Episod 9.7: Keputusan UPSRT (Pengakhiran yang bermakna)
Alicia: Abang Bear dan... huh 😦
Ali: N... Niki?
Niki: Hai, Ali
(Author nak bagitahu bahawa author akan jadikan Niki ni watak baik sementara menunggu keputusan UZY untuk kekalkan Niki sebagai watak jahat atau berubah menjadi baik, Abang Bear pun sama itupun sebab ada orang bagi warning kepada Abang Bear)
(Ali memerhati Niki yang sedang menggunakan tongkat untuk berjalan, tongkat yang Niki pernah pakai masa dia kecil sebelum Aliya menolongnya dengan mencipta exo-kaki untuk Niki berjalan seperti orang biasa dalam Ejen Ali The Movie)
Ali: N... Niki buat apa kat sini?
Niki: Aku diajak oleh Qemy untuk pergi ke sana jugak dan yeah aku pun setuju dengan tawaran dia (Niki berjalan ke arah Ali perlahan-perlahan)
(Ali mengundur ke belakang dan Alicia halang Niki dari jumpa Ali)
Niki: Huh 😦
Alicia: Buat apa kau nak dekat dengan Ali... kau bukan sesiapa dengan dia 😑 oh yeah mentang-mentang kau bekas kawan mak dia, sanggup kau mempergunakan Ali untuk tujuan kau sendiri kan 😒
Niki: Aku ada alasan sendiri kenapa aku buat macam tu, yang kau nak marah aku nj dah kenapa? 😐 Aku nak cuba ubah diri aku jadi baik...
Alicia: Yelah tu 😒
Ali: Err... Alicia? Benda ni boleh bincang elok-elok kan? 🥲
Alicia: Nak bincang apa lagi, Ali? Kan kau pernah kata yang kau menyesal dengar arahan dia ni lepas MATA rampas IRIS kat kau semua, ingat tak?
Ali: Ye aku ingat tu 🥲
Niki: Jadi Alicia lah namanya... okay Alicia... kalau kau tak percaya kat aku berubah takpe... aku tak kisah... cuma aku nak kau tahu yang aku ikut je apa yang Bakar nasihat kat aku...
Ali: Uncle?
Niki: Ye Ali... dia sendiri yang bagitahu masa aku tewas dengan kau beberapa bulan yang lalu...
(Flashback On - Cyber Perdana)
(Ali pengsan disitu kerana gunakan Override Mode secara kelebihan, pada masa yang sama Niki tak berupaya lagi untuk bangun, mahupun berjalan kerana exo-suit dan kakinya tidak boleh berfungsi lagi... Ejen Bakar pergi ke Niki... dan Niki memandang Bakar)
Niki: Tunggu apa lagi... kau... boleh balas dendam untuk Aliya
Bakar: Dia takkan nak semua tu
Niki: Buat apa aku nak sambung hidup, kalau dah macam ni?
Bakar: Kau tak patut putus asa, semua orang boleh berubah
< Flashback Off >
Niki: Dengan nasihat yang uncle kau bagi itu, aku cuba untuk berubah jadi baik...
Ali: Betul ke apa yang Niki cakap ni Uncle?
Bakar: Ye Ali, masa tu Ali pengsan Uncle ingat.
Niki: Aku mintak maaf sebab aku menyusahkan korang semua... aku cuma nak Pinggiran hidup serba mewah macam Cyberaya ni semua... tapi cara aku salah...
Alicia: *dalam hati* Sedar pun 😒
Qemy: Aku faham kau Niki, walaupun cara kau buat ni salah, kau tak 100% salah dalam hal ni
Niki: Huh?
Qemy: Ni semua salah Dato Othman dan orang lain di luar sana...
(Semua terkejut dengan apa yang Qemy cakap)
Qemy: Bukan tu je, ada netizen mengatakan filem Ali ni tak boleh berjaya meraih anugerah di luar negara hanya sebab Ali jadi "Penjenayah"
Ali: Apa!
Qemy: Macam ni... sebab apa salah Dato Othman sebab dia kedekut sangat, tak nak tolong Pinggiran. Kalau missle yang dibina beberapa tahun yang lalu boleh pulak buat. Sebab Dato Othman, penduduk Pinggiran hidup sengsara. Niki pun terkena sekali... sehinggakan Aliya pun mati sebab Niki melancarkan missle yang dibina oleh Dato Othman...
(Mentor dan ejen-ejen di akademi hanya berdiamkan diri sahaja)
Qemy: Tapi jangan hanya salahkan Dato tu 100%, salahkan Uno dan Professor Akram, yang menciptakan backdoor sebab nak ambil alih IRIS jadi milik dia supaya dapat kawal Cyberaya. Professor Akram yang buat backdoor tu dalam IRIS Ejen Aliya untuk Uno.
Ali: Urmm... 🙁
Qemy: Aku tahu Ejen Zain pernah cakap kat kau Ali. Dan aku akan bagitahu kat semua orang bahawa mungkin backdoor yang dicipta oleh Professor Akram tu yang punca kematian Ejen Aliya bila dia guna tenaga dia sampai mati...
Hmm... Pasal Ali jadi "penjenayah Cyberaya", banyak lagi movie yang lain yang buat lagi teruk malah tak senonoh untuk anak-anak muda sekarang...
Ali kena tipu, bukannya sengaja jadi penjenayah, Dia ditipu yang kononnya tindakan Ali sabotaj misi MATA itu untuk ikut jejak mama dia. Hakikatnya mama dia pun ejen MATA, Ejen Aliya, teras Tekno, ejen yang paling hebat dalam MATA... seorang ejen yang paling aku rapat sampai sekarang 🙂 berlawanan dengan kesilapan Ali. Dan sekarang bukannya selamanya kekal jadi jahat, dia berubah pada saat akhir bila dia dapat tahu perkara yang sebenar...
Bila diorang kata Ali ni memang tak layak menang apa-apapun pertandingan, diorang yang buta... aku percaya Ali memang layak.
Moon: Yeah betul tu 😆
Chris: Ambo pun setuju 😊
Qemy: Well memandang semua dah setuju, jom kita mulakan misi baharu kita...
Semua kecuali Qemy: Misi?
(Skip time - Bilik Makmal Rahsia Qemy)
(Semua orang telah pun masuk ke dalam makmal itu, pada masa yang sama, mereka jga terkejut alangkah besarnya makmal ini... bukan itu sahaja, mereka melihat ada 4 mesin masa dalam tu...)
(Mesin masa ciptaan Ejen Qemy hanya memuatkan 6 orang sahaja)
Moon: Wahhh besarnya mesin masa ni... nak usiklah 😆
(Moon cuba sentuh mesin tu tetapi dihalang oleh Iman)
Iman: Moon, jangan sentuh benda ni, nanti rosak, Moon boleh ganti balik ke 😅
Moon: Yelah Iman, sorry Qemy 😔
Qemy: Alah takpe, tahulah kau ni tak sabar kan... lepas aku membahagikan kumpulan, baru kau masuk ye 😉
Moon: Baik Qemy 😁
Qemy: Baiklah aku dah ada senarai nama kat sini dan aku sendiri aturkan yang mana patut korang masuk nanti...
Group PKP1: Qemy, Ali (+ Comot), Alicia, Iman, Moon dan Khai
Group PKP2: Karya, Zass, Mika, Roza dan Jet
Group PKP3: Leon, Chris, Rudy, Geetha dan Bulat
Group PKP4: Niki, Abang Bear, Ejen Bakar, Ejen Fit, Ejen Bobby dan General Rama
Qemy: Pada sesiapa yang gugup masuk dalam mesin masa ni, aku dah sediakan khas alat bantuan pernafasan ye. Faham semua?
Semua: Faham!!!
(Semua dah masuk ke dalam mesin masa itu tersebut)
Qemy: Baiklah saya sudah menetapkan semua, tempat Dunia Sebenar... 10 Mei 2020, Kuala Lumpur Malaysia...
(ACCESS GRANTED)
Qemy: Sedia semua?
Semua kecuali Ali: Sedia 😀
(Qemy menekan butang dan secara tiba-tiba cahaya biru muncul)
Waaaahhhhhhhhhh!!! Hampir kesemua ejen menjerit apabila Qemy sudah pun menekan butang mesin masa itu.
Qemy: Misi PKP here we go
Lagu Bukalah Matamu dipasang
"Bukalah Matamu, Bukalah Matamu"
TAMAT
Assalamualaikum wahai readers, 20 Disember 2019 sehingga 5 Disember 2020, selama 351 hari author buat cerita ni, akhirnya author dapat habiskan cerita ni secepat yang mungkin... ye author selalu alami "writing block" sepanjang tahun 2020 ni... ye min bukannya macam author yang lain dapat publish satu episod satu hari... author nak minta maaf sangat-sangst sepanjang kita berkenalan di mana-mana platform media sosial... dan lepas ni author akan berehat panjang... untuk buat fanfiction kedua author (Ejen Ali Among Us Version tu short fanfiction ye) bertajuk:
Ejen Ali: Misi PKP 👁👄👁
Proses pelancaran pada awal tahun 2021... doakan author untuk menghabiskan cerita ini secepat yang mungkin 😊
Sekian dari author,
Ejen Qemy
@alilicia4U2C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro