Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 68 | Lost in Paradise

Kalau nak rasa sebak sikit, pasang sound kat atas tu』️



Huff..

Huff..

"Rooourr!! "

Rasaksa berada dimana-mana. Hutan yang selama ini aman, dikejutkan dengan pelbagai rasaksa yang berjenis. Penghuni-penghuni dikawasan itu melarikan diri ke tempat yang selamat.

"Huff.. Huff.. " Nafasnya kencang. Peluh menuruni setiap lekuk badan. Dalam dakapanya, ada satu susuk tubuh yang masih lena diuli kegelapan. Rambut emasnya beralun mengikut tiupan angin.

"Eldera... " Adrea memanggil dengan suara yang lemah. Matanya kuyu. Tenaganya masih belum pulih.

Eldera hanya tersenyum dan meneruskan larian tanpa henti. Kuasa bayang diaktifkan untuk membunuh semua musuh dihadapan. Lelaki berambut emas seakan berlari diatas air yang berwarna merah pekat. Kepala dan tengkorak juga berada dimana-mana.

"Tidur. Pulihkan kuasa kau dulu. " ujar Eldera dan matanya masih tertumpu ke hadapan. Adrea hanya senyap lalu kepala selamat dijatuhkan pada dada sang lelaki.

"I don't feel good.. It's like something bad will happen. " Tubuh Adrea mengigil. Tanganya mencengkam sedikit baju Eldera.

"Stop. "

Eldera hanya menurut lalu memberhentikan langkahnya. Nafas ditarik dan dihembus. Larian tanpa henti sedikit sebanyak menyesakkan dirinya. Ditambah pula Drago yang asyik menyerang, lebih menyukarkan.

"Ada yang tak kena? " Soal Eldera setelah Adrea asyik mendiamkan diri. Tubuh gadis itu pula masih menggigil.

"Jangan.. Kita tak boleh teruskan. Ki-kita kena patah balik... "

Eldera berkerut dahi. Dia memandang sekeliling sebelum jatuh pada sebuah pokok yang masih mempunyai hijaunya. Dia berjalan kearah itu lalu melabuhkan Adrea dengan selamat. Tangan naik menyentuh dahi sang gadis. Panas!

"Kau demam Adrea. Tak hairan kalau kau rasa benda pelik. Just take some rest alright? " Eldera bangkit daripada melutut. Mata ditutup. Cuba mengfokuskan kuasa yang masih tersisa.

"Eldera.. " Adrea memanggil lagi. Eldera hanya tersenyum. Dua tanduk muncul disisi kanan dan kiri kepalanya. Jari dipetik, lalu muncul dua api kegelapan yang lama kelamaan berubah menjadi syaitan berzirah.

"Kau berdua jaga dia. " Arah Eldera dengan tegas. Dua Dark Guardians itu mengangguk faham.

"Kau.. Nak pergi.. Mana? " Soal Adrea bersama tubuh yang mengesot menghampiri Eldera. Tanganya mencengkam kaki sang remaja dengan linangan air mata.

"Jangan... Jangan.. Pergi.. " Mohon Adrea bersama suara yang serak basah. Timbul rasa kasihan dalam diri Eldera apabila melihat keadaan gadisnya. Dalam diam, hatinya  terselit dendam kesumat. Jiwanya dahagakan darah sang durjana.

"I'm not going anywhere, Ad. Pergi duduk bawah pokok tu balik. " Arah Eldera lembut bersama tangan yang mengusap kepala Adrea.

"I don't want. " Adrea semakin degil. Tanganya masih mencengkam kaki Eldera. Satu keluhan terlepas. Eldera tersenyum manis setelah sekian lama. Matanya lunak memerhatikan Adrea.

"What a stubborn pervert girl. " Eldera merangkul tubuh Adrea lalu diletakkan kembali dibawah pokok. Setelah itu, tangannya naik mengusap pipi Adrea yang sudah bercalar dek diseksa oleh Berry.

"I'm fine Adrea Bellvania. Tak ada siapa boleh cederakan aku dengan mudah. Kuasa dan kekuatan aku dah bertambah. So just sit here and rest alright? "

"But-"

Cup!

Tika itu, langit yang tidak lagi ditemani bintang, menjadi saksi ciuman Eldera dan Adrea. Mata ungu sang gadis membulat besar dikala Eldera mengucup bibirnya. Melihat riaksi Adrea, Eldera hanya tersenyum disebalik ciuman. Perlahan-lahan dia melepaskan tautan bibir mereka walaupun tidak dibalas Adrea dek gadis itu masih lagi terkejut.

"Eldera... Ta-tadi tu-" Tidak sempat pun Adrea menyudah kata, dunianya hitam serta-merta. Eldera hanya senyap lalu membetulkan posisi Adrea. Sempat juga dia berbisikan sesuatu pada telinga gadis itu.

"Maaf buat kau macam ni. Tapi aku janji aku akan luahkan perasaan aku setelah semuanya tamat. " Eldera bangkit lalu menjauhi tubuh Adrea yang sekali lagi lena.

"Aku cuma tak nak kau tengok sisi aku yang ni. " Bisik Eldera setelah melepasi dua syaitan ciptaanya. Serentak itu juga muncul tiga susuk tubuh dihadapanya. Eldera hanya tenang melihat ketiga-tiga mereka.

"Eldera Delwyn." Panggil salah satu daripada susuk itu. Syaitan wanita berambut merah yang seakan api, berdiri dengan megah. Renungan membunuhnya seakan mampu menembusi lapisan tulang hitam.

"Do i know you guys? Whatever you want, just said it. Aku tak berminat nak buang masa dengan stranger. " Soal Eldera tanpa menghiraukan wanita rambut merah. Wanita itu mengetap gigi geram. Tombak berapinya diseru lalu dihunuskan pada Eldera.

"Kids.. You're Shawn child right? He Immortal, not devil. Jadi bagaimana mana kau memiliki kuasa syaitan ini? Ibu kau? " Soal lelaki berambut hitam panjang sehingga mencecah bahu. Eldera tarik sengih sinis.

"Apahal kau nak tahu? Kau ingat aku akan beramah mesra dan cerita? Pergi mati lah.. "

"Kau jangan nak belagak budak! Kau manusia tak setanding kami para syaitan! "

"And do i have to care? Dah kuat, kuat ajelah. Apa masalahnya dengan aku? " Sinis Eldera sambil berpeluk tubuh. Wanita atau namanya Death mula berang dengan sikap jejaka dihadapanya. Sinis!

"Kau... Hanya sebab kau ada kuasa syaitan, tak bermakna kau boleh bertutur seperti itu kepada aku! "

"Oh yeah? Dah buat pun. " Balas Eldera nak tak nak membuatkan Death menghentak tombaknya lalu api naik menjulang disekelilingnya.

"Kau memang nak mati!! "

"Hentikan Death. " Tegas gadis berambut putih bersama sebilah katana yang digunakan untuk menghalang kemaraan Death. Death cuba menahan amarahnya walaupun api yang lebih hitam daripada kebiasaan, melibas-libas disekeliling.

"Lord August, ada apa-apa yang Lord mahu katakan? " Soal Elina, sang gadis berambut putih. Lord August hanya diam dan matanya tetap menatap Eldera yang tidak memaparkan sebarang emosi.

"Shawn's little boy.. Interesting. I wonder if you already know about that girl. " Kini mata Lord August jatuh pada Adrea yang dilindungi Dark Guardian. Bebola mata Eldera tergerak sedikit disaat mendengar tutur kata Lord August yang tenang tetapi penuh dengan maksud tersirat.

"Come near her, and i sent your head to hell." Suara Eldera berubah garau. Ugutanya penuh dengan marabahaya, membuatkan tubuh Death dan Elina mengigil seketika. Kedua-dua mereka terkejut. Hanya Lord August yang tersenyum.

"You have such a demonic power. Kau ni memang sesuatu tahu? "

Eldera tersenyum sinis bersama tawa kecil, yang lama kelamaan berubah besar. Daya kuasa yang semakin kuat keluar daripada tubuh Eldera. Elina dan Death bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan.

Tetiba, tawa Eldera berhenti. Matanya ditutupi rambut emasnya. Senyumanya masih lebar.

"Sent those filthy girl to hell. " Dengan sebaris arahan, muncul lagi dua Dark Guardian ciptaan Eldera dihadapan Elina dan Death! Dua gadis itu terkejut besar!

DUSHHHHHHHHH!!

Tubuh mereka terus diseret dan merempuh pokok-pokok dibelakang! Kedua-dua Dark Guardian menggunakan tombak berapi hitam yang terselit bayang untuk berentap dengan Elina dan Death! Tika tombak dilibas, bayang mengikat tubuh gadis berdua lalu api membakar mereka!

BRUUSHHHHHHH!

Asap naik keudara dek kerana kuasa api yang menjilat mangsa tanpa belas. Namun, Elina dan Death muncul dibelakang dua Dark Guardian dan sudah bersiap sedia untuk menebas kepala mereka!

SLASSHHHHHH!

"Heh." Death tersenyum sinis apabila kepala dua guardian itu jatuh menyembah tanah! Tetapi senyumannya luntur disaat tubuh Guardian itu bergerak pantas seakan mahu membelah dia!

PRANGGGG!!!

Tanah terbelah disaat bilah tombak dilibas! Death terkaku dan otaknya seakan terhenti untuk berfungsi. Jika Elina tidak menariknya kebelakang, pasti dia menerima nasib yang sama.

"Oh dear, my creation is not that easy to take down right?" Soal Eldera sinis. Mata yang terselindung disebalik rambut, muncul bersama simbol seakan bintang. Simbol yang muncul setiap kali aura Aeldera keluar.

"Ahh.. This is fun. Bila tengok bertapa strugglenya kau, aku jadi exited! Hahaha," Eldera ketawa lagi. Sangat sinis dan mengejek. Tempat kakinya berpijak mula berubah warna kelabu dan merekah.

"Bukan kau kuat ke? Kenapa nampak macam sakit ni? Letih? " Sindir Eldera lagi. Death berang. Tika dia ingin mara, tubuhnya melayang dek di tumbuk Dark Guardian yang kepalanya sudah kembali! Seakan ia tidak pernah terputus daripada jasadnya!

Elina pula masih teguh berdiri bersama katana miliknya. Mata hanya tertumpu pada Dark Guardian yang dikawal seakan patung oleh Eldera. Tubuhnya agak mengigil setiap kali cuba bersambung mata dengan Eldera. Seakan ada sesuatu yang tersembunyi didalam tubuh lelaki itu.

Tapi apa?

Lord August tersenyum. Mata merahnya bercahaya terang. Seekor gagak gergasi muncul lalu berubah bentuk menjadi sebilah pedang berbahaya. Aura gelap mengelilinginya.

"Mahu bertempur?" Soal Lord August. Eldera gelak sinis. Aura ditingkatkan dan rekahan menjadi semakin teruk. Tanah seakan hilang sedikit demi sedikit dan membentuk kawah-kawah kecil!

"It's my honored to kill you. " Tika itu Lord August seakan dapat melihat Lord Aeldera yang memegang sebilah pedang gergasi yang dicacakan pada tanah. Tersenyum sinis dan kejam. Serta merta mata Lord August berubah redup.

"Kalau betul.. Kau lah kunci kelahiran dia. I swear i will bring him back. "

***

"Hurmm.. Huh? " Adrea tersedar kembali walaupun masih lemah. Kuasanya masih belum pulih. Seakan ada sesuatu yang melambatkan pemulihannya.

Adrea cuba bangkit, tetapi gagal. Dia memandang kearah Eldera disebalik dua tubuh Dark Guardian. Matanya membutang disaat terlihat aura aneh yang keluar daripada Eldera. Aura itu muncul kemudian hilang. Setiap saat seperti itu. Seakan Eldera menahannya.

"Jangan biarkan dirinya dihasuti bisikan Aeldera... " Adrea terkejut apabila satu suara wanita mengetuk gegendang telinga. Matanya bergerak ke kiri dan kanan. Tetapi tiada sesiapa.

"Siapa..? " Soal Adrea dalam nada bisikan.

Tanpa amaran, seakan ada tangan yang halus menyentuh kedua bahunya daripada belakang. Serta merta tubuh Adrea mengeras. Rambut wanita itu pula beralun seakan mengelilinginya. Rambutnya sama seperti warna rambut Adrea, ungu.

"Save him from that devil king. Jangan jadi seperti aku yang terlewat untuk menyelamatkan dia... "

"A-apa.. "

Terus wanita itu hilang daripada pandangan. Adrea memandang kebelakang dan seekor rama-rama dengan sayap hitam dan putih terbang dalam bulatan. Tangan diangkat lalu rama-rama itu merehatkan tubuhnya pada jari Adrea.

Zazzz!

Seakan direnjat elektrik, Adrea mengigil dek satu kuasa yang tetiba meresap masuk kedalam tubuhnya! Tubuh gadis itu rebah ketanah bersama tangan yang mencengkam dada. Penafasnya tidak teratur. Dadanya semakin sakit. Peluh menghujani tubuh.

"Dah tiba masanya... Jangan risau, aku tinggalkan pendamping untuk tolong kau mengawal kuasa Bellvania yang selama ini tidur dalam sangkarnya. "

"Si-siapa kau? " Soal Adrea dalam nada tersekat-sekat. Perkara terakhir yang dilihat, ialah satu kabus putih muncul lalu membentuk satu susuk tubuh lelaki.

"Why you erase my memory ? Why you act like you don't know me in the past, my lady? Is this the reason?  " Itulah tiga ayat terakhir yang menemani Adrea sebelum hilang dalam kegelapan. Mata susuk tubuh itu berkaca-kaca. Dia melutut lalu tangan naik membelai rambut Adrea. Kehadiranya tidak disedari oleh dua Dark Guardian itu.

"Kenapa perlu sekarang? "

***

"Aku tak terkejut kau datang, memandangkan kau memang tidur dalam tubuh budak perempuan tu. " Ujar Aeldera tanpa melihat wanita berbaju putih labuh dibelakangnya. Tubuh wanita itu bercahaya. Dia tersenyum. Rambut ungunya beralun.

"Saya dah lama mati Ael. Macam mana saya boleh tidur dalam tubuh dia? " Wanita itu menghampiri Aeldera. Kepalanya direhatkan pada belakang syaitan itu. Telapak tanganya bersatu dengan belakang tubuh itu.

"Kau mungkin dah mati, tapi sisa soul kau masih ada. Jika tidak, bagaimana kau hilangkan memori pendamping kau? Heh, wanita licik. Kau seakan tahu hari 'itu' akan tiba. "

"Bukan saya seorang sahaja. Awak juga hilangkan memori pendamping awak bukan?"

Aeldera hanya senyap. Auranya memenuhi seluruh penjara. Semuanya disekat. Setiap kali ianya keluar, pasti aura itu akan hilang serta merta. Terhapus.

Wanita itu menjarakkan dirinya. Senyuman diukir. Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh Aeldera untuk menatapnya. Aeldera pula hanya senyap tanpa sepatah kata.

"Untuk seekor syaitan, awak kacak." Aeldera senyum sinis. Tanganya naik merangkul pinggang wanita jelita itu. Satu ciuman dilabuhkan pada dahi. Wanita itu menerima bersama mata yang terpejam.

Tika itu, mereka seakan berada dalam dunia yang lain. Dunia yang hanya ada mereka berdua .

Dunia yang selama ini ingin dikecapi tetapi lebur ditengah jalan.

Ianya mustahil.

"Dan untuk seekor roh, kau nakal. " Wanita itu ketawa suka. Tanganya nakal bermain dengan rahang Aeldera yang cantik terbentuk. Satu ciuman dilabuhkan pada pipi Aeldera. Sang syaitan mengeleng kepala lalu menolak tubuh wanita itu.

"Lagi aku layan kau, lagi hilang sifat kejam aku." Aeldera mengalihkan padangan. Wanita itu tersenyum. Tetapi jelas kelatnya.

"Sejujurnya, kenapa kau kemari? "

"Saya nak jumpa awak. Rindu. "

"Penipu. Sama macam dulu. " Aeldera memandang gadis itu dengan senyuman kelat dan plastik. Seakan dipaksa. Wanita itu sekadar ketawa sebelum berubah serius.

"Saya ada permintaan.. Walaupun saya rasa memang mustahil.. "

Tubuhnya semakin hilang seakan kaca pecah. Cahayanya juga semakin terang.

"Jangan rosakkan kebahagian budak ni. Dia dan awak berbeza. "

"Berbeza? " Aeldera tarik senyum sinis. Mata merahnya bercahaya.

"Maaf, tapi kau silap Andrea. Kami sama. Eldera dan aku. Kami mempunyai dendam pada manusia." Aeldera menghampiri Andrea lalu badan ditundukkan sedikit. Mulutnya didekatkan pada telinga Andrea yang diam tak berkutik.

"Aku akan pastikan budak ni jadi macam aku. Aku tak bebas? Tak apa. Aku akan biarkan kuasa aku yang mengawal dia...." Angkuh Aeldera bertutur. Andrea pula hanya memandangnya dengan ekor mata.

"Sebab tak ada guna jadi baik kalau pengakhiranya kau tetap juga yang disakiti! "

Andrea hanya mengeleng sesal. Matanya lunak memandang Aeldera yang sudah menjarakkan dirinya. Tangan sang wanita naik pada bibir Aeldera. Sang syaitan terkejut dengan tindakan Andrea.

"Awak terlalu berdendam Ael. Sebab tu awak hilang saya.. " Setelah menghabiskan kata, Andrea hilang sepenuhnya. Aeldera kaku. Terkesima.

"Aku tahu.. " Aeldera menundukkan pandangan. Matanya tiada emosi. Kosong.

"Sebelum aku jatuh cinta dengan kau lagi.. Aku tahu aku akan kehilangan kau. Tapi, aku terlalu leka dengan syurga ciptaan kita sehingga menafikan kenyataan yang…" Aeldera mendongak kepala keatas.

"Yang kau dan aku.. Memang tak boleh bersatu. Akhirnya, kita juga yang tersakiti. "




Lord August sendiri turun padang bhaii.. Kabus putih? Agak2? And I don't know kenapa part Aeldera kinda sedih😂 but i like it duhh. 😂

K done double up, enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro