Chapter 46 | Talk to yourself
"Jadi? Apa yang kau dapat? " Soal Eldera bersama badan yang bersandar di dinding. Tangan bersilang di dada bersama riak seriusnya. Lelaki berkerundung disebelahnya hanya senyap sambil menghulur beberapa helai kertas kepada sang remaja.
"Daemon ciptaan? " Berkerut dahi Eldera membaca tulisan dan kata-kata diatas kertas-kertas itu.
"Yeah. Daripada maklumat yang aku dan Alter ada, itulah dia. Daemon ciptaan. Salah satu kajian yang dihentikan setelah bertahun-tahun lamanya. "
"Kejap. Maksudnya kekacawan malam semalam disebabkan manusia? "
"Tak jugak.. "
"Huh? "
Kini Alzer berdiri betul-betul dihadapan Eldera. Wajahnya serius. Tiada main-main.
"Aku kesan aura.. Syaitan. " Eldera mengeluh panjang.
"Kau nak tuduh aku? "
"Kau.. Tak hilang kawalan kan semalam? " Teragak-agak Alzer menyoal. Eldera senyum kelat.
"Alzer.. " panggilnya seakan berjauh hati.
"Kalau benda ni memang daripada aku, aku tak akan mintak kau dengan Alter cari. " Kertas itu diserahkan kepada Alzer kembali. Kaki diangkat untuk pergi. Terkilan? Huh, tipulah kalau tak rasa.
Alzer mula rasa bersalah. Dia tidak bodoh untuk nampak perubahan wajah Eldera tadi. Kecewa. Terasa.
"El! "
"It's okay. Aku tak boleh salah kan kau sepenuhnya. Tahun ni dah banyak kali aku lost control. So yeah.. " Kini Eldera berpaling kebelakang. Senyuman yang memang kelat dihadiahkan pada Alzer.
"I'm fine. Go back to Alter. He need you.. " Badan dipaling kehadapan kembali. Melangkah pergi meninggalkan Alzer dengan perasaan bersalahnya.
"Shit. I shouldn't have done that. Ah apa kau dah buat Alzer? Haiih.. "
***
"Hey pretty boy. What wrong with that pig face of yours? Sembelit? "
"Shut up Adrea. Aku tak nak gaduh dengan kau pagi ni. "
Ternaik kening Adrea apabila Eldera melayanya dingin tetiba. Lelaki itu pula kembali senyap dan duduk ditempat penonton. Malas mahu tunggu di bilik perserta, jadi mereka ambil keputusan untuk tengok dari luar aje.
"Bulan kembang ke? " soalnya separa berbisik. Terjengket-jengket Adrea berjalan melintasi Eldera seakan pencuri sebelum duduk disebelah lelaki itu. Eldera tetap juga begitu. Dingin.
"Eldera "
"... "
"Weh. "
Tiada sahutan.
"Bodoh. "
Masih sama.
"Weh pig. "
Menyampah dengan dirinya yang tidak dilayan, Adrea memeluk tubuh dengan bibirnya yang mencebik. Otak masih ligat memikirkan cara untuk mendapatkan perhatian sang jejaka.
"Hah! " Seakan mentol yang menyala dikepala, Adrea sengih sinis. Kini dia bangun daripada duduk lalu seakan diva, dia melintasi Eldera. Senyumannya melebar apabila bebola mata Eldera seakan memerhati tubuhnya yang kegedikan.
"Sayang! "
Kini mata Eldera terjegil apabila Adrea selamba memeluk Eryl yang elok mengorat dua gadis. Tersedak dia jadinya apabila tiba-tiba sahaja Adrea muncul. Kekok dengan keadaan itu, terus dua gadis itu cabut.
"Kau buat apa ni, syaitan?! " marah Eryl dalam keadaan berbisik. Geram betul! Habis anak-anak ikan dia yang dahi licin tu lari! Cis, melepas emas aku!
"Saje. Riinnduu... " meremang terus bulu Eryl apabila tangan Adrea gatal naik kebahunya. Cepat-cepat dia tolak Adrea lalu mengosok badanya sendiri.
"Najis..! Najis..! Najis kegedikan! "
"Oit. " Bengang pulak Adrea jadinya. Aku dia kata najis? Hell!
"Tak payah oit sangat. Dah tahu dia najis, yang kau peluk asal? Berambus sana. "
Kali ni Eryl melompong. What the hell? Apahal pulak dia yang kena marah! Mata Eryl mencerlu tajam pada Adrea yang jelas dengan kepolosan. Tak gune.
"Tak ku sangka bahawa kawan ku semuanya berhati busuk! Arhhh! Hati ku bagaikan terhiris! "
"Alright, alright. That's enough. "
Sampuk Akira apabila Eryl mula keluarkan sintom mahu menangis. Melihat sahaja kelibat Akira, laju Eryl datang memeluk. Senyumannya melebar apabila Akira membiarkan sahaja.
"Err.. What are you doing Ryl? " Soal Nicolas pelik. Tak pernah-pernah pulak Eryl ni memeluk lelaki lain selain Eldera. Kena sampuk ke apa?
"What? I'm just hugging someone i love. "
Dan-dan mata mereka melihat wajah tak bersalah Eryl dengan riak tak percaya. Akira lagi lah. Kaku terus. Muka merah.
"Eryl kau straight right? " Soal Adrea yang kini menyorok di sebelah Eldera. Seram pulak dia dengan Eryl. Eryl pula seakan bingung. Salah ke dia cakap?
"Mestilah. Sebab tu aku cintakan Akira. Kenapa?"
Seakan panah petir yang membelah bumi, semua tergamam dengan pengakuan berani mati Eryl. Eryl pula hanya tersenyum tak bersalah. Apa? Salah ke? Akira perempuan kan?
"Ta-tapi.. Akira lelaki. Maknanya.. "
Pucat terus muka Eryl. Badan berpeluh teruk. Baru dia ingat! Diorang tak tahu lagi tentang Akira! Perlahan-lahan mata turun memandang Akira yang berada dalam dakapanya. Glup.
"Eryl hanya bergurau. Aku rasa dia masih mabuk sebab minum arak semalam. " Ujar Akira tenang. Semua terkebil-kebil sebelum menghela nafas berat.
"Kau minum arak lepas kita balik? Patutlah otak mereng semacam aje. Haiih... " Keluh Eldera sebelum menarik Adrea untuk duduk di tempat mereka. Nicolas dan Koharu juga berlalu daripada situ.
"Aku lupa yang Eryl akan cakap benda pelik kalau dia mabuk sangat. Sedihnya hidup, laki perempuan pun dah tak tahu. " Kutuk Nicolas.
"Itulah. Jangan tak tahu jantina sendiri sudah. Kang dia bedal kau Dera naya aje. " Sambung Adrea pula.
"Tak payah heran. Aku tahu lah nak handle mamat gila tu. Aku risau satu aje.. "
"Apa dia? "
"Aku risau kalau dia tak tahu mana satu pil perangsang , mana satu makanan. Buatnya dia ambil pil perangsang, mati aje. "
"Err.. Saya rasa awak kena hati-hatilah Nico. " Kata Koharu pula dengan riak risau.
"Yeah damn right. "
Eryl macam nak nangis aje lagi. Apa ni! Mana ada dia mabuk! Tengok! Tak fasal member mendajal.
"Akira! " rengek Eryl.
"Apa? Kau tu yang tak pandai simpan rahsia. Buatnya kantoi tadi, tak ke naya? Kalau nak confess pun beragaklah. Cuba romantic sikit. " Ayat terakhir sengaja di perlahankan. Eryl yang mendengar, tersenyum sehingga menampakkan giginya. Semakin erat dia memeluk gadis dambaanya.
"Saaaayang kau! Muah! "
"Eryl! " Muka Akira yang merah, bertambah merah apabila bibirnya dicium.
Hantu punya laki!
Eryl sengih tak bersalah sebelum menarik Akira bersama. Tak lama kemudian, pengacara memulakan pertandingan individu.
"Baik lah! Mari kita lihat nama siapa pula yang akan terpilih pada hari ini! "
Tik. Tik. Ting!
"Itu dia! Eryl versus Senri Ryuzaki!!! "
Eryl tergamam seribu bahasa. Begitu juga adiknya berada di bilik menunggu. Raja Shiro pula terkejut seketika sebelum tersenyum penuh makna. Shawn yang berdiri disebelah memandang General Luke.
"Perlawanan adik beradik? " soalnya dalam bisikan. General Luke mengangkat sebelah bahu.
"Random pick. Well, siapa jangka pertarungan mereka secepat ni. " Balas General Luke dengan tenang.
Dalam masa yang sama, Eryl menenguk liur. Tangan mengeletar sebaik sahaja sampai di pintu untuk masuk ke medan pertempuran. Fikiranya masih kusut dengan skrin hologram yang memaparkan wajahnya dan Senri. Terasa bahunya ditepuk, Eryl toleh ke belakang.
"What are you doing here Eldera? "
"Support my stupid member, i guess.. "
"Tak macam support langsung. " Keluh Eryl mengundang tamparan di belakang kepala. Mata menjegil pada tindakan Eldera.
"Sakit bodoh! "
"Dah kepala kau boleh tampar, buat apa tahan? "
"Eyy.. " Sakit pulak hati. Eldera ketawa kecil lalu menyerabutkan rambut rakanya.
"Hey! "
"Go. I know you can fight him."
Eryl diam. Mata memandang Eldera tak lepas. Senyuman kelat dilukis sebelum mengangguk beberapa kali.
"Thanks. "
Eldera tidak berkata apa. Dia hanya memelingkan badan kebelakang lalu membuat isyarat tangan dan berlalu pergi. Eryl sengih lalu ketawa.
'Pastikan kau menang' itulah isyarat yang dibuat. Mesti belajar daripada Puan Eriana.
"I will. "
BAM !
Pintu disepak lalu sorakkan yang kuat membingitkan suasana. Eryl melangkah dengan penuh keyakinan begitu juga Senri yang berjalan bertentangan.
Mereka saling memancarkan aura gelap. Masing-masing dahagakan kemenangan. Setapak demi setapak mereka melangkah sehinggalah berdiri betul-betul dihadapan satu sama lain. Hanya berjarak beberapa depa sahaja.
"Miss me little brat? "
"Heh. Talk to yourself? "
Eryl sengih sinis manakala Senri hanya dingin di sebalik topengnya.
"Baiklah, tanpa membuang masa. Kita akan mulakan pertarungan sekarang! "
"Hell!!! Yeahhhhhhh! "
"Perserta ambil tempat. " Arah pengadil perlawanan.
Eryl mengaktifkan kuasa api kegelapanya! Api menjulang tinggi seakan mahu menerkam sang pendosa! Sangat ganas. Sangat berkuasa! Mata hijau Eryl pula berubah tajam seakan naga. Raut wajahnya serius.
"I won't go easy on you. "
"I hope so. "
Senri hanya tenang. Para penonton mula menggeletar apabila suasana berubah sejuk. Sangat sejuk sehingga terasa ke tulang hitam!
Dibelakang Senri pula, terbentuk gunung dan bongkah ais berwarna hitam berkilau. Membekukan separuh tempat berpijak seakan mahu menelan seseorang hidup-hidup! Bahagian pipi kanan dan kiri Senri pula membeku.
"Ice of darkness. " Terbeliak mata Adrea ketika itu. Itulah kali pertama dia melihat kuasa kegelapan selain milik Eryl. Ais kegelapan!
"Dia Ryuzaki. Jadi tak hairan kalau dia guna kuasa kegelapan." Balas Eldera disebelah.
"One word. Awesome. "
"Ready? " Eryl dan Senri mengangguk serentak.
"Fight! "
Kini mereka menyerbu kearah satu sama lain! Eryl bersama penumbuk berapinya manakala Senri bersama kakinya!
BAMMMMMM!
Kaki yang disaluti ais bertembung dengan tangan berapi milik Eryl! Eryl dan Senri menolak tubuh masing-masing! Ais dan Api bertembung dengan dahsyat sekali! Tiupan angin terhasil dan membentuk puting beliung!
"This brat! "
Raja Shiro mengeluh panjang. Selamat dia sempat buat pelindung untuk melindungi para penonton. Kalau tak, mati semua kena bedal. Bukan puting beliung sebarangan tu.
Raja Zen dan Raja Katsu pula tergamam dengan pertembungan dua kuasa kegelapan itu. Sangat kuat dan menakutkan!
"Kuasa kegelapan memang mengerikan. " Ujar Raja Katsu membuatkan Raja Shiro tersengih.
"Eh, tu tak campur aku lagi tau. "
"Kau diam. Kalau kau, aku rasa semua jadi batu nisan. Tak pun mayat hancur jadi debu."
"Kejamnya ayat. "
"Dengan aku, kau pernah ke baik? "
"Tak. "
Kecik besar-kecik besar aje Raja Katsu pandang wajah tak bersalah Raja Shiro. Bukan Ryuzaki lah kalau tak buat orang sakit hati. Darah setan dalam badan, memang setan pun perangai!
"Shit. "
"Language dude. Kau bukan remaja nak carut bagai ni. Insaflah weh. Kematian dekat sebelah kau aje. "
Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus. Fuh. Uji kesabaran betul. Nak aje Raja Katsu kasi penumbuk. Selamat kawan aje.
"Baik. Terima kasih sebab tegur. "
"Wah. Aku tak sangka kau boleh jadi baik. Keajaiban dunia betul! "
"Alright! You really asking for your own damn grave! "
Raja Shiro mengekek ketawa dengan keberangan Raja Katsu yang kini cuba ditenangkan oleh permaisuri Anne. Permaisuri Emyriel pula mengeluh panjang sebelum menarik telinga Raja Shiro sehingga lelaki itu merengek sakit.
"Auch! Auch! Sayang janganlah piat telinga abang! Sayang tahu tak sayang dah leperkan sel-sel kulit telinga abang tu? Mereka pun kehidupan tau! Tak elok-aduhduh! "
"Jangan nak merepek. Boleh tak kalau duduk diam dan tengok aje pertarungan anak kita? Please behave yourself dear. You're king. Not teenagers. "
"Sebab abang tua lah abang kena gaduh. Nanti mati tak leh gaduh dah. " Dan sekali lagi telinganya dipiat bersama dengan pulasan. Sakit tuh..
General Luke hanya mengeleng kepala manakala Shawn diam tidak bersuara. Selamatlah raja-raja lain tidak hadir lagi. Yang ada cuma Raja Katsu dan Raja Zen aje. Memang dua Raja itu sahaja yang sudah lali dengan fiil Raja Shiro. Otak senget.
BOMMMMM!
BOMMMMM!
Kini mata mereka tertumpu kembali pada pertarungan dua remaja berdarah Ryuzaki itu. Raja Shiro pula mencebik dek kerana tidak puas hati telinganya dipiat.
"Cis. Tercalar maruah aku sebagai raja yang kacak dan hebat. "
"Abang.. "
"Fine, tak cakap apa dah. Kita kunci mulut ni. Semua benci. "
"Good. Amannya hidup. " Penuh sarcastic Permaisuri Emyriel bertutur. Sungguh tenang dan sopan. Dalam diam, Raja Shiro menumbuk kerusinya sendiri. Pujuk lah kita!
"Aku pelik macam mana kau boleh pergi macam tu aje tanpa bagi khabar pada ayahanda dan bonda! "
BAMMMMM!
Kaki Senri menghentam tanah, lalu ais kegelapan seakan duri yang tajam naik keatas! Eryl mengelek dan mengelak daripada tubuhnya terhiris.
"Sebab aku rela? "
KRASHHHHH!
Ais kegelapan milik Senri hancur berkecai dek sepakan api milik abangnya. Remaja berambut putih mendengus tak puas hati. Tangan didepa lalu bulatan-bulatan magis berwarna biru gelap muncul di belakangya!
"DARK BLIZZARD!! "
Puting beliung daripada ais kegelapan keluar dengan dahsyat sekali daripada bulatan magis itu! Eryl hanya sengih lalu tangannya juga didepakan! Api semakin kuat menjulang!
"HELL PUNISHMENT!!! "
Api dan ais milik mereka bertembung lagi! Asap putih naik keatas dengan hebat sekali! Para penonton pegun apabila disebalik asap tersebut, dua remaja itu masih mampu bertarung! Menumbuk! Menendang! Dan tidak lupa membanting satu sama lain!
BAMMMM!
Kini Eryl mengenggam penumbuk Senri manakala Senri mengenggam penumbuk Eryl. Wajah mereka dekat bersama gigi yang diketap geram.
"Explain yourself after this you Bastards brother! " Ujar Senri dengan suara yang tertahan.
"If I'm not Lazy! "
DUSHHHHHHH!
DUSHHHHHHH!
Kaki mereka serentak naik! Masing-masing mengsasarkan kepala! Eryl tersenyum gembira manakala Senri menghela nafas. Mereka melompat menjauhi satu sama lain.
"Holding back? " Soal Eryl seraya meregangkan tubuhnya.
"Again, Talk to yourself? "
"Nah. Aku cuma nak tahu kemampuan kau aje. Tak sangka kau dah boleh.. Yelah, Holding back? Selama ni all out aje. "
"Nak kata aku lemah? "
"Wow. Baguslah kalau kau faham maksud aku. "
"Lagi sekali dan kali ni, kau cakap dengan cermin ke? "
"Nak kata aku bodoh? "
"Baguslah kalau kau faham maksud aku."
Eryl mencebik dengan kata-kata Senri. Kini matanya berubah warna pula. Mata Senri juga begitu. Dua-dua berubah gelap. Gelap seakan kegelapan.
"Don't holding back little brat. "
"Same to you stupid brother. "
Angin bertiup di sekeliling mereka. Senri menghunus katananya manakala Eryl elok membuat tombak api kegelapan. Badan direndahkan manakala Senri membuka kekuda.
"Here we go.. "
Apabila ais milik Senri mencair, titisan yang menyembah tanah menjadi titik pertembungan tombak dan katana! Masing-masing berentap dengan garang dan sangat membunuh!
"Aku aje, atau anak kau saling nak membunuh Tuanku? " Soal Shawn risau apabila melihat keadaan pertarungan itu. Raja Shiro memandang Shawn sekilas sebelum kembali memandang kehadapan.
"Sorry, i can't talk right now. Raja ni dah di haramkan bercakap. "
"Yang kau buat sekarang bukan bercakap? " Bidas Raja Katsu.
"Ini pergerakan mulut dan lidah, dibantu oleh kotak suara sehingga keluar perkataan didalam kepala. "
"Hangkuk lu.. "
Fight between the brothers dan tak lupa jugak loyar buruk sang bapak😂🐸
Media diatas ialah Raja Katsu. Mata hitam. 🐸
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro