Episod 4.2: Bukalah M.A.T.A.mu
// Sedutan Episod 4 Bahagian 1 //
Ejen Bakar: Tapi Dato... kita boleh settle benda ni elok-elok... kesian dia... Dato Othman tak risau ke nanti kalau jika Ali kena tahan... macam mana nak bagitahu kat ayahnya Dr Ghazali... nanti dia risau jika Ali tak balik-balik lagi?
Dato Othman: Saya tak peduli! Kita tak boleh ambil risiko... M.A.T.A. perlu dikekalkan sebagai kumpulan yang beroperasi secara rahsia... saya tahulah nak buat apa dengan Dr Ghazali tu 😒
Qemy: Ohh! Kumpulan rahsia ye!
Semua: Ehh? 😦
// Bahagian 2 //
Dato Othman: Kamu... (terkejut)
(Qemy kembali ke HQ M.A.T.A.)
Qemy: Dato ingat saya rupanya 😏
Dato Othman: Kamu dengar perbualan kitorang semua ke?
Qemy: Ohh tak semua perbualan saya dengar Dato. Tapi sewaktu saya datang balik saya dapat dengar yang mengatakan M.A.T.A. ni masih beroperasi dengan rahsia.
Dato Othman: Jadi... apa yang kamu nak mengatakan tentang M.A.T.A.
Qemy: Dato, tak guna pun kita nak merahsiakan M.A.T.A. ni. Lama kelamaan M.A.T.A. ini akan diketahui oleh ramai orang jugak. Tetapi buat masa sekarang tak semua penduduk Cyberaya dah tahu kewujudan "Agensi Rahsia". Dato dah bernasib baik semua. Tapi Dato kena ingat, walaupun penduduk Cyberaya tidak tahu kewujudan M.A.T.A... tetapi orang lain di luar Cyberaya sudah tahu kewujudan M.A.T.A. ini sejak Ali baru sahaja jadi ejen... (Orang luar yang Qemy sebutkan ialah kita semua duduk iaitu dunia yang sebenar)
Ejen Bakar, General Rama: (dalam hati) Orang luar? Hmm... 🤔
Dato Othman: Siapa orang lain yang kamu katakan?
Qemy: Itu semua tak penting Dato. Diorang semua hanya tahu sahaja M.A.T.A tapi jangan risau Dato. Saya mengatakan 100% gerenti diorang takkan datang ke sini untuk interview Dato semua tentang M.A.T.A.
Dato Othman: Kalau macam tu takpelah, tapi kalau boleh janganlah bocorkan semua ni kat Cyberaya semua. Penat Dato senyap-senyap bangunkan M.A.T.A. ni dari awal lagi.
Qemy: Itu yang saya pelik kat Dato, sampailah saya ada tiga soalan yang saya masih tertanya-tanya sampai sekarang... Kenapa M.A.T.A. perlu beroperasi secara rahsia? Boleh sesiapa boleh jawab soalan saya???
Dato Othman: Sebenarnya, M.A.T.A. ini merupakan agensi persendirian... M.A.T.A. ditubuhkan untuk penduduk Cyberaya sahaja dalam kuasa saya. M.A.T.A dikira sebagai bantuan untuk polis tapi secara rahsia. Tapi hanya terlibat dalam kes-kes yang besar... dan canggih.
Qemy: Bukan ke Cyberaya sudah dilengkapi dengan polis?
Ejen Bakar: Polis memang sudah ada tapi polis masih terhad daripada segi kemajuan. M.A.T.A. ini sudah dilengkapkan dengan kemajuan terlebih dahulu. Ejen-ejen M.A.T.A. pun dah dilengkapi dengan latihan intensif yang bukan seperti polis biasa. Selain itu, ejen-ejen M.A.T.A. dah dimajukan dengan pengetahuan ICT, pertahanan diri yang tinggi berbanding polis biasa. Kalau kita mengharapkan polis sahaja, kita akan ketinggalan jauh
Qemy: Kiranya macam M.A.T.A. ni nak mudahkan kerja polis dalam diam rupanya...
Ejen Bakar: Betul tu...
Qemy: Soalan terakhir... apa yang akan berlaku jika orang ramai tahu kewujudan M.A.T.A.?
General Rama: Jika ramai orang sudah tahu kewujudan M.A.T.A. di Cyberaya ini... M.A.T.A. sudah tidak ada keistimewaan... dan mereka akan menganggap bahawa M.A.T.A. ini seperti polis-polis biasa... Bukan sahaja itu, malah musuh M.A.T.A. akan tahu M.A.T.A. ni wujud dan akan ada lebih ramai musuh yang akan serang Cyberaya ni sebab diorang sudah tahu data pangkalan MATA lebih canggih berbanding teknologi polis biasa.
Qemy: Ohh macam tu ye...Terima kasih semua kerana dapat jawab soalan saya tadi... Saya janji saya takkan bocorkan semua ini... Kalau macam tu, saya pergi dulu ye, Papa General, Ejen Bakar dan Dato Othman... (berjalan untuk keluar dari HQ M.A.T.A)
Dato Othman: Tunggu sekejap...
Qemy: Ehh...
(Langkah Qemy terhenti seketika)
Dato Othman: Dato sebenarnya ada soalan untuk kamum Kamu kata orang luar sudah tahu kewujudan M.A.T.A. ini.... yang kamu cakap ni semua, macam mana diorang boleh tahu kewujudan M.A.T.A?
Qemy: Saya susah nak jawab soalan ini Dato tapi... saya boleh katakan bahawa tiada benda buruk yang akan berlaku kepada M.A.T.A. malah orang lagi menyanjung M.A.T.A especially Ali 😏
Ejen Bakar: Maksud Qemy... M.A.T.A. dan Ali jadi famous di luar sana...
Qemy: Betul tu.
Ejen Bakar: Boleh saya nak tahu di mana tempat yang orang menyanjung M.A.T.A dan Ali?
General Rama: Sebenarnya, saya dan Qemy ada buat projek membina teleportasi untuk pergi ke dunia luar... dan Qemy melaksanakan projek ini kerana berlaku pencerobohan musuh untuk mengambil azurium pada 5 tahun yang lalu...
Ejen Bakar: Boleh saya ikut sekali?
Qemy: Boleh je takde masalah... lagipun saya memang ada niat nak bawa Ali, Alicia dan Ejen Bakar serta geng-geng akademi M.A.T A lawat ke ✌"Dunia Sebenar"✌sebenarnya... Tapi kita kena tunggulah sampai Ali dan Alicia habis peperiksaan UPSRT ini...
Ejen Bakar: Takpelah, saya okay je.
Qemy: Kalau macam tu, saya pergi dulu ye, Papa General, Ejen Bakar dan Dato Othman... lagipun saya nak pergi settlekan masalah Alicia dan Ali yang masih merajuk katanya...
General Rama: Baik... kamu pergi dulu...
(Qemy hanya mengangguk sahaja)
Bersambung...
Fuhh akhirnya author dapat selesaikan episod 4 bahagian kedua.... Author sepatutnya dapat publish episod ini lebih awal....akan tetapi saya terpaksa tundakan kerana author mengalami kemalangan semasa menghadiri ujian memandu kereta... yang mengakibatkan saya ditahan di wad selama seminggu... Kaki saya tidak mengalami kecederaan yang amat serius...dan dijangkakan bahawa kaki saya akan pulih lebih kurang (10-15 Februari ini)...
Mesti ramai tertanya-tanya mana scene Alilicia... nanti pada episod kelima Ejen Ali After The Movie author akan letak banyak scene Alilicia... kerana dengan merajuknya Ali bila Ali ingat Alicia yang mengadu kat M.A.T.A tentang perbuatannya mencuri Azurium bersama dengan geng-geng Niki... tapi hakikatnya Ejen Bobby yang mengintip diorang berdua semasa di Restoran Mamak Maju... Alicia cuba sedaya-upaya untuk menceritakan kepada Ali perkara yang sebenarnya...Berjayakah Alicia dapat memujuk Ali? Nantikan (Episod 5: Merajuknya Super Ejen)
Jangan lupa tekan vote di bawah dan komen sekali ye...
Sekian terima kasih dari author...
Idea (Episod 4.2): ReverseAlicia dan NurainNajihaKS
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro