Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EINZELGANGER -CLAW 1

"Fifi pondan! Fifi pondan!"

"Kunyit dah datang weh kunyit dah datang!"

"Cantik beg adik Fifi hari ni... aww. Fifi pakai bra warna apa?"

Ya, kau dengar kata-kata nista dan cacian padanya. Tapi Wafiey kelihatan tidak kisah. Wafiey berumur 16 tahun, seingat kau. Baru berpindah sewaktu pertengahan tahun ini.

Kau pula hanya seorang tukang sapu sekolah, tapi diam-diam kau sebenarnya memegang segulung ijazah perguruan dari IPG di pantai timur - kau cuma mengisi masa lapang sebelum nama kau diseru Kementerian Pelajaran Malaysia. Kau mengikut pakcik kau, seorang tukang sapu sekolah juga, berkerja di sekolah ini buat sementara waktu.

Sebelum kontrak kau bermula,kau sempat memaksa pakcik sulung kau yang duda tiada anak itu - untuk merahsiakan status pelajaran kau.

Pakcik kau menurut. Sayangnya dia pada kau seperti anak sendiri.

Wafiey, Abdul Wafiey bin Abdul Muhaimin namanya. Kau kenal dia, sebab pada awalnya kau ingatkan dia perempuan. Dia agak rendah, dalam ketinggian 165 cm, namun kau tahu biasanya lelaki akan tetap membesar ketinggiannya hingga dia berumur 20 tahun lebih.

Agaknyalah.

Kulit Wafiey putih melepak. Bibirnya merah jambu, matanya sepet, berwarna hazel. Keningnya lebat. Rambutnya hitam kecoklatan. Disebabkan Wafiey jarang bersukan, jarang menyertai aktiviti lasak, badannya halus. Tidak setegap rakan-rakannya yang lain, yang menyertai ragbi, bola sepak, boling padang dan sebagainya.

Wafiey gemar membawa beg merah jambu bercorak bintang-bintang putih. Bila kau kata merah jambu, ini bukanlah merah jambu pudar. Merah jambu ini adalah benar-benar 'striking'! Dari jauh sudah kelihatan begnya. Ada pula 'keychain' bulat berwarna ungu lembut, berbulu. Ada loceng pula dihujung. Jadi kalau Wafiey berjalan dengan beg miliknya, kau dengar loceng itu bergemerincing lembut.

Sekejap, bagaimana kau betul-betul kenal Wafiey, ini?

Ehem. Kau lebih suka terma 'bisexual'. Kau okay mana-mana gender, lelaki atau perempuan. Terutamanya lelaki 'cantik' macam Wafiey. Ah. Sekali tengok si Wafiey ni bagai pelakon Korea. Tapi bukan yang sado-sado, macho itulah. Yang comel-comel tu. Geram pula kau dengan si Wafiey ini.

Namun, kau bukan jenis gopoh. Bukan. Lagi pun, kau tahu dosa pahala. Tidak pernah sesekali kau terjerumus dalam lembah 'pelangi' ini, walaupun godaan demi godaan datang bertamu. Lagi pun, kau okay sama ada lelaki atau perempuan. Itu satu kemudahan untuk kau,

Dan juga, satu ujian.

Sama sahaja analoginya seperti kau suka makan maggie ketam, tetapi kau tak ada duit, walaupun kedainya di depan mata. Takkan nak mencuri, kan? Takkan nak paksa orang sukakan kau, kan? Alah. Kalian faham-faham sahajalah. Jadi sama seperti lelaki heteroseksual lain yang meminati Neelofa dari jauh, kau pandang sahajalah Wafiey dari jauh.

Kalau Wafiey lalu, kau senyum. Tapi Wafiey tak pernah pandang kau. Dia cuma menunduk sahaja. Baguslah. Dapat kau kawal nafsu tak senonoh kau! Tapi, Neelofa cantik juga. Huhu.

Satu lagi, bila kau, err, gay/biseksual, kau dapat agak sama ada lelaki itu gay atau tidak. Puas kau tenung si Wafiey ini, tapi dia tiada tanda-tanda gay. Benar rambutnya selalu dibiar panjang, dan selang sebulan rambut panjang Wafiey akan bersua gunting si Ustaz Awang, namun Wafiey - tidak lembut. Jalannya tegap. Perlakuannya kaku, keras, tiada lemah gemalai. Dia pernah tercicir beg dompetnya, yang kau kutip dan hulur kepadanya. Beg itu, beg dompet lelaki, dengan nuansa warna perang gelap, berkulit kasar. Kau hulur, dan sewaktu dia menyambutnya, tangannya tidak selembut yang kau sangka.

Dan kau termenung panjang; bagaimana seorang budak lelaki yang membawa beg merah jambu terang bercorak bintang-bintang, dengan tersangkut keychain berbulu hampir sebesar bola tenis berwarna ungu lembut - memiliki sebuah dompet yang kelihatan maskulin?

Sangkaan pertama kau, Wafiey ada 'sugar daddy'. Mungkin, itu hadiah dari 'sugar daddynya'. Masakan lelaki gay secomel (Comel? Cantik) Wafiey tiada 'sugar daddy'!

Namun kau tolak, kerana Wafiey tiada tanda-tanda bermewah-mewah. Beg itu beg biasa sahaja. Boleh dibeli di pasar malam dengan harga RM10.00, barangkali. Kasut sekolah dia pun, walaupun kemas berkapur kasut, tidak bertukar. Jam tangannya biasa-biasa sahaja.

Hari itu, kau lihat pelajar kelas Wafiey menukar pakaian ke persalinan baju sukan. Oh, mungkin ada kelas PJK pagi ini. Lagi pun akhir tahun sudah menjelang, buku teks sudah dikembalikan. Bukan mereka ada apa-apa aktiviti pun.

Setakat ini, pelajar lelaki kelas Wafiey okay. Apa yang kau maksudkan dengan okay adalah, mereka, sekurang-kurangnya tidak membuli Wafiey. Namun Wafiey kelihatan terasing; dia banyak berjalan keseorangan. Pelajar perempuan pun jarang bertegur sapa dengan Wafiey. Tapi baguslah. Dari dia dibuli.

Sewaktu kau sibuk menolong mengangkat anak-anak pokok bunga untuk di tanam di Taman Botani sekolah, kau ternampak Wafiey di seberang padang, dengan pakaian baju sukannya - berjalan keseorangan.

Dia menunduk. Rakan-rakan sekelasnya sedang seronok bermain bola sepak. Wafiey menghampiri barisan pepohon beringin yang rendang. Kau nampak Wafiey duduk, memeluk lutut.

Kau memicingkan mata, mengelap peluh yang berjejeran di dahi. Kau tidak hirau. Banyak lagi kerja mahu dibuat. Lantas, kau mengambil anak-anak pokok itu, di tanam di batas yang sudah sedia pekebun sekolah itu gali. Saja kau mahu menolong. Apa salahnya.

Siap satu batas, kau bangun, mahu mengambil anak-anak pokok bunga kertas pula.

Dan kau dengar, suara jerit pekik seakan sedang bergaduh.

Kau berpaling. Ke arah Wafiey.

Sah!

Wafiey sedang diterajang. Dibelasah. Ditumbuk ganas. Sekumpulan pelajar berbaju sekolah mengelilinginya dengan lagak samseng. Wafiey cuma terbaring mengerekot, menutup kepalanya dengan kedua belah tangan.

Cangkul kau , kau lepas. Segera, kau berlari ke arah hujung padang.

Belum sempat kau sampai, ada seorang pelajar perempuan berbaju pengawas, turut berlari menghampiri mereka. Dengan mata kepala kau sendiri, pelajar itu menarik kainnya tinggi, menampakkan seluar sukan yang dipakai di belah dalam.

Pelajar perempuan itu, melompat ke udara, berpusing lincah - sebelum kakinya tepat terkena muka pembuli, yang berpaling melihat perempuan itu.

Kau ternganga. Kau dahulu pernah sertai Tae Kwon Do. Itu reverse hook kick! Kau nampak pembuli nombor Satu terhuyung-hayang sebelum rebah.

Pembuli nombor Dua dan pembuli nombor Tiga menolong Pembuli nombor Satu bangun. Kau nampak, pembuli nombor Empat menunding jari ke arah Pengawas Perempuan, berkata sesuatu.

"Kau ingat aku takut?" Ringkas jawapan Pengawas Perempuan. Lantas, keempat-empat Pembuli lari. Pembuli nombor Empat masih menyumpah seranah.

Kau lihat Pengawas Perempuan menghampiri Wafiey.

Dia kelihatan serba salah, kemudian, dia melutut. Menyentuh lembut Wafiey di bahu. Wafiey mendongak. Perlahan, Wafiey bangun.

Kau menghampiri.

"Kau orang okay?" Ujar kau. Pengawas Perempuan mendongak. Dia tersenyum, mengangguk.

"Saya okay. Dia tak." Pengawas Perempuan melihat Wafiey yang duduk, dengan muka bengkak dan bibir berdarah.

"Awak boleh bangun?" Ujar Pengawas Perempuan lembut. Wafiey mengangguk. Merah mukanya, malu-malu.

Saat itu kau terperasan sesuatu.

Wafiey bukan gay. Bukan biseksual seperti kau. Lihat, dia malu-malu dengan Pengawas Perempuan!

Lelaki muda itu bangun. Berpura gagah dari yang sepatutnya. Kau nampak dia terhuyung-hayang. Sempat kau kerling nama di tudung biru gelap Pengawas Perempuan.

'Tg. Nurdiyana'.

Dia berkulit hitam manis, namun matanya... Matanya coklat cair. Secair coklat hangat yang kau hirup waktu pagi dingin di Amsterdam. Kau terpana seketika. Ah! Dasar nafsu biseksual! Bawah umur kot! Kau mencubit-cubit peha.

"Mari Wafiey. Kita ke bilik guru."

Lembut suara Tg Nurdiyana. Ah panjang betul namanya. Kau rangka namanya sebagai Kuna sahaja. Yalah, dia kan Tengku. Ku dari TengKu dan Na dari NurdiyaNa. Bolehlah.

Wafiey menggeleng.

"Tak apa. Saya okay. Terima kasih." Ujar Wafiey.

Itu kali pertama kau mendengar suara Wafiey! Suaranya dalam. Kasar. Tak padan dengan tuan. Sekali lagi kau tergamam dengan suara machonyaaaa.

Ah dasar biseksual. Kau mencubit lagi peha.

Kau cuba mengingati siapa Kuna ini. Ya. Tak silap kau, dia Penolong Ketua Pengawas. Tak silap kau juga, dia berada di Tingkatan Lima. Setahun tua dari Wafiey.

Kau selalu nampak dia di atas pentas, sama ada berucap atau mengetuai majlis. Namun kau selalu nampak dia dari jauh sahaja, tak pernah sedekat ini.

"Sekurang-kurangnya, biar cikgu rawat luka awak tu. Di bilik guru ada kit rawatan cemas." Tegas Kuna.

Wafiey menggeleng. Lantas, dia berlalu.

"Wafiey!" Laung Kuna. Hampa. Wafiey sudah berlalu pergi, mengheret kaki yang sakit.

Kau? Kau cuma tercegat disitu, tidak pasti apa yang patut kau ucap. Kau lihat Kuna menghembuskan keluhan berat.

"Saya kena laporkan ini pada guru disiplin. Mereka tu selalu sangat membuli Wafiey." Ujar Kuna tegas. Dia mendongak memandang kau, si lelaki yang berdiri pada ketinggian 176 cm.

"Boleh temankan saya ke bilik guru? Sekurang-kurangnya ada saksi." Ujarnya.

Kau mengangguk. Menurut susuk gadis di hadapan kau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro