Chapter 107 | Little brother
11 bulan kemudian..
Seorang lelaki berambut emas elok mengusap dagu sambil mata yang tidak lepas memandang buku di hadapannya. Sesekali tangannya lincah membuat kerja seperti memotong buah. Dahinya berkerut lagi sebelum kembali seperti biasa.
"Masukkan semua buah ke dalam besen. Kemudian gaul rata dengan yogurt, mayonis dan kacang tanah. Okey, dapat!"
Dalam masa yang sama, seorang wanita bersama perut yang memboyot, elok berjalan terkedek-kedek dari belakang sang lelaki. Senyumannya melebar apabila melihat lelaki itu tekun menyiapkan sesuatu.
"Adrea jangan banyak gerak sangat. Kau tu mengandung." Tegur sang lelaki lembut lalu memalingkan badan kebelakang bersama tangan yang bersilang didada. Adrea mencebik apabila tidak dapat mengejutkan suaminya.
"Alah. Suka spoilkan game kita."
Eldera dah geleng kepala. Tangan di basuh lalu terus tubuh Adrea dicempung. Tak lah berat mana walaupun mengandung. Wanita itu pula sudah terjerit suka. Elok aje kepala dia bergesel di dada bidang Eldera. Hidung pula menghidu bau lelaki itu.
Sumpah! Lepas mengandung, dia memang tak boleh kalau tak bau lelaki itu. Even berpeluh pun dia suka. Ehe.
"Dah duduk aje sini. Aku ada buat salad buah."
"Yeay! Nanti Eldera suap!"
Terus sang suami mencuit hidung isterinya. Mengada betul! Selamat sayang.
"Macam-macam lah kau. Jangan anak ikut sudah. Senget bahu aku nanti."
"Alah, dah alang-alang senget, kita sengetkan lagi. Macam otak awak? Senget tak pernah tegak! Hahaha!"
Dek kerana geram, terus Eldera mencium Adrea membuatkan wanita itu terkejut. Tak sempat dia nak balas, lelaki itu terlebih dahulu menjauhi. Sedepa lah bibir ibu mengandung kita. Nak kiss!
"Kejapnya!"
"Ah kau.. Kang lama-lama lain pulak jadi. Kau dah lah mengandung lagi."
"Eleh, buat sikit aje lah.."
Eldera tak melayan dan terus ke dapur untuk mengambil salad buah yang dibuatnya. Memang menjadi rutin harian dia untuk memasak walaupun mereka tinggal di rumah keluarganya di Kerajaan Dianthus.
11 bulan sudah berlalu sejak mereka berkahwin. Adrea di sahkan mengandung selepas dua bulan mereka berkahwin. Maknanya, due date untuk Adrea juga sudah hampir. Sepanjang wanita itu mengandung, memang dia dan keluarganya yang menjaga.
Daze pula sudah menghilang sejak sebulan yang lalu. Entah mana pergi pun, tiada siapa yang tahu. Sedikit sebanyak ianya agak merisaukan Adrea. Dazy dan Fenrir juga turut sama tinggal bersama mereka jadi , ada jugak pengubat sunyi untuk Adrea jika Eldera pergi membuat request di beberapa Guild berdekatan.
"Abang El.. Morning. Huwaah.."
"Morning Dazy. Dan tutup mulut jika menguap." Tegur Eldera apabila si kecil muncul sambil mengheret selimutnya. Wajahnya pula mamai seakan baru bangun membuatkan Eldera mengeleng kepala.
"Pergi basuh muka. Lepas tu ,makanan ada atas meja. Kejut Fenrir sekali." Arahnya membuatkan Dazy mengangguk.
"Baik.."
Eldera mengambil salad buah tadi lalu dibawa ke ruang tamu yang kini di duduki oleh Adrea. Ayah serta ibunya sudah lama keluar. Katanya mahu mencari barang basah sikit. Alter dan Alzer pula elok menyapu dan mengemas luar rumah.
"Dah-dah lah memuncung tu. Nanti anak pun muncung aje macam itik. Dah dapat anak itik sekor haiih.."
"Ish! Apa kata macam tu?!" Terus tangan Adrea naik mencubit Eldera. Suaminya pula ketawa sahaja. Sudah biasa dengan angin isteri yang mudah berubah.
"Tak nak kawan!"
"Baik, baik. Tak nak kawan tak apa. Tapi salad tu tak payah makan."
"Eyy, buli bini!"
"Bukan bini ke buli suami?"
Adrea tak menghiraukan Eldera. Tanganya laju mengambil sudu dan bekas salad yang dibawa. Tak tunggu lama, salad tersebut selamat masuk dalam mulutnya. Senyuman melebar dan mulutnya tidak henti-henti mengunyah.
"Asyik makan aje. Gemuk baru tahu." Ejek Eldera bersama gelak halus. Adrea dah jegil mata. Sudu di bawa ke wajah Eldera bersama mata yang sengaja disepetkan.
"Awak jangan.. Yang dalam perut ni yang gatal nak makan. Dia kata ayah dia masak semua sedap. Saya tolong bagi aje. Kata kita gemuk lagi, kita carik-carik muka awak yang handsome ni. Eyy.."
Saat itu, meletus terus tawa Eldera yang tidak dapat lagi ditahan. Semakin memuncung lah mulut ibu mengandung tu. Terus bekas salad itu diletakkan diatas meja lalu tangan bersilang di dada. Merajuk lah!
"Alolo.. Pervy girl. Jangan lah berajuk dengan aku. Sapa nak layan aku nanti? Hello Pervy girl, Baby girl, Baby boo? Pfftt…"
"Eyy! Jauh lah! Tak nak kawan! Jahat! Shuh! Shuh!"
Daripada jauh, Fenrir dan Dazy dah tergeleng kepala dengan telatah pasangan itu. Sang suami tak habis-habis mencucuk-cucuk pipi tembam si isteri. Memang rimas lah citernya!
"Eldera Delwyn! Baik awak stop atau-"
Bicara Adrea terkunci apabila Eldera mencium bibirnya. Tak cukup dengan itu, sempat lelaki itu menjilat hujung bibir isterinya sebelum menjauhkan diri. Sengihan nakal terbit di wajah kacaknya.
"Makan pun comot. Ada hati nak marah. Ingat kita takut? Hahaha. Muka macam gorilla perut gendut!"
"Eyy! Dia ni..!"
Terus Adrea capai bantal kecil yang berhampiran lalu dibaling pada Eldera. Selamba lelaki itu menyambut sebelum membaling lembut pada Adrea membuatkan wanita itu melompong. Dia? Gelak sakan dah.
"Tak nak kawan! Jahat! Jahat! Suka buli kita! Hik..Hik.."
"Lahai nangis lah pulak.."
Eldera kembali merapat pada Adrea. Tubuh Isterinya diangkat lalu dilabuhkan diatas pehanya. Dahi serta ubun-ubun wanita itu dikucup sayang. Belakang badanya pulang diusap lembut sebelum dipeluk. Lalu selamba dia merehatkan pipi pada ubun-ubun Adrea. Badan digoyang sedikit bersama nyanyian kecil.
"I told you my heart's leaning towards you, a little more than I knew something was scaring you.
Is it too much or too fast or too forward?
Should I step back and pretend I don't feel this way?
I don't wanna tell a lie, I don't wanna have to hide."
Adrea mula tersenyum setiap kali mendengar lagu tersebut. Lebih-lebih lagi apabila Eldera menyanyi dengan lembut dan mengoyangkan badannya seperti mendodoikan anak kecil. Kini, tanganya melingkar pada leher sang suami. Eldera tersenyum lalu melabuhkan ciuman pada dahinya.
"Eldera, awak kena pergi kerja ke esok?" Soal Adrea polos. Matanya memandang Eldera yang sudah berhenti menyanyi. Senyuman kelat diukir lalu mengangguk.
"Yeah. Request kali ni tak lah susah mana. Setakat kena tangkap penyangak aje."
"Awak buat sorang eh?"
"Ha'ah. Nico dengan Koharu busy cari barang kahwin diorang. Eryl pulak tak boleh sebab Akira dah nak bersalin."
"Hah?! Akira nak bersalin dah ke?!" Terus tautan pada leher Eldera terlepas. Lelaki itu mengangguk sahaja. Apabila mulut ingin di buka, smartphonenya berbunyi mintak diangkat.
"Kau tunggu jap."
Tubuh Adrea diangkat lalu di letakkan kembali diatas sofa. Kakinya melangkah lalu panggilan bersambung.
"Ah Eryl ke? Kau kenapa-"
"WEHHHH!! AKIRA MENJERIT WEHH!! APA AKU NAK BUAT?! DOKTOR TAK KASI AKU MASUK!! ELDERA TENANGKAN AKU WEHH! AKU NAK NANGIS GILA-GILA DAH NI! ELDERAA!!!"
Smartphone miliknya terpaksa dijarakkan dek kerana suara Eryl yang jelas-jelas gelabah dan takut. Adrea membuat isyarat supaya datang padanya dan Eldera akur. Loud speaker digunakan lalu suara Eryl seakan tengah menangis jelas kedengaran.
"Eryl? Hey. Relax. Kau jangan lah gabrah macam ni sekali." Pujuk Adrea.
"Tak boleh weh. Suara dia kuat sangat ni.. Aku risau lah. Doktor pun kejap masuk kejap keluar. Weh bagi aku lima alasan untuk aku tak terjah masuk bilik bersalin tu sekarang sebab aku memang nak terjah dah ni!!"
"Sabar bongok-auch!"
Eldera hanya sengih apabila Adrea menjeling seperti menyuruhnya menggunakan bahasa yang elok. Alah, dah terbiasa.
"Guys. Aku rasa aku nak bunuh someone."
"NO!"
***
Setelah setengah jam memujuk dan menenangkan Eryl supaya tak 'bunuh doktor' atau sesiapa sahaja, barulah Eldera dan Adrea tarik nafas lega. Bukan boleh Eryl tu. Dia punya kegilaan kadang di tahap yang kritikal sangat dah.
Mereka dengan Eryl memang tinggal berjauhan sekarang. Lelaki itu mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarganya di Kerajaan Emerald sebaik sahaja Eldera memutuskan untuk tinggal di rumah keluarganya di Kerajaan Dianthus. Tapi hubungan mereka tak pernah putus. Kadang-kala ada juga dia datang melawat.
"Aku dah jadi ayah geng.." Ujar Eryl dengan nada tak percaya. Adrea dan Eldera dah guling mata ke atas.
"Iya. Jadi please lah matang sikit lepas ni. Anyway lelaki ke perempuan? Akira sedar belum?" Soal Adrea teruja.
"Bonda aku dengan Akira sekarang , sekali mak mertua aku. Anak aku lelaki beb! HAHAHA! Boleh ajak buli lepas ni!! Yeay!!"
"Kepala hotak kau!!" Marah keduanya serentak membuatkan Eryl mencebik.
"Aku gurau ajelah. Tak akan lah aku nak ajak buli.."
"Mana lah tahu. Kau tu-"
"Sebab tu tak berapa bernas! Aku nak ajak gusti! HAHAHAHA! Jom belasah orang yang tak kasi aku masuk bilik tadi!! HAHAHA!"
"Oh dear Lord.."
Adrea dan Eldera dah tekup muka. Sumpah tak tahu nak kata apa dah dengan Eryl. Sudahnya diorang doakan aje anak tu tak gila macam bapaknya.
"Lantak kau lah Ryl. Ni apa nama anak kau?" Soal Eldera lalu menarik Adrea rapat ke sisinya. Sesekali, bibirnya mendarat di dahi dan pipi wanita itu membuatkan si isteri tersengih.
"Hurmm? Akira kata, kalau perempuan nak letak nama Nana. But dapat lelaki , jadi aku letak nama.."
Saat nama itu terluah pada bibir Eryl, Adrea kaku sendiri. Nama tu.. Nama yang sama dengan budak yang dia jumpa di Yggdrasil!
"Alvarez. Alvarez Ryuzaki."
"No way.."
Eldera berkerut dahi apabila Adrea seakan mengigil. Tubuh isterinya di dakap erat lalu kucupan hangat hinggap di sisi kepalanya.
"Hey.. What's wrong?" Soalnya lembut. Adrea tersentak lalu tersenyum nipis. Kepala digelengkan tanda tiada apa-apa.
"Hurm? Asal? Pelik ke nama tu?" Soal Eryl risau apabila mereka senyap sahaja.
"Ah tak. Nama tu okey aje. Aku cuma nak tahu, mana kau dapat nama tu?" Soal Adrea.
"Aku jumpa dalam satu buku lama dulu dekat perpustakaan diraja. Fasal budak yang boleh merentas masa dan damn. Kisah dia sedih duh. Tapi dia kuat mental dan fizikal. Aku suka character dia atas sebab yang kau sendiri tak tahu macam mana nak citer. Dia macam.. Dekat dengan aku? So yeah."
"o-oh.."
"Okay lah. Aku nak tengok Akira dulu. Apa-apa nanti aku call. Anyway, how my little Sean?"
"Dia-"
"Abang Eldera! Sean nangis lagi!!" Jerit Dazy di tingkat dua membuatkan Eldera tergeleng kepala. Tawa Eryl disebelah juga kedengaran.
"Aku rasa Sean rindu abang dia dah. Hahaha."
"Oh shut up. Pergi lah dekat Akira. Aku nak tengok adik aku."
"Yelah. Bye!"
Terus Eldera mematikan panggilan. Selang beberapa saat, Dazy muncul bersama seorang bayi lelaki berambut hitam yang menangis. Eldera tersenyum lembut lalu mengambil bayi lelaki itu daripada Dazy. Lembut dia menimang adiknya sehinggalah bayi itu berhenti menangis.
"Urmm.. Urmm..Urm…" Bayi lelaki itu mula menggeselkan kepalanya pada leher Eldera. Tawa Eldera terlepas membuatkan bayi itu terkebil-kebil sebelum turut sama ketawa dengan gusinya yang jelas kelihatan.
Adrea yang melihat aksi itu tersenyum lebar. Lebih-lebih lagi apabila Eldera mengeletek lembut perut si bayi sehingga ketawa kuat.
"Alolo.. Ean rindu abang eh? Alah, abang bukan pergi mana pun. Itu pun nak nangis. Eyy, tak malu!"
Semakin galak bayi itu ketawa apabila Eldera mencium-cium pipi tembamnya yang agak merah. Tangan ditepuk-tepuk tanda suka. Kemudian kepala kembali berehat di bahu abangnya.
Sean Delwyn, anak lelaki kedua keluarga Delwyn. Lahir empat bulan selepas perkahwinan Eldera dan Adrea. Adik lelakinya itu memiliki rambut ayah mereka, hitam dan mata ungu yang sangat gelap. Umur adiknya pula baru mencecah enam bulan. Dia memang manja dengan Eldera dan Adrea serta ibu bapanya. Tapi jika orang lain seperti Alter atau Alzer, pasti menangis.
"Eldera , nak Ean!" Pinta Adrea lalu Eldera melabuhkan duduk di sisi Adrea. Pipi Sean di kucup oleh Adrea membuatkan bayi lelaki itu tersengih suka. Dazy pula sudah lama hilang dan bermain di luar.
"Comel aje dia ya? Mementang ayah ibu tak ada, nak ambil abang dari akak. Haha." Adrea mencuit pipi tembam si kecil.
Lama mereka bermain dengan Sean sehinggalah ibubapa Eldera pulang. Tersenyum Eriana dan Shawn melihat Adrea dan Sean tertidur dalam dakapan Eldera.
***
Malam..
"Urghh.." Adrea mengerang sakit apabila cuba bangun daripada pembaringan. Tanganya meraba katil seakan mencari susuk tubuh disebelahnya.
"Aduhh.." Dia mula mengaduh sakit apabila perutnya seakan ditendang-tendang. Apabila mahu bangkit, rasa sakitnya semakin bertambah! Nafasnya dah mula kencang! Peluh mula turun dari wajah!
"ABANGGGG!!!!"
Eldera yang berada di dalam bilik air, kelang kabut memakai seluarnya sebelum keluar. Matanya membulat apabila Adrea mengerang sakit sambil memengang perut.
"Eldera apa bising-Ya tuhan! Puan!" Alzer yang terdengar jeritan tadi, terus menerjah masuk kedalam bilik suami isteri itu! Matanya terjegil pada Eldera yang jelas blur habis.
"Eh pandai! Isteri kau nak bersalin lah gila! Yang tercegat lagi tu kenapa?!" Marah Alzer barulah Eldera menerpa kearah Adrea lalu tubuh isterinya dicempung dengan riak cemas! Tanpa amaran, dinding bilik mereka di hancurkan lalu sayap syaitannya keluar! Tak sempat Alzer nak cakap, berdesup terus dia hilang di langit!
"Eldera! Adrea! Kenapa-Arhhhhhh!!"
Fenrir terjerit nyaring apabila lubang besar kelihatan di dinding bilik suami isteri itu. Shawn serta Eriana juga bergegas ke sana dan melompong besar. Alter pula dah mengeluh pasrah lalu menghampiri kembarnya. Bahu kembarnya ditepuk.
"Better kau explain apa jadi."
"Su-sure.. Tapi aku rasa baik kita ke hospital sekarang."
"Huh?"
"Adrea nak bersalin. Dan aku rasa, better jangan terkejut bila sampai ada dinding yang pecah.."
". . ."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro