Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bonus 2 How we meet

Disebuah pantai yang putih, dua figura kanak-kanak lelaki elok bertenggek dihadapan sesuatu. Mereka saling berpandangan sebelum mengambil ranting dan mencucuk 'benda' tersebut.

"Weh Shiro. Kau rasa mahluk ni hidup lagi ke?"soal kanak-kanak yang lebih kurang 12 tahun itu.

"Entah." Balas Shiro dengan nada malas. Mata pula kuyu aje.

"Hurmm... " tangan kecil Luke naik mengusap dagu.

"Kalau kita rendam dia dalam air panas yang mengelegak, agak dia sedar tak? " cadang Luke tak fikir dua kali. Shiro memandang Luke dengan mata membulat. Penumbungnya diketuk pada telapak tanganya.

"Bapak bijak otak kau! Boleh weh! "

"Kan! "

Terus mereka melagakan penumbuk dan membuat High five dengan gelak jahat.

"Tapi kita mana ada api.. " keluh Shiro. Luke buat muka sedih.

"Alaa.. Baru nak rebus manusia. "

"Tulah.. aduihh.. "

Nampak tak bertapa hanatnya perangai diorang time kecik? Shiro dan Luke berpeluk tubuh sambil berfikir lagi. Kemudian, mentol muncul dikepala Shiro.

"Nak tak kalau kita cari batu besar, lepastu letak atas dia? " cadannya. Luke dah senyum teruja.

"Ha'ah! Ha'ah! Tak pun kan, kita gali kubur sekali. Letak dia dalam tu dulu lepas tu baru masuk kan batu besar! "

"Uwoow! Hebat lah kau! Serius pandai! Aku pun tak terfikir weh! Lagi, kita tambah ular beracun sekali sebelum letak batu tu! "

"Kala jengking sekali! Tak best lah kalau cacing tu je. "

"Ha'ah kan? Pastu kalau dia tak sedar jugak. Hurmm.. tanam ajelah kan? "

"Yelah,dah tu kubur dia. Kita siap bagi batu nisan yang besar kut!"

"KORANG NAK KEJUT BETA KE NAK MAMPUSKAN BETA?! "

Terus Luke dan Shiro memandang Kanak-kanak lelaki yang sebaya mereka dengan wajah suram.

"Kenapa kau sedar weh? " soal Luke dengan keluhan.

"Baru bak buat kubur. Haiih.. " sambung Shiro. Luke dan Shiro berpandangan lalu mengeluh bersama. Kanak-kanak lelaki tadi dah bengang. Terus dia bangun daripada terbaring diatas tanah.

"Kamu berdua fikir kamu siapa? Beta ni putera kedua raja kerajaan ini tahu tak?! "

Ujarnya dengan nada serius. Mata hitamnya bersinar dek mentari. Penuh keyakinan dan kepipimpinan. Shiro dan Luke pandang kanak-kanak itu.

"Aku rasa dia gila weh. " bisik Shiro kepada Luke yang dah membelakangi kanak-kanak tadi.

"Ha'ah. Muka pun macam perempuan. Aku rasa dia perempuanlah, tapi otak dia celaru sikit. Yang tu ingat dirinya lelaki, siap putera lagi. "

Mata mereka menjeling kanak-kanak lelaki yang dah merah mukanya.

"Yup. Memang gila. " ujar mereka serentak. Dah macam kembar aje.

"Beta lelaki lah! Dan beta seorang putera! Putera Katsu! "

"Then londehkan seluar kau lah. Baru tahu lelaki ke perempuan. " cadang Luke selamba. Shiro disebelah dah melompong. Mukanya berubah geram dan kaki Luke dipijak kuat.

"Argh!! Kau kenapa Shiro?! "

"Dasar lelaki durjana! Kau gila ke nak suruh perempuan ni londehkan seluar dia?! "

"Aku hanya bergurau okay? Chill lah! "

"Pervert! "

"Shut up you lazy pig! " Shiro melompong. Terus tangan kecilnya mencengkam kolar baju Luke. Luke juga berbuat sedemikian.

"Kau pig kan aku budak terencat akal?! " kalini Luke pula yang melompong.

"Kau rencat kan akal aku?!"

Sudahnya Luke dengan Shiro elok berguling dan bergaduh. Katsu yang melihat dah mengigil badan dek amarah. Bayang hitam elok mengelilingi dia.

"Korang... "

Terus Luke dengan Shiro berhenti bergaduh. Mulut mereka ternganga apabila muncul seekor kucing hitam. Dihadapan Katsu.

"Pftt... Hahahahah!!! Kucing! Hahahaha..! " gelak mereka. Katsu dah sengih sinis.

"Meow!! "

Tanpa amaran, terus kucing itu menerkam kearah mereka berdua!

"Arghh!! "

Dicakarnya dua budak bertuah tu. Tak cukup seekor, seekor lagi dan lagi muncul! Sudahnya Luke dengan Shiro bergelut dengan kucing-kucing bayang tu.

"Ini tak boleh jadi! "

Terus Luke membuat cicak ais! Katsu yang melihat ketawa berdekah! Shiro yang dah berjaya selamatkan diri tersenyum sinis.

"Arhh!! "

Katsu pula yang menjerit ketakutan apabila cicak yang disangkanya kecil berubah gergasi. Cicak itu elok mengejar Katsu yang dah lari sambil menangis. Budak kan..

"Kau tak nak tolong? " soal Hakuryu didalam badan Shiro. Shiro mengeleng kepala seraya duduk didahan pokok itu. Tangan disilangkan dibelakang kepala . Tidur.

Jadi, sepanjang hari Luke kena kejar dengan Kucing manakala Katsu kena kejar dengan Cicak.

Shiro? Baik aje budaknya. Tidur lena sampai ke subuh.

Tak peduli dua kawannya dah hilang entah kemana.

***

"Jadi macam tulah ayahanda dengan uncle Luke kenal Raja Katsu . " ujar Shiro yang kini elok bersila dihapadan anak-anaknya. Dalam dukungannya pula, ada seorang bayi perempuan yang lena tertidur, Shiory Ryuzaki. Tak lupa juga anak Luke iaitu Lily Tsuyoshi.

"Ayahanda, Uncle Luke takut lagi tak dengan kucing? " soal Eryl yang kini berusia 10 tahun. Dikananya Senri yang berusia 7 tahun. Manakala dihadapan mereka, kembar lelaki dan berempuan yang berusia 5 tahun. Eldan dan Eryka Ryuzaki.

Shiro sekadar sengih senget. Tak takut benda. Kalau ada kucing lalu, awal-awal lagi rakannya cabut. Walaupun kucing tu satu kilometer jauh!

"Kenapa tanya? " soal Shiro hairan.

"Adalah.. " Eryl dah sengih sumbing. Senri pula elok terlena di bahu abangnya. Si kembar pula berpandangan.

"Mesti abang nak buat something ni. " ujar Eldan.

"Namapun Eryl Ryuzaki. " balas Eryka dengan keluhan.

***

Keesokan harinya.

"TIDDDAKKKKKK!!!!! "

Shiro yang bermesyurat bersama ahli lembaga istana terkejut dengan jeritan seorang lelaki. Tak berlengah terus Shiro bangun daripada duduk dan kaki diayun ke pintu keluar. Tak sempatpun dia nak membuka pintu bilik, wajah Eryka dan Eldan muncul.

"Ery? Dan? "

"Maaf Ayahanda. Tadi tu sebenarnya Uncle Luke yang menjerit."

"Abang Eryl..Bawak kucing masuk pejabat dia. "

Kata Eldan kemudian disambung Eryka. Shiro yang mendengar menepuk dahi. Kenapalah dia tak terfikir benda ni boleh jadi?

"Kenapa tuanku? " soal salah seorang daripada ahli Lembaga Istana. Shiro sekadar mengeleng kepala.

"Tak ada apa. Beta rasa baik kita sambung perbincangan. Dan, Ery. Pergi panggil bonda."

"Baik! "

Terkedek-kedek kembar itu keluar daripada bilik mesyuarat sambil berpegang tangan. Shiro ketawa kecil melihat telatah dua anaknya itu. Dia kembali ke meja mesyuarat yang berbentuk bujur dan mampu memuatkan 10 orang.

"Sampai di mana tadi? "

***

"Hahahaha..! "

Eryl ketawa berdekah. Masih terbayang-bayang dalam kotak fikiran dia bertapa takutnya Luke ketika dia membawa kucing hitam kedalam pejabat lelaki itu.

"Ish, tak baiklah abang buat macam tu. " tegur Senri disebelahnya.

"Alaa.. Bukan dia ada sakit jantung pun. "Balas Eryl dengan wajah senang hati. Senri sekadar mengeluh.

"Ikut suka abanglah. "

"Lepas ni abang nak ajak Mirai dengan Ken pulak! Nak ajak diorang cari cicak. Muehehehe.. "

Eryl dah gelak jahat. Senri pula tidak berkata apa. Malas mahu menegur. Sepanjang perjalanan mereka ke bilik, mulut Eryl tak berhenti berbicara mengenai rancangan gilanya. Luke yang mendengar disebalik dinding mengeluarkan smartphone miliknya. Satu nombor didail.

"Aku harap kau tabah hadapi ujian Katsu. "

"Huh? "

__________________________________________________________________________________________

Lagi dua bab! 😂hope you enjoy ❤️

Thanks for the vote and comment ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro