Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 61 | Ryuzaki's Secret

"Ryuzaki's... Secret power? " Soal Eryl yang baru berusia beberapa tahun. Si kecil elok duduk diatas peha ayahnya sambil membelek sebuah buku lama dengan tulisan kuno yang hanya difahami Puak Ryuzaki.

"Yeah. Do you want to master it? " soal Shiro lembut sambil menyelak halaian muka surat. Eryl memuncung bersama pipi yang dikembungkan.

"Don't want! Kalau Eryl tahu nanti, ayahanda tak akan berlembut dengan Eryl! Ayahanda jahat sangat bila latih Eryl. "

"Elehh. Setakat pukul buntut kau aje kut. Cengeng!"

"Ayahanda! "

Shiro menutup buku yang dibaca bersama tawa. Semakin memasamlah wajah si anak. Rasa nak merajuk aje!

"Alright little prince.. " Buku diletakkan jauh lalu badan direbahkan kebelakang. Tubuh kecil Eryl pula elok terbaring diatas tubuh sasa ayahnya. Shiro melapik belakang kepala dengan lengang kananya agar dapat melihat wajah keliru Eryl.

"Do you want to protect this Kingdom? " Soal Shiro. Tangan kirinya elok mengusap rambut hitam si kecil yang semakin lebat.

"Of course! "

"Do you want to protect us? Your family? "

"Duuh. Same answer! "

Shiro ketawa lagi lalu mengangkat tubuh Eryl keudara. Eryl semakin hairan dengan kelakuan Ayahandanya.

"Jadi kau mesti tahu kuasa yang dirahsiakan puak kita, Eryl. One day, aku mungkin dah tak sekuat sekarang. Aku semakin tua. Kekuatan aku akan hilang. Jadi aku nak kau yang kuasainya. "

"Senri? Dia lagi kuat daripada Eryl kut. Dia umur 5 tahun dah tahu guna kuasa ais kegelapan dia. Eryl? Masih terkial-kial dengan kuasa api kegelapan ni. "

Shiro tersenyum tipis dengan luahan Eryl. Kini dia bangun dan mendukung Eryl untuk keberanda. Langit malam yang ditemani bintang, menjadi tatapan.

"Eryl tahu tak? Sebelum aku jumpa bonda kau, aku hanya tinggal dengan seorang adik perempuan. Dia lagi kuat daripada aku, dia yang selalu lindungi aku. Sebab apa? Aku pengecut duhh dulu. Aku tak berani guna kuasa aku. Lawak kan? "

Eryl hanya diam mendengar. Matanya menatap wajah Shiro yang ketawa sendiri.

"Yeah. Adik aku paling scary antara perempuan-perempuan yang pernah aku kenal. "

"Ayahanda maksudkan cik Lucia ke? "

"Yup! She's the demon. Heck, dia pernah kejut aku bangun pagi guna buntut kuali. Bapak sakit. "

Eryl ketawa dengan riak seriau Shiro. Mesti sakit sangat tu.

"She's perfect tho. Tapi tak bermakna aku akan selalu biarkan dia dalam bahaya. That's why bila aku sedar aku selalu susahkan dia, aku cuba untuk berubah. In the end, aku jadi lebih kuat dan aku lindungi dia. "

Kini tubuh Eryl diletakkan diatas palang beranda.

"Kita abang Eryl. Tak kira lah sekuat mana adik kita, selemah mana mereka, sejahat mana pun mereka, kita lah orang yang patut jadi perisai dan hulurkan tangan. Sebab bagi mereka, kita lah idol selepas ibubapa kita. "

"Seriously? "

"Serious kid. Kau tahu, Senri suka puji kau kalau dengan aku. Kau memang idola dia."

Mata Eryl bersinar dan wajahnya sedikit merah. Bayangan Senri yang tersenyum dan memujinya bermain dalam fikiran. Semakin pekat warna merah diwajahnya.

"Oh ho, someone blushing. " Usik Shiro dengan suara yang melerek membuatkan Eryl tersentak. Cepat-cepat Eryl mengusir bayangan itu.

"Ayahanda! Ajarkan Eryl tentang kuasa
tu! "

Shiro tersenyum lebar dengan semangat Eryl. Tangan digenggam menjadi penumbuk lalu dihalakan didepan Eryl. Si kecil terkebil-kebil sebelum ketawa. Lalu tangan mengepal penumbuk dan dilagakan bersama ayahnya.

"I promise you little brat. "

"You better keep it old geezer! "

***

BAMMMMMMM!

BAMMMMMMM!

Lagaan demi lagaan! Shiro dan Eryl berentap diudara dengan garang sakali! Senyuman terukir di bibir Shiro dikala kenangan lama menerjah fikiran. Wajah Eryl yang serius memandangnya ditatap, sebelum satu tubukan dihadiakan!

DUSSSHHHHHH!

Eryl tercapak lalu jatuh menghentam tanah! Lelaki berambut hitam mendengus lalu rantai besi ditarik dan diayunkan pada batang tubuh Shiro!

DUUUUUUUSSHHHH!

Shiro menahan hentaman itu dengan kemas! Badannya terseret diudara sehingga menghasilkan tiupan angin kencang! Tidak cukup dengan itu, rantai besi Eryl terus melilit tubuhnya dengan kemas dan kuat tika dia leka!

"Chain from hell? "

"Yup. That's one is really powerful attack from our clan. Created by Aiken Ryuzaki. Bukan aje dia dapat menguasai syaitan yang ada dalam tubuh, malahan melemahkan puak kita juga. Tapi.. "

Eryl tersentak hebat apabila tubuh ayahnya bersinar terang! Melihat wajah terkejut sang anak, Shiro semakin teruja untuk meneruskan pertempuran.

"Jangan ingat rantai ni boleh lemahkan aku lah budak! "

"Tch! "

Eryl menyeru lebih banyak rantai besi untuk melilit Shiro sehingga menjadi bebola besi diudara! Kaki menghentak tanah lalu serantai besi gergasi keluar dan melilit bebola itu! Tanpa berlengah, Eryl berlari diatas rantai tersebut!

"Dark ice.. " sebilah katana daripada ais terbentuk pada tangan kanannya..

"Dark flame.. " sama seperti tadi, sebilah kanan daripada api terbentuk di tangan kirinya.

Tak lama kemudian, sepasang sayap muncul. Tetapi, apa yang mengejutkan Kurayami diudara ialah sayap itu adalah sayap ais dan api!

"No way.. He also know about that wings? "

"Harrghhhhhhh! "

Eryl melajukan larian. Kedua-dua katana berada dalam keadaan sedia. Mata birunya bercahaya terang-berderang! Kaki menghentak rantai besi lalu menggunakannya untuk menolak tubuh terbang keudara! Katana diangkat tinggi dan menyasarkan bebola besi!

"SLASHING FROM HELL!!! "

SLAAAASHHHHHH!!

BRANGGGGGGG!!

Bebola besi itu terbahagi kepada empat bahagian! Seluruh kawasan bergegar hebat sehingga tanah naik keatas! Kurayami turut terkena impaknya sehingga terpelanting agak jauh!

"Huuuh... " Eryl menarik nafas panjang sebelum menghelanya. Rantai besi berada disekelilingnya. Sayap api dan ais masih berada dibelakang tubuh sang remaja.

"Ahh. Your attack is good. Kau memang ada peningkatan. "

Mata Eryl terbelalak disaat mendengar suara ayahnya. Biar betul?!

"Budak. Aku yakin kau tak lupa apa yang aku katakan dulu. "

SWOSHHHHH!

"No way.." Melompong mulut Eryl apabila asap yang mengelilingi Shiro hilang begitu sahaja disaat Sang Raja melibas pedangnya.

"Heh. " rambut putih Shiro beralun mengikut tiupan angin. Sisi kanan dan kirinya terdapat tanduk hitam yang naik keatas. Iris mata yang tadinya merah, kembali biru. Tubuh pula tersarung satu baju tempur yang berlainan daripada baju tempur yang pernah dilihat Eryl.

"Tapi? "

"Tapi kalau kita berada dalam bentuk Syaitan Diraja, rantai tu tak akan beri kesan langsung. Dan ini lah sebab kenapa puak kita adalah puak kedua terkuat selepas Puak Tempests. Not only we have dragon's blood, we also the Royal Devils . Our wings was different from other clan. Kalau puak lain ada dua sayap.. "

"Ayahanda ada enam sayap?! " Terjerit Eryl apabila melihat enam sayap syaitan dibelakang tubuh Shiro. Shiro tersengih sehingga taringnya kelihatan.

"Told ya. We're Royal Devils duhh. Semestinya kita lebih unik daripada puak lain. "

"Damn. " Eryl masih melompong bersama riak kagum. Atau tak?

"Kenapa dengan muka kau tu, hanat? So pervert! " Shiro mula sejuk semacam apabila riak Eryl berubah.

"You damn hot and sexy dad. Nak jadi milik Eryl? Senri dengan Eldera boleh buang. "

BAMMMMMM!

"Arhhhhhhh! " Melayang terus Eryl menghentam gunung yang tidak jauh daripada tempat mereka berada dek dilibas oleh ekor Kurayami!

"Dengan bapak kau pun menjadi ke hah?! Kau jangan buat malu aku boleh tak?!! " Marah Kurayami bersama hidung yang merengus-rengus.

"Grr.. Seriously Shiro? Kau kasi dia tengok apa memalam?"

"Porn. "

"... "

***

"Aku gurau aje. Tak akan aku nak suruh dia tengok bebukan? Eryl belajar sendiri ler tu. " Ujar Shiro bersama kepala yang elok tertimbul benjol dek perbuatan sang naga. Sang raja berpeluk tubuh bersama mulut yang mencebik.

"Macam boleh percaya. Aku lebih rela dia ikut malas kau daripada ikut otak kuning karat kau tu. Huh! " Rengus Kurayami lalu mata mencerlu pada Eryl yang elok mengosok kepalanya dek sakit.

"Kalau malas aku dia ikut, sah dah kahwin dengan katil. Aku dulu niat nak kahwin dengan tilam kut. Bantal busuk aku pun, aku taruh nama. "

"Abaikan. Tak ada kebaikan dalam langsung dalam diri kau tu. Yang ada hanya otak yang cetek. "

"Excuse me? "

"Hey! Janganlah abaikan Eryl! Dan kau Kurayami! Jauhkan diri daripada bapak aku! Aku cemburu lah! He's mine!! "

Eryl menghentak kaki tak puas hati bersama tangan yang menunding pada Kurayami. Sang naga melompong manakala Shiro teguk liur seram.

"Fight me now! Kalau aku menang, jauhkan diri kau daripada dia! "

"Fine! Kau memang nak mati dengan aku!! "

ZWOSSHHHHHH!

ROUUUURRRRRR!

Kurayami menjunam kebawah bersama gauman yang maha kuat! Eryl pula berubah serius bersama aura yang meningkat sehingga merekahkan tanah disekelilingnya!

BAMMMMMMMMMM!!!

"Urrgghhhhh! "

Tubuh Eryl terseret jauh apabila tanduk naga Kurayami berjaya dihalang dengan kedua belah tanganya daripada menikam tubuh! Eryl mengetap gigi apabila kakinya terasa panas dek seretan yang semakin lama semakin laju dan sukar!

"Kau silap besar sebab dah buat aku mengamuk! "

DUSSSHHHHHHHHH!

Tubuh Eryl melayang keudara! Sayap api dan aisnya muncul serta merta lalu membolehkan Eryl bertempur di langit. Kurayami muncul dengan pantas lalu melibas ekornya daripada sisi!

KEBAMMMMM!

Eryl menahan kemas lalu menyepak ekor tersebut! Sayapnya dibesarkan lalu lelaki berambut putih itu terbang keatas kepala Kurayami. Kaki kananya menyala dengan api kegelapan yang turut disertai ais kegelapan! Kaki diangkat tinggi! Tepat menyasarkan kepala sang naga!

"DOUBLE BLAST!!!! "

"DALAM MIMPI KAU!!! "

DUSHHHHHHHHH!!!!

Eryl berdecit geram disaat Kurayami mengelak disaat akhir! Lebih mengeramkan Eryl apabila sang naga menghayunkan buku limanya sehingga dia melayang jauh!

"Urgghhh! "

"Shiro! "

"Heh. "

Mata Eryl membulat apabila Shiro muncul dibelakangnya! Dia yang masih melayang seakan tidak percaya apabila tangan Shiro menyala marak dengan api kegelapan! Rambut si ayah beralun hebat! Penumbuknya digenggam erat

"Please enjoy this hell flame.. " Bisik Shiro dengan senyuman sinis.

"What the.. "

BUUUUURRNNNNNNNNNNN!!

BUUUUURRNNNNNNNNNNN!!

Api kegelapan yang seakan hembusan nafas naga itu membakar dengan penuh amarah! Langit bagaikan dibelah! Langit yang asalnya biru berubah merah dan jingga! Gegaran yang sangat dahsyat dirasai!

BAMMMMMMMMMMM!

"Liat betul... " Ujar Kurayami disisi Shiro. Eryl yang menghentam tanah, mengigil ketika mahu bangkit. Badanya hangus. Sisik-sisik hitam juga mula kelihatan dan menutup hampir seluruh tubuhnya.

"Urghh.. "

"Not enough yet.. " Ujar Shiro lalu mengangkat tangan ke atas. Api yang lebih marah terhasil dan semakin lama semakin membesar! Mata Kurayami membulat besar.

"Shiro kau gila ke?! Kau boleh bunuh dia!"

"Kalau dengan serangan ni boleh buat dia terbunuh, macam mana dia nak hadap Aeldera? " Dingin Shiro membalas. Kini dia betul-betul serius. Tiada lagi sifat sambil lewanya.

"Tapi.. "

"Just watch."

Eryl mengangkat wajah disaat terasa bahang kepanasan yang luar biasa. Pandangannya mula kabur. Tubuhnya mengigil kuat.

"Farewell dear son.. "

Kini kedua-dua belah tangan naik keatas. Kurayami hanya senyap lalu memejamkan matanya.

"LOST FLAME!! "

BUUUUUUURRNNNNNNNN!!!

BUSSHHHHHHHHHHHHHH!!!!

"ARGHHHHHHHHHHHHH! "

Eryl meraung sekuat hati apabila api kegelapan Shiro membakar seluruh kawasan! Tanah mencair! Lava mula keluar daripada rekahan tanah! Gunung dan seluruh kawasan mula mencair dek kepanasan yang tidak terhitung!

Shiro yang berada diudara hanya diam memerhati segala-galanya. Tiada langsung rasa bersalah terhadap perbuatanya. Tiada.

"Kau memang kejam. " Bisik Kurayami disaat matanya dibuka. Kepala dikalih kearah lain. Tidak gemar melihat keadaan dihadapanya.

Semuanya hancur. Terbakar dan cair ditelan lava. Tika itu, Half World bagaikan lautan api yang sangat mengerikan. Langit pula seakan terbakar. Shiro sekadar senyap tanpa bicara.

"Heh. Apa aku harapkan? Syaitan tetap syaitan.. " Kurayami melebarkan sayapnya. Bersedia untuk pergi.

"Kau nak ke mana? " Soal Shiro dengan lagak selamba mengundang rasa pelik Kurayami.

"Huh? "

"Siapa cakap aku dah bunuh Eryl? "

Kurayami terkedu. Shiro memalingkan tubuh lalu menghadap sang naga sambil tangan bersilang didada.

"Aku cuma cepatkan proses untuk Eryl dapatkan kuasa naga dia. Tapi... "

ROUUUUURRRRRRR!!!

Kurayami tersentak hebat apabila sesuatu keluar daripada lautan api itu. Lebih mengejutkan apabila mendengar ngauman nyaring itu! Sangat membingitkan telinga!

Shiro tersengih lalu menyeru sebilah pedang dan direhatkan pada bahunya.

".. Kita kena hadaplah versi dia yang hilang akal ni. Ehe. "

"Shiro Ryuzaki. Kau memang Raja paling gila aku pernah jumpa sepanjang hidup aku. " Ujar Kurayami bersama tangan yang menekup muka. Shiro mencebik.

"Mana kau tahu? Tah-tah, ada lagi yang lebih gila daripada aku dekat dunia lain. Aku ni kira takat boleh kawal lagi lah."

"Dunia lain belakang citer. Yang aku tahu kau memang paling gila. Gila! Mental! "

"Woi! "

ROUUUUUURRRRRRR!!

Ngauman itu menghentikan perbalahan mereka berdua itu. Sang Naga Syaitan dan Raja puak Ryuzaki itu memandang kearah satu mahluk yang elok mencerlu tajam kearah mereka bersama nafas yang garang.

Shiro menghela nafas berat manakala Kurayami berada dalam keadaan bersedia.

"Bentuk dia masih tak sempurna. " Ujar Kurayami disaat Naga Eryl keluar dari lautan lava sepenuhnya.

"Sebab tu aku kata dia hilang akal. So sekarang kita punya job ah nak kena kasi akal dia balik. Heh. "

"Kau bolek tak guna perkataan lost control daripada hilang akal? Kadang-kadang aku sendiri terasa. " ayat terakhir sengaja diperlahankan tetapi tetap didengari sang raja. Meledak terus tawa Shiro Ryuzaki.

"HAHAHA! Kau memang dah hilang akal sejak dulu duhh! Apahal nak terasa?! Bapak lawak lah sial! HAHAHAHA! "

Tajam mata Kurayami mencerlu dengan riak bengang. Aura gelapnya semakin kuat keluar dek amarah yang menguasai. Shiro hanya meneruskan gelak tanpa menghiraukan riaksi Kurayami.

'Dammit. Aku betul-betul nak tanam mamat ni dalam tanah. Grrr.. '

"Wahh! Aku betul-betul terhibur! Hehe.. " Shiro mengelap air mata yang keluar kerana tawa. Senyumannya melebar sehingga menampakkan taring. Bilah pedangnya bercahaya dan api kegelapan garang menyala.

"ROUURRRRRR!! " Eryl mengaum sekuat hati sehingga angin terhasil! Lava berapi pula naik keatas dengan ganas sekali!

"Mari aku kasi akal kau balik, Eryl!! "

Shiro menjunam kebawah di ikuti oleh Kurayami! Eryl yang berada dalam bentuk naganya membuka mulut lalu bebola api yang bersalut kilat muncul! Mulutnya tepat menyasarkan Shiro dan Kurayami!

ROOOOOUUUUUURRRRR!!

Semburan api yang dikelilingi kilat itu seakan laser yang memburu mangsa! Kawasan disekita bergegar dan lautan api semakin marak menyala!

"Jangan harap! "

ROOOOOUUUURRRRRRRR!!

Kurayami melakukan serangan yang sama sehingga dua kuasa itu bertembung! Dua naga itu tidak gentar malahan semakin kuat dan besar semburan mereka!

Shiro mengambil peluang lalu terbang laju ke atas kepala naga Eryl! Matanya meliar kesekeliling. Saat matanya menangkap apa yang dicari, senyumanya meleret sehingga ke telinga.

"Sedap kau tidur ya? "

Satu kristal hitam berada betul-betul diatas kepala sang naga. Mata Shiro yang tajam dapat menangkap satu susuk tubuh didalamnya.

Eryl.

Pedang digenggam kemas.

"Idiot brat. "

Tangan diangkat tinggi. Targetnya adalah kristal itu. Dia harus bebaskan Eryl supaya remaja itu boleh mengawal sepenuhnya kuasa naga yang ada.

"Harrghhhhh!!! "

BRAAAMMMMM!

"Apa?! "

Mata Shiro terbeliak besar apabila libasan pedangnya dipatahkan oleh naga-naga kecil yang terhasil daripada api!

" Mana datang natang ni?!"

"BODOH! BELAKANG KAU! "

"Huh? Arhhhhhhhh! "

BAMMMMMM!

Shiro jatuh menghentam tanah yang masih tersisa! Serangan ekor milik Eryl betul-betul buat dia tergamam!

"Aduhduh.. Boleh patah tulang aku. Jangan bongkok udah.."

"Kau okay? " Soal Kurayami seraya terbang menghampirinya.

"Okay lah jugak. Masih mampu bertutur guna mulut dan bukan buntut. "

"Sumpah aku nak bunuh kau sekarang. "

Shiro sengih lalu terbang di sisi sang naga. Mata mereka tepat memanah Eryl dan naga-naga kecil yang seaakan bebola api dikelilingnya.

"Great. Sekarang dia lagi Advanced daripada kita. Dia guna api disekeliling untuk cipta minion sendiri. Bagus betul. " Rungut Shiro.

Kurayami hanya senyap disebelah. Otaknya ligat memikirkan idea. Sesaat kemudian, dia tersentak dan tersenyum.

"Shiro,"

"Abenda? "

"Let's being Ryuzaki. Kita kena jadi gila kalau nak kalahkan dia. " Shiro terkedu sebelum meledak tawa.

"Hahahaha! Kau memang naga yang hilang akal! Baik! Dengan senang hati sahabatku! "

Kurayami sengih sebelum mengaum kuat! Shiro pula melompat keatas kepala sang naga lalu kuasa ditinggkatkan sehingga cahaya memenuhi ruang!

"ROUURRRRRR! "

Apabila cahaya itu hilang, Kurayami muncul dihadapan Eryl dengan zirah daripada api! Shiro pula tersenyum melihat hasilnya diatas kepala Kurayami!

"ERYL!!!! "

"ROUURRRRRR!! "









Mana leh Eldera aje hilang kawalan en?😂 Ari ni kita kasi Eryl pulak hilang kawalan.

Anyway, Eryl tak pervert just dia tergilakan benda2 hot2 and sexy aje😂

Yg pasti jangn ikut perangai dia ni😂

Enjoy 😂❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro