Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 43 | Between Human and Demon

Senyumanya lebar, mata pula hitam membulat. Berwajah sedikit bujur dan berisi, berwarna coklat. Dua susuk tubuh dihapadan, memandangnya dengan dua riaksi yang berbeza. Seorang dengan riak teruja manakala seorang lagi seakan batu.

"Apa kau nak tunjuk dekat aku sebenarnya? " Soal Eldera dengan datar. Adrea mencebik sebelum mendabik dada dengan bangga. Ternaik sebelah kening lelaki yang berada disisinya.

"Ini namanya seni dalam masakan. Apa gunanya sedap kalau rupa tak dapat menarik perhatian mereka yang ingin makan? " Soal Adrea yang sudah menunjukkan sintom-sintom lupa diri atau lebih tepat, terlebih bangga.

Eldera hanya diam tanpa suara. Kek beruang dan Adrea dipandang, silih berganti.

"Patutlah. " Satu perkataan itu sahaja yang keluar dari bibirnya. Berlapis dahi Adrea dengan riaksi kosong si lelaki berambut emas.

"Why 'patutlah'?"

"Well." Eldera mengangkat sebelah bahu. Matanya terhala pada wajah polos si gadis. Adrea mengecilkan biji mata apabila muka Eldera menunjukan kenakalan.

"Patutlah selama ni aku tak lalu nak makan dekat rumah kau. "

"Apahal pulak? "

"Tengok kau, habis terbatal selera makan aku. Muka macam buntut kera. Merah-merah kembang. Bulat! "

Membulat iris mata Adrea dengan ayat sindiran Eldera. Mu-muka macam buntut kera?! Ohoho, mamat ni memang nak makan buku lima!

"Sekurang-kurangnya aku tak menyalak macam kau. Suka menganjing aje kerja. Dulu hidup dengan anjing gamaknya. " Mendengus Adrea di hujung kata. Geram betul! Lagi-lagi bila tengok muka acah suci macam malaikat tu!

"Kalau aku anjing, kau kucing." Sengih Eldera.

"Huh? "

"Kau tu suka sangat membebel. Macam kucing, suka mengeow.Grr.. "

Adrea ketawa disaat tangan Eldera gatal mengeletek pinggangnya. Semakin kuat Eldera mengeletek, semakin senak Adrea ketawa. Dapur yang selama ini sunyi, riuh dengan suara Eldera dan Adrea yang ketawa kegembiraan.

"Hey! Stop lah hanat! Aku geli! Hahahaha! "

"Aku anjing kan? Mana ikut cakap kucing. Grr.."

"Gila! "

"Wahh. Anjing gila pulak? Ushh, boleh aku gigit kau kali ni. Sebab aku dengar, anjing gila suka mengigit. Ngap, ngap." Mengelabah terus Adrea apabila Eldera membenamkan kepala dileher putihnya. Sedaya-upaya dia menolak kepala jejaka itu. Tak nakkkk!!

Eldera pula hanya ketawa kecil dengan riaksi gabrah itu. Eleh, macam lah dia nak buat benda tak elok! Usik aje.

"Orang nak gigit sikit pun tak kasi. Kedekut! "

"Kepala hotak kau kedekut! "

Eldera hanya menjelir lidah dengan ketawa sinis. Adrea pula hanya mencebik lalu membetulkan pakaian yang hilang kemasnya. Eldera punya fasal lah!

"Okay, balik pada tujuan asal. Aku nak kau rasa kek ni. Boleh? " Sudu di serahkan pada Eldera yang elok duduk diatas kerusi. Eldera pula hanya mengambil sudu itu tanpa membatah.

"Err.. Kalau boleh kau makan dulu bahagian mulut dia ya? " Berkerut dahi Eldera dengan permintaan pelik si gadis.

"Why? "

"Mata dia cantik. Aku tak nak hasil yang cantik dihancurkan.. "

Tidak sempat pun Adrea ingin menghabiskan ayatnya, sudu yang dipegang Eldera elok terbenam dalam mata si beruang. Tidak cukup dengan itu, sudu itu dipusingkan 360 darjah seakan mengorek mata sebenar keluar daripada soket.

".. dengan kejam. " Terkelip-kelip mata Adrea dengan air mata palsu dihujung ekor matanya. Beruang aku tuu..

"Huh? Kau cakap apa tadi? "

STAP

Sebelah lagi mata menjadi mangsa dan kali ni, Eldera menghancurkannya sehingga lumat. Adrea pula hanya mampu tersenyum dengan air mata. Bak kata orang, senyum dalam tangisan. Huhu.

"Oh, mata beruang ni eh? Sorry. Aku hancurkan mata dulu sebab aku tak suka dia tenung aku." Kini mata Eldera merenung tajam kek beruang yang separuh hancur dibahagian matanya.

"Stop staring at me you son of bitch! "

Sudahnya, Adrea hanya mampu mengeluh panjang. Kadang-kadang dia memang tak faham dengan sikap Eldera.

Ada kala serius, lepastu sengal dan yang selalu buat dia tak tentu arah, apabila lelaki itu terlalu romantis! Pervert! Urgh..

Rasa nak tanam aje kepala dalam tanah!

"Hey. "

"Huh? " Terkebil-kebil Adrea memandang wajah lembut Eldera.

"Close your eyes. "

"Why? "

"Just close it. "

"Hurmm.. "

Tidak membantah, perlahan-lahan Adrea menutup matanya. Walaupun sifat ingin tahunya menguasai, dia tetap bersabar dan menutup mata. Kalau bukak jugak, takut si serigala tu terkam. Bukan boleh buat main mamat tu!

"Dah ke? "

"Kejap. "

Adrea mencebik. Eldera senyum senget. Tangan naik menutup mata Eldera membuatkan gadis itu terkejut.

"Eldera? "

"Shhh.. Now, open yang mouth. "

Sekali lagi, Adrea dihambat rasa hairan dan sekali lagi, dia mengikut. Membuka mulutnya. Eldera tersenyum lalu wajah didekatkan.

Adrea hanya menunggu sahaja. Sehingga, dia terasa sesuatu yang manis diatas lidahnya. Membulat matanya apabila manisan itu mencair didalam mulut. Apabila Eldera menjauhkan tanganya, mata Adrea terbuka serta merta.

"Sedapnya! Apa ni? " Soal Adrea teruja. Eldera hanya senyum lalu mengeluarkan sekotak coklat yang mempunyai pelbagai bentuk coklat didalamnya.

"Coklat! "

"Suka? "

Laju Adrea mengangguk kepala. Tanganya pantas mengambil coklat didalam kotak itu apabila Eldera menghulur. Semakin melompatlah Adrea jadinya. Coklat ni sedap woi! Eldera ketawa kecil dengan kerenah comel si gadis. Macam budak-budak!

"Tapi asal lidah aku rasa benda lembut tadi? Maksud aku, sebelum coklat tu cair, aku ada rasa-Kejap. Jangan cakap kau… "

Eldera hanya tersengih tak bersalah. Adrea mula menggeleng kepala manakala Eldera mengangguk laju, seakan faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh Adrea.

"Yup. Aku guna ciuman kasih sayang untuk hantar coklat tu masuk dan mencair di dalam mulut kau. Amacam? Nikmat tak? "

Sudu yang berada tidak jauh daripada Adrea, dicapai, lalu gadis itu melontarkanya pada Eldera yang sudah mengekek ketawa. Suka melihat wajah malu dan marah Adrea!

"Ka-kau! Gosh! Macam mana kau mampu hidup sampai sekarang hah?! "

"Semestinya disebabkan oksigen. Tak akan sains pun gagal sayang? Sedihnya hidup. "

"Cilake."

Eryl yang memerhati pasangan itu, hanya mampu mengeleng kepala. Sudah lali sangat dengan pertengkaran dan ayat-ayat pedih daripada mereka. Tak sakitkan hati masing-masing dalam satu hari memang tak boleh hidup gamaknya.

"Eryl, kau ada nampak Akira tak? "

Eryl memusingkan badan kebelakang apabila Koharu menegur. Keluhan dilepaskan bersama gelengan.

"Akira tak ada. Dia pergi mana entah. " Ujar Eryl dengan malas. Terselit juga nada rajuk disitu. Koharu mengerut dahi dengan riaksi Eryl. Sudahnya dia hanya meninggalkan remaja itu dan mencari Nicolas. Nak ajak dating. Ehe.

Eryl hanya tersenyum kelat apabila Nicolas muncul dari belakang Koharu lalu menutup matanya. Mesra benar mereka berdua berbanding Eldera dan Adrea. Yang dua ekor tu suka sangat nak bergaduh!

"Eyy, kau kalau nak menghancurkan kek kucing aku, baik langkah kaki aku dulu lah! "

"Dah tu! Bagi lah kaki kau tu! Aku tak suka dia tenung kau! Aku rasa tercabar! "

"Kepala hotak kau! "

"Otak tak otak, kucing tak kucing. Tak ada-tak ada. Biar aku tikam mata dia! "

"Hell no! "

Panjang Eryl melepaskan keluhan apabila Adrea dan Eldera mula membaling barang-barang dapur kearah satu sama lain.

"Big breast! "

"Stone head! "

"Ugly face! "

"Najis face! "

"What the hell with najis face?! "

"What the hell with what i'm saying?! "

"Stop copy me you bitch! "

"And stop staring at me you assholes! "

"CAN YOU GUYS STOP FIGHTING?! " Tengking Eryl apabila pergaduhan mereka semakin menjadi-jadi!

"GO HELL YOU PERVERT BASTARDS! " Serentak Adrea dan Eldera menghambur marah. Mendidih lah si Eryl Ryuzaki tu.

"FINE! "

Malam itu, kediaman yang diduduki kumpulan Eryl riuh dengan perang dunia ketiga oleh tiga remaja berotak kanak-kanak tujuh tahun.

Sekian.

***

Susuk tubuh berkerundung berjalan tanpa menghiraukan sesiapa di sekelilingnya. Aura gelap miliknya disembunyikan dengan sempurna. Senyuman sinis terukir bersama gigi taring yang kelihatan. Dia membelok apabila tiba di sebuah lorong gelap. Kakinya berhenti berjalan.

"Hurmm.. Apa yang kau nak dengan aku manusia? Dan pelik. Macam mana kau tahu tentang kewujudan aku? " Soal si dia lalu menurunkan kerundung lusuhnya. Berambut putih pucat dan bertanduk biru yang panjang.

"Book of course and kau antara syaitan yang paling famous satu masa dahulu. Lagi pun, tak ada sejara atau bukti yang kau telah mati. Kau bersembunyi aje selama ni. Betul tak.. "

"Ciel?"

Ciel tersenyum sinis. Dia berjalan menghampiri si gadis berambut merah jambu itu. Pipi mulus itu diusap lembut. Kepala didekatkan pada telinga si gadis.

"Kau tak patut bermain dengan api, Berry Delaine. "

"Salah ayat kau, Ciel the Demon. " Kini Berry pula yang berbisik mengoda pada Ciel.

"Kau yang tak patut bermain dengan aku. "

"Cis..Interesting girl. "

Dua mahluk itu mula bercumbuan. Hawa nafsu menguasai mereka tanpa menghiraukan sesiapa. Daze yang berada di atas banggunan yang agak tinggi hanya memerhati dengan tajam dua susuk tubuh itu tanpa perasaan.

"Uwoo.. Dazy tak pernah tahu Ciel bernafsu pada perempuan! Huwarh! I'm jealous! Rugi pulak sebab tak goda dia. "

"Tch. Tutup mata kau budak. Benda ni tak elok untuk kau." Mata Dazy ditutup dengan sebelah tangan. Gadis kecil itu mencebik tak puas hati.

"Fine. Tapi kenapa Daddy ikut dia? "

"Ada manusia buat ritual dan ianya memanggil Ciel kesini. Sebabnya aku tak pasti. Tapi, itu bukan pertanda yang baik untuk puak manusia. "

"Jadi? Perlu ke kita kesah? " Soal gadis itu dengan polos. Daze hanya merenung si kecil yang sudah mengerut dahi.

"Terpulang pada kau. Apa yang kau rasa, itulah jawapannya. "

Dazy mencebik lagi. Daddy selalu tak jawab elok-elok! Hurm!

"Tak payah mencebik. Mari balik. Kita akan laporkan pada Lord fasal perkara ni. Hubungan antara puak manusia dan syaitan seperti kita bukan perkara yang biasa. "

"Yes daddy boss! "

"Dan berhenti panggil aku daddy kalau tak nak aku bakar patung arnab kau. "

"NOOOOO!!! "

Ciel yang perasan akan kelibat Daze dan Dazy yang telah hilang, menolak Berry jauh daripadanya. Gadis berambut merah jambu mendengus apabila Ciel menolak keinginannya yang semakin menguasai.

"Kenapa? "

"Straight to the point, kenapa datang jumpa aku? " Soal Ciel lalu membetulkan pakaianya. Berry pula hanya tersenyum sinis lalu mengeluarkan sekeping gambar. Gambar itu diserahkan kepada Ciel.

"Ini Adrea. Gadis sundal yang selalu kacau plan aku. Jadi Ciel, aku cuma nak kau buat apa sahaja asalkan aku tak nampak dia lagi. "

"Ganjaranya? "

"Kau tahu ganjaranya. " Bisik Berry lalu berlalu daripada situ. Sempat dia memberi jelingan menggoda. Ciel pula menjilat bibirnya. Senyuman penuh makna terukir di bibir pucat sang syaitan.

'Adrea huh? Heh, Manusia bodoh. Senyum lah selagi boleh. Malapetaka yang akan datang, pasti akan melenyapkan segala kegembiraan yang kau miliki..'





■️□️■️□️■️

Berry playgirl. Itu aje nak cakap. Sila maki dia berjemaah. 😂

Enjoy 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro