Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 80 | Yggdrasil

"Ayah, betul ke first time ayah dengan ibu jumpa.. Ermm..Ayah mengintai ibu mandi?" Soal Adrea dengan wajah bersahaja.

"H-huh?! Don't be ridiculous! Wa-waktu tu ayah terjatuh daripada gaung kut! Mana ayah tahu ada tasik bawah tu. Kejap, mana Rea tahu fasal benda ni?!" Wajah Daze jelas kemerehan dengan soalan maut anaknya tadi. Dia yakin, pertemuan pertamanya dengan sang isteri tidak diketahui sesiapa termasuk Shawn! Kecuali..

"Tuk Ian kasi tahu even dia tak mention pun nama ayah."

"Dammit."

Dazy yang berada dalam dukungan Adrea sekadar ketawa. Kini mereka berjalan menuju ke wad yang menempatkan Eryl dan Eldera. Nurse atau doktor tidak langsung hairan dengan penampilan Daze dan Dazy yang jelas-jelas mempunyai tanduk syaitan. Selamba sahaja mereka berjalan di kawasan hospital itu.

"Kalau kau nak lawat anak ex-love rival kau tu, kau boleh aje masuk." Ujar Alzer beberapa minit yang lepas.

"Even macam ni?" Soal Daze sambil jari telunjuk dihalakan pada tanduknya. Alzer sekadar sengih lalu mengangguk.

"Puak Beast Ryuzaki ada dekat sini. Jadi diorang akan fikir kau salah satu. "

Jadi di sinilah dia. Menemani Adrea untuk melawat lelaki yang dikatakan teman lelakinya. Setiap kali memikirkannya, entah kenapa Daze jadi bengang. Lebih-lebih lagi apabila terkenangkan Eldera ialah anak musuhnya.

"Urmm. Ayah okey ke ni?" Soal Adrea apabila perasan wajah ngeri bapanya.

"Huh? Ah tak. Ayah okey. Don't worry." Daze membalas lalu mengusap kepala Adrea. Gadis itu tersenyum senang.

"Okey! Dah sampai!"

***

"Urgh.." Eryl dan Eldera berpandangan dengan suasana di wad mereka. Sangat mendung atau lebih tepat, suram yang amat.

"Adrea." Eldera memanggil gadis disebelahnya. Adrea hanya akur lalu menghampiri Eldera yang seakan mahu berbisik.

"Is that true that Daze is your father?" Soal Eldera menadapat anggukan Adrea. Sumpah Eldera masih tak boleh nak percaya dengan kenyataan yang satu itu. Waktu pertama kali Daze menyapa pandanganya, hampir sahaja dia berada dalam mode bertarung namun sempat ditahan Adrea. Apabila melihat Eldera bertenang, baru lah Adrea menerangkan perkara sebenar.

"Yeah. And your father is my mother best friend. Cumanya, dia tak berapa nak baik dengan ayah aku aje."

"Sebab?"

"Oi." Adrea dan Eldera mengalih pandangan apabila Daze menegur mereka berdua. Keduanya terkebil-kebil memandang Daze yang sudah mencerlu tajam.

"Duduk jauh-jauh. Jangan nak dekat. Not when I around. Tch, this piss me off." Ujar sang ayah dengan nada geram.

"Gehh, here we go again. You and your overprotective side. Can you relax at least for a bit? It's normal for them." Sampuk Shawn dengan riak jengkel. Baru hari ni dia dapat berjumpa Eldera dan sebaik sahaja dia melawat anaknya, tidak pula dia menyangka kehadiran musuh lamanya.

Sangat menjengkelkan. Tak, sangat tak bagus! Membebalkan!

"Heh. It's my daughter not yours. Mind your own business, you good-for-nothing!"

"Huh! At least i'm not a freak father! "

"Oh ho? Pick a fight shitty face?! "

"You the one who starting it mindless old demon!"

"Grrrr…"

"Man, both of you really look stupid." Sampuk Eryl dengan wajah tak bersalah membuatkan Adrea dan Eldera memandanynya tak percaya.

'Kau memang nak mati ke Eryl? yang kau pergi sampuk apahal bodoh?!' Jerit akal Adrea dan Eldera serentak.

"Huuh?" Kini kedua-dua Shawn dan Daze mencerlu tajam pada Eryl yang mula berpeluh takut. Glup. Silap langkah.

"Kid.." panggil kedua mereka serentak sehingga Eryl mengeletar ketakutan. Mati!

"El-Eldera..A-Adrea.." Eryl seakan mahu meminta pertolongan mereka, tapi..

"Adrea, kau ada dengar apa-apa?" Soal Eldera dengan senyuman manis. Adrea turut membalas senyuman itu.

"Hurmm. Tak. Halusinasi kau aje. Dah-dah. Nah makan."

"Epal ? Nice. Thank you , my love."

"Your welcome, darling!"

"That's cruel! " Sumpah Eryl rasa nak nangis apabila dirinya diabaikan oleh sahabat baiknya seratus peratus.

'it's your own fault, idiot. Accept the karma itself.'

"Oi." Kini Eryl berpaling kehadapan sekaan robot yang rosak bersama getaran. Mata merah Daze dan Shawn menyala disebalik rambut mereka.

"Eryl, it's fine if you want to die that much. Just this time I'll let it go because i can't find a good way to kill you yet. So better watch your tongue before I cop it."

"Brat, if I started to say 'first of all' you better run. I can't promise you will see a day light like this anymore. "

"I'm sorry! I'm sorry! Please forgive me! I'm just an innocent child with stupid brain!" Eryl memeluk Eldera dengan air mata. Keluhan dilepaskan oleh kedua mereka sebelum memandang satu sama lain. Kesunyian menyapa wad tersebut sehinggalah Shawn bersuara dahulu.

"Aku tak jangka akan jumpa kau hari ni. Well, kau nampak ermm..Okey." Ujar Shawn sambil mengusap lehernya. Agak janggal juga. Lebih-lebih lagi ini pertama kali mereka bersua muka dalam suasana yang aman damai.

"Sama aje lah macam kau. Sekurangnya aku tahu kau dah boleh setia dengan seorang wanita sekarang." Balas Daze dengan muka tak beriak. Shawn bengang.

"Kau..Aku cakap sebaik boleh supaya tak bunyi macam nak gaduh."

"Sama ajelah. Aku pun bukan nak gaduh. Aku cakap dari dasar hati aku yang paling dalam."

"Kau nak bersarcasm ke ni?"

"No. Kenapa pulak nak bersarcasm dengan orang macam kau? Kau faham ke?"

"Kau memang nak gaduh setan."

"Oh ho? Ohoho? Marah?"

Dan sekali lagi keduanya mula berlawan mulut. Adrea , Eldera dan Eryl saling berpadangan dengan wajah hairan. Bukan sebab keduanya bergaduh lagi, tetapi aura disekeliling mereka itu. Tiada langsung aura membenci. Bahkan, aura mereka ..Ceria?

"Hahaha! Man, both of you really like to fight huh? Unbelievable."

Kini semua mata tertumpu pada satu figura yang masuk kedalam wad tersebut sambil berpeluk tubuh. Rambut putihnya kemas tersikat. Baju kerabat diraja juga dipakai menampakkan ketampanannya walaupun masih 30-an.

"Tuanku/Ayahanda!"

"Heh."

Shiro menghampiri anaknya yang jelas terkejut. Tubuh Eryl diangkat selamba lalu dia melabuhkan duduk ditempat anaknya. Eryl pula elok diletakkan diatas ribaan. Budak lelaki itu tersenyum suka lalu menyandarkan kepala didada ayahnya. Nak manja!

"Haiih. Senang hati nampak?" Ujar Shiro pada Eryl sambil tangan mengusap kepala anaknya.

"Umu! Sebab ayahanda ada dekat sini! Hehehe." Eryl tersenyum manis. Shiro sekadar mengeleng kepala lalu mata melirik pada Shawn dan Daze. Dua remaja di sisinya sekadar berdiam diri. Dazy pula duduk disebelah kakanya.

"Nampak macam kau berdua dah sembuh. Bagus lah. Dan Daze, welcome to good side!"

Daze sekadar mengangguk bersama wajah datar. Shawn pula tersenyum segaris.

"Thanks my lord. Tapi, apa tuanku buat di sini? Bukan tuanku ada mesyuarat lagi ke?" Soal Shawn hairan. Shiro membalas dengan senyuman.

"Mmmm. Memang aku ada mesyuarat lagi. Tapi ada orang nak ganti. So kasi lah. " Selamba Shiro membalas.

"Is that so.."

***

Dalam masa yang sama..

"Uncle Luke! Ayahanda mana?!" Sebuah istana di Kerajaan Emerald kecoh dan hingar bingar. Senri Ryuzaki yang berada di sana bersama adik beradiknya yang lain , asyik ke hulu dan ke hilir mencari seseorang termasuk juga seorang lelaki berpakaian seorang jeneral.

"Itu yang aku pelik! Baru tadi aku tinggalkan dia, terus lesap! Bonda kau..Mana bonda kau?! "

"Bonda ada di bilik bacaan! Maaf abang Sen! Eldan tak boleh panggilkan sekarang! Ada masalah di gudang senjata! " Jerit Eldan Ryuzaki, anak ketiga dalam keluarga Ryuzaki itu dari tingkat atas sebelum berlari turun ke gudang senjata.

"Eldan kejap!" Tak sempat pun Senri memanggil, susuk tubuh adiknya sudah menghilang.

"Ery!" Kini kembar Eldan pula dipanggil. Gadis itu juga kelihatan tergesa-gesa.

"Maaf abang! Maaf! Ery kena uruskan ruang masak sekarang! Tukang masak kita tetiba pengsan!" Balas Eryka Ryuzaki sebelum menghilang menggunakan kuasa teleportasinya.

"Tak ada masa dah Sen! Kita pergi aje!" Ujar Jeneral Luke lalu berlari ke bilik bacaan diraja. Senri mengurut batang hidung. Entah kenapa rasa tidak enak menyerbu hati.

"Please jangan cakap ayahanda curi keluar lagi. Please lah."

***

"Luke? Apa awak buat dekat sini? Senri pun!" Permaisuri Emyriel yang menguruskan perpustakaan diraja ketika itu ,terkejut dengan kehadiran dua figura penting kerajaan mereka. Luke dan Senri berpandangan. Wajah mereka berubah pucat.

"Bonda, ayahanda mana?" Soal Senri.

"Ayahanda pergi Kerajaan Asoka. Katanya kamu dengan Luke akan uruskan semua mesyuarat hari ni? Dah habis ke? Cepatnya.."

"HAH?!"

Dan mimpi ngeri mereka pun menjadi realiti.

"DAMMIT!"

Hari tu, Senri dan Jeneral Luke hanya mampu menyumpah saranah seorang lelaki bernama Shiro Ryuzaki.

***

"Haccu!"

"Oi, oi. Kau okay ke ni?" Soal Daze yang kini elok berada disisi Adrea. Shiro sekadar sengih lalu mengangguk.

'Siapa kutuk aku ni? Ke aku lupa something? Lantaklah. Malas fikir.'

Kini ,mereka mengelilingi katil yang di duduki Eldera. Ada sesuatu yang mereka mahu bincangkan.

"Eldera, kau discharge esok bukan?" Soal Shiro dengan nada serius. Eldera sekadar mengangguk sebagai balasan. Senyuman terukir dibibir Raja Emerald tersebut.

"Great, so about the request? How? Wanna accept it?"

"That request.."

Eldera memandang Eryl seketika sebelum menatap wajah Adrea. Memang mereka dah berbicang fasal perkara ni. Dah hari ni, mereka akan berikan jawapanya..

***

Flashback

"Kerajaan Yggdrasil?" Soal Adrea dan Eldera serentak. Wajah keduanya jelas memaparkan kekeliruan. Shiro dihadapan mereka sekadar mengangguk.

"Yeah dan merupakan kerajaan yang pernah wujud waktu mula-mula Aeldera menguasai seluruh dunia. Kerajaan tu memang salah satu kerajaan yang ditakuti oleh Aeldera selain Bellvania dan menghilang pada tahun ke-100 puak Tempests berkuasa. Sampai sekarang tiada sesiapa yang tahu dimana kerajaan tu berada kecuali.. " Kini mata Shiro jatuh pada Ayrez dan Red yang memandang mereka daripada jauh.

"Immortal Ghost." Serentak Adrea dan Eldera menghabiskan kata-kata Shiro. Lelaki berambut putih mengangguk.

"Yes. Hanya puak Immortal Ghost yang tahu dan satu-satunya jenis manusia yang boleh berada di kerajaan mereka."

"Huh?"

Shiro mengeluh dengan wajah keliru kedua remaja di hadapanya. Dia dah boleh agak yang mereka akan terkejut macam ni.

"Penduduk di Kerajaan Yggdrasil tidak menyukai manusia. Lebih-lebih lagi yang berdarah syaitan seperti kalian. Mereka sangat membencinya."

"Kenapa?"  Eldera melontarkan soalan.

"Mereka bukan manusia. Bukan juga Beast seperti puak aku. Lebih tepat lagi mereka binatang yang memiliki badan manusia dengan kemampuan luar biasa. Mereka gelar diri mereka sebagai Puak Yggdrasil semperna nama pokok yang aku nak kau berdua cari."

Eldera terdiam begitu juga Adrea. Permintaan Raja Shiro bukan mudah. Tambahan pula, kena hadap dengan puak yang mereka tak pernah dengar. Yang tak friendly lagi. Geez.

Tapi kalau boleh sembuh kan Eryl..

"Jadi..Pokok Yggdrasil boleh sembuhkan kuasa Eryl?" Soal Adrea supaya boleh membantunya membuat keputusan.

"Pokok tu dikatakan holy dan dijaga oleh tiga jenis Guardian Yggdrasil yang terkuat. Daripada maklumat Ayrez, tak kiralah apa-apa penyakit, kalau kau minum dan makan daunya, penyakit tu boleh sembuh. Dan untuk Eryl.. Kemungkinan untuk kuasanya pulih, tinggi." Terang Shiro lebih jelas.

"Kalau kau nak tahu lebih lanjut, better tanya budak Ghost tu. Dia aje yang ada semua maklumat." Tambah Shiro lagi.

"Kalau macam tu, bagi kami sedikit masa untuk buat keputusan." Ujar Eldera mendapat anggukan Adrea.

"Dan aku harap dapat dengar jawapan yang betul. " Shiro tersenyum.

***

"Kami setuju."Ujar Eldera dan Adrea serentak. Eryl yang tidak mengerti apa-apa hanya beriak bingung. Shiro pula tersengih sehingga menampakkan gigi taringnya. Tanganya naik memeluk Eryl.

"Taniah budak! Kau tak perlu tunggu sepuluh tahun lagi! Hahaha!"

"Eh?"

Daze hanya mengeluh panjang manakala Shawn sekadar ketawa janggal. Shiro ni lah..

"Jadi Rea akan pergi lagi? Kan baru nak sembuh?" Soal Daze dengan muka risau. Adrea tersenyum lembut lalu meletakkan tanganya diatas peha Daze.

"Ayah jangan risau. Adrea boleh jaga diri. Eldera pun ada."

"Yeah. Anak lelaki aku boleh jaga dia. Kau jangan risau sangat boleh?" Sampuk Shawn dengan jengkel.

"Ya anak kau ada.." Kini mata Daze beralih pada Eldera. Tak lama kemudian, matanya teralih pula pada Eryl yang berwajah innocent.

"Ahh…Ini malapertaka." Ujar Daze lalu menekup muka dengan kedua belah tanganya. Laju Shawn dan Shiro memandang bengang pada Daze yang hanya memaparkan riak datar.

'This demon.. He really piss me off.'

"Ahahaha…" Adrea hanya mampu ketawa janggal dengan suasana tegang itu, manakala Eldera senyap dengan wajah kosong.

"Tapi kami akan pergi dengan siapa? Ayrez? Tapi bukan ke nanti kena bayar dia?" Soal Eldera lalu mata terhala pada Shiro. Sang raja tersengih penuh makna.

"Don't worry. Mamat tu kejap aje aku handle. Kuh..Kuh..Kuh.."

Lima figura di dalam wad tersebut memandang Shiro dengan wajah blur. Satu aje dalam fikiran mereka.

'Dia dah rancang sesuatu yang tak baik.'

***

Dalam masa yang sama, Ayrez Hernandez yang berada di dunia lain ,mengeletar tetiba. Dia memandang kiri dan kanan dengan raut wajah risau. Ada orang perhati dia ke apa? Meremang bulu!

"Awak okey ke Ayrez?" Soal Red yang berada dalam bentuk manusianya. Mata merahnya bulat memandang Ayrez. Lelaki dengan mata merah jambu itu sekadar sengih lalu mengangguk. Tanganya mengusap kepala Red.

"I'm fine. Kau pergi lah beli takoyaki dekat kedai tu. Dari tadi aku tengok kau macam nak aje." Ujar Ayrez seraya memuncung pada sebuah kedai kecil yang tidak jauh daripada kedudukan mereka.

"Lagi pun, maklumat dunia ni dah cukup. Tak elok jugak kalau kita korek banyak sangat."

"Hurmm. Okey lah kalau macam tu. Saya pun dah tak larat asyik tukar-tukar bentuk. Awak tunggu sini kejap."

"Sure, sweetheart."

Red menjelir lidah seakan geli lalu ketawa. Kakinya dibawa melangkah ke arah kedai yang dikatakan Ayrez. Kepala di geleng dengan telatah Red. Kaki diangkat untuk ke sebuah bangku. Entah mana silapnya, dia terlagar seseorang. Kelang kabut Ayrez memohon maaf.

"Ah..Gomen'nasai! Are you alright? Aku tak tengok jalan tadi." Pohon Ayrez menggunakan bahasa dunia itu. Kepala ditunduk sikit dek segan dengan kesilapan sendiri.

"Hahaha. I'm fine. Don't worry! Lagi pun kau bukan sengaja. Dah mintak maafkan? Tak apa. Tak apa. Small matter, bro." Balas si empunya badan dengan ceria. Tangan menepuk bahu Ayrez sebelum beredar. Rambut merahnya yang beralun, diperhatikan oleh Ayrez. Dan-dan dahinya berkerut seribu. Tangan naik mengusap bahu yang ditepuk.

"Untuk seorang manusia, kuasa dia agak kuat. Kejap, kenapa aura dia lain macam? Ini bukan manusia dah ni. Jangan cakap dia ni-"

"Rez-kun! Can you please come here? I don't have enough money!"

Kini fokus Ayrez beralih pada suara Red. Habis terlupa mengenai lelaki tadi. Malah, hampir ternganga mulutnya melihat jumlah takoyaki yang dibeli oleh wanita naga kesayangannya.

"You gotta be kidding me.."

***

Di sebuah tempat yang sangat jauh daripada pandangan mata kasar, sebuah istana tersergam indah dengan ukiran-ukiran unik di dindingnya. Di tambah pula dengan pokok yang mengelilingi, kecantikanya bertambah berlipat ganda.

Namun, jauh di dalam istana itu, seekor singa putih elok tertidur disebelah sebuah singgahsana. Apa yang unik mengenai sang singa, dia memiliki sepasang sayap putih yang sangat cantik. Bulunya yang lebat diusap oleh seorang gadis yang duduk diatas singgahsana itu. Rambut birunya beralun saat angin menyapa. Senyuman manis terukir dibibirnya.

"Nampaknya kita akan dapat tetamu tak lama lagi."

Si gadis memandang keluar. Memandang sebuah pokok yang cantik menghijau.

"Adakah ini takdir?"

Disebalik dinding tidak jauh daripada ruang si gadis, seorang lelaki berpeluk tubuh sambil tersenyum. Matanya yang berbeza warna bercahaya disebalik kegelapan.

"Fufufu.. Apalah takdir dah rancang untuk protagonis dalam dunia ni ya? Haiih.. Rasanya tak salah aku menyemak kejap. Alang-alang boleh jumpa Ayrez! Arhh. I miss you little bro! Hahaha."


Saya buat update awal sbb saya tak dapt nk up lebh kurang 2 minggu. So yeah, selamat tinggal Wattpad for 2 week!!!😂 enjoy ♥️leps 2 minggu saya balas comment! Janji!😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro