Chapter 62 | Akira's wish
[Pasang lagu diatas]
"Adrea? Kau tidur ke? " Soal seorang gadis diluar sel penjara Adrea. Rambut merahnya yang mencecah pinggang, dibiarkan lepas. Tanganya menyentuh permukaan pintu besi itu.
"Akira? Dude! Lama siot tak dengar suara kau!" Akira ketawa dengan suara Adrea yang kedengaran riang sekali. Tak padan dengan keadaan sungguh.
"Kau dah tahu aku perempuankan? Perlu ke guna dude tu? "
Akira memalingkan badan lalu duduk dihadapan sel itu. Lutut pula dibawa ke dada. Pupil merahnya memerhati dinding dihadapannya. Seakan Adrea duduk dihadapanya.
"Entahlah. Maybe sebab aku dah terbiasa? Kau pun satu. Hebat betul menipu. " Sindir Adrea mendapat keluhan Akira.
"Sorry. Aku tak ada pilihan. Aku kena ikut arahan bapak angkat aku tu. Kalau tak, Miyuki yang akan kena. Budak perempuan tu, dia dah selamatkan aku dulu."
Adrea sekadar diam mendengar. Bukan niatnya untuk membuatkan Akira berasa serba salah, cuma dia nak Akira tahu yang salah tetap salah.
"Maaf Adrea. Sebab aku, kau dekat sini. Kalau lah aku kuat, tentu aku boleh lindungi Miyuki dan kau. Kalau lah aku betul-betul lelaki, semua ni mungkin tak jadi! Kalau-"
"Akira. "
Kata-kata Akira terhenti apabila Adrea memanggil. Gadis berambut violet tersenyum seakan Akira dapat melihatnya.
"Aku tak salahkan kau sebab aku di sini. Kau buat sebab nak lindungi adik angkat kau, and i really proud of you! "
"Huh? "
"Family is the most important thing in life, Akira. Your love for your own little sis is the greatest thing ever. Itu yang buat aku bangga dengan kau. "
"Tapi-"
"Akira, sumpah aku tak terkilan dengan apa yang kau buat. Aku nak kau tahu, apa yang kau buat tetap salah. Kau patut kasi tahu aku atau Eryl duh. Tapi nak buat macam mana ? Kau cuma terdesak. That's all." Pujuk Adrea tenang dan lemah lembut. Akira yang mendengar sedikit sebak dan terharu. Air mata yang mengalir, dikesat dengan hujung bajunya.
"Tapi apa-apa pun, jangan salahkan diri kau sangat. Main antagonistnya Berry. Bukan kau okay? Lek-lek aje lah. Tak perlu rasa bersalah sangat. "
"Kau ni baik sangatlah Ad. Kenapalah aku tak jumpa kau lebih awal? "
"Duhh. Kalau kau jumpa aku awal-awal, Nico aku nak letak mana? Kesian partner in crime aku tu alone memanjang. " Seloroh Adrea mengundang tawa kecil daripada Akira.
"Kau dengan Nico memang rapat kan? "
"Yeah. Sebab aku dengan dia dah membesar bersama sejak kecil. Segala masa silam aku dia tahu. Sama jugak dengan dia. Like others best friend lah, no secret between us. I think?"
"I think huh? "
"Eyy. Tak akan aku nak citer yang hal perempuan kut kat dia? Sebab tu aku cakap, i think. "
Sekali lagi Akira ketawa. Agak terhibur dengan gaya percakapan Adrea. Gadis itu tidak pernah berkelakuan seakan kena penjara. Mulut pula semakin pedas. Otak pun dah mula menyengal kekadang.
"Ad. "
"Hurrmm? "
"Boleh kau jagakan Eryl untuk aku? " Soalan Akira menyentakkan Adrea. Gadis berambut violet mula tidak senang. Hatinya meronta seakan ada perkara buruk yang bakal berlaku.
"Weh, kau jangan buat ayat sebak dekat sini. Badan aku tak cukup air. Nanti keluar ikut mata, haru aje."
Akira tersenyum apabila Adrea cuba berjenaka. Dia tahu gadis itu tidak senang dengan ayatnya. Tapi..
"Aku tak tahu jika aku boleh ada bersama dia di masa hadapan Ad. Aku.. Aku rasa one day aku akan tinggalkan dia. Dan dia.. " Akira menyembamkan muka pada lututnya.
"Mungkin tak dapat capai aku lagi. " Adrea terdiam. Tangan dan kakinya masih bergari dan membataskan setiap tingkah lakunya.
"Aku cintakan Eryl, Adrea. Aku cintakan Eryl Ryuzaki!" Adrea melompong dengan luahan Akira.
"Mesti kau pelik kan? Kenapa mamat mintak kena sepak jugak yang aku suka? " Akira ketawa dihujung kata. Terbayang dimatanya wajah Eryl yang tersenyum bersama mata tertutup padanya. Suara jejaka itu juga bermain di gegendang telinga. Sangat indah dan lucu. Mengusik jiwa wanitanya.
"Akira sayang! Kau makin handsome lah! Auch! "
"Dah tahu diri tu perempuan, boleh tak suruh abang sado macam aku yang angkat benda berat ni? Laki ada,bukan nak mintak tolong. "
"Wehhhh. Nak bibir? Aku lapar lah sayang. "
"Damn you Akira. Jelingan geram kau buat aku tergoda. "
"Kahwin dengan aku. "
Adrea sedar Akira mengelamun. Pasti gadis itu merindui Eryl. Sepanjang Adrea disini, Akira lah yang menjadi peneman. Gadis itu mungkin diberi tempat istimewa, tetapi layanan terhadap dirinya seakan seorang hamba.
Dia dan Akira sama-sama terseksa.
Sama-sama tersekat dalam permainan kejam seorang Berry.
"Memandangkan kau dah luahkan perasaan, aku pun sama lah. "
"Huh? " Adrea tersenyum apabila mendengar soalan bingung Akira.
"Aku cintakan Eldera. "
"Tahu. "
"Hah? " Kali ni Adrea pula yang bingung. Akira ketawa geli hati.
"Semua tahu kau suka Eldera duhh. Dari gaya badan dengan cara kau cakap pun dah tahu. "
"Kau bergurau kan? Tak akan terselah sangat?! " Merah padam muka Adrea jadinya.
"Of course lah! Kau dengan Eldera dua-dua nampak! Dia pun su-no,no. Perkataan tu tak sesuai. Hah! Dia cin-"
"Woi! "
Akira dan Adrea tersentak apabila suara Fenrir bergema kuat. Akira bangun daripada duduk dan berada dalam keadaan sedia. Matanya mencerlu tajam pada Fenrir yang beriak bosan.
"Apa kau nak? "
"Kau lah. Okay look, aku tak akan cakap banyak. Aku cuma nak kau ikut aku aje sekarang. "
"Why? "
"Jangan banyak bunyi boleh? Rimas aku lah! " Fenrir menghampiri Akira lalu mencengkam kuat lengan gadis itu. Akira cuba meronta tetapi tidak berjaya.
"Lepaslah sial! Kau nak apa?! "
"Hish! Semak lah kau! "
Pakk!
"Akira? Akira! Akira! Setan, kau buat apa dekat Akira?! "
Fenrir menguling mata keatas mendengar teriakan Adrea. Tubuh Akira diangkat pada bahu lalu selamba meninggalkan kawasan penjara yang menempatkan Adrea. Gadis itu meronta walaupun tangan dan kakinya mula sakit dek gari.
"Auch! " Adrea mengadu sakit disaat tanganya mula melecet. Otak ligat mencari idea bersama hati yang semakin tidak keruan.
"Tak ada pilihan. Okey Ad, tumpukan perhatian kau! " Adrea cuba bertenang. Matanya tertutup. Cuba mencari kekuatan walaupun secebis.
Tika itu, tubuhnya bercahaya terang. Hitam dan putih. Rambutnya naik keatas sedikit dan sekelilingnya muncul cahaya-cahaya kecil seakan kelip-kelip.
"Pewaris terakhir, Adrea Bellvania.. " Adrea membuka mata dikala salah satu cahaya yang berwarna kelabu muncul dihadapanya. Cahaya itu kemudian membetuk seekor kupu-kupu yang bersayap hitam dan putih. Adrea tersenyum syukur.
"Apa yang kami boleh bantu? " Soalnya lagi.
"Tolong tengok-tengokan gadis berambut merah yang dibawa pergi! Tolong, aku merayu. Jika boleh selamatkan dia-"
"Maaf Adrea Bellvania. Dengan keadaan kamu sekarang, kami tak dapat berbuat apa-apa. Kekuatan kami datang daripada tenaga magis kamu. Sekarang kamu sangat lemah. " Pohon sang kupu-kupu. Adrea menggigit bibir.
"Shit!" Adrea diam sejenak.
"Jadi tolong bagi tahu aku keadaan dia. Apa yang mereka buat. "
"Menurut perintah. " Sang kupu-kupu hilang begitu juga yang lain. Yang tinggal hanya seekor sahaja. Kupu-kupu hitam itu hinggap dibahu Adrea.
" Cik Adrea jangan risau. Apa yang mereka lihat akan dilihat oleh Cik juga. "Ujar sang kupu-kupu. Adrea tersenyum kelat.
"Thanks. "
"No need to. This is our job for Bellvania heir. Your wish, our command."
***
"Fenrir! " Suara Fafnir memetir dikala Fenrir sampai. Sang naga mendengus geram disaat melihat wajah selamba Fenrir.
"Jangan nak jerit lah cicak. Aku tahu kerja aku. Nah! "
"Heh. Sekurang-kuranya aku bukan anjing kurap yang hanya mempunyai otak sebesar jari kelingking! "
"Kau nak mati ke hah?! "
"Oh dear, both of you can be a hilarious couple. Hahahha," Vans ketawa geli hati lalu mengambil tubuh Akira daripada bahu Fenrir.
Kedua-dua Fafnir dan Fenrir mula bengang. Mereka berbalas renungan membunuh sebelum berpaling kearah lain.
"Alright, alright. Now both of you be nice and help me. "
"Tch. Whatever. " Fafnir menekan beberapa butang di sekeliling prisma dihadapanya. Prisma itu menyala terang berderang berserta aura gelap yang jelas terasa.
"Hurmm. Huh? Ahhhhh! " Akira yang baru tersedar, meronta untuk dilepaskan. Vans terkejut dengan tindakan Akira yang menumbuk belakangnya.
"Oi, oi, Vans. Kau jangan nak lepaskan dia! Susah kut aku heret dia ke sini! " Marah Fenrir yang kini memegang Artifak Dragon Tears ditanganya.
"Ya aku tahu. But honestly, i like this girl. Ganas. "
Akira merengus kuat lalu melayangkan penumbuknya pada wajah Vans! Perasan akan tindakan Akira, sang syaitan menangkap buku lima itu dengan kemas. Bibirnya senget sebelah sebelum menyempak kaki Akira sehingga gadis itu melutut.
BAMMMM!
Tidak cukup dengan itu, lututnya menghentam perut Akira sehingga senak! Akira termuntah liur bersama erangan sakit.
"Auww. Mesti sakit. " Vans ketawa tenang lalu mencengkam bawah rahang gadis berambut merah.
"I love it. Dah sedia nak hilang nyawa? "
"Tch. " Akira meludah tepat pada wajah Vans. Vans menutup mata lalu ketawa. Wajah Akira dilepaskan kasar sehingga kepala gadis itu menghentam lantai! Tangan naik mengelap liur itu.
"Hurmm. Aku anggap kau betul-betul dah sedia. "
"Settle. Vans, bawak perempuan tu. " Arah Fafnir diakala Fenrir sudah selamat memasukkan Artifak naga itu kedalam prisma! Vans tersengih lalu mengangguk.
"Lepaskan aku lah sial! Apa kau nak! Ahhhh!! " Akira menjerit apabila Vans menolak kasar tubuhnya kedalam Prisma misteri itu!
Akira mengetuk-getuk dinding Prisma untuk melepaskan diri. Ketukannya semakin kuat apabila cecair hitam mula memenuhi ruang!
"Lepaskan aku! Lepaskan aku! "
"Girls, kau patut nikmati sisa hidup kau semasa disini. " Ujar Vans lalu menyentuh luar dinding Prisma itu. Mata Akira membulat.
"Sebab, bila kau dah bersatu dengan jantung naga tu... " Wajah Vans dekatkan. Mata Akira mula berkaca-kaca. Kepala digelengkan.
".. Nyawa kau dan dia bersambung! "
"Tak! Kau pembohong! Keluarkan aku tak guna! Keluarkan aku! " Akira semakin kuat menumbuk. Darah yang mula keluar daripada buku limanya tidak dihiraukan. Paras cecair semakin meningkat!
"Keluarkan-glup! Glup! Glup! "
Cecair hitam itu memenuhi ruang. Akira semakin bergelut didalam Prisma itu! Pandanganya mula kabur. Dunianya seakan berputar dan pernafasanya semakin tersekat. Perlahan-lahan matanya tertutup bersama semua pancainderanya.
"Welcome back Lord of Destroyed. " Ujar Vans dengan senyuman.
Tika itu, setitis air mata berdarah, menuruni pipi Akira sebelum ditelan cecair hitam.
'I'm sorry Eryl.. I love you... Please, stay strong. For me..'
***
"ROURRRRRRRRRRRRRR!! "
Kurayami yang bersama Eldera tersentak hebat disaat gegeran tanah dikawasan mereka terlalu dahsyat! Eldera turut merasai daya kuasa yang berlainan itu.
"Kurayami.."
"Walau apa pun yang kau fikir. Aku hanya boleh kata, ini pertanda tak baik. Lebih tepat lagi-"
Kata-kata Kurayami terpotong dikala cahaya seakan silinder naik ke langit. Pupil matanya mengembang tak percaya begitu juga Eldera.
"Razus dah bangkit. " Kurayami menyambung kata-katanya disaat cahaya itu hilang.
PRANGGGG!
GRRAANNGGG!
"Hah? Aahhhh! "
Kurayami menjerit apabila tanah di kakinya berpijak terbelah dua! Lebih menakutkan apabila separuh kawasan yang berhampiran dengan Dark Valley merekah hebat! Semuanya terbelah!
Eldera yang turut terkejut, tidak mampu berbuat apa-apa. Kedua-dua mereka mula menjunam jatuh kedalam dalam rekahan tanah!
ZZAPPPPPP!
"Huh? "
"Well, well, well. Who's know that dragon can help other dragon? "
"Grr. Shut up Ayrez. " Ayrez tersengih apabila Red berbunyi garang seakan jengkel dengan ayatnya. Sang Naga merah terbang di langit setelah menyelamatkan Kurayami dan Eldera.
"Another Immortal. " Bisik Kuryami seraya membantu Eldera banggun diatas naga gergasi itu. Ayrez yang mendengar masih tidak lekang dengan senyuman.
"Yup! Tapi aku berbeza sedikit daripada Shawn. Aku jenis hantu. The Immortal Ghost."
"Apa? " Soal Eldera hairan.
"Tahu tak hantu tu apa? "
"Eh? Arhhhhh! " Kurayami melompat kesisi apabila Ayrez muncul tetiba disisinya dengan wajah yang rapat. Eldera turut terkejut.
"Ehehe. " Sekali lagi mereka terkejut apabila Ayrez muncul diatas kepala Red dengan senyuman. Merinding terus Kurayami jadinya.
"Sekarang dah percaya? Ke.. " Suara sengaja dilerek-lerekan sebelum muncul dibelakang Kurayami dan memeluknya.
"Nak aku rasuk kau dulu hurmmm? "
"Huwarhhhhhhhhhhhhh! " Eldera tercegang apabila Kurayami menjerit lagi.
"HAHAHAHA! " Ayrez ketawa geli hati di hadapan mereka.
"Ja-ja-jangan buat aku terkejut lah setan! Arhh. Jantung aku macam nak gugur. "
Ayrez menayang wajah tak bersalah mendengar ayat lemah semangat Kurayami. Red sekadar mengguling mata keatas. Sempat sayapnya melibas kepala Ayrez membuatkan sang jejaka mengadu sakit.
"Sakit lah Red! "
"Jangan usik manusia tu. Asal jahat sangat ni? "
"Aku kan hantu. Memang perangai serupa hantu lah. "
"Suka hati kau lah.. " Red sekadar terbang tanpa berkata apa-apa lagi. Malas mahu melayan Ayrez.
"Siapa kau ni? " Soal Eldera setelah lama berdiam diri. Kurayami pula elok menyorok dibelakangnya bersama mata yang mencerlu tajam pada Ayrez.
"Ayrez. Ayrez Hernandez. Anggap ajelah aku kawan Alzer dan Alter. Yang ni pulak.. " Kini tangan Ayrez membelai sisik naga Red.
"Red Flame. Yang ni Partner in Crime aku. Also my wife. Ehe. "
"Kau dah berkahwin?! " Serentak Eldera dan Kurayami berkata. Terkejut!
"Hahaha! Yup! Alright boys, times up! Kita berhenti disini! "
"Huh? Wahhhhhhhhhh! "
Tanpa amaran, Red menterbalikkan tubuhnya! Sekali lagi, Kuryami dan Eldera menjunam kebawah dengan kadar had laju yang tinggi! Lebih merbahaya apabila dibawah mereka, betul-betul ada sebuah istana hitam!
"Semoga hidup lagi! Hahahaha! " Jerit Ayrez bersama kain putih yang digunakan untuk melambai diatas Red yang kembali terbang seperti sedia kala.
"DAMN YOU!!! "
Siapa kata saya cipta Akira untuk bersama Eryl? 😂
Soalan:
Nak bunuh dia boleh? 😂❤️
Okay, memandangkan dah start cuti, saya try buat seberapa banyk update😶tapi jangn berharap sangat eh? 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro