Chapter 35 | Nicolas and Adrea
Malam yang aman bersama cahaya bintang menjadi tatapan si gadis di luar jendela. Rambut violetnya beralun mengikut deruan angin yang tenang. Sang rembulan yang bercahaya di angkasa menarik minat dan mengigatkan dia tentang kenangan lalu.
"Tuk Ian, kenapa Tuk suka bawak Rea ke sini?" Soal si kecil yang kini berada diatas ribaan atuknya. Lelaki tua berambut putih itu sekadar senyum. Rambut cucunya di usap sayang.
"Rea tak suka teman atuk tengok bulan? "
"Bukanlah tak suka. Tapi kenapa selalu?"
"Sebab di situlah asal kita. "
"Huh? " Adrea bingung. Apa maksud atuknya itu? Tuk Ian ketawa lalu mengangkat Adrea dalam dukungan. Sebelah tangan naik menunjuk bulan yang bersinar terang bersana kupu-kupu putih yang mula mengelilingi kawasan itu.
"Kalau Rea nak tahu, puak Bellvania asalnya tinggal di sana. Kita hidup dalam kerajaan malam yang sentiasa ditemani rama-rama. " Adrea membulat matanya bersama muka teruja.
"Bell maksudnya cantik, Vania pula bermaksud hadiah dari tuhan. Dan.. " kini jarinya dihinggapi sang rama-rama. Sayapnya bercahaya putih dengan sangat cantik. Berkilau seperti bintang.
"Inilah anugerah tuhan kepada kita. Kita mampu mengawal dan hidup bersama cahaya rembulan,"
"Rama-rama? "
"Rama-rama bulan,"
Rama-rama yang hinggap di atas jari Ian terbang dan hinggap di hidung Adrea. Si gadis terkebil-kebil sebelum bersin.
"Haccoh! "
Rama-rama itu terbang pergi bersama serbuk seperti emas. Ian hanya ketawa lalu menyahkan habuk emas itu daripada wajah Adrea.
"Sebab tu lah Adrea.. " kini iris mata ungu si kecil bertemu dengan iris mata si lelaki yang memacarkan seribu satu rahsia.
"Kalau suatu hari nanti tuk dah tak ada, tengok bulan. Sebab atuk dah balik ke sana. Balik ke tempat asal kita."
Dan itulah apa yang dia lakukan sekarang. Dia rindukan keluarganya. Dia rindukan kenangan dahulu.
"Please watch me grandpa. I make you proud and make sure no one said dirty about Bellvania ever again. " Dia tekad. Tak kira apa sekali pun, dia akan menang War untuk tahun ni. Demi nama puaknya.
"You should sleep at this time right? "
"Nico? "
Nicolas hanya tersengih. Kaki diayun masuk ke dalam bilik si gadis. Baju lengang pendeknya menampakkan tatu naga di lengan kanan. Berseluar hitam, manakala jaket di ikat keliling pinggang. Kepala pula mendongak ke atas. Adrea hanya senyap disebelah.
"Can't sleep? "
"Yeah, How about you? "
"Same."
Kini kesunyian menyapa mereka. Angin kembali bertiup. Nicolas dan Adrea hanya tersenyum sambil menikmati pemandangan di hadapan mata.
"Seriously? Apahal janggal gila duh? " soal Adrea memecahkan kesunyian, Nicolas pula hanya ketawa lalu kepala ditoleh ke sisi.
"Mungkin sebab dah lama tak gaduh? I mean, sejak Eldera dengan Eryl ada, bila aje kau nak lepak dengan aku? "
"Aik? Terasa ke abang penyangak kita ni? Alolo sian dia... "
"Kan? Kesian aku. Kena palau aje. "
Terus mereka menghambur tawa. Apabila tawa mereka reda, Adrea menghampiri Nicolas dan mereka berdiri sebelah menyebelah. Nicolas tersengih sebelum menongkat dagu diatas penghadang.
"Aku tak kesah pun kau kawan dengan sesiapa. Asal kan diorang tak sakitkan kau, then go ahead. "
"Since when you care about me huh? "
"Hurmm.. First time we meet? "
"Hahahahaha..! ".
Merah padam muka Nicolas apabila Adrea menghambur tawa mengejek. Dan-dan badan ditegakkan bersama muka tidak puas hati.
"Jangan gelak lah setan! Malu tujuh keturunan aku nanti! "
"Tak-tak, aku bukan apa. Masa kita jumpa first time tu memang aku cannot brain duh! Hahahaha! "
"Adrea! "
Adrea masih dengan tawanya manakala Nicolas sudah mencebik geram.
"Urgh.. I really hate you. "
"Don't worry bud, i hate you too. Gi.Go.Lo! "
"ARHHH! I DON'T HEAR ANYTHING! NANANANANA!! "
Semakin meledak tawa Adrea dengan adegan Nicolas yang menutup telinga bersama mulut yang menyanyi lagu tah apa-apa. Eyy.. Kenapa huduh sangat? Ni nak sepak ni.
"Alright-alright.. Geez, Chill lah. Hahaha.. "
"Aku memang patut bunuh diri dulu.. "
Tersengih-sengih Adrea menahan tawa dikala melihat muka depresses Nicolas. Alahai sahabat..
"Alah, benda dah lepas kut. Tak payah lah pikir. Lagi pun, kalau bukan sebab master, aku rasa mesti kau dah jadi gigolo berjaya punya. "
"That's hurt but yeah, kena jual dengan keluarga sendiri memang tak pernah aku jangka. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur jugak diorang buat macam tu.. " kini Nicolas menyandarkan badan pada dinding. Kedua belah tangan masuk kedalam poket.
"Oh kau suka? Kiranya kau sukalah-"
"Kau habiskan ayat tu, sumpah aku kerat 18 badan kau. " ugut Nicolas. Kalau dengan Adrea, tahap kesabaran sentiasa kena jaga. Otak emas kalah padi. Adrea hanya sengih.
"Okay fine. Tapi kenapa? "
"Sebab aku dapat tahu kuasa aku. Aku tak perlu dilayan macam anjing, dan aku jumpa kau. Perempuan paling sengal dan blur yang pernah aku jumpa. Tak lupa juga perempuan yang suka ambil troli tolak sendiri. "
"Kalau tak nak puji, tak payah perli. Sakit hati suci nurani ni tau? "
Nicolas buat muka jerknya sebelum menghampiri Adrea. Kini mereka berdiri dihadapan masing-masing. Mata bertaut bersama senyuman.
"Thanks for everything dude. Always bestfriend? " Nicolas mengangkat penumbuknya dihadapan Adrea. Adrea yang pada awalnya terkejut, tersengih lalu melagakan penumbuk mereka.
"Always and forever. "
Kini mereka tersengih bersama mata tertutup serta diterangi cahaya bulan yang menyinari. Eryl yang baru sahaja pulang sambil mencempung Eldera, tersenyum puas. Sempat dia mengerling Eldera yang pengsan selepas bertarung denganya.
"Friendship is beautiful, but if one of them betrayed, it's gonna be really hurts." Keluh Eryl lalu menyambung langkah ke bilik mereka.
"I'm not gonna betray you Eryl.. "
Terkejut Eryl apabila Eldera bertutur walaupun lemah. Eldera tersenyum kelat dikala melihat lengan Eryl yang bersisik hitam dan berdarah.
"Wanna explain? "
"Huh? "
"That's scale.. "
Eryl mengeluh lalu tersenyum kelat. Sangat-sangat kelat.
"Later. Kau kena rehat dulu. Eldy lawan aku macam nak bunuh! Sakit hati jantan boboi tau? Tahu lah tak suka titew.. " Ujar Eryl bersama nada manjanya. Eldera melepas tawa kecil lalu mengangguk. Hailah Eryl...
"Sorry.. " ujar Eryl tetiba selepas mereka mendiamkan diri.
"About what? "
"This scale.. "
"It's alright.. I don't mind, really. Kau takut aku risau kan? "
"Hurmm.. "
Eldera ketawa lalu menolak tubuh Eryl dengan lembut lalu turun dari cepungan si jejaka.
"Just promise me.. Kalau kau ada apa-apa masalah just cerita dekat aku okay? Aku tak nak lah asyik masalah aku aje yang kau tanggung... I can help you too. " Eryl membulat mata dikala Eldera menarik kepalanya kedada. Badan lelaki itu dipeluk.
"Just cry. Stop lying about your feelings. I know you hurt. "
Setitik demi setitik air mata Eryl turut. Sumpah selama ni dia ingat dia kuat. Dia mampu sorokkan rasa sedih dalam hati dia.
Selama ni dia menangis kerana Eldera... Dia tak sanggup tengok rakanya terseksa. Jadi dia pendam perasaan dan jadi dirinya sahaja.
Tidak sedar, diri sendiri juga turut terseksa.
"Ma-maaf.. A-aku tak mampu jadi kawan yang baik.. " Sendu. Eryl lemah dan rapuh tika ini. Tiada lagi kenakalan mahupun usikan. Hanya kedukaan dan tangisan. Eldera senyum. Belakang tengkuk Eryl diusap. Cuba menenangkan sang sahabat.
"Kau dah cukup baik untuk aku Eryl.. Thanks for everything and sorry for everything too. "
"Hurmm... " Eryl hanya menangis dalam pelukan Eldera.
Dari jauh, Adrea dan Nicolas berpandangan di sebalik dinding. Dari awal lagi mereka memerhati adegan Eryl dan Eldera walaupun agak gelap.
"Adegan gay.. " soal Adrea dengan muka bercahaya.
"Nak rakam? " cadang Nicolas dengan riak teruja.
"Ambil kamera. "
Meremang terus bulu-bulu Eldera. Laju tanganya menolak Eryl yang baru sahaja menangis. Terkebil-kebil kawan tu dibuatnya.
"Spoil lah. Aku baru nak acah princess hilang dara. "
"Kepala otak kau! "
BUK!
"Arrrhh!! My head! "
Eldera tidak memperdulikan rintihan sakit itu, malahan terus sahaja dia menonong masuk ke bilik dan kunci pintunya. Pucat terus muka Eryl.
"Woi! Aku nak tidur mana?! "
"Luar! "
"What?! "
"... "
Melompong terus mulut lelaki berambut hitam. Itu aje? Setelah penat aku habiskan segala peluh, ini balasan yang kau beri?!
How dare you do this to me?!
Ya kawan-kawan, ini lah sifat-sifat mulia yang patut ada dalam diri seorang sahabat. Fuh.. Memang mengecewakan. Lap sikit air mata.
"Tidur bilik Adrea lah.. "
Tak sempat pun Eryl nak bukak langkah, belakang kolar bajunya ditarik. Hampir sahaja dia tercekik dan menyumpah, tetapi cepat-cepat dia tutup mulut dikala melihat aura membunuh daripada Eldera.
"Don't you dare to sleep with my Adrea.. "
"Err.. Ehe, tak tidur-tak tidur. "
***
"Weh, korang okay tak ni? Asal berbalut macam lepas gaduh? " soal Nicolas dengan nada terkejut. Mana taknya, Eryl dengan Eldera masing-masing luka dan berbalut teruk.
"Err.. Aku dengan Eldera training semalam. Itu yang jadi macam ni. " ujar Eryl sambil tersengih. Tak tipu eh, semalam teruk dia lawan dengan Aeldera.
Adrea dan Nicolas mengangguk serentak. Koharu pula hanya senyap disebelah Nicolas. Dalam beberapa minit Akira sampai di hadapan rumah sewa mereka. Figura berambut merah itu cantik memakai baju pahlawannya.
"Alright guys, hari ni hari yang kita tunggu selama ni. Let's fire up and become the winner! " Akira memberi kata-kata semangat lalu melagakan kedua penumbuknya. Mereka yang lain tersenyum kecuali Eldera yang beriak biasa.
"Let's do our best! " laung Eryl lalu mengangkat penumbuk ke udara.
"YEAH!!! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro