Chapter 40 | Dragon Tear
Di dalam sebuah gua, satu artifak berbentuk naga di kunci kemas oleh puak Ryuzaki suatu ketika dahulu. Artifak itu lebih dikenali sebagai 'Dragon Tear' kerana jantung naga itu yang seakan titisan air mata. Mengikut lagenda, setiap seribu tahun, satu penyembahan akan di buat untuk menghalang Artifak itu membangkitkan seekor Naga Syaitan yang mendatangkan kecelakaan.
The Great Destroyed, Razus.
"Jadi, Lord August nak bangkitkan Razus sebelum Lord Aeldera? " Soal Vans sebaik sahaja habis membaca tulisan purba di Gua Deadly Forest. Fafnir mengangguk lalu melihat sekelilingnya.
"Aku dah jumpa Artifak Naga tu, tapi jantung dia dah hilang. " Kini mata mereka tertumpu pada Fenrir yang membawa satu Artifak Naga. Bahagian tengah yang berbentuk titisan air mata itu kosong.
"Kau dah cari di semua sudut? " soal Vans serius. Fenrir mencebik.
"Sebab aku dah cari lah aku mintak kau dengan Faf datang sini. Apa punya bangang soalan lah kau ni? "
Vans hanya tersengih lalu berjalan disekeliling gua itu. Mencari apa-apa sahaja maklumat yang boleh diguna pakai. Fafnir pula merenung Fenrir sehingga si syaitan mengangkat kening.
"Kau apahal pandang aku penuh nafsu? "
BAM!
Terhinjut bahu Vans apabila muka Fenrir sudah selamat menjamah seketul batu yang sebesar tapak tangan. Tergeleng kepalanya dengan telatah dua syaitan yang mula bertekak.
"Macam-macam hal. " Tak lama kemudian, dia teringatkan sesuatu.
"Fenrir! " Fenrir terkebil-kebil dikala Vans memanggil namanya.
"Abenda? "
"Boleh aku tahu kelebihan kau? "
"Oh. Senang aje nak jawab. Ehem. "
Vans dan Fafnir hanya menunggu dengan sabar. Fenrir pula mula sengih dengan riak teruja.
"Kelebihan aku, aku boleh mengorat lelaki dan perempuan, tak tahu malu, mulut pakai lepas, pandai buat bikini, buat orang sakit hati dan-"
BAMMMMMMM!!!
Melayang terus si syaitan apabila ditumbuk kuat oleh Vans yang tersenyum dengan urat bengang di kepala. Fafnir pula sudah menekup muka bersama keluhan panjang.
"Bodoh punya anjing. Tapi Vans, kenapa kau tanya kelebihan Fenrir ni? Kau tahu mamat tu akan jawab dengan loyar buruk dia. "
"Haiih..Kalau memori aku kuat, Puak Fenrir boleh tengok masa lepas. Jadi kita boleh guna untuk tengok apa yang dah jadi dekat Artifak tu. "
Fafnir jelas terkejut dengan penerangan si lelaki berambut hitam. Walaupun sudah lama berpasangan dengan Fenrir, itu lah kali pertama dia tahu mengenai Fenrir. Unbelievable!
"Haa, Tu lah Fafnir. Benci sangat dekat aku ni sampai kelebihan aku pun tak tahu. Apa punya buduh lah partner aku ni. Hahahaha! Menyedihkan!" Kutuk Fenrir diatas pokok bersama muka yang berlebam. Nak aje Fafnir membakar si syaitan tetapi ditahan rasanya.
"Pandai pulak menganjing anjing ni. " Bisiknya bengang. Vans menghela nafas berat lalu mengarahkan Fenrir menggunakan kelebihannya. Fenrir hanya mengikut. Tidak mahu menaikkan darah Vans. Tak fasal-fasal melayang lagi. Silap-silap dengan nyawa dia sekali hilang. Tak ke naya?
Fenrir meletakkan tangan pada artifak itu. Nafas ditarik dan mata ditutup. Fafnir dan Vans serius menanti.
Setengah jam kemudian, Fenrir membuka matanya. Wajahnya serius membuatkan Fafnir dan Vans berpandangan.
"Berita buruk? " Soal Fafnir.
"Lebih teruk daripada tu. "
"Maksud kau? "
"Aku lupa macam mana nak tengok masa lalu. Jadi ya, aku tak tahu apa yang aku buat apa daripada tadi. Pendek kata, aku tidur. "
KEBAMMMMMMM!!
DUSSSHHHHHHHH!!
DUSSSHHHHHHHH!!
"Arhhh!!! "
Vans dah terduduk dengan muka yang pasrah habis manakala Fafnir teruk membelasah Fenrir.
"Eh setan punya setanlah! "
***
Dalam masa yang sama, Nicolas dan Koharu bersiap sedia untuk perlawanan mereka. Adrea dan yang lain-lain pula memerhati di tempat duduk penonton yang di khaskan untuk mereka.
"Baik lah penonton sekalian! Kita akan mulakan perlawanan iaitu jenis berpasangan! Perlawanan kali ni masih melibatkan kerjasama pasukan jadi harap semua perserta memilih pasangan yang sesuai kerana nama perlawanan kali ni ialah.. "
Semua penonton dan kumpulan yang bertanding mendengar dengan debaran.
"COUPLE TAG! HAHAHAHA! "
Ternganga semua mahluk didalam coliseum itu terutama perserta yang mengambil bahagian.
"Couple what?" Soal Nicolas blur pada Koharu yang sudah memerah muka.
"Yup! Mesti ramai dah tahu apa itu Tag game. Cuma kali ni kita akan ubahnya sedikit. Setiap peserta akan di beri satu reben merah yang mana mereka harus memakainya di kepala salah seorang pasangan. Sepanjang perlawanan yang berlangsung selama setengah jam ini, peserta akan berpegang tangan seperti pasangan kekasih! Kalau yang berpasangan sesama jantina itu, ehem. Taniahlah ya? "
"Hotak dia taniah... "
Bengang terus Hazel yang mendengar. Mana taknya, dia berpasangan dengan Dalen kut! Seram hawau!
"Senior. " Panggil Dalen sehingga menegak bulu-bulu Hazel. Mata biru Dalen memandang bosan mata hazel si seniornya.
"A-apa? "
"Senior jangan jatuh hati dekat saya. Sebab saya nak senior Eryl aje. Oh ya, jangan bernafsu masa berpegang tangan jugak. Saya masih nak senior Eryl. Titik. "
"Pergi mampus kau. "
Manakala Nicolas pula dah sengih bahagia bersama muka mintak kaki. Adrea yang melihat disebelah Eldera pulak yang bengang. Dengan tak malunya, dia bangun daripada duduk lalu melaung kuat.
"NICOLAS HANAT! KAU JANGAN BERANI APA-APAKAN KOHARU AKU! KALAU AKU TAHU KAU BUAT BENDA TAK ELOK DEKAT DIA, MAMPUS KAU AKU TANAM DALAM KUBUR! KAU DENGAR TAK PEKAK?! "
"KAU DIAMLAH BETINA! "
Eldera menggeleng kepala dengan 'kembar' tak sama alam rahim ini. Ada aje masa nak bertekak! Dengan geramnya dia menarik Adrea duduk kembali disebelah. Habis semua mata tertumpu dekat kumpulan mereka sekarang.
"Apa ni tarik-tarik! Sakitlah! "
"Cuba jadi perempuan sikit Adrea Bellvania. Terjerit-jerit kalah gorila ni apahal? Nak aku gigit bibir tu ke apa? " Gelabah terus Adrea jadinya apabila Eldera mula mendekatkan dirinya. Ditonyoh-tonyoh muka sang jejaka supaya jauh daripada wajah! Seram woit!
"Tahu takut. " Tersengih Eldera melihat wajah masam si gadis pujaan hati. Dengan tak malunya, terus dia mencium bibir gadis itu. Melompong mulut Adrea dengan tindakan selamba Eldera.
"You stupid sexual harassment! How dare you kiss me without permission?! "
"Can i kiss you? Okey, dah mintak permission."
"Eldera! " Maka membebel lah gadis itu tanpa henti. Eldera pula hanya mendengar bersama muka tiada perasaan. Tak hairan langsung.
"Haduh, kau ni Rea. Tak fasal-fasal kita famus sebab kerja gila kau! Malu buduh.. " kata Eryl lalu menutup mukanya dengan telapak tangan. Gaya gedik sudah pasti.
"Can you be normal just for a while? " Keluh Akira disebelah Eryl.
"Cara untuk kamu semua menang sangat mudah, tarik sahaja ikatan reben itu dari musuh kamu semua dah kumpulan itu akan tersingkir serta merta! Begitu juga jika tautan tangan terlepas, jadi... "
Kini semua perserta bersiap sedia dengan posisi masing-masing. Kebanyakan yang memakai reben merah ialah peserta wanita. Coliseum mula riuh disaat gong berbunyi kuat!
"PERLAWANAN BERMULA SEKARANG!!! "
"YOSHAAA!! "
_______________________________________________________
Maaf x update apa2 time cuti ni. Well, saya lebih tumpu pada Aufa (Mafia:Brotherhood) . Yeah, MC yg paling menyedihkan, sengal and sama taraf dgn Eryl yg pernah dikarang. (Kut?) 😂skrng book tu dah nk climax dia. For Eldera masih jauh walaupun Eldera muncul dulu😂
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro