Chapter 26 | I'm melting
Adrea meregangkan badanya di padang bersama dengan ahli kumpulan yang lain. Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk permilihan masuk ke War Of Magic yang diadakan di Kerajaan Atlas.
"Eldera dan Eryl masih tak datang ke? " soal Akira yang baru sahaja memanaskan badanya. Adrea tersenyum kelat lalu mengeleng kepala. Nicolas dan Koharu hanya diam.
"Eldera still tak sembuh rasanya. Eryl pulak kena jaga dia. "
"Hurmm.. Susahlah kalau macam ni. Kita tak cukup ahli. "
"Siapa cakap kita tak cukup ahli? "
Suara yang menyapa menyentapkan semua orang. Terus mereka kalih ke belakang dan muncul dua figura lelaki. Seorang dengan senyuman, seorang lagi dengan muka dinginya.
"Eryl! Eldera! "
"Hahaha.. Wow. Aku tak ada beberapa minggu ni pun korang dah rindu? How sweet. "
"Tak. Kitorang rindu Eldera aje. Kau mampus sana. "
Terus Eryl main rumput dipadang dengan riak pasrah. Sendu jugaklah budak tu.
"Yelah, sebab aku aje yang suci dalam kumpulan ni... Hik.. Yang lain semua dah hilang virgin kan?..Hik.. Siapalah aku nak kawan dengan korang..Hik.. " ujar Eryl dengan perlahan tetapi masih dapat didengari mereka berlima. Paling ketara apabila dia mengambil sapu tangan putih lalu menghembus hingus.
Memang mintak kena parang kepala.
"Weh Rea, kau ingat tak aku letak dekat mana kapak aku? " soal Nicolas dengan aura gelap disekelilingnya. Eldera datang menghampiri Nicolas dengan sebilah pedang. Bahu lelaki itu ditepuk.
"Kalau nak bunuh dia, kau buat dengan aku. At least yang terlibat dalam crime membunuh sahabat sendiri hanya aku dan kau. "
"Bagus, Jom buat sekarang. "
"With pleasure. "
Adrea, Koharu dan Akira hanya memandang blur kearah Eryl yang masih mengarut sambil mencabut rumput. Tidak sedar dua malaikat maut dibelakangnya.
Berdoalah supaya Eryl tak mati dengan mudah.
"Eh? Apahal ada aura bunuh ni? Ada orang nak bunuh ayam ke? "
"Kitorang nak bunuh kau lah gila. "
Terus Eryl kalih badan ke belakang. Pucat lesi terus muka dia dikala melihat wajah ngeri Nicolas dan Eldera. Tersengih-sengih Eryl sambil bangun daripada duduk. Teguk liur.
"Ehe. Ala-ala, abang sadoku yang huduh lagi buduh. Benda boleh bawak bincangkan? Janganlah tunjuk muka ketat tu. Takut titew."
"KAU MEMANG NAHAS HARI NI ERYL!! "
Berdesup Eryl melarikan diri sambil dikejar oleh Eldera dan Nicolas yang membawa kapak dan pedang. Adrea, Koharu dan Akira menepuk dahi serentak. Pening dengan kerenah tiga lelaki itu.
"What a trouble idiot. "
***
Adrea POV
"Jadi tinggal beberapa hari ajelah untuk permilihan masuk ke War Of Magic? " soal Eryl yang elok berlebam sana sini. Ni lah padah kalau cari nahas dengan Eldera dan Nicolas serentak.
"Ha'ah. Buat masa ni, kelas dibatalkan untuk bagi kita perluang belatih. Sepanjang korang tak ada, kami semua berlatih berpasangan. So sekarang kita boleh berlatih bersama memandangkan korang dah datang. " ujar aku sambil memandang wajah kedua mereka. Eldera hanya senyap sambil berpeluk tubuh manakala Eryl menepuk tanganya. Mesti ada idea gila mamat ni.
"Alright! Then aku nak training dengan Akira! Eldera pulak dengan kau! Koharu dan Nicolas! Iyes! Cukup tiga pasangan! Aku pergi dulu! "
"O-Oit! "
Tanpa belas kasihan, tubuh Akira diangkat Eryl lalu diletakan diatas bahunya. Meronta-ronta jugaklah Akira dibuatnya.
"Kau lelaki tak guna! Lepaskan aku lah! "
"Gehe. Not gonna happen. Aku sukalah angkat kau macam ni. Heaven sia pemandangan. "
"Ka-Kau lelaki gatal! Turunkan akulah celaka!!"
"Mencarut lagi, aku cium sisi buntut kau ni. "
"PERGI MAMPUS! "
Ternaik-naik kening aku mendengar ugutan tak bertauliah daripada Eryl. Aku menyiku-nyiku Eldera disebelah yang jelas kaku.
"Jangan cakap pada aku yang Eryl memang akan buat benda tu. Dia normal kan? Kan? "
"Entahlah. "
Eldera pun tak pasti! Ah sudah. Aku pulak yang risau kalau si Eryl ni cuba ngorat Eldera aku. Dah lah Eldera ni ada ciri-ciri lelaki sejati dan setia. Buatnya dia jatuh hati dekat Eryl.
Tak ke susah aku nak rampas?
Tercabar pulak jiwa wanita aku ni.
"Err.. Dah lah. Jom training, nanti bising pulak Sir Richard. " ajak Nicolas seraya menarik Koharu jauh daripada aku dan Eldera. Eleh, nak bermadu asmara lah tu. Heh.
"Jom. "
Laju tangan Eldera menarik aku ke kawasan padang yang lebih luas. Banyak mata-mata yang memandang aku dan Eldera. Ada juga yang berbisik-bisik. Ah biasalah. Kalau dah minat bukan nak tunjuk. Yang tu seronok main bisik-bisik aje. Mengatalah katakan.
Fuhh.. Susah jadi idola terkenal.
"Oh yalah Dera. Apa kuasa kau sebenarnya? Sejak kau masuk lagi, kau tak guna pun apa-apa kuasakan? "
Soalan yang sudah sekian lama terpendam, aku luah jua. Serius aku curious dengan kuasa Eldera. Kalau Eryl, adalah jugak aku pernah nampak dia guna api kegelapan.
Waktu mengorat anak dara orang semestinya. Acah hebat. Guling mata keatas.
"Kenapa kau nak tahu? " soal Eldera seraya membuka jaket dan bajunya. Kini dia hanya berseluar pendek dan bersinglet hitam yang mengikut susuk tubuhnya. Dek kerana cahaya mentari, peluhnya keluar dan menambahkan keindahan di mata aku.
Dammit. Aku cair.
Habis sistem gatal aku berfungsi.
"Adrea? "
"Huh? Oh ya. Err.. Aku nak lah tahu kuasa kau. Sebab kuasa yang lain aku dah tahu. Boleh lah, please. "
Terkedip-kedip mata aku memohon kasih dan jawapan yang asyik membunuh aku dikala malam. Eceh ayat. Mampus sana Adrea Bellvania.
Eldera terdiam sejenak. Cepat-cepat dia alih pandangan daripada menatap wajah comel aku.
"Jangan kedip mata kau tu. Muka kau jadi lebih hodoh daripada biasa. Please jangan nak menunjuk-nunjuk. "
Bapak sadis.
Hancur hati aku.
Mana aku letak pisau tumpul tu? Rasa macam nak toreh muka aje sekarang.
Pastu buat pembedahan.
Eh, bernas pulak idea tu.
"Weh Dera. "
"Hurmm? "
"Nak pisau, pastu nak toreh muka. "
"Nak mati dengan aku? "
****
Eryl POV
"Jadi kuasa Eldera ialah bayang? " soal Akira yang kini elok berada dibelakang aku yang sedang membuat push-up. Aku yang suruh lagi pun. Best apa?
"Yeah. Tapi dia jarang guna. Selalunya guna tenaga dia aje. Kuat kut Eldera tu. Banyak kali jugaklah aku kena belasah sampai masuk wad kecemasan. " Ujarku bersama badan yang naik dan turun.
Sumpah aku tak tipu fasal kena belasah tu.
Itu pun sebab aku curi kek dia aje tau?
Kalau aku curi Adrea, mahu mati tak berkubur. Fuh seram!
"How about you? Apa kuasa kau Eryl? "
"Kau tak tahu? " soalku dengan riak terkejut. Mak aii, selama ni dia tak tahu kuasa aku? Pelik, sebab aku rasa perempuan sekolah ni mesti dah tahu kuasa aku apa. Aku guna nak ngorat diorang kut.
Oh lupa.
Aku tak pernah ngorat Akira.
Dia kan lelaki sebelum rahsia dia pecah. Gila ke nak ngorat dia time tu? Tak fasal-fasal viral pasangan lelaki paling sweet dan meletup abad ini. Ehek.
"Kau kenapa sengih-sengih? " soal Akira.
"Nothing. Just fikir benda blue. "
"Tak ada benda lain ke dalam otak kau? "
"Ada. "
"Apa? "
"Kau. "
Terdiam Akira apabila aku selamba membalas. Dia mengalih pandangan kearah lain tetapi jelas telingannya merah. Blushing.
Why so cute my baby girl?
Tergugat jiwa lelaki aku tau?
"Dasar pervert.. "
Bisiknya tetapi aku masih dapat mendengar. Tersengih lebar sampai ke telingalah gue. Hahaha..
"Dah turun. "
Akira akur lalu turun daripada duduk diatas aku. Badan diregangkan sedikit. Arhh! Dah lama aku tak buat push-up! Segar sikit badan.
"Jadi... "
Kini mata aku terarah pada Akira yang berwajah bingung. Satu sengihan terukir di bibir aku. Penumbuk dilagakan bersama telapak tangan.
"... fight aku Akira Saizou! "
Akira jelas terkejut. Tak lama kemudian, dia ketawa lalu menyisirkan rambut merahnya kebelakang dengan senyuman sinis.
Bapak handsome. Postur badan dia pun cool.
Meleleh air liur aku.
"Sure, babe. I will hurt you very great. Just you wait. "
"Urgh... Stop being cool Akira. "
"Why? "
"I'm melting. "
"Seriously Eryl?"
________________________________________________________________________
Otak tepu😂ni aje yg mampu sebelum nak marathon Fairy Tail last season 😍 i miss Laxus, Gajeel and Zeref!! 😂
Pss.. Zeref kacak tau? Pi lah tengok story tu kalau kaki anime😂
Menghasut ni😂
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro