU!! "

Ni seko lagi. Dah 17 tahun, tapi perangai mengalahkan budak 4 tahun! Naik pening kepala Senri nak melayan abangnya yang satu ini. Kawan-kawan dia pun dua darab lima aje! Tak ada beza!

"Abang Sen.. " panggilan seseorang menyentakan Senri. Kepalanya ditoleh ke sisi.

"Kenapa Ery? " soal Senri kepada adik perempuanya yang berusia 13 tahun itu.

"Tadi orang dengar ada budak kelas abang menjerit. Kenapa? " soal gadis itu dengan wajah yang polos. Iris matanya bulat dan besar. Berwarna merah lembut. Rambut putihnya panjang sehingga mencecah paras pinggang.

"Adalah orang gila masuk kelas abang tadi. Adik dengan Eldan hati-hati tau? Takut nanti orang gila tu kacau korang pulak." Selamba Senri mengutuk abangnya itu.

"Eii.. takutnya! Tapi kenapa dia kacau kelas abang eh? Abang Eryl cakap, kalau orang dewasa suka dekat budak-budak ni pedofilia. Jadi lelaki tadi pedolah kan? Tu sebab abang kata dia gila? "

Hampir sahaja Senri ketawa berguling diatas rumput academy itu.

'Hambik kau bang. Pedo terus kau dapat. Siapa suruh ajar Eryka ni bebukan? '

"Bolehlah dikatakan."

Terus Eryka mengangguk. Tak lama kemudian Eldan dibelakangnya memanggil. Eryka memeluk Senri sebelum berlari kearah kembarnya. Senri menghantar Eryka dan Eldan dengan pandangan mata. Comel aje dia tengok kembar dua orang tu. Daripada kecik sampailah ke besar, berjalan mesti nak berpegang tangan. Hahaha..

"Pedo huh..? " kini matanya beralih kearah abangnya yang elok duduk melutut diatas rumput dengan tiga lagi remaja lelaki. Didepan mereka pula, berdiri seorang guru dengan wajah yang sukar ditafsir, Leon. Disebelahnya pula berdiri Ayana yang kini bergelar isteri. Tangan wanita itu elok mengusap belakang sang suami yang kini sedang berapi.

"Push up 1000 kali. Lepastu kerja rumah korang aku tambah 100 muka surat! Hantar esok! Tak siap, aku tambah lagi satu buku latihan math dengan 500 ratus muka surat! "

"WHAT?! "

Leon tidak menghiraukan mereka. Terus dia hilang bersama Ayan menggunakan kuasa bayangnya. Senri dah ketawa kecil melihat 4 manusia itu pengsan diatas tanah berumput itu.

"Akashi.. jom bunuh diri bersama.. "

"Ha mari.. "

"DON'T YOU DARE!!! "-Ken & Mirai

________________________________________________________________

Gambar di media tu korng boleh bayangkan si Eryl tu😂.

Malam nnti Part 2 and the last bonus k? ✌️

Thanks For the vote and comment 😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro